Selasa, 7 Disember 2010

KONGSI: "A Walking to Remember: Hijrah"

Halaqah Ilmiah – “A Walking to Remember: HIJRAH”
Masjid Pusat Islam USM Kubang Kerian

Isnin, 1 Muharram 1432H/ 6 Disember 2010 @ 7.30pm ~~
Penceramah: Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah..Ya Rahman Ya Rahim..
Alhamdulillah...dikongsikan pengisian oleh Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi

Bagaimana khabar iman dan islam kita sebaik sahaja mata dibuka? Bagaimana kita mulakannya? Ada antara kita~Alhamdulillah...atas izin Allah, dipermudahkan sedar dari tidurnya. Ada juga yang teramatlah sukar untuk memulakan hari-harinya.
Walau apapun kondisi kita saat bangun dari tidur...syukurlah! Allah masih beri peluang untuk kita menjalani hidup ini seadanya kita...bersama islam dan iman...Alhamdulillah.

HIJRAH YANG PASTI!

Sama ada mahu atau tidak, kenyataannya, setiap diri kita pasti akan berhijrah dari alam dunia ke alam akhirat. Setiap bernyawa, pasti akan merasai saat kematian! Suatu HIJRAH yang tiada siapa mampu lari darinya.

Soalnya, adakah bekalan kita kini sudah mencukupi untuk HIJRAH itu?

Peristiwa pada saat-saat sebelum kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w sudah cukup menjawab persoalan ini.

“Seorang yang begitu asing..bukan dari Madinah, bukan juga dari Mekah mengetuk pintu rumah Rasulullah s.a.w. Fatimah membuka pintu. ‘Orang asing’ meminta keizinan menemui Rasulullah s.a.w..namun dibalas dengan permohonan maaf Fatimah...”Maaf...ayahku sakit”..lalu pintu ditutup. ‘Orang asing’ itu mengetuk kembali dan jawapan yang sama diberikan. Sekembalinya Fatimah kepada ayahandanya..dia ditanya oleh Rasulullah s.a.w..”Siapakah itu?”. Dijawab Fatimah..”Aku tidak kenal...kelihatannya begitu asing dan pandangan matanya menggerunkanku”..Rasulullah menatap wajah anakanda kesayangan dan dengan tenang membalas..”ITULAH MALAIKAT MAUT...HADIRNYA INGIN MENCABUT NYAWAKU”~~...Fatimah PENGSAN! Bukan kerana takut akan kehadiran malaikat pencabut nyawa itu tetapi kerana teramat sedih bila tahu diri akan berpisah dengan Ayahanda yang sangat dicintainya.~_~..Sedar sahaja Fatimah, ketika itu, malaikat maut sudah berada di sisi Rasulullah dan bertanya~~”Wahai Kekasih Allah...adakah kamu mahu meneruskan kehidupan ini atau kamu hendak bertemu Allah s.w.t? Pilihlah mengikut kemahuanmu..”..Insan Agung ini memilih untuk MATI...untuk bertemu CINTA AGUNGNYA!! Satu pilihan yang sememangnya BUKAN PILIHAN KITA..UMAT KINI!!

Apa sebab Rasulullah pilih KEMATIAN?

Sebab bekalan Nabi s.a.w sudah cukup melayakkan diri-Nya bertemu Allah Yang Agung?
Jadi, berbalik kepada persoalan asal tadi...CUKUPKAH PERSEDIAAN KITA? Bayangkan sahaja saat ini Malaikat Maut mengetuk pintu bilik kita lalu diberi “KATA DUA” sebagaimana yang diberi kepada Nabi S.A.W? Sudah dapat jawapannya??! ... Allah~~lemahnya kita!

Hakikatnya...bekalan kita belum cukup! Dan kita pastinya memerlukan persediaan! Persediaan untuk HIJRAH YANG PASTI <>

KISAH HIJRAH NABI S.A.W: BUKAN OMONGAN KOSONG!

Ramai sudah “hadam” dengan sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..Gua Thur pasti semua sudah kenal. Namun, berapa ramai yang ALLAH BERI IZIN untuk mengambil ibrah dari peristiwa ini? Sebagaimana juga peristiwa Maulidur rasul, Nuzul Al-Quran, Isra’ Mikraj etc ..etc. Semua menyambut “cuti”nya...tetapi sayangnya, hanya sedikit sekali yang merenung “maksud”nya.

Kenapa Nabi s.a.w HIJRAH? Kenapa? Adakah Nabi tidak boleh SOLAT di MEKAH? (TIDAK!) Adakah Nabi tidak boleh PUASA di MEKAH? (juga TIDAK!) Bagaimana pula dengan ZAKAT?HAJI? Semua maklum~~~HAJI pastinya di MEKAH, tidak di tempat selainnya!...dan KENAPA pula hijrah Baginda ke MADINAH?

Majoriti ulama’ bersepakat, selama 13 tahun seruan Islam di Makkah, ISLAM MASIH BELUM SEMPURNA! Setelah berhijrah ke Madinah, barulah kesempurnaan Islam itu wujud. Saat di mana UNDANG-UNDANG ISLAM tertegak..itulah setinggi-tinggi KESEMPURNAAN. Kesempurnaan ini tidak akan berlaku di Mekah di mana “kerajaan Abu Jahal” sentiasa sahaja menentang.

Hijrah ke Madinah juga adalah atas tuntutan Allah buat Rasulullah s.a.w dan seluruh yang mengakui keEsaan Allah saat itu. Siapa kata Nabi tidak sayangkan Mekah...itu tidak benar sama sekali. Nabi s.a.w cukup-cukup menyayangi tanah tumpah darahnya...tanah air yang sangat berjasa selama hidupnya. Fitrah manusia yang juga ada pada seorang bergelar Nabi, CINTAKAN TANAH AIR!

Sekuat manapun rasa sayang ini, setelah Allah memerintahkah agar Baginda meninggalkan MEKAH dan seluruh isinya, walau hakikatnya amat berat bagi Nabi, tetap Baginda laksanakan. Cinta kepada tanah air tidak sedikitpun menggugat “CINTA TERATAS”nya. Pengorbanan satu cinta demi CINTA ALLAH.

Begitulah hebatnya cinta Rasulullah s.a.w sebagaimana hebatnya cinta para nabi yang lain kepada Allah. ..

Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan Nabi Ismail..Nabi Ismail pula sanggup dikorbankan..SEMATA-MATA kerana perintah Allah..

Nabi Musa..di saat berhadapan dengan bermacam jenis ular ..boleh saja ular-ular itu diketuk menggunakan tongkatnya..itu logiknya..tapi, SEMATA-MATA yakin dengan perintah Allah...dilempar sahaja tongkat itu, lalu tongkat menjadi ular besar yang memakan segala ular yang ada~~

The POINT is...SETIAP APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH, WALAU LANGSUNG TAK MASUK DEK AKAL , PASTI ADA HIKMAHNYA..We know NOTHING! Allah know BEST!

Next point, “Jangan perasan diri sempurna dengan asbab solat, puasa, zakat, haji sahaja! Kesempurnaan manusia sangat terbatas..Islam tidak akan sempurna selagi SYI’ARnya tidak ditegakkan!”

Sebelum hijrah, sirah menyaksikan bagaimana teruknya umat Islam dipulau, hubungan diputuskan, diseksa dan dibunuh tapi kekuatan iman umat Islam ketika itu sangat mantap sehinggakan si kafir quraisy mati akal lalu berhajat melakukan pakatan dengan Nabi s.a.w. Tawar-menawar menjadi helah tapi dengan mudah, Allah menyampaikan firmanNya melalui lisan KekasihNya...Muhammad s.aw...

Bismillahirrahmanirrahim...

(Maksudnya)

“Katakanlah (Muhammad), “ Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. UNTUKMU AGAMAMU, dan UNTUKKU AGAMAKU.”[Al-Kafirun]

Tegas! Tanpa berbasa-basi! Akidah tidak akan sama sekali digadaikan dengan TAWARAN BODOH ini.

Langkah pertama tidak berjaya lalu direncanakan langkah seterusnya..
Bertemulah para pemuka Quraisy dengan Abu Talib. Masih dengan “skill” sama yang “lapok”...memberi TAWARAN!

“Wahai Abu Talib..pujuklah anak saudara yang kamu sayangi itu agar menghentikan dakwahnya...dia mahu jadi Raja? Bisa diatur. Mahu HARTA? Bisa diberi. Mahu WANITA? Seberapa ramai yang dia mahu...pasti diberi!..tetapi SATU SAHAJA SYARATNYA....TINGGALKAN DAKWAH INI!Tolonglah~~~

Namun, apa jawabnya Nabi s.a.w...

“Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku takkan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa”

Kalam yang penuh dengan ketegasan dari seorang insan bergelar MURABBI...Rasulullah s.a.w...Subhanallah..

Sebagaimana tawaran pihak Quraisy..

1. Jawatan
2. Harta
3. Wanita

TIGA perkara yang menjadi kegilaan manusia...dengan lebih khususnya, bagi yang bergelar lelaki.

Ingat! MUJAHID ISLAM TIDAK AKAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KEGILAAN INI! Sunnah seorang murabbi..

Kegagalan tawaran melalui Abu Talib akhirnya mengumpulkan 12 Ketua-ketua kafir Quraisy dalam satu mesyuarat. Abu Jahal sebagai “YDP Dewan” mula bersidang dengan membuka sebarang cadangan untuk menentang dakwah Muhammad (s.a.w)..

Cadangan pertama, penjarakan Nabi...(dipertikai..). Cadangan ke-2, halau Nabi keluar dari Mekah..(juga dipertikai..)..dan cadangan seterusnya oleh Abu Jahal sendiri..”Kita kumpulkan 10 pemuda dan bekalkan pedang...dibunuh sahaja dia!”..tanpa dipinta, cadangan itu disokong dengan bersungguhnya oleh “si jubah hitam”....dan terus menghilang dari sesi mesyuarat sejurus menyatakan sokongannya..itulah IBLIS LAKNATULLAH! SANGAT JAHAT!!Penuh muslihat!

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah sebaik-baik pembalas tipu daya" [Al-Anfal:30]

Dan saat itulah Allah menurunkan perintah-Nya supaya berhijrah. Berhijrah bukan bermaksud melarikan diri sebaliknya mahu memperkuat kedudukan.

Maka berhijrahlah Nabi s.a.w dan sekalian umat Islam ketika itu.



HIJRAHMU KERANA APA?

“Wahai Rasulullah s.a.w...dalam ramai-ramai yang berhijrah ini, terdapat seorang yang berhijrah bukan keranamu..bukan kerana tuntutan Allah..tetapi hijrahnya kerana seorang yang bergelar Ummul Qais, seorang janda yang ingin dikahwininya..bagaimana keadaannya ya Rasulullah~~?”

Maksud al-hadithul awwal..

“Sesungguhnya setiap amalan dibuat dengan niat, dan seseorang itu diganjari berdasarkan niat yang dia niatkan, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu” [Sahih Bukhari & Muslim]

Bagi yang berakal waras, niat itu dinilai bukan atas dasar sebutan “usolli..” atau “nawaitu..” tetapi atas dasar ikhlas atau tidak, kerana Allah atau selainnya!?
HIJRAH adalah suatu HAL yang AMAT BESAR, bukan main-main. Nabi s.a.w dan umat islam berhijrah dengan meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah. Tetapi...itu bukan nilaian Allah..yang lebih MENARIK PETRHATIAN ALLAH adalah nilai KEIKHLASAN para muhajirin.

APA DI SEBALIK KEIKHLASAN?

Ikhlas dalam HIJRAH boleh jadi dapat pahala...boleh jadi dapat dosa..dan boleh jadi, NOTHING! Tak dapat apa-apa!

Contoh:

Ada orang solatnya di awal waktu, tutup aurat..pendek kata, cukup syarat2 untuk SOLAT YANG IDEAL..insyaAllah..dapat pahala.

Ada orang solatnya NOTHING..bila mana, pakaian solatnya bersumberkan sesuatu yang tidak halal..hasil curian atau hasil hutang yang tidak dilangsai sebagaimana perjanjian. Solat SAH tapi sia-sia...

Ada pula yang solat, tetapi solatnya itu mengheretnya ke neraka!

“Maka CELAKAlah ORANG YANG SOLAT, iaitu orang-orang YANG LALAI terhadap SOLATNYA, YANG BERBUAT RIYA’ dan ENGGAN (memberikan) BANTUAN” [Al-Ma’un:4-7]

Siapakah YANG LALAI?...Yang solatnya dikerjakan di akhir / luar waktu..Solat Subuh yang wajarnya pukul 5 lebih tetapi hanya terlaksana bila menjangkau 9 pagi!...lewatnya TANPA SEBAB..TANPA SEDAR!..itulah yang dilabel sebagai YANG LALAI~~

Seterusnya, Solat dengan rasa riya’...menunjuk-nunjuk, konon solat yang dilaksanakannya begitu sempurna. ~_~...na’uzubillah..

Dan juga..celakalah bagi yang solat....tapi KEDEKUT TERAMAT! Sangat berat hatinya untuk memberi. BUKAN SEKADAR ITU..dirinya juga menghalang orang lain daripada memberi.

Pesan Nabi s.a.w...

Manusia akan musnah kecuali dengan ILMU, Ilmu juga akan musnah kecuali dengan AMAL...dan amal turut musnah kecuali bagi DIRI YANG IKHLAS...jadi, tolonglah wahai diri~~IKHLASKANLAH NIAT..

Saat matinya anak Adam...hanya 3 PERKARA yang menjadi bekal di sana...

1. Sedeqah yang ikhlas..
2. Ilmu bermanfaat yang disebarkan..
3. Anak soleh yang ditinggalkan...

Ingatan ustaz...

1. Peliharalah keikhlasan dalam setiap amalan.
2. Jangan rasa sempurna/ selesa dengan keadaan kita yang “kononnya” baik.

Pesan ustaz lagi...”Kita banyak dosa kerana tiap-tiap yang bernyawa itu berdosa...sebaik-baik yang berbuat dosa adalah yang segera bertaubat. Salah jika kita tidak rasa berdosa!”

Wallahu’alam...[END: 8.40pm]

~~Mohon Allah anugerahkan kita HIJRAH YANG IKHLAS mengikut standardNya~~Amin..

SALAM MA’AL HIJRAH 1432 ^_^



.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Jumaat, 30 Julai 2010

SERAH PADA YANG PATUT

Bismillahirrahmanirrahim...

Berjual belilah dengan Allah. Kita pasti tidak akan rugi. Inilah antara suatu tawaran Allah yang terkandung dalam Qalam SuciNya..Al-Qur'an kareem [At-Taubah:111]. Allah membeli diri dan harta dengan bayaran ATAS KEHENDAKNYA. Tidak wajib bagi-Nya untuk membayar sebab segala apa yang kita miliki hakikatnya milik mutlak Allah dan kita hanya pemilik sementara. Ini sudah cukup menunjukkan Maha Beradabnya Allah s.w.t terhadap hamba-Nya. Allah menunjukkan contoh kesopanan tapi sedikit sekali hamba-Nya yang sopan.

Tinggalkan segala apa yang Allah larang.

Tutuplah aurat baik perempuan juga lelaki. Ada yang memberi alasan, tidak perlu memaksakan diri untuk menutup aurat. Kononnya, "tiada paksaan dalam Islam". Silap besar jika "dalil" ini dijadikan alasan kerana maksud sebenarnya ialah "tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam)". Langsung tiada kena-mengena dengan hal menutup aurat. Paksaan menutup aurat amat relevan dan hanya insan yang benar-benar rasional sahaja akan memaksa diri untuk memenuhi tuntutan ini tanpa sebarang alasan.

"Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa ingkar kepada Taghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah swt) dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui". [2.Al-Baqarah:256]

Saat kita mengakui 2 kalimah syahadah, saat itu jugalah diri kita secara total diserahkan kepada Allah Yang Maha Menguasai. Ironinya, ada yang tidak menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Maksudnya, mengambil islam secara selektif. Yang dirasa mendatangkan keuntungan pada diri digunapakai sedangkan yang dirasa menyusahkan diri, dibuang jauh-jauh. Inilah persepsi songsang yang sering tersemat dalam fikiran umat islam kini.

Memilih islam bererti kita memilih untuk akur dengan sistem islam bukan sekadar pada ibadah solatnya bahkan segala aspek hidup seperti akhlak, sosial dll.

Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim membetulkan diri seiring dengan membetulkan insan lain. Walau kita rasakan diri masih banyak kurangnya, itu bukan halangan untuk kita memperbaiki insan lain.

"Ala...diri pon tak betul, ada hati nak betulkan orang lain"

Inilah antara kata hati yang sumbernya hadir dari hasutan syaitan dan nafsu kita. Hasutan yang menghalang diri kita menyampaikan yang benar dan nafsu yang sering memujuk agar tidak perlu menyusahkan diri untuk memikirkan hal orang lain.

Sememangnya kita bertanggungjawab "JAGA TEPI KAIN ORANG", mudah-mudahan "kain" saudara kita sentiasa dalam keadaan baik.

Hidup ini bukan sekadar dalam lingkungan diri, tetapi juga termasuk segala apa yang ada di luar lingkungan diri. Setiap diri miliki keistimewaan dan potensi yang unik. Allah tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Hanya kita sendiri yang sering mensia-siakan apa yang telah tercipta untuk kita. Salah panduan menguruskan potensi diri membuatkan diri sia-sia.

Buatlah apa sahaja kebaikan selagi nyawa di kandung badan. Niatkan, "lillahita'ala" dan " billah". Buat sesuatu kerana Allah dan dengan kekuatan dari-Nya. Sedarlah! Kita tidak bisa melakukan sekelumitpun kebaikan tanpa kata "YA" dari Allah. "kun faya kun!", Allah katakan "jadi", maka jadilah ia. Kita langsung tiada upaya. Justeru, pohonlah seikhlas hati dari-Nya agar dikurniakan kekuatan ke arah kebaikan. Doa yang ikhlas itu senjata paling efisien bagi yang bergelar mukmin. Yakinlah bahawa Allah Maha Penyayang. Dia Yang memberikan pertolongan untuk hamba-Nya yang bergantung hanya pada-Nya.

'Dan mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT'

Amal kebaikan yang menjadi ikutan insan lain yang melihat membuatkan pahala kita berganda-ganda. Begitu jugalah kejahatan yang menjadi ikutan membuatkan dosa makin bertambah.

Mutaba'ah setiap amal yang telah kita laksanakan dalam hidup. Sentiasa soal pada diri, bagaimana pandangan kita terhadap Allah? Bagaimana hubungan kita dengan-Nya? Bagaimana pula hubungan kita sesama insan? Hubungan kita dengan ibu, bapa, saudara, jiran, kawan-kawan...semuanya sudah bereskah? sudah luluskah?

Segala persoalan ini hanya mampu terjawab dengan ilmu.

Tunaikanlah setiap amanah yang dipikul atas diri kita tanpa dolak-dalih. Syukurlah dengan nyawa yang masih ada. Syukurlah dengan nikmat sihat dengan gerak gempur amal yang tidak putus-putus hatta pada saat kita terlena.

Kemuncak amalan kita ialah dakwah dan jihad. Dakwah dan jihad bukan eksklusif untuk yang bergelar ustaz ustazah. Syari'at islam wajib didukung oleh setiap yang bergelar muslim. Jihad itu maksudnya berjuang tanpa disuruh, atau kata lainnya, berjuang atas kehendak diri. Kikiskan rasa sayangkan sesuatu melampaui yang sepatutnya agar diri tidak liat untuk berjuang dengan mengorbankan apa yang disayang.

Wahai saudaraku, marilah sama-sama kita tekun mematuhi perintah Allah bagi membuktikan ketaatan kita pada-Nya.

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhan-mu, dan agar mereka bertaqwa. Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik." [7.Al-A'raf:164&165]

Inilah AMARAN KERAS buat golongan yang ambil tidak kisah tentang peranan dakwah.

Dalam dunia ini terdapat golongan BAIK SECARA HAKIKI dan BAIK GITU-GITU JE.

Kita sering berjumpa dengan insan-insan yang BAIK GITU-GITU JE. Kebaikan seolah-olah untuk dirinya seorang. Langsung tiada usaha mengajak orang lain untuk turut mendapat kebaikan.

Kebaikan yang hakiki bermaksud jadi baik dan membaikkan. Kata lainnya, SOLEH wa MUSLEH, mensolehkan diri dan dalam masa yang sama menyolehkan insan-insan lain. Golongan ini adalah golongan yang "pelik" dalam masyarakat kini dan "terasing". TERASING dari KEFASADAN.

Hakikat aqidah islam ialah di bawah kata kunci "PANAS" dan "BERGERAK". Satu analogi buat pendakwah yang punya semangat jihad yang berkobar-kobar. "KEPANASAN" buat dirinya tidak statik. Setiap hela nafas yang ada membuatkan dirinya "BERGERAK", rasa ingin melakukan sesuatu untuk membuktikan aqidah islamnya.

Contohilah HABIB AN-NAJJAR, yang KEPANASAN apabila mendengar berita penentangan terhadap seruan kepada Allah. Dia tangkas "BERGERAK" melakukan sesuatu dengan dayanya atas kekuatan yang Allah beri.

Wallahu'alam...

Credit to : Ustzh Tempawan.
.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

DUA PULUH EMPAT JAM !!!


Bismillahirrahmanirrahim...


Allah..Dialah Yang Esa...Dia Maha Suci..TIDAK beristeri dan TIDAK sama sekali beranak!!!! TIDAK! TIDAK! TIDAK!! dan berdustalah bagi yang mengiyakannya!!!


"dan sesungguhnya Maha Tinggi keagungan Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak"

[72.Al-Jinn: 3]


Setiap insan yang masih berupaya merasai nikmat oksigen ini punya 24 JAM dalam satu hari. Tidak lebih dan tidak kurang. 24 JAM inilah yang Allah anugerahkan kepada setiap hamba-Nya tidak kira sama ada yang mengaku kehambaanya atau sebaliknya. Di situ jelas menunjukkan Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


24 JAM yang semalam sudahpun berlalu...

24 JAM yang kini sedang dilalui...

dan 24 JAM yang esok...masih belum tentu kepunyaan kita.


Hakikatnya..24 JAM yang kita miliki untuk hari ini bukanlah milik kita. Hanya Allah pemilik setiap masa yang kita ada. Secara konsepnya, penjual akan hilang hak milik, dan pembeli lah yang mendapat hak milik. "Jual"lah masa yang kita ada kepada "Pembeli" YANG AGUNG...Allah swt.
Berjual belilah dengan Allah. Pasti tidak rugi. Malah untungnya berganda-ganda! Melampaui jangkaan kita...itulah bayaran yang langsung tiada tolok bandingnya, SYURGA ... keuntungan yang hakiki dan abadi. Anugerah yang tidak akan tergambar oleh akal dan indera kita.
Pembeli yang baik akan membuat bayaran berbaloi dengan kualiti suatu produk yang ditawarkan. Begitu jugalah "bayaran" yang akan diberi oleh Allah buat kita. Semakin baik "produk" (amalan) kita..semakin tinggi "bayaran" (Syurga) Allah. Buat "produk" terbaik...Allah pastinya akan membayarnya dengan Syurga Firdaus.
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik DIRI mahupun HARTA mereka dengan memberikan SYURGA untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah KEMENANGAN YANG AGUNG" [At-Taubah:111]


Sayangnya, ramai antara kita tidak ambil pusing dengan tawaran MAHA HEBAT ini.


Masing-masing lebih berminat ber"jual beli" untuk mendapat keuntungan yang sementara sehingga mengabaikan KEUNTUNGAN YANG TIADA TOLOK BANDINGANNYA...SYURGA ALLAH.Rugi!! SANGAT RUGI!


Ramai yang hanya memberi suntikan duniawi yang sifatnya sementara dalam ruang 24 JAM yang dimiliki, tanpa suntikan ukhrawi yang pastinya kekal.


Ya Allah...banyaknya masa kami yang terbuang pada yang sia-sia...

Ya Allah...banyaknya masa kami yang terbuang dengan bermalas-malasan...

Ya Allah...banyaknya masa kami yang terbuang dengan dunia yang akan pergi....


Ya Allah...KAU YANG MAHA MENGUASAI WAKTU...

Ya Allah...KAU YANG MAHA MENGUASAI HAMBAMU...


Kau pimpinlah kami untuk menghargai setiap milisaat yang Engkau kurniakan buat kami..

Tiada upaya melainkan dengan pimpinan dariMu...


Hindari diri kami dari yang sia-sia dan bermalas-malasan...

Kau berilah kami manfaat atas tiap waktu yang masih berbaki dalam hidup kami.

Kau sibukkanlah kami dengan segala yang punya manfaat buat akhirat...juga dunia kami.


DAN KAU AKHIRKANLAH SAAT TERAKHIR KAMI DALAM DUNIA INI DENGAN MENYEBUT NAMAMU YANG AGUNG...Laailahaillallah...ALLAH..ALLAH..ALLAH...permudahkanlah, makbulkan doa kami ini..amin..


.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.


Ahad, 13 Jun 2010

Sharing Moment: LifeLine4Gaza (LL4G)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..hanya dengan izinnya, dipanjangkan perkongsian pengalaman sepanjang misi konvoi bantuan keamanan, Life Line For Gaza (LL4G) : Break The Seige oleh Saudara Noorazman Mohd Samsudin (Ketua Relawan Malaysia Misi LL4G).

Lokasi: Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim.

Tarikh: 13 Jun 2010 ~ 1 Rejab 1431H

Masa: Selepas Maghrib

  • Sebelum misi menghantar bantuan melalui jalan laut (LL4G), telah ada usaha2 menghantar bantuan kepada rakyat Palestin melalui jalan darat. Misi Lifeline yang sebenarnya adalah melalui jalan darat dari London menuju Gaza melalui Rafah (Sempadan Selatan Gaza). Sebanyak lebih kurang 158 buah kenderaan terlibat. Walaupun mendapat halangan dari pihak Mesir, akhirnya, bantuan berjaya memasuki Gaza.
  • Perjuangan sebenar pemuda Islam ada pada pemuda-pemuda di Gaza. Mereka berani menentang tentera Zionis yang punya senjata yang lengkap. Tiada seorangpun yang menjadi pengemis jalanan. Jiwa dan jasad mereka bersih dari perkara yang sia-sia. Mereka bersih dari pergaulan bebas, merempit, dadah dan segala macam penyakit sosial kebanyakan remaja kita. Mereka hafaz Quran..Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Adalah suatu keaiban yang besar jika dalam satu keluarga yang punya pemuda tetapi tidak hafaz Quran.
  • Tanggal 6 Januari 2010, pertubuhan2 bukan kerajan (NGO) bersepakat untuk menganjurkan misi bantuan yang lebih besar melalui jalan laut yang dinamakan sebagai Life Line for Gaza (LL4G). Pintu masuk ke Gaza melalui jalan laut selebar 40km berbanding pintu masuk jalan darat melalui Rafah yang hanya selebar 20m.
  • Mengikut perancangan, Mavi Marmara akan berlabuh di sempadan Gaza (~20 batu nautika dari Gaza) dan sekiranya pihak Israel tidak membenarkan bantuan memasuki Gaza, kapal akan tetap berada di situ dan menunggu kapal2 bantuan lain termasuklahRachel Corrie bagi memberi tekanan buat Israel agar bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin. Bekalan makanan untuk 1 bulan bagi peserta2 misi juga dibawa sebagai persediaan untuk ber"kampung" di atas kapal jika pihak Israel tidak membenarkan bantuan memasuki Gaza secara aman. Namun, segala perancangan ini musnah apabila Israel melancarkan seangan pada jarak 74 batu nautika dari garis sempadan sebenar.
  • Seorang syeikh tarekat ditanya mengapa beliau menyertai misi keamanan ini? Jawabnya .. "Daripada aku hanya diam berzikir dan beribadah sendirian..biarlah aku turut sama berjuang dalam misi ini". Islam bukan sekadar berkaitan ibadah ritual tetapi mencakupi seluruh sistem kehidupan.
  • Sukarelawan dari kira2 50 negara yang menyertai misi keamanan ini termasuklah bayi seawal usia 2 bulan setengah dan warga emas berusia 83 tahun. 60-70 @ 70-80 orang terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Ini jelas membuktikan tiada langsung unsur2 keganasan dalam misi ini sebagaimana yang diputarbelitkan oleh media Israel.
  • Kapal Mavi Marmara bertolak dari pelabuhan Turki, Antalya pada 28 Mei 2010. Kapal kargo Rachel Corrie yang membawa bantuan ke Gaza sepatutnya berlabuh bersama Mavi Marmara dalam konvoi Flotila Pembebasan (Freedom Flotilla).
  • 2 buah kapal Perdana Global Peace Organization (PGPO), "Challenger 1" dan "Challenger 2" milik Tun Dr. Mahathir dipercayai disabotaj (enjin rosak, air memasuki kapal dan bertakung menyebabkan kapal boleh ditenggelami air). Bantuan diberikan kepada penumpang2 kapal2 tersebut dengan membenarkan 16 penumpang kapal menaiki Mavi Marmara. Antaranya, terdapat seorang warganegara Malaysia (tidak berdaftar dalam misi ini). Ini menjadikan relawan Malaysia yang asalnya seramai 11 orang dalam kapal Mavi Marmara bertambah menjadi 12 orang.
  • Relawan2 dalam kapal Mavi Marmara menunaikan solat jamak qasar Maghrib-Isyak berjemaah. Itulah solat paling manis dirasakan oleh mereka. Seolah-olahnya itulah solat yang terakhir buat mereka. Tika itu, masing-masing menangis mengenangkan khilaf diri. Qunut nazilah dibaca dengan diketuai oleh seorang syeikh dari Jordan..memohon mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan mencampakkan rasa gerun dalam hati musuh-musuh. Bacaan qunut nazilah bukan sahaja menyentuh jiwa relawan muslim bahkan paderi yang turut berada di hujung saf (dengan ritual pengabdian sendiri) turut menangis menghayati isi bacaan.
  • Penumpang Non-Muslim berada di dalam kabin Mavi Marmara. Mereka di bawah perlindungan relawan muslim yang berada pada sayap pertahanan.
  • Kumpulan relawan dari Malaysia bersama relawan2 dari beberapa negara lain ditugaskan mengawal bahagian kiri kapal dan tidak dibenarkan meninggalkan bahagian ini walau apa pun yang berlaku.
  • 31 Mei 2010, sekitar jam 2 pagi, kelihatan kapal2 perang Israel termasuklah 2 kapal nuklear Israel berada di perairan antarabangsa.
  • Sekitar jam 4.05 pagi, relawan LL4G mendirikan solat Subuh secara bergiliran bagi memastikan setiap bahagian dikawal rapi.
  • Seusai solat subuh, kelihatan bot-bot kecil yang membawa antara 15-16 anggota komando Israel dengan muka bertopeng mendekati kapal Mavi Marmara. Mereka melepaskan bom asap (boleh menyebabkan mata berair, pedih dan sesak nafas) dan bom cahaya (boleh menyebabkan silau dan hilang penglihatan buat beberapa ketika) ke arah Mavi Marmara.Alhamdulillah...dengan berkat doa-doa umat Islam di seluruh dunia, Allah lindungi relawan2 ini dari terkesan dengan bom2 ini. Asap yang terhasil dari bom2 yang dilepaskan itu ditiup angin dan pergi menjauhi kapal. Israel melancarkan serangan TANPA SEBARANG AMARAN dikeluarkan!!
  • Pada sisi bantuan Allah yang lain, pada malam sebelum diserang pihak tentera Israel, kelihatan banyak ikan lumba-lumba melompat-lompat di perairan. Seperti ingin melambatkan serangan dari Israel tiba.
  • Aktivis LL4G tanpa rasa gerun menyembur air menggunakan alat penyembur air (hanya semburan yang kecil) ke arah bot-bot Israel yang mendekati sambil melaungkan kalimah kebesaran Allah...Allahuakbar!! Kalimah inilah yang membuatkan anggota2 komando Israel kecut perut lalu lari menjauhi kapal Mavi Marmara. [Cubaan memasuki Mavi Marmara dari bawah : GAGAL!]
  • Setelah cubaan menceroboh masuk dari bawah gagal, Israel menjatuhkan tali dari helikopter bagi menurunkan komando-komando mereka ke atas kapak Mavi Marmara. 2/3 komando Israel yang pertama diturunkan ditawan. Segala senapang, pistol dan pisau2 yang ada pada mereka dicampak keluar dari Mavi Marmara.
  • Cubaan helikopter yang pertama gagal..lalu beberapa ketika kemudiannya, Israel menghantar helikopter ke-2 bagi menurunkan lagi komando2nya. Maka, berlakulah syahid pertama, seorang yang sangat rajin beribadah sepanjang konvoi..tidak jemu mengejutkan saudara2 seakidah yang lain untuk bangun bertahajud di sepertiga malam.
  • Ditunjukkan beberapa klip video..antaranya klip yang menunjukkan kesan darah yang mengalir dari bahagian atas kapal ke bahagian bawah. Kesan tembakan bertubi-tubi pihak Israel yang menyebabkan ramai tercedera.
  • Dijumpai senarai 16 orang yang ingin dibunuh oleh tentera Israel antaranya termasuklah Syeikh Raed Solah dan Ahli Parlimen Israel sendiri yang turut serta dalam misi bantuan ini. Senarai ini dijumpai dari poket tentera Israel yang berjaya ditawan.
  • Seorang relawan Indonesia terkena tembakan yang menembusi tangannya menyebabkan tulang patah namun wajahnya tidak menunjukkan sebarang rasa sakit.
  • Walaupun peluru hidup dilepaskan bertubi-tubi seperti hujan, tiada langsung rasa takut dalam hati para relawan. Masing-masing hanya memikirkan bagaimana ingin merampas senjata2 yang ada pada tentera Israel agar serangan dapat dihentikan.
  • Seorang syahid yang terkena tembakan pada bahagian abdomen mengucapkan kalimahLaailahaillallah tanpa putus2 sehinggalah beliau syahid dalam keadaan lisannya yang berzikir. MashaAllah....
  • Tentera Israel yang ditawan dan terkena tembakan yang dilepaskan oleh "kawan" mereka sendiri dirawat oleh doktor2 dalam misi keamanan ini. Selesai dirawat, mereka dengan sendirinya melompat keluar dari kapal walaupun dihalang oleh aktivis2 . Ada rasa takut dalam jiwa mereka. CNN memutarbelitkan fakta dengan melaporkan seolah-olahnya aktivis Mavi Marmara yang mencampakkan tentera2 Israel ini keluar dari kapal.
  • Pihak kapten kapal Mavi Marmara akhirnya memberi arahan agar semua tidak membuat apa-apa tindakan melawan apabila akhirnya pihak Israel menguasai Mavi Marmara.Lebih 50 orang tercedera akibat serangan Israel ini.
  • Pihak Israel mendakwa kononnya misi ini berunsurkan keganasan sedangkan penyelongkaran mereka ke atas Mavi Marmara dalam masa 15 jam perjalanan hanya berjaya menjumpai 10 bilah PISAU DAPUR SAHAJA!! "Keganasan" yang langsung tak logik!
  • Israel SEMEMANGNYA SANGAT2 WAJAR diheret ke mahkamah antarabangsa setelah mereka secara terang melakukan JENAYAH BESAR!!
  1. Menyerang kapal yang membawa misi keamanan antarabangsa pada jarak 74 batu nautika (masih dalam perairan antarabangsa). Israel langsung tiada hak melancarkan serangan!
  2. Israel melancarkan serangan TANPA MEMBERI AMARAN dan TANPA MEMAKLUMKAN LANGSUNG SIAPA MEREKA!! "Sebijik" macam LANUN...bahkan lebih teruk dari itu!
  3. Sewenang-wenangnya melepaskan tembakan sehingga meragut beberapa nyawa relawan misi kemanusiaan yang langsung tidak memiliki senjata!
  • Walaupun misi menghantar bantuan untuk rakyat Palestin kali ini tidak berjaya sebagaimana dirancang..tetapi tindakan Israel yang bodoh menyebabkan mereka kini mendapat tekanan dari seluruh dunia.
  • Adalah "dalam sejarah" apabila tawanan Mavi Marmara dilepaskan awal oleh tentera Israel. Berbeza dengan tawanan2 lain sebelum ini. Ini disebabkan Israel telah mendapat tekanan dari Turki dan Amerika yang juga kuasa besar NATO apabila mereka diberi amaran, jika mereka tidak melepaskan tawanan2 Mavi Marmara dalam tempoh 24 jam, tentera Turki akan melancarkan serangan ke atas Israel.
  • Misi LL4G ini membuka satu dimensi pertempuran baru apabila Israel kini bukan sekadar mendapat tentangan dari rakyat Palestin dan negara2 bangsa Arab tetapi dari seluruh dunia. BICARAKAN ISRAEL @ MAHKAMAH ANTARABANGSA!! BOIKOT ISRAEL!!!
  • Semua tawanan kapal Mavi Marmara dibawa turun di pelabuhan Israel dengan dikawal ketat oleh 2 tentera..seolahnya membawa masuk penjenayah.
  • Israel sememangnya KEJAM!!PENGECUT!! PENAKUT!!.Hanya berselindung di sebalik kelengkapan senjata..tapi hakikatnya...jiwa mereka kosong!!JIWA SI PENGECUT!!
  • Mayat-mayat yang syahid dalam misi ini berbau sangat wangi dan terpancar ketenangan pada wajah mereka. Walaupun mereka tidak berjaya memasuki Gaza..tetapi mereka berjaya berada di tempat yang terbaik buat mereka...hanya Allah Maha Tahu.

Ayuh yang mengaku diri beriman..yang mengaku diri punya semangat juang!!! USAH BUANG MASA!! USAH LEKA!! Alangkah rugi apabila pejuang2 Islam lain berkobar2 menegakkan yang haq sedang kita masih lalai dan leka dengan mainan dunia yang langsung tiada harga di sisi Allah.

Berbahagialah mereka yang telah berjaya SYAHID di syurga Allah...

Soalnya..di mana pula kita nanti??

..Tepuk HATI...tanya IMAN...

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Rabu, 17 Februari 2010

Yang Terbuang @ Dibuang?!! ~0~

Bismillahirrahmanirrahim....

Bila disebut saja "B.A.Y.I"...
..tentu saja yang tergambar di fikiran kita ialah wajah-wajah yang "cute", hati jadi tenteram bila melihat insan comel yang masih suci tanpa palitan dosa.

Namun bila melihatkan fenomena kini, hati yang mulanya tenteram menjadi bercelaru. Semuanya gara-gara isu pembuangan bayi yang tidak menampakkan sebarang kesudahan.

Manusia tanpa segan terus menjadi umat yang "produktif" dengan anak luar nikah. Tidak cukup dengan itu, dilanjutkan lagi dengan jenayah pembuangan bayi dan lebih menyedihkan lagi hingga ke tahap membunuh! Astaghfirullahal'azim...amat-amat tidak bertamadun umat kini!

***

"Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni siapa yang dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu" [Ali-'Imran:11]

Allah... Dialah pemilik segala nyawa yang ada di muka bumi ini.
Allah... Dialah jua penentu segala takdir setiap makhluknya.
Allah... Dialah yang Maha Halus pengetahuan-Nya.

Kita sebagai hamba-Nya langsung tidak berupaya menyembunyikan apa-apa pun dari-Nya. Setiap lintasan hati itu dalam pengetahuan-Nya.

Kejam!
Tak berhati perut!
Sangat zalim!
Gila!

Inilah antara kata-kata yang akan terbit sama ada pada lisan atau dalam hati kita apabila berita-berita pembuangan bayi dikhabarkan. Rasa marah bukan main. Boleh dikatakan seluruh masyarakat dunia memandang jijik perbuatan ini hatta seorang perompak atau yang berkecimpung dalam dunia rasuah sekalipun. Semua berkongsi rasa yang sama...MARAH!

Dalam hiruk-pikuk para wartawan membongkar kisah pembuangan bayi, persoalkan.... DI MANA KITA DALAM ISU INI?

Boleh jadi kini kita sedang terbeliak mata membaca kisah2 tragis pembuangan bayi di dada-dada akhbar atau pada paparan skrin televisyen. Mungkin juga kita menjadikan isu ini sebagai koleksi isu-isu semasa yang kita tahu...tidaklah nanti orang kata...kita ini "katak dalam tempurung". Tidak kurang...besar kemungkinan kita adalah insan-insan yang pakar "menggelengkan" kepala bila mendengar berita pembuangan bayi.

Kita yang tahu di mana kita berada. Sama ada kita seorang pelajar, anak, suami, isteri, ibu, bapa atau apa sahaja status kita, kita punya peranan tersendiri dalam isu ini. Tidak ber"baloi-baloi" marah kita jika rasa benci kita hanya sekadar pada emosi. Sewajarnya, rasa marah itu timbul kerana semangat hidup beragama yang wujud dalam diri.

Marah atas dasar emosi semata-mata bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan jenayah pembuangan bayi yang kian parah ini. Marah dengan emosi sifatnya sebentar. Kemarahan sebegini mudah lenyap jika kelak...muncul ISU BARU menggantikan isu pembuangan bayi. Natijahnya, jadilah "isu pembuangan bayi" ini seperti isu2 lain yang tenggelam timbul sifatnya.

Marahlah...geramlah. Itu tiada salahnya asal saja kemarahan kita kerana rasa berTuhan. Sehebat mana isu ini dijaja dan diperkatakan, sehebat itu jugalah harusnya seluruh umat ini bersatu menanganinya. Lakukanlah segala apa yang terdaya dengan nikmat kudrat yang Allah anugerahkan kepada kita. Fikir dan bertindaklah dengan segenap usaha. Semuanya bermula dengan diri. Hijrahkan diri kembali kepada Allah, nescaya, bantuan Allah akan tiba.


Sememangnya begitu banyak huraian peranan yang boleh dibincangkan di sini. Walaubagaimanapun, hati ini lebih cenderung memfokuskan hanya kepada "insan" yang terlanjur membuang bayi.

Coretan buat SI PEMBUANG "ANAK COMEL"..

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah...Tuhan Yang Maha Agung...
Dialah Allah...Yang Maha Menciptakan...
Menciptakan janin dalam rahimmu..

Dialah Yang Menciptakan manusia yang hina...
Kerana asal manusia dari setitis air mani...
Namun harus diingat...
Kita dicipta dalam hina...
Tapi bisa menjadi yang mulia...
Asalkan kita segera kembali pada-Nya.

Manusia itu hamba...
Manusia juga khalifah...

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia ini dalam SEBAIK-BAIK KEJADIAN" [at-Tin:4]

Carilah rasa kehambaan dalam diri...
Dan buktikan diri adalah sebaik-baik kejadian.
Carilah iman yang berselindung dalam diri..
Nescaya Allah akan membantumu menyangkal segala mazmumah diri..

Masyarakat kini marah kepadamu.
Namun itu bukan alasan untuk terus menyembunyikan dirimu.
Kerana Allah Maha Tahu di mana kamu.

Wahai yang bernama "insan"...
Duniamu hanya kamu yang tahu.
Kamu diuji dengan ujian yang semua insan tidak mahu.
Tidak akan diuji manusia itu melainkan hanya dengan izin Allah...


Ingatlah wahai hamba Allah...
Jangan anggap taubat itu mudah...
Taubatlah dengan sesungguh-sungguhnya...
Dengan takut dan harap...
Berjanji tidak mengulangi dosa lalu...
Cukuplah dengan terbiarnya anak kecil tak berdosa...
Jangan kau tambah lagi derita mereka...

Cukuplah!
Bertaubatlah...
Kembalilah...
Kesalilah...
Atas segala dosa...

Aku bukan insan sempurna...
Aku juga hamba sepertimu yang mencari YANG SEMPURNA..
Pada akhirnya...kita sama...
Hanya yang beza...
Apakah nafas kita diakhirnya taqwa...atau hina...

Moga Allah jauhkan kita dari putus asa dari ampunan-Nya..~_~

Wassalam....

17 Februari 2010 @ 1.13pm

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Ahad, 14 Februari 2010

.:":.OuR DrEaM HEART.:":.


Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara; kerana HARTAnya dan kerana KETURUNANnya dan kerana keCANTIKannya dan kerana AGAMAnya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu." [Riwayat Muslim]

Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah tersalah dalam memberi nasihat. Nasihat Baginda s.a.w bukan sekadar omong kosong tetapi segalanya terbukti dengan apa yang Baginda juga para sahabat amalkan.

Pertama..harta
Kedua...keturunan
Ketiga...kecantikan
Terakhir...agama

Yang terakhir bukan bererti tidak penting. Secara lazimnya, lelaki yang biasa-biasa lebih tertarik kepada wanita atas 3 faktor pertama. Hanya lelaki yang luar biasa (maksudnya yang benar-benar beragama) mengutamakan faktor terakhir dan itulah dia...bakal suami yang soleh. Sentiasa menjadikan yang solehah sebagai idaman hati.

Umpama kisah Sultan Melaka yang beria-ia ingin meminang Puteri Gunung Ledang yang dikhabarkan memiliki paras yang jelita..begitulah lazimnya pilihan seorang lelaki.

Cantik kekal itu kerana agama, tidak sama cantik yang hanya di mata. Jika menikahi seseorang asbab kemuliaannya, ia buatkan diri menjadi hina dan jika kerana harta buatkan diri menjadi fakir. Hanya apabila matlamat nikah itu kerana menjaga maruah agama, insyaAllah, akan terlahirnya generasi yang berkat.

***

Gaya "bercinta" umat kini mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali pasangan dan itu berlaku sebelum berkahwin. Soalnya, berapakah jarak masa untuk mengenali pasangan?

Sejarah menunjukkan ikatan sosial bukan semudah zaman kini. Dunia menjadi semakin kecil, segala ruang terbuka seluasnya dek kerana perhubungan "di hujung jari". Ruang kenalan bukan sekadar dalam lingkungan masyarakat setempat bahkan merangkumi seluruh pelosok dunia.

Jika dilihat situasi zaman dulu, proses mengenal pasangan sebelum berkahwin tidak memerlukan masa yang panjang. Keluarga memainkan peranan penting semasa proses ini. Penglibatan ibu bapa dalam pemilihan jodoh buat anak-anak sangat membantu ke arah pembinaan rumahtangga yang kekal abadi walau tak pernah bercinta sebelumnya. Di situlah adanya sentuhan barakah dalam rumahtangga, tiada ruang waktu untuk "dosa cinta sebelum halalnya hubungan".

***

Pendidikan di menara gading melahirkan wanita yang hebat dalam aspek intelektual. Persoalannya, adakah keharmonian intelek ini selari dengan keharmonian dalam aspek hidup beragama. Ilmu mendidik akal menjadi cerdik, agama mendidik hati menjadi bersih. Ada wanita yang cantik sangat tapi tidak cerdik, ada yang cerdik sangat tapi akhlaknya buruk. Kecerdikan yang tidak dikombinasikan dengan akhlak yang baik menjadikan seorang itu seperti orang yang "rabun jauh". Yang dekat nampak, jauh tak nampak. Mahu ada "pakwe makwe" tanpa melihat batas syarak, mahu berkahwin tetapi tidak nampak tanggungjawab di sebalik sebuah perkahwinan. Disebabkan itu, majoriti umat kini tidak takut dengan maksiat, segala larangan Allah tak diambil peduli, bukan sahaja lautan api dunia, lautan neraka pun sanggup direnangi. Begitulah dahsyatnya momentum cinta yang bergelumang maksiat. Sangat sukar untuk dihentikan kerana akal disandarkan kepada nafsu mengatasi agama.

Nabi s.a.w juga pernah bersabda, "Tidak ada yang lebih berharga selepas taqwa kepada Allah selain ISTERI yang SOLEHAH."

Isteri solehah itu umpama permata dunia..perhiasan dunia. Jika dia di rumah, ahli bait peroleh manfaat darinya. Begitu juga jika dia bekerja, lingkungan kerjanya juga dapat manfaat.

Generasi akhirat yang hebat bermula dari isteri yang solehah. Pilihlah. Bina kasih sayang yang sifatnya hakiki, kasih sayang hanya kerana Allah.


Jangan biarkan kasih sayang menggugat dan merugikan diri kita. Membina rumahtangga diibaratkan membina masjid. Namun, masjid yang bagaimana kita ingini? Ada masjid yang sepi dari jemaah dan ada sebaliknya. Jadikan rumahtangga umpama masjid yang di dalamnya ada ruh al-Qur'an, ada imam dan makmum, ada khutbah yang merangsang diri menjadi insan yang semakin mantap imannya.

***

Sayangnya, kebanyakan rumahtangga hanya punya ruh materialistik. Cinta dalam rumahtangga hanya atas nama nafsu. Rumah gersang tanpa jemaah, khutbah hanya tinggal khutbah, hanya telinga mendengar tapi tidak di hati.

Terdapat 3 modal utama yang perlu ada untuk wanita yang mahu bergelar isteri solehah.

1-MODAL FIZIKAL

Fizikalnya harus mantap termasuklah aspek kewangan, kesihatan dan segala bentuk keperluan asas untuk hidup yang sejahtera.

2-MODAL EMOSIONAL

Bagaimana mahu berinteraksi dengan segala situasi? Bagaimana mengurus emosi? Bagaimana riak wajahnya bila ditegur silapnya? Bagaimana tuturkatanya? Semua itu harus dibereskan dengan sebaik-baiknya.

3.MODAL SPIRITUAL.

Untuk membina sebuah ikatan, ia bukan hanya atas sijil. Ciri-ciri jiwa beragama dan visi yang tepat perlu ada dalam diri setiap isteri. Isteri beginilah yang menjadi tiang seri utama.

"Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka..." [at-Tahrim: 6].

***

Bagaimana hendak mengetahui sesorang itu sesuai dengan apa yang dianjurkan oleh agama dalam mencari pasangan?

Islam bukan sekadar sebut-sebutan, "ISLAM IS A VERB"...Islam itu tindakan.

Sememangnya sulit untuk mencari yang solehah. Walaubagaimanapun, ada kaedahnya. Walau kaedah ini agak lambat tapi inilah yang seharusnya. Jika mahu diteropong apa yang ada dalam hati setiap individu, pastinya susah.

1. KENALPASTI DIRI KITA....ada ciri soleh? Cari soleh pada diri. Bina diri. Jadilah kawan, baru cari kawan. Suburkan diri dengan segala sifat mahmudah, turuti sunnah Nabi s.a.w, pendek kata, tentukan diri anda sebagaimana yang anda mahukan dalam diri bakal pasangan anda, insyaAllah, pasti Allah akan buka peluang untuk kita miliki yang baik. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Perbetulkan diri, kelak Allah pasti ketemukan diri anda dengan insan selayaknya.

2. JANGAN MENANTI SEMPURNA kerana kesempurnaan itu sifatnya berterusan. Kita memang insan yang tidak sempurna. Apabila jodoh ditakdirkan buat kita, pasangan kitalah yang melengkapkan apa yang kurang dalam diri.

3.JANGAN IMPIKAN YANG TERLALU IDEAL.. Jangan melampau meletakkan standard yang tinggi untuk pasangan. Segala kekurangan yang ada pada pasangan harus diatasi bersama. Kita tidak memerlukan orang yang ke-3 dalam mengatasi masalah dalam hubungan suami isteri tetapi kita perlukan pihak ke-3...Dialah Allah s.w.t. Jika masalah disandarkan kepada nafsu, pasti kita akan menemui jalan buntu. Sandaran kepada Allah jualah yang terbaik.

***

Bagaimana hendak pertahankan rumah tangga ketika dilanda badai? Patutkah dipertahankan walau diri dizalimi?

Badai sentiasa ada selagi ada laut dan ada pantai. Yang utama, bergantung atas niat. Kedua-dua pihak suami isteri harus sama-sama buka minda dan hati untuk cari jalan penyelesaian. Mengakui apa yang salah dalam diri. Mohon bantuan insan yang punya pengaruh dan disegani dalam keluarga. Jika tiada, bersemukalah dengan mana-mana kaunselor untuk memohon pandangan bernas. Carilah apa juga jalan namun harus dipelihara kehidupan anak-anak. Jangan sampai putusnya ikatan suami isteri memutuskan ikatan ibu-anak/ bapa-anak. Mohon pada Allah agar ditunjukkan jalan penyelesaian terbaik.

***

Tanda isteri yang solehah...disuruh, dia ta'at..dilihat, hati tenang...jika suaminya tiada, maruah dan harta dijaga.

Suatu hari, seorang isteri sendirian di rumah. Datang 3 tetamu. Tidak dibenarkan masuk ketiga-tiganya sehinggalah kepulangan suaminya. Lalu ditanya pada suami, tetamu mana yang mahu dijemput masuk? Si suami menjemput tetamu "kekayaan"..berkatalah ibunya, kekayaan tidak bawa ke mana. Lalu dijemput pula tetamu "kebahagiaan"..berkata ayahnya, kebahagiaan ada pasang surutnya. Akhirnya dijemput tetamu "kasih sayang"..menakjubkan!.."kasih sayang" tidak masuk sendirian, "kekayaan" dan "kebahagiaan" mengiringi bersama.

***

Utamakan menjadi hamba Allah yang baik, bangunkan kekuatan diri, bangunkan tamadun. Segalanya bermula dari sebuah keluarga. Sama-samalah berusaha membawa tiap ahli keluarga untuk menatap "wajah" Allah, pasti akan bertemu rindu kepada Allah. Mulakan dengan mendidik hati untuk rasa rindu dan cinta kepada Yang Maha Agung..insyaAllah..segala apa yang diidamkan pasti tertunai..jika bukan di dunia, tentunya di akhirat kelak. (^^,)

Wallahu'alam....

Diskusi HALAQAH..akar tradisi ilmu..

Tajuk: ISTERI IDAMAN HATI

Moderator: Ahmad Shukri Yusoff
Panel: Ustaz Mohamad Zawawi Yusoh & Dr Rubiah Kulup Hamzah

Ahad, 9.30pm - 10.30pm

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Sabtu, 6 Februari 2010

...nur iman...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Kita masih diberikan nikmat keimanan. Inilah nikmat terbesar yang wajib ada bagi insan bergelar khalifah agar terlaksananya tanggungjawab menegakkan syahadah di bumi Allah. Nikmat imanlah bukti tercurahnya rahmat Allah terus-terusan buat kita. Nikmat inilah juga yang beri kita keyakinan untuk tetap di jalan yang benar.

Malangnya, umat akhir zaman ini selalu mengabaikan nikmat terbesar ini.

Manifestasikan kesyukuran dengan memaksimakan puji-pujian kepada Rabb kita. Sedari mata terbuka sebelum terbitnya fajar, didiklah hati agar sentiasa bertasbih memuji Allah sehinggalah tertutup mata menikmati tidur dalam indahnya iman. Lafaz pujian kita bukan sekadar meriah di dalam solat bahkan juga di luar solat. Setiap nikmat yang terlihat di mata kasar atau mata hati, dahulukan dengan memuji kebesaran Allah.

Sayangnya, dek kerana kita sering memisahkan dunia dengan iman yang ada pada diri, sering saja kita tertipu. Kita tidak merasa indahnya beramal dengan ad-Deen.

"Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang." [Imam Bukhari]

Imam Ahmad menjelaskan...

"Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, menyia-nyiakan-Nya, maka itulah berkurangnya" (Aqidatus-Salaf wa Ashabul-Hadis)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w ...

"Sungguh menakjubkan sikap seorang MUKMIN itu. Segala keadaan dianggapnya baik & hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka itu lebih baik baginya dan apabila ditimpa penderitaan ia bersabar maka itu lebih baik baginya."[H.R. Muslim].

Begitulah hebatnya seorang yang bergelar mukmin. Segala dugaan yang menimpanya ketika di dunia sedikitpun tidak membuatkannya dukacita. Kebergantungannya pada pertolongan Allah sangat tinggi. Dia tidak mudah kagum dengan kelebihan yang ada pada diri kerana dirinya sedar akan MAHA HEBATNYA ALLAH dan MAHA KERDILNYA DIRI SENDIRI.

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". [Ibrahim:7]

Bagaimana kita hendak mensyukuri nikmat iman yang ada pada diri? Tidak lain...buktikan keimanan kita pada apa yang ada dalam hati, pada tutur bicara kita, pada gerakan panca indera kita, dan seluruh yang ada pada jiwa raga kita. Semuanya seharusnya berpaksikan anugerah iman yang Allah kurniakan.


Jadikan iman sebagai pemandu arah kita bermula dari seremeh-remeh perkara sehingga sebesar-besar perkara. Syukur dengan keimanan juga harus bersandarkan dengan ilmu, tidak boleh secara membuta tuli.

"Barangsiapa menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Sesungguhnya pada malaikat benar-benar akan membentangkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu sebagai bentuk keredhaan terhadap apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya orang berilmu akan dimohonkan ampunan oleh seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi, hingga ikan-ikan pun turut beristighfar untuknya. Keutamaan orang berilmu atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, namun hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya bererti telah mengambil bahagian yang banyak." [HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban - Hadith Sahih]

Keindahan menikmati iman bukanlah milik "sdn. bhd." tetapi perlu dikongsi. Tiada guna kita menikmati iman yang ada pada diri sendirian sedang insan di sekeliling kita masih jauh dari nikmat iman. Bantulah insan lain untuk turut berada dalam iman dan seterusnya sama-sama merasa indahnya berada dalam iman.

Wassalam...

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Isnin, 1 Februari 2010

::Tanya Sama DIRI::

Bismillahirrahmanirrahim...

Mahu ke mana diri???
Sering saja hati berbolak-balik
Ada ketika zuhud terserlah...
Ada ketika jumud beraja di minda...

Mahu ke mana diri???
Katanya mahu ke Syurga...
Tapi tingkahnya layak ahli neraka...

Mahu ke mana diri???
Bila diuji dengan sulitnya hidup...
Hati larut kesedihan...
Bila diuji dengan mudahnya hidup...
Hati hitam kegelapan...

Mahu ke mana diri???
Asyik mengejar fatamorgana dunia...
Hingga lupa betapa "gah"nya Syurga...

Mahu ke mana diri???
Hari-harinya sarat angan-angan...
Hingga terabai peranan...

Mahu ke mana diri???
Bimbang dengan miskinnya harta...
Seolahnya dunia ini baqa'

Mahu ke mana diri???
Mengejar cinta dunia yang tidak pasti...
Hingga tak sedar...
Yang Maha Mencintai setia menanti...

AYUH KAWAN!!!!

Jujur pada diri..
Rencana hidup ini.
Jangan pernah menyesal dengan takdir diri...
Redha dengan apa yang diberi...
Itu tanda syukur pada Yang Maha Pemberi...

Hapuskan tangisan meratapi ujian...
Kerana yakinlah insan...
Usai kesulitan...
Pasti ada kemudahan...
Itu janji Yang Maha Kasihan...

Padamkan hasad dalam jiwa...
Pada insan yang dilihat lebih segala...
Renunglah pada insan selainnya...
Pasti kan terbit syukur tak terhingga..

Percayalah....
sesungguh-sungguhnya....
seikhlas-ikhlasnya...
sesedar-sedarnya...

PASTI AKHIRNYA AKAN KETEMU SOROTAN JALAN.....
MENUJU JANNAH...

....Bukankah ke SITU MAHUNYA DIRI???.....

17 Safar 1431H @ 0035

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.