Selasa, 7 Disember 2010

KONGSI: "A Walking to Remember: Hijrah"

Halaqah Ilmiah – “A Walking to Remember: HIJRAH”
Masjid Pusat Islam USM Kubang Kerian

Isnin, 1 Muharram 1432H/ 6 Disember 2010 @ 7.30pm ~~
Penceramah: Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah..Ya Rahman Ya Rahim..
Alhamdulillah...dikongsikan pengisian oleh Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi

Bagaimana khabar iman dan islam kita sebaik sahaja mata dibuka? Bagaimana kita mulakannya? Ada antara kita~Alhamdulillah...atas izin Allah, dipermudahkan sedar dari tidurnya. Ada juga yang teramatlah sukar untuk memulakan hari-harinya.
Walau apapun kondisi kita saat bangun dari tidur...syukurlah! Allah masih beri peluang untuk kita menjalani hidup ini seadanya kita...bersama islam dan iman...Alhamdulillah.

HIJRAH YANG PASTI!

Sama ada mahu atau tidak, kenyataannya, setiap diri kita pasti akan berhijrah dari alam dunia ke alam akhirat. Setiap bernyawa, pasti akan merasai saat kematian! Suatu HIJRAH yang tiada siapa mampu lari darinya.

Soalnya, adakah bekalan kita kini sudah mencukupi untuk HIJRAH itu?

Peristiwa pada saat-saat sebelum kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w sudah cukup menjawab persoalan ini.

“Seorang yang begitu asing..bukan dari Madinah, bukan juga dari Mekah mengetuk pintu rumah Rasulullah s.a.w. Fatimah membuka pintu. ‘Orang asing’ meminta keizinan menemui Rasulullah s.a.w..namun dibalas dengan permohonan maaf Fatimah...”Maaf...ayahku sakit”..lalu pintu ditutup. ‘Orang asing’ itu mengetuk kembali dan jawapan yang sama diberikan. Sekembalinya Fatimah kepada ayahandanya..dia ditanya oleh Rasulullah s.a.w..”Siapakah itu?”. Dijawab Fatimah..”Aku tidak kenal...kelihatannya begitu asing dan pandangan matanya menggerunkanku”..Rasulullah menatap wajah anakanda kesayangan dan dengan tenang membalas..”ITULAH MALAIKAT MAUT...HADIRNYA INGIN MENCABUT NYAWAKU”~~...Fatimah PENGSAN! Bukan kerana takut akan kehadiran malaikat pencabut nyawa itu tetapi kerana teramat sedih bila tahu diri akan berpisah dengan Ayahanda yang sangat dicintainya.~_~..Sedar sahaja Fatimah, ketika itu, malaikat maut sudah berada di sisi Rasulullah dan bertanya~~”Wahai Kekasih Allah...adakah kamu mahu meneruskan kehidupan ini atau kamu hendak bertemu Allah s.w.t? Pilihlah mengikut kemahuanmu..”..Insan Agung ini memilih untuk MATI...untuk bertemu CINTA AGUNGNYA!! Satu pilihan yang sememangnya BUKAN PILIHAN KITA..UMAT KINI!!

Apa sebab Rasulullah pilih KEMATIAN?

Sebab bekalan Nabi s.a.w sudah cukup melayakkan diri-Nya bertemu Allah Yang Agung?
Jadi, berbalik kepada persoalan asal tadi...CUKUPKAH PERSEDIAAN KITA? Bayangkan sahaja saat ini Malaikat Maut mengetuk pintu bilik kita lalu diberi “KATA DUA” sebagaimana yang diberi kepada Nabi S.A.W? Sudah dapat jawapannya??! ... Allah~~lemahnya kita!

Hakikatnya...bekalan kita belum cukup! Dan kita pastinya memerlukan persediaan! Persediaan untuk HIJRAH YANG PASTI <>

KISAH HIJRAH NABI S.A.W: BUKAN OMONGAN KOSONG!

Ramai sudah “hadam” dengan sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..Gua Thur pasti semua sudah kenal. Namun, berapa ramai yang ALLAH BERI IZIN untuk mengambil ibrah dari peristiwa ini? Sebagaimana juga peristiwa Maulidur rasul, Nuzul Al-Quran, Isra’ Mikraj etc ..etc. Semua menyambut “cuti”nya...tetapi sayangnya, hanya sedikit sekali yang merenung “maksud”nya.

Kenapa Nabi s.a.w HIJRAH? Kenapa? Adakah Nabi tidak boleh SOLAT di MEKAH? (TIDAK!) Adakah Nabi tidak boleh PUASA di MEKAH? (juga TIDAK!) Bagaimana pula dengan ZAKAT?HAJI? Semua maklum~~~HAJI pastinya di MEKAH, tidak di tempat selainnya!...dan KENAPA pula hijrah Baginda ke MADINAH?

Majoriti ulama’ bersepakat, selama 13 tahun seruan Islam di Makkah, ISLAM MASIH BELUM SEMPURNA! Setelah berhijrah ke Madinah, barulah kesempurnaan Islam itu wujud. Saat di mana UNDANG-UNDANG ISLAM tertegak..itulah setinggi-tinggi KESEMPURNAAN. Kesempurnaan ini tidak akan berlaku di Mekah di mana “kerajaan Abu Jahal” sentiasa sahaja menentang.

Hijrah ke Madinah juga adalah atas tuntutan Allah buat Rasulullah s.a.w dan seluruh yang mengakui keEsaan Allah saat itu. Siapa kata Nabi tidak sayangkan Mekah...itu tidak benar sama sekali. Nabi s.a.w cukup-cukup menyayangi tanah tumpah darahnya...tanah air yang sangat berjasa selama hidupnya. Fitrah manusia yang juga ada pada seorang bergelar Nabi, CINTAKAN TANAH AIR!

Sekuat manapun rasa sayang ini, setelah Allah memerintahkah agar Baginda meninggalkan MEKAH dan seluruh isinya, walau hakikatnya amat berat bagi Nabi, tetap Baginda laksanakan. Cinta kepada tanah air tidak sedikitpun menggugat “CINTA TERATAS”nya. Pengorbanan satu cinta demi CINTA ALLAH.

Begitulah hebatnya cinta Rasulullah s.a.w sebagaimana hebatnya cinta para nabi yang lain kepada Allah. ..

Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan Nabi Ismail..Nabi Ismail pula sanggup dikorbankan..SEMATA-MATA kerana perintah Allah..

Nabi Musa..di saat berhadapan dengan bermacam jenis ular ..boleh saja ular-ular itu diketuk menggunakan tongkatnya..itu logiknya..tapi, SEMATA-MATA yakin dengan perintah Allah...dilempar sahaja tongkat itu, lalu tongkat menjadi ular besar yang memakan segala ular yang ada~~

The POINT is...SETIAP APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH, WALAU LANGSUNG TAK MASUK DEK AKAL , PASTI ADA HIKMAHNYA..We know NOTHING! Allah know BEST!

Next point, “Jangan perasan diri sempurna dengan asbab solat, puasa, zakat, haji sahaja! Kesempurnaan manusia sangat terbatas..Islam tidak akan sempurna selagi SYI’ARnya tidak ditegakkan!”

Sebelum hijrah, sirah menyaksikan bagaimana teruknya umat Islam dipulau, hubungan diputuskan, diseksa dan dibunuh tapi kekuatan iman umat Islam ketika itu sangat mantap sehinggakan si kafir quraisy mati akal lalu berhajat melakukan pakatan dengan Nabi s.a.w. Tawar-menawar menjadi helah tapi dengan mudah, Allah menyampaikan firmanNya melalui lisan KekasihNya...Muhammad s.aw...

Bismillahirrahmanirrahim...

(Maksudnya)

“Katakanlah (Muhammad), “ Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. UNTUKMU AGAMAMU, dan UNTUKKU AGAMAKU.”[Al-Kafirun]

Tegas! Tanpa berbasa-basi! Akidah tidak akan sama sekali digadaikan dengan TAWARAN BODOH ini.

Langkah pertama tidak berjaya lalu direncanakan langkah seterusnya..
Bertemulah para pemuka Quraisy dengan Abu Talib. Masih dengan “skill” sama yang “lapok”...memberi TAWARAN!

“Wahai Abu Talib..pujuklah anak saudara yang kamu sayangi itu agar menghentikan dakwahnya...dia mahu jadi Raja? Bisa diatur. Mahu HARTA? Bisa diberi. Mahu WANITA? Seberapa ramai yang dia mahu...pasti diberi!..tetapi SATU SAHAJA SYARATNYA....TINGGALKAN DAKWAH INI!Tolonglah~~~

Namun, apa jawabnya Nabi s.a.w...

“Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku takkan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa”

Kalam yang penuh dengan ketegasan dari seorang insan bergelar MURABBI...Rasulullah s.a.w...Subhanallah..

Sebagaimana tawaran pihak Quraisy..

1. Jawatan
2. Harta
3. Wanita

TIGA perkara yang menjadi kegilaan manusia...dengan lebih khususnya, bagi yang bergelar lelaki.

Ingat! MUJAHID ISLAM TIDAK AKAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KEGILAAN INI! Sunnah seorang murabbi..

Kegagalan tawaran melalui Abu Talib akhirnya mengumpulkan 12 Ketua-ketua kafir Quraisy dalam satu mesyuarat. Abu Jahal sebagai “YDP Dewan” mula bersidang dengan membuka sebarang cadangan untuk menentang dakwah Muhammad (s.a.w)..

Cadangan pertama, penjarakan Nabi...(dipertikai..). Cadangan ke-2, halau Nabi keluar dari Mekah..(juga dipertikai..)..dan cadangan seterusnya oleh Abu Jahal sendiri..”Kita kumpulkan 10 pemuda dan bekalkan pedang...dibunuh sahaja dia!”..tanpa dipinta, cadangan itu disokong dengan bersungguhnya oleh “si jubah hitam”....dan terus menghilang dari sesi mesyuarat sejurus menyatakan sokongannya..itulah IBLIS LAKNATULLAH! SANGAT JAHAT!!Penuh muslihat!

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah sebaik-baik pembalas tipu daya" [Al-Anfal:30]

Dan saat itulah Allah menurunkan perintah-Nya supaya berhijrah. Berhijrah bukan bermaksud melarikan diri sebaliknya mahu memperkuat kedudukan.

Maka berhijrahlah Nabi s.a.w dan sekalian umat Islam ketika itu.



HIJRAHMU KERANA APA?

“Wahai Rasulullah s.a.w...dalam ramai-ramai yang berhijrah ini, terdapat seorang yang berhijrah bukan keranamu..bukan kerana tuntutan Allah..tetapi hijrahnya kerana seorang yang bergelar Ummul Qais, seorang janda yang ingin dikahwininya..bagaimana keadaannya ya Rasulullah~~?”

Maksud al-hadithul awwal..

“Sesungguhnya setiap amalan dibuat dengan niat, dan seseorang itu diganjari berdasarkan niat yang dia niatkan, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu” [Sahih Bukhari & Muslim]

Bagi yang berakal waras, niat itu dinilai bukan atas dasar sebutan “usolli..” atau “nawaitu..” tetapi atas dasar ikhlas atau tidak, kerana Allah atau selainnya!?
HIJRAH adalah suatu HAL yang AMAT BESAR, bukan main-main. Nabi s.a.w dan umat islam berhijrah dengan meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah. Tetapi...itu bukan nilaian Allah..yang lebih MENARIK PETRHATIAN ALLAH adalah nilai KEIKHLASAN para muhajirin.

APA DI SEBALIK KEIKHLASAN?

Ikhlas dalam HIJRAH boleh jadi dapat pahala...boleh jadi dapat dosa..dan boleh jadi, NOTHING! Tak dapat apa-apa!

Contoh:

Ada orang solatnya di awal waktu, tutup aurat..pendek kata, cukup syarat2 untuk SOLAT YANG IDEAL..insyaAllah..dapat pahala.

Ada orang solatnya NOTHING..bila mana, pakaian solatnya bersumberkan sesuatu yang tidak halal..hasil curian atau hasil hutang yang tidak dilangsai sebagaimana perjanjian. Solat SAH tapi sia-sia...

Ada pula yang solat, tetapi solatnya itu mengheretnya ke neraka!

“Maka CELAKAlah ORANG YANG SOLAT, iaitu orang-orang YANG LALAI terhadap SOLATNYA, YANG BERBUAT RIYA’ dan ENGGAN (memberikan) BANTUAN” [Al-Ma’un:4-7]

Siapakah YANG LALAI?...Yang solatnya dikerjakan di akhir / luar waktu..Solat Subuh yang wajarnya pukul 5 lebih tetapi hanya terlaksana bila menjangkau 9 pagi!...lewatnya TANPA SEBAB..TANPA SEDAR!..itulah yang dilabel sebagai YANG LALAI~~

Seterusnya, Solat dengan rasa riya’...menunjuk-nunjuk, konon solat yang dilaksanakannya begitu sempurna. ~_~...na’uzubillah..

Dan juga..celakalah bagi yang solat....tapi KEDEKUT TERAMAT! Sangat berat hatinya untuk memberi. BUKAN SEKADAR ITU..dirinya juga menghalang orang lain daripada memberi.

Pesan Nabi s.a.w...

Manusia akan musnah kecuali dengan ILMU, Ilmu juga akan musnah kecuali dengan AMAL...dan amal turut musnah kecuali bagi DIRI YANG IKHLAS...jadi, tolonglah wahai diri~~IKHLASKANLAH NIAT..

Saat matinya anak Adam...hanya 3 PERKARA yang menjadi bekal di sana...

1. Sedeqah yang ikhlas..
2. Ilmu bermanfaat yang disebarkan..
3. Anak soleh yang ditinggalkan...

Ingatan ustaz...

1. Peliharalah keikhlasan dalam setiap amalan.
2. Jangan rasa sempurna/ selesa dengan keadaan kita yang “kononnya” baik.

Pesan ustaz lagi...”Kita banyak dosa kerana tiap-tiap yang bernyawa itu berdosa...sebaik-baik yang berbuat dosa adalah yang segera bertaubat. Salah jika kita tidak rasa berdosa!”

Wallahu’alam...[END: 8.40pm]

~~Mohon Allah anugerahkan kita HIJRAH YANG IKHLAS mengikut standardNya~~Amin..

SALAM MA’AL HIJRAH 1432 ^_^



.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

2 ulasan:

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) berkata...

Salam a'laik...

Ya ukhti...
usaha yg sangat baik dari nti untuk mencerahkan isi kandungan ceramah ini...
smoga ganjaran Allah milikmu...insyaAllah..

wslm...

zati_nadia berkata...

Wassalam
Alhamdulillah..
Amin..

May Allah bless Rakan Masjid USMKK..n guide n help all of u in dis dakwah..keep up d best work in every effort!