Selasa, 30 Jun 2009

::MALU::

Bismillahirrahmanirrahim..

"..apabila ENGKAU TIDAK MALU, maka KERJAKANLAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI"[H.R Bukhari]

Hadith yang ringkas tapi penuh sinis dan ancaman bagi sesiapa yg berfikir.
Istilahnya..malu adalah akhlak sunnah yang membangkitkan akal manusia untuk tinggalkan kemungkaran dan hilangkan rasa malas untuk tunaikan hak Allah (Salim bin 'Ied al-Hilali).

Malu itu fitrah.
Malu itu kawalan hati.
Malu itu penghalang dosa.
Malu itu punya ruang dlm iman.
Malu itu cerminan akhlaq muslim.
Malu itu tanda kesopanan.
Malu itu harusnya tepat sandarannya...

Kita kata kita malu..tapi pada siapa?
Malu pada manusia sifatnya sementara..
Malu pada diri..jiwanya terhormat..
Malu pada Allah itulah yang HAKIKI!

"Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemalu & Maha Menutupi. Dia MENCINTAI rasa MALU dan KETERTUTUPAN"(Hadith Sahih Riwayat Abu Dawud, an-Nasa'i, Ahmad)

Mari sama-sama kita "meriah"kan diri kita dengan sifat MALU..tapi bagaimana ya?

1.Merasa diri diawasi Allah
2.Syukur nikmat Allah

"Cakap itu gampang..praktikalnya sukar". Mungkin itu yang sering terdetik di hati atau lisan kita. Jadi, apa penyelesaiannya? Tiap individu punya cara sendiri bagaimana mahu jadikan diri sentiasa rasa diri diawasi Allah...bagaimana mahu jadikan diri sentiasa syukuri nikmat-Nya.

Cuba kita tanya iman di hati kita...
Apa kita buat dihadapan seseorang yang berkuasa atas diri kita?
Tentunya kita mahu dilihat "PERFECT"!

Jasad, lisan dan apa sahaja yang kelihatan seperti milik kita sebenarnya bukan milik kita. Allah selayaknya memiliki jiwa dan raga ini. Tidak malukah kita menyalahgunakan nikmat yang Allah beri ini?

Apa yang terlafaz pada lisan kita..umpat keji atau kata-kata yang baik?
Apa yang terlihat oleh mata kita..?
Apa yang menjadi halwa telinga kita?
Apa yang terdetik di hati kita?

Malu wajarnya diletak pada ketikanya. Ada ketika, kita tak perlu malu. Soalnya..bila?

> Bila bertegas dengan YANG HAQ!

“Dan tidak boleh dikatakan bahawa bisa jadi malu itu menjadi PENGHALANG untuk BERKATA YG JUJUR, atau MENGERJAKAN KEBAJIKAN kerana malu yang seperti itu BUKAN MALU yang SYAR’I (sesuai syariat)”[Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah, Fathul Baari (I/52)].

"...dan Allah TIDAK MALU (menerangkan) YANG BENAR".(33.Al-Ahzab:53)


> Bila menuntut ILMU.

Daripada 'Aisyah..ummahatulmukminin..

"Sebaik-baik wanita adalah para wanita Ansar. Rasa MALU tidak menghalangi mereka mendalami ILMU AGAMA"[Imam an-Nawawi, Fathul Baari (I/228)]
*********************************************************
Malu pada pakaian...

"Maka syaitan membujuk keduanya (untuk makan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala mereka merasai (buah) pohon itu, TAMPAKLAH OLEH MEREKA AURATNYA, maka mulailah mereka MENUTUPINYA dengan daun2 syurga..."(7.Al-'Araf:22)

Fitrah manusia...malu jika tak berpakaian. Jika sempurna auratnya, manusia itu normal. Jadi, bagaimana pula bagi mereka yang tiada silu membuat "PAMERAN AURAT" buat tatapan manusia lain. Abnormalkah? Maaf dikata...insan yang tak ambil pusing tentang aurat sebenarnya mengabaikan fitrahnya. Kita akui syaitan musuh kita turun-temurun tapi kita biarkan saja dia menipu daya pemikiran kita hingga hilang rasa malu yang patutnya ada dalam diri seorang manusia. Bila fizikal kita terlindung dengan pakaian yang sempurna dan syar'i, itu tandanya kita malu namun perlu diingat batas aurat kita bukan sekadar fizikalnya...bahkan rohaninya juga. Jadikan TAQWA pakaian kita..insyaAllah..hakikat kebahagiaan bersama Ilahi akan kita rasakan.

Kita marah jika diri dilabel bertingkahlaku sebagaimana binatang tapi sikitpun kita tak perhatikan mengapa dilabel sebegitu rupa. Ironinya...binatang pula berperwatakan seperti kita..hmm...[siap tutup kepala sampai tak nampak mata lagi...]~_~..


Apa yang membimbangkan kini ialah pendedahan aurat seperti tiada salahnya lagi. Lebih menjengkelkan iman, wanita yang mengaku diri beriman hanya pada Allah..tanpa sekelumit rasa malu pada apa yg diimaninya..bangga dengan gaya busana yang langsung tak menepati ciri muslimah. Mana bukti MALU kita pada Allah, tapi laranganNya kita ambil tak kisah.

"Bertudung atau tak..itu tak penting..yg penting hati mau baik ma..."
"Ala...yg bertudung pun ntah hape2..baik x pyh pakai tudung!"
"Bertudung tu mau ikhlas..tak guna paksa2"
"Tunggu r tua nanti..muda lagi.."
"Hati tak terbuka lagi la..."


Wah...macam berbangga je kita melontarkan ayat2 di atas..
Bagi yang tak pernah melontarkannya..mungkin inilah ayat2 yg sering kita dengar bila berhadapan dengan wanita yg rambutnya berkibaran di udara. Yang menyukarkan lagi keadaan bila setiap apa yg dinasihatkan...ada saja yang nak dipertikaikan. Sememangnya..tudung itu bukan ukuran sebenar hati seseorang insan tapi ia ada bahagiannya.

Ikhwanku...ketika aurat mu terbuka..dengan hidayahNya, terdetik di hatimu untuk berubah. "Mulai saat ini, aku mahu lindungi auratku!". Itulah azam yang kau semat di hati. Sukarnya melalui penghijrahan itu hanya diri yang tahu. Nafsumu..disokong syaitan durjana..tak henti2 menggodamu, menghalangimu dr melakukan perubahan. Alhamdulillah..kerana bisikan kebaikan yang Allah berikan..kau berubah menjadi insan baru yg lebih baik....^_^

Kini..auratmu telah terpelihara! Syukur..syukurlah..engkau insan terpilih. Tapi kawan..jangan kau lupa, walaupun bertudung..nafsu yang ada sentiasa memburumu. Lantas..nafsu berusaha memadamkan rasa IKHLAS dalam menutup auratmu. Dia goda dirimu agar timbul rasa riya', takbur, bangga diri..seakan-akan "AKULAH MUSLIMAH SEJATI". Bagimu..yang tak bertudung dianggap murahan. Kononnya tanggungjawabmu menunaikan perintah Allah yang satu itu jadikan kau insan beriman. Seolah-olah dengan amal yang satu itu telah menjanjikan syurga buatmu. Itu yang sering KAU..JUGA AKU tersalah fikir.

Dengan arus hidup yang ada...auratmu berjaya kau lindung..Alhamdulillah..riya'?-tiada!, takbur?-tiada!, bangga diri?-tiada!. Alhamdulillah..seolah-olahnya..sudah beres KEIKHLASAN AMAL kita pada-NYA. Namun bila berhadapan dengan Allah kelak...adakah dengan AMAL YANG IKHLAS itu yang kita akan ungkit? Rasa diri sudah cukup mulia untuk berdamping di sisi yang Esa asbab AMAL yang dikatakan IKHLAS itu?

Dan pada akhirnya..nafsu akan menjerit..YAHOO!!!"Aku telah berjaya merampas segala maksud amalanmu itu"

Na'uzubillah..kita insan yang na'if ni sering tersalah matlamat dalam tiap amal.

Kita bertudung bukan sekadar kepentingan hati..
Kita bertudung bukan untuk dibanding-bandingkan..
Kita bertudung bukan sekadar dengan keikhlasan..
Kita bertudung bukan kerana kita dah tua..dah nak mati..
Kita bertudung bukan kerana hati terbuka semata-mata..

KITA BERTUDUNG KERANA REDHA ALLAH SEMATA..itulah matlamat akhirnya..
Banyak jalan dan rintangannya..tapi itulah yang seharusnya kita berani hadapi!

“Dan orang-orang yang BERSUNGGUH-SUNGGUH mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami TUNJUKKAN kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang yang berbuat baik".[29.Al-'Ankabut:69]

Baik di peringkat individu, keluarga, jiran tetangga, sekolah hatta kepimpinan negara sekalipun...masing2 punya peranan sendiri. Masing-masing akan ditanya adakah tanggungjawab menegakkan yang hak telah tertunai atau sebaliknya. Di akhirat sana..kita hanya punya 2 pilihan..dibalas buruk atas perbuatan buruk dan dibalas baik atas amal kebaikan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


(Puteriku Sayang, Munsyid:Hijjaz)


.:YA ALLAH..BIMBING NIAT KAMI SEMATA HANYA UNTUKMU:.Amin...

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Jumaat, 26 Jun 2009

3H::Hikmah.Hijrah.Habsyah

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 BULAN, sebagaimana dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya ada 4 BULAN HARAM. Itulah agama yang lurus, maka JANGANLAH KAMU MENZALIMI DIRIMU dalam (bulan yg 4) itu & perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa ALLAH BESERTA ORANG2 YANG TAQWA" [9.At-Taubah:36]

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak terlewat rasanya untuk mengucap salam buat bulan penuh ta'azim, Rejab. Satu dari 4 bulan2 haram berperang, selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Mudah-mudahan dengan rahmat-Nya, kita sentiasa berada atas jalan lurus menuju REDHA-NYA. Amin..^_^

Buat "buah ilmu" bulan yg punya posisinya tersendiri ini, jom sama-sama kita hayati kisah HIJRAH PERTAMA: HIJRAH ke HABSYAH para sahabat sebelum HIJRAH ke MADINAH.

Sebagai permulaannya, kita asah dulu "ilmu geografi" yang mungkin telah lama kita tinggalkan...^_^

Eritria dan Ethiopia(a.k.a Abbesinia) letaknya di Benua Afrika. Dahulu..kedua-duanya adalah satu dan dikenal sebagai Habsyah. Hubungan antara Ethiopia dan tanah Arab terjalin sejak zaman Nabi Sulaiman. Ketika itu, Ratu Balkis (Pemerintah kerajaan Saba') memerintah Ethiopia. Ketika zaman Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam, hubungan keduanya bertambah rapat apabila bermulanya detik hijrah para sahabat ke Habsyah secara sirr (rahsia) melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritria.

Seterusnya..mari kita kenali pula empunya diri yg memerintah Habsyah ketika itu, Najasyi yg bermaksud "raja". Najasyi seorang raja punya nilai diri yang sangat positif sebagai seorang pemerintah. Seorang yang amat toleransi, "open minded" dan penuh saksama dalam tiap tindakannya. Rasulullah maklum tentang Najasyi menerusi ahli-ahli bisnes Habsyah di tanah Arab.

Dek kerana ancaman hebat dari musyrikin Mekah ke atas umat Islam, Rasulullah yg lembut hati, tidak tega menyaksikan penyeksaan ke atas umat yang dicintainya dan bersandarkan perintah Allah s.w.t, baginda memutuskan agar berhijrah ke Habsyah. Atas dasar memelihara iman dan keselamatan diri juga bertujuan mencari lingkungan baru untuk Islam bertapak, terjadilah episod hijrah ke Habsyah.

Alhamdulillah...ketika musyrikin Mekah galak menindas umat Islam di Mekah, masih ada insan yang baik hatinya. Insan yang menyambut baik umat Islam yang berhijrah malah menganggap mereka sebagai tetamu istimewa. Itulah Najasyi.(^_^)Subhanallah..itulah rahmat Allah yang tak putus buat hambaNYA yang sabar. Di celah-celah kezaliman..masih ada hasanahnya.

Rahsia terbongkar akhirnya. Khabar yang bergerak pantas menyebabkan pihak Quraisy mengetahui hijrah ini. Lalu..dikirimlah 2 utusan ('Abdullah b. Abi Rabiah & Amru b. Al'Ash sebelum bergelar muslim)ke hadapan maharaja Habsyah, Najasyi. Dibawanya bersama hadiah2 yang mahal untuk menawan hati si pemerintah Habsyah. Inilah 'rasuah' yang secara halus dapat membutakan mata hati manusia kepada kebenaran.

Benarlah apa yang dikata Rasulullah s.a.w tentang Habsyah.."Habsyah adalah BUMI KEBENARAN". Ternyata, pihak Quraisy salah percaturan bila mana Najasyi tidak secara membuta tuli menerima pemberian itu. Mana mungkin seorang pemerintah yang adil berbuat demikian sebelum mengetahui kondisi sebenar. Atas nama keadilan, Najasyi memberi ruang buat kaum muslimin menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

Bangkitlah seorang insan yang punya ciri seperti Rasulullah..baik dari segi penampilan dan adab lakunya. Namanya..Ja'far bin Abi Talib..dialah sepupu Rasulullah s.a.w juga kakanda kpd Saidina Ali karamallahuwajhah. Beliau mulakan bicara...

"Ke hadapan maharaja, dahulu..ketika zaman jahiliyyah, kami menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, yg kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah s.w.t mengutuskan seorang Rasul dari kalangan kami sendiri. Beliau memang sinonim dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami agar BERCAKAP BENAR, BERSIFAT DENGAN SIFAT TERPUJI, JUJUR, IKHLAS dan BERAMANAH, menyeru kami MENYEMBAH TUHAN YG ESA dan MENINGGALKAN PENYEMBAHAN BERHALA, BERBAIK DENGAN JIRAN TETANGGA, MENINGGALKAN KEJAHATAN & PEPERANGAN YG BERLARUTAN serta SEGALA SESUATU YG TERKEJI. Seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang dibawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk 2 utusan ini menyeksa dan menekan kami agar kembali kepada agama yg lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar2 dalam penyeksaan yg di luar tanggungan kami, maka kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyeksaan & kezaliman".

Najasyi jadi tertarik untuk mengetahui dengan lanjut tentang agama yg "baru" ini lalu meminta Ja'far menyampaikan apa yang dibawa oleh utusan agung, Muhammad s.a.w.

Maka..kedengaranlah ayat-ayat awal dari surah Maryam yang berkisar tentang kelahiran 'Isa Putera Maryam dan status 'Isa dalam Islam. Jom rehatkan deria hati kita dengan alunan suci ayat2 cinta Allah...^_^..



Sesungguhnya..fitrah hati itu akan gementar bila mendengar ayat suci Allah ini. Begitu tersentuh hati raja Najasyi sehingga menitislah air matanya membasahi pipi dan janggutnya.

"Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dan apa yang dibawa 'Isa a.s. adalah dari SUMBER YANG SAMA".

Najasyi kemudiannya berpaling kepada 2 utusan Quraisy, 'Abdullah dan Amru:

"Beredarlah kamu dari sini dan sekali-kali aku tidak akan menyerahkan mereka ini"

Namun, kedua-duanya tak berputus asa dan terus cuba menghasut Najasyi. Mereka dengan yakinnya menuduh orang2 Islam yg berhijrah itu sebagai kecaman kepada 'Isa dan Maryam..2 insan yg mulia menurut kepercayaan Najasyi dan penganut Kristian.

Najasyi yang bijak tidak melenting tanpa usul periksa. Sekali lagi..beliau meminta penjelasan mengenai pandangan Islam terhadap 'Isa dan Maryam..

Ja'far lalu menerangkan..

"Tentang 'Isa dan Maryam, pada pandangan kami dan orang2 Islam seluruhnya sebagaimana yang dibawa oleh Nabi kami, Muhammad s.a.w., 'Isa adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh & kalimatnya ke dalam jiwa Maryam, dara yang suci".

Najasyi yang khusyuk mendengar hanya menunjukkan persetujuan dengan apa yg diperkatakan oleh Ja'far. Tanpa keraguan, baginda mengembalikan semua hadiah yg dibawa khas untuk baginda. Pulanglah utusan ke Mekah membawa berita buruk. Jelas! strategi pihak Quraisy menghantar 2 utusan dengan "pakej hadiah" sebagai umpan GAGAL sama sekali. Sebaliknya, strategi ini bawa hikmah tersendiri buat sahabat2 nabi yang berhijrah ke Habsyah. Hubungan Najasyi dan orang2 Islam semakin kukuh dan keazamannya utk melindungi mereka makin kuat.

**********************************************************
Banyak INPUT2 yang dapat kita ambil sebagai iktibar dari kisah HIJRAH PERTAMA para sahabat ini. Segalanya bergantung bagaimana minda dan hati kita bersatu dalam mencari makna dalam tiap lipatan sejarah yg ada. Sejarah memang hanya akan tinggal sejarah jika umat kini hanya leka dengan hedonisma yang dinikmati ketika ini. Secara peribadinya..ada beberapa "INPUT ILMU" yang dapat menjadi "OUTPUT 'AMAL" rentetan episod hijrah ini..

1. Islam itu paksi segala kekuatan. Hanya jika berpegang teguh dengannya, apa saja yang ada pada diri sanggup dikorbankan. Sama ada harta benda, negara, kebebasan, kemuliaan diri atau apa saja nikmat kelebihan yang Allah anugerahkan semuanya sanggup dilepaskan. Malu jika mahu dibandingkan umat Islam dahulu dengan umat Islam kini. Umat dahulu amat prihatin dengan ISLAM & IMAN pada jiwa tapi umat kini hanya megah dengan ISLAM & IMAN pada nama. Jika ditanya apa sumber kekuatan...pelbagai jawapan diberi. Yang kurang enaknya..sumber yang dianggap menguatkan jiwa itu sesuatu yang selain ISLAM. Generasi anak-anak kini lebih mengenali dunia hiburan berbanding dunia Islam. Mahu jadi apa bila besar nanti?..Dengan bangganya menjawab.."SAYA MAHU JADI ARTIS"..mak ayah disebelah pula tak henti2 "kembang kempis" hidungnya. Kononnya bangga dengan cita2 anak. Segala yang berkait Islam dianggap sampingan hinggakan tanpa sedar..menjadi MUSLIM pun tiada rasa 'IZZAH (bangga).

2. Da'wah mereka sangat relevan dengan apa yang Islam gariskan. Bagi mereka Islam itu PRAKTIS..bukan sekadar kata2 di lisan atau di hujung pena atau di hujung tarian jejari. Dalam keadaan diri yang serba berdosa ini, seringkali apa yang dikata tak terlahir dengan amal yang sepadan. Selalu saja..CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Di sinilah peranan sejarah itu perlu. Bukan hanya untuk dikenang atau direnung tapi untuk dijadikan panduan me"LURUS"kan diri yang adakala "BENGKOK". Ja'far sendiri menunjukkan contoh bagaimana mahu berdakwah..berbicara biarlah penuh hikmah. Tahu sasaran dakwahnya. Qur'an sebagai rujukan utama dan segala yang HAQ disampaikan tanpa rasa lokek.

3. Banyak yang dapat diteladani daripada Raja bergelar Najasyi sebagaimana yang dikisahkan:

a. Sikap toleransinya membuahkan kebaikan buat sesiapa saja yang berhubung dengannya. Kelebihan diri sebagai pemerintah yang punya kuasa langsung tak memudaratkan golongan yang tertindas.

b. Adil dalam menentukan kata putus. Makna kata..letakkan sesuatu kena pada tempatnya. Apa maknanya hadiah yang mewah jika dengan penerimaannya menyebabkan ada insan yang tertindas. Bila keadilan terlaksana..tiada siapa yang akan terluka.

c. Keterbukaan mindanya membuatkan dirinya tidak terkongkong dengan segala jumud yang ada. Sikap inilah yang membuatkan dirinya mengenal agama yang dianggap sebagai kecaman oleh pihak kaum Quraisy. Andai ada jumud di minda..sudah pasti apa saja yang Islam ajarkan pada kita dianggap menyekat kebebasan diri sedangkan ISLAM itu RAHMAT ALLAH buat hamba-hambaNya yang tersayang. Sering kita letakkan sempadan kasih dengan Khaliq kita..sedang Allah sikitpun tak meletak apa-apa halangan untuk hambaNya menuju kasihNya.

[Menurut beberapa sumber, Raja Najasyi dikatakan memeluk Islam.]

Semasa kemangkatan maharaja Najasyi, Rasulullah s.a.w telah menyampaikan berita sedih itu kepada sahabat Baginda dan menyembah yang ghaib ke atas rohnya.[Riwayat Muslim]

Nabi Muhammad s.a.w mengumumkan pemergian Maharaja Najasyi pada hari yang sama kemangkatannya, mendahului pengetahuan pemerintah2 di negeri2 yang lain [Abu Hurairah]

Dalam surat yang diutuskan Muhammad s.a.w kepada maharaja Najasyi, pemerintah Habsyah, Muhammad s.a.w menjemput Najasyi dan pengikutnya menerima seruannya dan beriman kepada Allah (Ibn al-Qayyim - Zad al-Ma'ad 3/60). Setelah maharaja Najasyi menerima surat ini, beliau terus sujud dan mengakui keislamannya lalu membalas surat tersebut kepada Muhammad s.a.w utk memberi kesaksian bahawa Muhammad utusan Allah dan penyerahan diri buat Tuan Empunya dunia & isinya (Ibn al-Qayyim - Zad al-Ma'ad 3/61)

Raja Najasyi (Ashama ibn Abjar) wafat pada Rejab, tahun ke-9 selepas hijrah, raja yang sarat jiwa kehambaan dan banyak memberi sumbangan kepada perkembangan Islam. Mudah-mudahan ciri2 pemimpin yang ada pada diri Najasyi dijadikan qudwah buat pemimpin masa kini.

[Keislaman raja Najasyi masih dipertikaikan..Sahih Muslim 2/99]..Wallahu'alam..

**********************************************************

Subhanallah..masih banyak lagi iktibar yg dapat diperoleh dan pastinya masing2 punya sudut pandang tersendiri. InsyaAllah..mudah-mudahan apa yang dikongsikan ini menjadikan kita umat yang sentiasa dahagakan penghijrahan diri. Hari esok pasti lebih memberi makna jika diri menjadi lebih baik. Hari ini pula pastinya akan jadi sejarah buat tatapan generasi akan datang.

Para sahabat dapat berBANGGA dengan SEJARAH HEBAT yang MENGAGUMKAN GENERASI KINI...

Persoalannya...

Adakah kita..UMAT KINI akan berBANGGA dengan "SEJARAH HEBAT" yang akan "MENGAGUMKAN GENERASI MENDATANG"?

Apa yang sering kita "HEBAT"kan sekarang?

Ambil masa untuk muhasabah kembali...

Adakah kita HEBAT dengan KEBENARAN & KEJUJURAN?? (Rasanya FITNAH bersepah2 di mana2)
Adakah kita HEBAT dengan SIFAT TERPUJI?? (Ragut! Belasah-membelasah!Zina!Terpujikah?)
Adakah kita HEBAT kerana MENYEMBAH TUHAN YANG ESA?? (Pandai2 la jawab sendiri)
Adakah kita HEBAT kerana MENINGGALKAN PENYEMBAHAN BERHALA?? (Memang berhala tidak disembah..tapi lain pula yang di"SEMBAH")
Adakah kita HEBAT kerana BERBAIK DENGAN JIRAN TETANGGA?? (Hmm..ramai yang "sendawa" sendirian..jiran sebelah meninggal pun tak sedar)
Adakah kita HEBAT kerana meninggalkan PEPERANGAN YG BERLARUTAN?? (Secara kasar memang tak kelihatan tapi secara halusnya...banyak jenis "PERANG" yang berlaku sekarang)
Adakah kita HEBAT kerana meninggalkan SEGALA SESUATU YG TERKEJI?? (Rasuah?Riba?Hmm..macam tak ditinggalkan je...)

Jadi...apa yang HEBAT sangat kita ni..APA YANG SERING DIBANGGAKAN?
Sama-sama koreksi diri utk jadi UMAT YG HEBAT DLM MAKNA SEBENAR..dengan itu..insyaAllah..kita tak akan malu untuk mengaku UMAT MUHAMMAD di akhirat kelak sebagaimana sahabat2 Rasulullah s.a.w.

p/s: ^_^ Mahu jadi IKHWAN yang dirindu YA HABIB..RASULULLAH S.A.W..:)


.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Khamis, 18 Jun 2009

[.:G.O.G_M.A.G.O.G:.]

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Asma' Allah yang menghadiahkan Al-Quran buat kita pandu hidup ini ke jalan-Nya...Pengabdian diri hanya khas buat-Nya. Selawat dan salam kasih sayang intan payung buat Kekasih Allah..Our Beloved Muhammad (bin Abdullah)s.a.w.(^^,). Sungguh..dia sama sekali bukan seorang pembohong!



"Aku akan mengeluarkan hamba-hambaKU di mana TIDAK ADA KEKUATAN SEORANG PUN yang dapat membunuh mereka (YAKJUJ & MAKJUJ)."(Riwayat Muslim)

[[YAKJUJ & MAKJUJ: BENCANA DI SEBALIK GUNUNG]]

Sebuah karya hasil tulisan Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko (37), insan yang punya dwi-peranan, seorang pensyarah juga pengkaji di Jabatan Daerah & Perancangan Bandar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Brawijaya, Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia. Penerima Ijazah Sarjana Muda (BA) Teknik Arkitektur (Universiti Brawijaya) dan Ijazah Sarjana (MA) Urban Housing (ITS Surabaya). Kini dalam pengajian Doktor Falsafah (PhD) Urban Housing (ITS Surabaya). Melihat pada "selok" pengajian beliau...sukar dipercaya beliau berhasil menyumbang idea dalam dunia penulisan. Di situlah letaknya izin Allah buat sesiapa sahaja hambaNya yang berkehendakkan pada perkongsian ilmu. Nilai masa yang beliau miliki sangat berMAKNA bukan saja sabagai saham diri bahkan buat manfaat semua yang membaca hasil tulisannya.

Berikut antara MISTERI yang sering timbul berlegar isu ini:-

- Yakjuj & Makjuj tu spesies apa?
- Haiwan / manusia?
- Di mana kediaman mereka?
- Bila pertama kali mereka ditemui?
- Negara2 mana pernah diserang Yakjuj & Makjuj?
- Benar atau tidak mereka akan kembali merosakkan dunia?


"...Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang BERAT kerana mendalami aspek teologi dan kajian klasik tetapi saya TERUJA pada pendekatan perbandingan yang digunakan oleh pengarang..." (Prof. Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Universiti Malaya)

Hmm...setuju sangat dengan Prof. Zulkifli. Melihatkan buku yang setebal 564ms dan pengisiannya yang bermain dengan ilmu teologi besar kemungkinan akan membunuh minat diri untuk menghayati kisah yang telah tercatat dalam kitab agung Al-Quran. Almaklumlah...yang dipelajari ilmu "NURSING"..jauh bezanya dengan ilmu "TEOLOGI".^_^..Walau begitu...kedua-duanya ILMU DARI ALLAH. Ilmu perlu di"selongkar". Mudah-mudahan dengan variasi ilmu yang dikurniakan Allah buatkan kita jadi DA'IE yang FLEKSIBEL dengan beza pandangan tapi tetap TEGUH dengan QURAN & SUNNAH. Mohon doa kalian yang berkunjung agar sentiasa mendoakan ke"konsisten"anku untuk terus menghayati setiap bait ilmu dari buku ini. Harap-harap, dari penghayatan ini akan menjana amal-amal kebaikan buat diri yang membaca.^_^. Juga...agar dengan pengisian yang "BERAT" ini akan me"RINGAN"kan diri untuk lebih menghargai dan beramal dengan akhlaq AL-QURAN Amin..

Faktor2 ke"TERTARIK"an ku untuk memiliki buku ini...

1. Udahnyer IQRA' tu minatku...
2. Kerana ceteknya ilmuku tentang YAKJUJ & MAKJUJ a.k.a GOG MAGOG.
3. This book is THE NATIONAL BESTSELLER (Terjual LEBIH 10 000 NASKHAH dalam tempoh 1 BULAN!!) Wow!!..ku tak mahu ketinggalan untuk jadi pembaca yg ke-10 000++)^_^
4. ..and the MAIN FACTOR why i'm interested to have dis book...Hanya Kerna IZIN ALLAH..DIA yang berkuasa buatkan hatiku TERTARIK dan alhamdulillah buku ini kini kumiliki. [^_^] .

[Pesanan PENERBIT: Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan APA CARA SEKALIPUN, sama ada secara ELEKTRONIK, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Islamika Sdn. Bhd.]

Bagi menghormati HAK MILIK INTELEK..^_^..manfaat yang diperoleh hasil bacaan buku ini insyaAllah akan diterjemahkan dalam bentuk yang lain.

Cukup sekadar itu...Wassalam.

p/s: Suka berkongsi ikut cara sendiri..v(^_^)v..

25 Jamadilakhir 1430H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Isnin, 15 Jun 2009

<.:Ceritera Ibu & Anak:.>

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah..Khaliq kita yang Tak Terkira SayangNYA pada tiap hamba-Nya...

Isnin_1.5.J.U.N.E.2.0.0.9~21 Jamadilakhir 1430H..^_^..

Satu tarikh yang punya keistimewaan bagiku...dan juga ada tikanya hati tersentap dengan SANTAPAN BERITA DUKA dunia hari ini.

Apapun..Alhamdulillah. Harapnya hari ini lebih baik dari yang semalamnya..^_^..

CERITERA 'QISSAH' IBU & ANAK......

KISAH PERTAMA:

[Harian Metro, Isnin, 15 Jun 2009, Oleh Sarah Zulkifli & Mohd Firdaus Ibrahim]
- Tinju ibu dengan buku lima - Belasah IBU sampai tergolek -

Gombak, SELANGOR - Amuk seorang remaja lelaki (13) menyebabkannya membelasah teruk ibunya menggunakan buku 5 selepas dilarang ibunya daripada meneruskan hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an.

[Berita Harian, Isnin, 15 Jun 2009, Oleh Petah Wazzan Iskandar]
- ANAK belasah IBU guna buku lima: Remaja HOMOSEKSUAL marah selepas ditegur -

"Hati IBU mana tak hancur dan marah apabila anaknya mengaku menjual diri dan terdapat kesan gigitan di leher, angkara seorang lelaki yang menjadi kekasihnya sejak 5 tahun lalu. Namun kemarahan dan nasihat supaya insaf dibalas dengan tindakan ganas. Selepas menyarung buku lima, anaknya menumbuk mangsa berkali-kali hingga ibunya tersungkur sambil MEMAKI-HAMUN dengan mengatakan mangsa tidak layak menjadi ibunya. Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti binatang dan kesakitan dibelasah kemudian menjerit sebelum jirannya datang membantu"(Anonymous)

Bagai mahu gugur jantungku. Usianya masih muda remaja tetapi lagaknya bagai orang dewasa. Muslim atau tidak...tiada sumber yang jelas..namun jika kalian muslim...

Buat adik yang tak kukenali...

Istighfar...istighfar...terus beristighfar..Astaghfirullah...Itu ibumu dik..bukan yang selayaknya kau tumbuk sesuka hatimu..Rapuh hati ibumu itu segeralah kau rawat..Pinta kemaafan dari ibumu SEGERA..jangan sampai kau menyesal kelak..Getirnya saat kau lahir...memangnya kau tak ingat..tapi ingatlah dik...teguran ibumu bukan kerana membencimu..tetapi lantaran TERLALU SAYANGKANMU.. Dalam hidup kita sememangnya tak lepas dari dosa dik..namun..Allah itu MAHA PENERIMA AMPUN! Jangan gusar untuk ikrarkan taubatmu. AJAL sentiasa mengintai kita dik..Baris-baris kata ini mungkin bukan azimat yang mampu menggerakkan hatimu...hanya Allah selayaknya memberikan hidayah buat siapa sahaja hamba yang Dia kehendak walau hamba itu seorang PEMBUNUH sekalipun!

Buat si ibu...jangan putus berdoa yang baik-baik buat anakandamu. Benar...hati ibu mana yang tidak hancur mengenangkan ganasnya anak terhadap IBU KANDUNG sendiri! Tiada kata sebenarnya mampu kuluahkan buat si ibu ini..hanya dia yang menanggung derita ini. Allah mengujimu..insyaAllah..redhamu dengan ujian Allah ini membuatkan Allah redha kepadamu. Harapan tak buta...celikkan ia..mana tahu..suatu masa anakmu itu akan menjadi ANAK SOLEH yang memberikanmu SAHAM di akhirat kelak. Selagi tak tetutup pintu hidayah Allah..selagi itu..masih ada sinar bahagia yang menantimu..^_^..

Buat "lelaki yang berusia 20-an" itu...insaflah wahai insan. Jangan kerana diri kita..orang lain terarah untuk buat kejahatan. Allah tidak cipta kamu dengan sia-sia dan kamu bukan dicipta untuk mempersia-siakan orang lain!

Juga..buat diri dan semua ahli dunia..mungkin kini kita sibuk "menjelingkan" mata pada anak yang meninju ibunya ini. Harus diingat...rasa marah itu perlu...tapi jangan sampai kita mengabai terus anak ini. Jangan cuba-cuba menutup pintu taubat yang bukan hak kita. Kita tak dapat jangka pengakhirkan kita. Alhamdulillah..jika nanti, kita menghembuskan nafas terakhir dengan redha ibu bapa kita..tapi jika sebaliknya?..(Na'uzubillah!)

*********************************************************
KISAH KEDUA:

[KOSMO!, Isnin, 15 Jun 2009, Oleh Zainal Azhar Mohamed]
- 'PENJARA' 15 tahun dalam rumah -

Kg Alor Gandak, Tajar, ALOR SETAR - Mohamed Zahare Hamid (23) dilahir sihat namun takdirnya...demam panas menyebabkannya terencat akal pada umur setahun. Dirinya terpaksa di'penjara' di rumah sejak 15 tahun lalu. Dia adakalanya memberontak hingga membahayakan nyawanya sendiri. Risiko itu memaksa ibunya, Fatimah Othman (56) memenjarakan anaknya walau hati terasa cukup berat.

[Harian Metro, Isnin, 15 jun 2009, Oleh Ridzuan Ahmad]
- Kurung anak 15 tahun, Bukan kehendak hati IBU -

"Saya masih MENARUH HARAPAN agar penyakit anak saya dapat diubati dan ingin melihat dia gembira seperti rakan seusianya."(Puan Fatimah Othman, ibu tunggal)

Tabik TOIN! TOIN! TOIN! buat Puan Fatimah Othman..^_^..Kesabaranmu pasti ada hasilnya di zaman AKHIRAT kelak. Sungguh...Allah bersama orang-orang yang sabar. Usah putus asa dengan rahmat Allah. InsyaAllah..HARAPAN yang kau TARUHKAN itu bukan suatu yang percuma. Bertuah Mohamed Zahare kerana punya ibu yang berjiwa besar sepertimu. Beruntung juga kamu kerana berada dalam "PENJARA KASIH SAYANG IBUMU"..^_^

********************************************************
KISAH KETIGA:

[KOSMO!, Isnin, 15 Jun 2009, Oleh Samsul Bahari Mohamed]

- Peluk, cium ibu sebelum lemas -

KOTA BHARU - "Pelukan & ciuman terakhir anak saya akan tetap dikenang sepanjang hayat". Rintihan Romoh Jusuh, 51, ibu kepada adik Mohd. Faizal Ariffin yg lemas ketika mandi di Sg Semerak, Pasir Puteh pd 3.30 petang (13 Jun).

Takziah buat Pn Romoh Jusuh sekeluarga. Mudah-mudahan anakmu Faizal tergolong dalam golongan anak-anak yang bermain di "Taman Permainan" yang letaknya di SYURGA ALLAH..amin..InsyaAllah...pelukan & ciuman yang terakhir itu...bukan yang "terakhir" sebenarnya. Semoga Allah ketemukan kalian di SyurgaNya kelak. Selamat menanti saat indah peluk cium anakmu itu.^_^

********************************************************
KISAH KEEMPAT (yang membuatkan aku kagum dengan insan bernama 'Ammar ini ^_^ ):

[Utusan Malaysia, 13 Jun 2009]
- SAYA REDHA PEMERGIAN 'AMMAR -

Taman Bertam Indah, KEPALA BATAS - "'Ammar ANAK SOLEH, baik budi pekerti dan TIDAK PERNAH MENYINGGUNG HATI. Saya REDHA pemergiannya...'Ammar anak yang ceria, senang bergaul, gemar membantu orang dan MENDENGAR KATA ibubapanya. Memang dia ANAK YANG BAIK. Kehilangannya amat dirasai"(Puan Siti Fatimah Ramli (46)@ IBU Muhammad 'Ammar Zulkifli, 21 yg maut dalam kemalangan jalan raya di Mesir Khamis lalu )

Subhanallah..."CEMBURU" menyelinap di jiwaku bila mana Allayarham Muhammad 'Ammar dinobatkan sebagai "ANAK SOLEH". Satu pengiktirafan yang sangat diidamkan oleh sesiapa saja yang sedar "DUNIA HANYA SEMENTARA!". Apa lagi yang ingin dibanggakan dengan anak-anak yang bergelar JUARA "Alam Fantasi".. JUARA "Tak Lupa Lirik"...JUARA "kiki la la"...JUARA "Buat Lawak"...atau apa saja JUARA moden masa kini. Akhirnya tiap dari kita...akan pergi jua. Sama ada sebagai anak yg diREDHAi ibubapanya atau anak yang di"REDHA"i peminat-peminatnya.

********************************************************
DAN YANG TERAKHIR..Kisah yang berlaku pd zaman Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika..sedang Rasulullah s.a.w. bertawaf, Baginda bertemu dengan pemuda. Bahu pemuda itu MELECET! Seusai tawaf..terjadilah dialog antara Rasulullah s.a.w. dan pemuda itu:

Rasulullah s.a.w: Kenapa bahumu itu?
Pemuda: Ya Rasulullah! Saya dari Yaman..punya seorang IBU yg sudah UZUR. Saya sangat mencintainya dan tak pernah melepaskannya kecuali BUANG HAJAT, SOLAT @ BEREHAT. Selain itu..selalu mendukungnya di bahu. Ya Rasulullah! Apakah saya sudah termasuk ke dalam orang yang sudah BERBAKTI kepada IBUbapa?
Rasulullah s.a.w: (Sambil memeluk pemuda itu)...SUNGGUH ALLAH REDHA KEPADAMU, KAMU ANAK SOLEH, ANAK YG BERBAKTI. TETAPI KETAHUILAH, KAMU TIDAK AKAN MAMPU MEMBALAS CINTA ORANG TUAMU.

...dalam kisah yang lain...seseorang bertanyakan Rasulullah s.a.w - "Siapakah yang perlu kami utamakan selepas ALLAH dan RasulNya?". Jawab Baginda s.a.w - "IBUmu". Dia bertanya lagi - "Selepas itu?". Jawapan yang sama.."IBUmu". Masih tak berpuas hati..lalu bertanya lagi - "Selepas itu?". Terus Baginda s.a.w merungkai persoalan itu.."IBUmu..kemudian bapamu"

IBU...IBU...IBU...dan..AYAH.

Subhanallah..kita sering dikisahkan dengan hadis-hadis berkait hubungan ibu dan anak tapi mungkin kerana TEGAL dirasa BIASA.."yang berBISA pun kita sudah ALAH.."..senang utk menyatakan hasrat menjadi anak yang SOLEH tapi..hakikatnya..ia tak seMUDAH A, B, C!..Cuma jika pergantungan kita hanya pada Allah..dengan niat yang ikhlas..insyaAllah..jalan menjadi ANAK SOLEH itu sangat mudah! ^_^

********************************************************
...Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...hambaMu ini datang kepadaMu.
Ya Allah..Maha Pengasih..Maha Penyayang...
Ampunkan dosa-dosa kami..juga dosa kedua IBU,IBU,IBU dan BAPA kami...
Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka kasih akan kami sedari kecil..
Didiklah hati kami untuk kembali padamu..
Didiklah diri kami untuk kembali padamu sebagai ANAK YANG SOLEH wa MUSLEH..
Milikmu segala hidayah...
Dengan segala namaMu yang agung..Ya RABB..
Kurniakanlah hidayahMu buat diri kami, keluarga dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kami..
Jangan Kau tarik hidayah yang telah Kau berikan kpd kami..
Bimbinglah kami semuanya untuk menuju SYURGA FIRDAUS MU..Ya Allah..
Hanya Engkau sebaik-baik tempat mengadu dan memohon..makbulkanlah doa kami Ya Allah..



P/S: Buat ibuku yang sangat kucinta dan kusayang...SELAMAT HARI LAHIR MAK..^_^..mudah-mudahan Kau beroleh umur yang berkat, diberi kesihatan secukupnya..dan sentiasa dikasihi dan diredhai Allah sampai ke Syurga..Maafkan dosa-dosa kami sejak kami dilahirkan..Doakan anak-anakmu agar jadi insan yan SOLEH wa MUSLEH..selamat DUNIA AKHIRAT..Amin..

21 Jamadilakhir 1430H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Sabtu, 13 Jun 2009

[ S.A.A.T A.J.A.L ]

Bismillahirrahmanirrahim...

Hanya kepada Allah...manusia kembali...

"Tiap2 yg bernyawa itu akan merasa KEMATIAN, kemudian kpd Kami kamu sekalian dikembalikan". (29.AL-'ANKABUT: 57)

10 Jun - Mohamad Shukery Hashim (55)meninggal dunia disebabkan barah pankreas di HUKM antara jam 1.15 - 1.45pm (Bernama).
12 Jun - 2 beradik (Mohd Shahril Mat Zaman, 30 dan kakaknya, Nor Azaliah Mat Zaman, 31) maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 113, Jalan Ipoh-Kota Bharu, Bukit Megat Terawis, Gerik pada awal pagi(Sinar Harian).
12 Jun - Ketua kampung (D Kolandasamy, 47) mati ditembak 3 penjenayah di Kg Kuala Garing, Rawang kira-kira jam 8.20am(Sinar Harian).
12 Jun - Muhammad Amar Zulkifli (Penuntut tahun 3 perubatan di Universiti Kaherah) meninggal dunia kemalangan jalan raya di Mesir selepas Maghrib (waktu Mesir) (Sinar Harian).
12 Jun - 3 dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar kanabis (Sinar Harian).
12 Jun - Ketua Barisan Sunni di Parlimen Iraq, Harith al-Ubaidi maut ditembak ketika meninggalkan Masjid al-Shawaf di Barat Baghdad selepas solat Jumaat (Sinar Harian).
12 Jun - Sekurang-kurangnya 2 org terbunuh dlm 2 letupan di Pakistan. Salah seorangnya ialah ulama terkenal, Maulana Sarfraz Naeemi (Sinar Harian).
13 Jun - Sami Buddha (Phra Sombat Sriwusan, 59) maut di selatan Thailand ditembak kumpulan bersenjata tidak dikenali di Yala, Bangkok pada 6.15am (Sinar Harian).

Inilah antara rentetan detik-detik kematian yg berlaku antara 10 - 13 Jun ini. Pastinya..peristiwa2 kematian tersebut jauh berbeza jika mahu dinisbahkan dengan jumlah kematian di seluruh dunia..di seluruh pelusuk bumi Allah ini. Hanya Dia yang Maha Tahu..

11 Jun 2009 @ 9pm

Pada saat ini..aku dan keluarga bertolak pulang ke Gerik dari Sri Kembangan selepas menziarahi saudara. Pada masa yang sama...2 beradik bertolak pulang dari Shah Alam juga menuju ke Gerik. Destinasi kami sama atas tujuan yang berbeza. Perjalanan pulang lancar sehinggalah tiba di Kilometer 113, Jalan Ipoh-Kota Bharu sekitar Lawin. Kenderaan beratur panjang dek sekatan jalan akibat kemalangan yg berlaku. Tidak pasti waktu yang tepat tapi apa yang pasti..tika itu jam sekitar 1 pagi (12 Jun). Kepenatan kerana seharian menguruskan hal ehwal duniaku dan menziarahi saudara mara di sekitar KL membuatkan aku terlena. Selepas hampir 1 jam perjalanan pulang tertunggak..pihak polis membuka jalan utk laluan kenderaan. Ketika melalui kawasan kemalangan, aku jadi kaget melihat keadaan kereta Proton Perdana yang remuk! sangat mengerikan...tak dapat nak dibayangkan bagaimana keadaan mangsa. Kecut perutku..gerun..pelbagai rasa bermain di benakku. Saat aku terlena tadi...malaikat maut telah mencabut 2 nyawa dr jasadnya! Innalillahiwainnailahiroji'un...sesungguhnya...DESTINASI AKHIR KITA memang SAMA..itulah DESTINASI AKHIRAT!

Sungguh! Mati itu Benar!! Kita saja yang sering menafikannya..sememangnya bukan penafian pada kata-kata dan tulisan tetapi pada tingkah laku kita.

Sakaratul Maut...setiap daripada kita akan hadapinya ketika ajal tiba. Kata ulama'..KEMATIAN itu akan...

MERENDAHKAN ORANG2 YG JAHAT
MENUNDUKKAN ORANG2 YG BERMAKSIAT
MENAKUTKAN ORANG2 YG SOMBONG
MEMISKINKAN ORANG2 YG KAYA
MENGECILKAN ORANG2 YG BESAR

Ada sebuah cerita dari Aisya Humairaa' r.a.:

..ketika sedang sakarat, Rasulullah s.a.w. celupkan tangan ke dalam bekas berisi air minum dan rendamkan tangan di situ lalu mengusap tangannya yg basah itu kemuka baginda dan berkata: "TIADA TUHAN SELAIN ALLAH. SESUNGGUHNYA SETIAP KEMATIAN ITU ADA SAKARATNYA".

(Hadith riwayat al-Bukhari)

Saat ajal sememangnya satu misteri yang tidak akan terbongkar oleh sesiapapun jua. Ajal tidak akan mengucap salam kepada kita. Ia datang tanpa diduga...sama ada saat kufur atau beriman..saat muda remaja atau tua..saat gembira atau sedih..semuanya sudah tercatat sebagai takdir kematian kita. Cuma peluang yang kita ada hanyalah saat ini...

'Dunia ini hanya 3 SAAT. 1 SAAT telah LEWAT, 1 SAAT engkau SEDANG ALAMI dan 1 SAAT lagi engkau TIDAK TAHU apakah engkau boleh sampai atau tidak. Oleh itu, sebenarnya yang engkau miliki hanya 1 SAAT SAHAJA! Kerana MAUT ITU DATANG DR SAAT KE SAAT' (Abu Dzar al-Ghifari r.a.)

Memang susah untuk kita "maintain" dalam memotivasikan diri dengan KEMATIAN. Sering kita dengar..MOTIVASI TERBAIK UNTUK DIRI IALAH "INGAT" MATI! Wahai diri dan saudaraku...sama-sama kita ber"INGAT" dengan sebenar-benar "INGAT". Benarlah..jalan itu SUSAH tapi ada KEINDAHAN.

"Carilah HATImu dr 3 tempat. Temui HATImu..
...sewaktu BANGUN MEMBACA AL-QURAN..
tetapi jika tidak kau temui, carilah HATImu..
...ketika MENGERJAKAN SOLAT..
Jika kau tidak temui juga, kau carilah HATImu..
...ketika DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI..
Jika kau tidak temui juga, maka berdo'alah kpd Allah...
PINTA HATI YG BARU! kerana hakikatnya pada ketika itu KAU TIDAK MEMPUNYAI HATI!"
(IMAM GHAZALI)

Al-Fatihah buat semua umat Islam yang telah dijemput ILAHI..moga JEMPUTAN ALLAH itu penuh dengan limpah REDHANYA. Buat kita yang akan menyusul...sediakan diri..ISTIQAMAH dengan yang MAKRUF! Jangan mudah mengalah dengan KESUSAHAN yang kita rasa ketika mahu beramal. PUTUS ASA dengan rahmat Allah...mudah-mudahan dibuang jauh2. Jom sama-sama kita perbaharui taubat kita...Saudara-saudaraku yang dikasih Allah...diri kita memang banyak melakukan dosa. Nafsu yang dianggap musuh sering kita jadikan teman karib. Hanya kerana Allah Maha PENGAMPUN...insyaAllah...taubat kita diterima oleh-NYA.

Nikmat NYAWA ini jangan kita persiakan. Dunia ini ibarat air laut..lagi diminum..makin haus jadinya. Antara CINTA DUNIA vs CINTA AKHIRAT..hanya CINTA ALLAH yang kita tunggu...yang kita harap. Dunia ini umpama baja yang akan tentukan bagaimana hidup kita di akhirat ini.

Ya Allahu biha (2x)(Ya Allah dgn kalimah syahadah)
Ya Allahu bihusnilkhootimah(Ya Allah matikanlah kami dgn kesudahan yg baik)

"Ya Allah...tolonglah aku dari susahnya kematian dan sakaratulmaut."

p/s: Buat Syeikh Fathi Yakan...mudah-mudahan Allah s.w.t. merahmati beliau yang kini kritikal di Hospital Amal Islami Lubnan, Beirut. Sama-sama kita doakan kesejahteraan DA'IE yang kita sayangi ini..

20 Jamadilakhir 1430H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Khamis, 4 Jun 2009

SAQAR & 19 PENJAGA NERAKA!


In The Name Of Allah...The Most Forgiving..The Most Loving...

Apa khabar iman kita? Apa khabar amal kita? Alhamdulillah, perkongsian sebelum ini yang berkait dengan ilmu "Bismillah" harap-harapnya dapat membuahkan amal yang seterusnya menjaga tingkat iman kita. InsyaAllah...

Jika dirujuk kembali kepada perkongsian sebelum ini (BEAUTIFUL OF BISMILLAH), ada diselitkan ayat-ayat dari surah Al-Muddassir (27-31)yang menyatakan terdapat 19 malaikat penjaga neraka. Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi pencerahan kepada ilmu yang sedia ada agar timbul rasa istiqamah untuk beramal. InsyaAllah (^_^)

(27)Dan tahukah kamu apa (neraka) SAQAR itu?

Dalam ayat ini Allah menduga kita tentang sejauh mana kita kenal akan SAQAR. Allah maha kuat seksanya. Inilah balasan terhadap sesiapa sahaja yang berpaling dari ayat-ayat Allah. Balasan yang bukan hanya membakar bahagian badan yang terpilih sahaja malah melibatkan seluruh jasad rohani kita. Balasan yang tidak terbayang dengan akal kita yg maha cetek ni.

Kita perlu ingat...kita bukanlah pakar untuk mengintepretasikan makna SAQAR dengan sewenang-wenangnya. Ada juga yang hanya bersandarkan nafsu mempertikaikan balasan Allah ini kerana hanya melihat Allah sebagai Yang Maha Penyayang tanpa melihat Allah di posisi "MAHA-MAHA" lain yang juga milik-Nya. Allah Maha Sempurna dalam mengadili dan membalas hamba-hambaNya yang engkar.

Allah menggunakan kata "SAQAR" dan tidak "AN-NAR". Persoalannya, mengapa?! Umat pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu mengenali SAQAR sebagai suatu tempat yg sangat dibenci dan sangat tidak menyenangkan. Di sinilah letaknya keindahan bahasa Al-Quran. SAQAR itu bukan sahaja tempat yang "membakar" malahan juga tempat yang amat dibenci dan tidak disukai. Tiada seorang pun yang ingin berada di dalamnya walau hanya sesaat!

Walaupun umat Arab dahulu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan SAQAR, namun pengetahuan mereka sangat terbatas dan tidak dapat mengatasi pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Allah bijak menarik perhatian mereka dan membuatkan mereka tertanya-tanya apa lagi yang di luar pengetahuan mereka. Itulah Al-Quran..kitab agung yang mengajak manusia membaca, mendengar, menghayati dan mentadabbur setiap apa yang terkandung di dalamnya agar kerananya, hati manusia terkesan dengannya..agar kerananya, manusia takutkan Allah Yang Esa. Malangnya..macam-macam dosa yang kita lakukan seolah-olah Al-Quran itu bukan teman hidup kita. Astaghfirullah...bila muhasabah kembali..bimbang..di mana sebenarnya posisi kita di mata Allah.

(28)Ia TIDAK MENINGGALKAN (BAQA')& TIDAK MEMBIARKAN (WADAR).

Allah menjelaskan hakikat SAQAR yang sebenar. BAQA' dan WADAR adalah dua terma yang asasnya membawa makna yang sama. Allah menggunakan 2 kata ini untuk menegaskan bahawa SAQAR itu suatu yang sangat dahsyat sehingga tidak meninggalkan dan membiarkan bahan bakarnya tersisa sedikitpun. SAQAR itu melampaui keupayaan api di dunia kerana ia membakar secara total!

(29)Yang MENGHANGUSKAN ('lawahatun') KULIT MANUSIA.

Allah menjelaskan lagi...SAQAR itu menghanguskan kulit manusia! Ini membuktikan SAQAR itu 'khas' disediakan buat manusia yang dimurkai Allah. JUST AND ONLY FOR HUMAN BEING! Sekiranya seseorang yang hidupnya di dunia sangat selesa dan sangat mewah merasakan sengsaranya SAQAR walau sebentar..pasti segala nikmat keselesaan dan kemewahan itu akan luput dari ingatan serta-merta. Dan jika ditanya kembali apa yang menyeronokkan di dunia ini...pasti jawapannya.."NOTHING". Andai kita tahu betapa azabnya SAQAR, nescaya kita akan kurang ketawa dan banyak menangis. Fitnah dunia banyak mengalpakan kita dari peringatan Allah ini. Allah Maha Penyayang sentiasa ingin menyelamatkan manusia dari kesudahan yang hina ini sebaliknya kita seringkali mencipta jalan menuju kehinaan.

(30)Di atasnya ada 19 malaikat penjaga.

(31)Dan yg Kami jadikan penjaga neraka itu hanya dari malaikat; dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cobaan bagi orang-orang kafir, agar orang-orang yg diberi kitab menjadi yakin, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang-orang yg diberi kitab dan org mukmin itu tidak ragu-ragu; dan agar orang-orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), "Apakah yg dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada orang2 yg Dia kehendaki. Dan tidak ada yg mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri. Dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan bagi manusia."


Dua ayat seterusnya menerangkan tentang 19 malaikat penjaga neraka. Jika dinilai secara logik, "19" hanya bilangan yang kecil untuk menjaga seluruh SAQAR. Hanya 19 malaikat inilah yang akan melaksanakan perintah Allah untuk menyeksa penghuni SAQAR kelak. Jelas...setiap "penjaga neraka" ini punya kualiti kuasa yang sangat dahsyat demi menjalankan tugas mereka di "penjara" SAQAR. Maka...berhentilah berharap malaikat itu umpama sesuatu yang "cantik" dan ber"sayap". Ini hanyalah persepsi yang batil. Malaikat ciptaan Allah langsung tidak menyerupai apa yang sering manusia bayangkan. Bukan suatu kepentingan untuk menggambarkan bagaimana rupa malaikat. Cukuplah kita semat di hati kita...malaikat penjaga SAQAR itu sangat keras penyeksaannya buat ahli neraka. Mereka sentiasa menantikan sesiapa sahaja yang mencetuskan KEMURKAAN ALLAH..TUAN kita..TUAN mereka! Wahai teman..bayangkanlah..jika kita yang jahil ini diberi walau barang seketika untuk mengucapkan taubat atas dosa-dosa yang telah kita lakukan..betapa beruntungnya kita. Sejauh mana kita berusaha menggapai redha-Nya dan sekuat mana kegigihan kita untuk dijauhkan dari 19 penjaga neraka ini?

Apa tujuan Allah menetapkan bilangan malaikat secara spesifik? Jom sama-sama kita bongkar kebijaksanaan Allah ini...^_^

1. "dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai COBAAN BAGI ORANG-ORANG KAFIR,"

Kekufuran bermaksud menidakkan Tuhan Yang Esa..menafikan diri sebagai hamba Allah..menolak segala tuntutan yang terkandung dalam wahyu Allah. 19 malaikat penjaga neraka sudah cukup untuk memberi azab yang maksima ke atas sesiapa sahaja yang kufur.

2. "..agar ORANG-ORANG YANG DIBERI KITAB menjadi yakin,"


Orang-orang yang diberi kitab merujuk kepada yahudi dan kristian. Ahli-ahli tafsir mengatakan bahawa di dalam kitab yahudi dan kristian, bilangan malaikat dinyatakan secara spesifik iaitu sebanyak 19 malaikat penjaga neraka. Walaubagaimanapun, semasa zaman Rasulullah s.a.w., tidak semua maklum tentangnya. Hanya ahli-ahli kitab mengetahui tentang 19 malaikat ini. Mana mungkin Muhammad s.a.w. yang dikenali sebagai ummi (buta huruf) dan langsung tak pernah berhubung dgn mana-mana ahli kitab yahudi atau kristian mengetahuinya sedangkan orang-orang yg berhubung dengan mereka tidak pula tahu akan hal ini? Pelik tapi itulah kebenaran dari Allah s.w.t. Jadi, bila saja ahli-ahli kitab mendengar ayat ini...timbul keyakinan di hati mereka bahawa Quran adalah kalam Allah s.w.t. dan bukan omongan kosong. Hanya dari Allah, Muhammad maklum akan hal ini. Ketika itu, penganut2 yahudi dan kristian amat patuh kepada ahli-ahli kitab dalam segala hal sehinggakan yang hak boleh dibatilkan dan yang batil boleh bertukar menjadi hak. Dengan kelebihan yang ada pada para ahli kitab ini...keyakinan yang mereka peroleh dari ayat ini dapat meyakinkan pengikut2 mereka bahawa Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang benar...tiada tipu daya. Itu tandanya Allah Maha Pengasih atas tiap umat manusia. Dia tak tegar membiarkan manusia tercalon sebagai ahli neraka sebelum mendapat bimbingan dari-Nya.

3. "..agar orang yang beriman bertambah imannya,"

Penetapan bilangan ini juga bagi meningkatkan iman insan-insan beriman. Insan beriman sudah pastinya akan meyakini apa sahaja sumber dari Allah s.w.t. Imam ash-Shawkani (1173H - 1250H) menjelaskan, sesiapa yang yakin akan meningkat keyakinannya. Iman itu ialah keyakinan. Seorang yang beriman sudah sedia yakin bahawa mesej Allah ini benar. Jadi penetapan bilangan 19 malaikat ini akan meyakinkan lagi diri-diri yang beriman. Sesetengah umat Islam terdahulu mempersoalkan sama ada iman itu boleh turun naik atau tidak. berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan iman itu punya tingkatnya tersendiri...ada naik turunnya.Namun di akhirnya, kita perlu sedar bahawa iman itu tidak dapat dinilai oleh mata kasar. Kita tiada hak untuk menilai iman sesiapa sahaja di sekeliling kita kerana keterbatasan ilmu yang kita miliki. Imam ash-Shawkani seterusnya menjelaskan bahawa iman yang ada dalam diri seorang mukmin bertambah dek kerana melihat timbulnya kepercayaan terhadap ayat ini dalam kalangan ahli2 kitab. Ini jelas terbukti jika dilihat pada zaman Rasulullah s.a.w di mana bangsa Arab memandang tinggi orang yahudi dan kristian sebagai lubuk ilmu pengetahuan. Jadi, bila saja penganut2 agama ini percaya akan ayat ini, sudah tentu meningkatlah iman orang-orang yang beriman ketika itu.

4. "agar orang-orang yg diberi kitab dan org mukmin itu tidak ragu-ragu;"

Allah s.w.t. juga menetapkan jumlah 19 malaikat ini bertujuan untuk menghilangkan segala keraguan yang ada bagi ahli-ahli kitab dan orang mukmin. Al-Quran cukup sebagai bukti bahawa apa yang mereka pegang itulah yang HAQ. Tiada kitab setanding dengan mukjizat terbesar yang Allah hadiahkan kepada kita ini walau banyak cubaan oleh pihak2 tertentu untuk merampas hak keangungan Al-Quran.

Iman kita seharusnya berasaskan rasional bukan sambarono. Dengan kata lain, kita percaya kerana kita yakin bukan hanya kerana kita disuruh untuk percaya. Sungguh! Allah s.w.t. tidak mahu kita terus berada dalam keraguan disebabkan ketidakyakinan dalam kepercayaan kita.

5. "..dan agar orang-orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), "Apakah yg dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini sebagai suatu perumpamaan?"

Allah s.w.t. sengaja mahu menimbulkan tanda tanya dalam diri orang2 yg hatinya ber"penyakit" dan juga dalam diri orang2 kafir. Apakah yang dikatakan "penyakit" hati ini? Ia bermaksud apa sahaja yang membawanya jauh dari Allah..apa sahaja yang menghalangnya daripada menerima mesej Allah. Ini terjadi atas banyak faktor contohnya kehendak nafsu, kepentingan diri, keegoan dan bangga diri. Allah melabelkannya sebagai penyakit kerana apa sahaja yang beraja di hati selain Allah s.w.t. adalah suatu penyakit dan itulah yang tidak normal bagi insan yang bergelar hamba Allah. Itulah hakikat penyakit hati yg sebenar. Mereka inilah yang akan mempersoalkan apa tujuan Allah s.w.t. menetapkan jumlah malaikat penjaga neraka secara khusus.

Persoalannya..mengapa mereka masih tertanya-tanya tentang hal ini? Apa sebenarnya yg mereka mahu dengan menimbulkan persoalan ini? Adakah mereka benar dengan mengutarakan persoalan ini? Mereka tahu Kitab suci ini adalah kalam Allah. Persoalan yg mereka timbulkan menunjukkan mereka tahu apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu benar. Jadi..pabila seorang hamba mendapat mesej dari Tuhannya...wajarkah dia mempertikaikan apa yang telah ditetapkan? Insan2 sebegini patut menilai kembali kedudukan mereka sebagai hamba.

Allah s.w.t. awal-awal lagi telah menjelaskan mengapa dikhususkan bilangan ini. (sebagaimana diterangkan di atas). Jadi..mengapa pula mereka masih lagi mahu mempertikaikan ayat Allah ini? Jelas menunjukkan tiada keikhlasan di hati mereka dalam menimbulkan persoalan. Mereka bertanya bukan kerana ingin tahu kebenaran. Apa yang tak kena dengan diri mereka...??Itulah penyakit hati yang ada pada diri mereka. Hati mereka telah terikat kukuh dengan yang lain selain Allah yang Esa. Seringkali mereka mencipta alasan untuk lari dari kebenaran kerana mereka takut jika mereka menerima mesej Allah ini..segala apa yang mereka miliki akan hilang, musnah, hancur, hampeh!..itulah ketakutan yang hakikatnya tak membawa apa-apa makna...jika mereka sedar..

Pengajaran yang kita peroleh dari ayat ini...kita sebagai hamba Allah secara dasarnya tidak langsung punya hak mempertikaikan apa yang telah Allah gariskan. Allah s.w.t. berhak atas tiap apa yang ingin Dia lakukan. Dia tidak perlu meminta pendapat atau izin kita untuk lakukan apa saja kerana DIA MAHA BEKUASA. Segala apa yang kita punya bukan milik kita...HANYA DIA YANG PUNYA SEGALA SESUATU! Seorang hamba Allah yang patuh akan redha atas tiap ketentuan Tuhannya. Walau senang atau susah...sentiasa tetap dalam REDHANYA kerana yakin hanya Allah berhak atas dirinya. Ya Allah...kau selamatkanlah kami dari tergolong dalam golongan orang2 yang berpenyakit hatinya dan berilah kekuatan kepada kami untuk menjadi hambaMu yang REDHA atas tiap rancanganMu. Amin...

"Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada orang2 yg Dia kehendaki."

Siapa yang menerima..siapa yang menolak..
Siapa yang patuh...siapa yang engkar...
Siapa yang sedar...siapa yang lalai...

Lumrahnya...Allah yang menetapkan adanya 2 golongan ini. Ada yang Allah kehendakinya berada di jalan yang lurus dan ada yang sebaliknya. Kita perlu sentiasa ingat..Allah penentu takdir kita dan Allah juga Maha Adil. Jika kita mahukan keburukan...itulah yang akan ditakdirkan untuk kita tetapi jika kita sentiasa mahukan kebaikan..Allah akan bimbing kita untuk dekat dengan-Nya..Hidup kita ni harus memilih. Pilihan kita itulah yang akan corakkan masa depan kita kelak.

"Dan tidak ada yg mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri."

Bala tentera Allah ialah sesiapa sahaja yang berjihad di jalan-Nya. Sesiapa yang menegakkan perintah-Nya di muka bumi ini. Apa-apa sahaja dan sesiapa sahaja boleh menjadi bala tentera Allah. Sudah tentunya Muhammad bin Abdullah, junjungan besar Rasulullah s.a.w adalah tentera Allah. Sahabat-sahabat baginda semuanya tentera Allah. Mereka semua memperjuangkan undang-undang Allah dan tiap kalam Allah. Haiwan2 juga boleh jadi tentera Allah. Labah-labah yang menyelamatkan Rasulullah s.a.w. semasa bersembunyi di Gua Thur itu tentera Allah. Singa yang membunuh anak Abu Lahab juga tentera Allah. Sungai Nil yang memusnahkan tentera Firaun juga tentera Allah.Api sejuk yg menyelamatkan Nabi Ibrahim juga tentera Allah. Malah...sesiapa yang menentang ayat-ayat Allah ketika ini juga mungkin saja menjadi tentera Allah. Pendeknya kat...segala apa yang ada di dunia milik Allah ini boleh jadi tenteraNya atas kehendakNya.

Tiada seorang insan pun yang bisa membimbing diri sendiri ke arah kebenaran tanpa bimbingan Allah s.w.t. Hidayah itu adalah hadiah dari Allah buat hambaNya yg terpilih. Apa ada atas nama keyakinan jika kita tak sebarkan apa yang Allah perintahkan? Apa yang ada dengan keyakinan kita jika kita tak bekerja menegakkan perintah Allah di dunia fana ini? Apa patut kita mengaku kita benar2 yakin dengan perintah Allah sedang dalam tiap tingkah laku kita..sikit pun tak menunjukkan keyakinan kita itu? Jadi...jika mahu diri ini diberi Allah hidayah, terimalah mesej Allah dengan penuh rasa keyakinan dan dalam masa yang sama..kita perlu buktikan kita juga tergolong dalam "THE SOLDIERS OF ALLAH". Tanamkan keyakinan kita..tiada siapa tahu siapa yang terpilih menjadi tentera Allah kecuali Dia. Mungkin anda salah seorang darinya...siapa tahu??..^_^..

TRY OUR BEST TO WORK FOR THIS 'DEEN'
TRY OUR BEST TO CARRY OTHERS TO THIS 'DEEN'

Jika kita cemerlang dalam tugas ini...insyaAllah..kita akan dapat apa yang diidamkan oleh setiap hamba Allah yang beriman...GUIDANCE TO THE REAL AND TRUE..TO HIS PLEASURE AND HIS GARDEN..Subhanallah...apa lagi yang dicitakan selain ini??

"Dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan bagi manusia."

Inilah yang ingin dinyatakan di akhir ayat Allah. Peringatan buat setiap umat manusia. Peringatan atas kewujudan manusia di dunia ini. Atas sebab apa mereka dicipta..Untuk ingatkan manusia ke mana mereka akan pergi. Sebagai peringatan mana yang HAQ..mana yang paling penting dalam hidup ini..Inilah yang disebut sebagai DEEN..Mana mungkin kita "double-standard"kan DEEN ini dengan mengutamakan yang lain? Mengapa kita masih "SYOK" bergoyang kaki sedang saudara-mara kita ramai yang hanyut jauh..! berpaling dari apa yang disuruh Allah. Hanya dengan amal KEBAIKAN dan cegah KEBATILAN..kita terselamat daripada 19 malaikat penjaga neraka yang setia ini.Hanya dengan izin-NYA..

(74.Al-Muddassir: 27 - 31)

Rujukan: Quran-Tafsir.org

13 Jamadilakhir 1430H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Isnin, 1 Jun 2009

.:.:.BEAUTIFUL OF BISMILLAH.:.:.



"Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang"

Satu kalimah yang cukup ringkas tapi penuh makna dan maslahatnya. Siapa antara kita berani menyangkal kelebihan yang Allah kurniakan di sebalik kalimah ini amat-amatlah ruginya. Seringkali kita memperkecilkan suatu amalan yg kelihatannya remeh namun hakikatnya sangat besar di "mata" Allah. Jadi, dalam usaha diri-diri kita seluruhnya...mari sama-sama kita berkongsi tentang apa yang "BEST"nya dengan kalimah...
1. BISMILLAH MENDAHULUI WAHYU ALLAH

Tiap kali Jibril a.s. mengajarkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w., ia mulai dengan lafaz "bismillahirrahmanirrahim..".Semua surah yang terkandung dalam Al-Quran kecuali surah ke-9 (at-Taubah) bermula dengan kalimah Bismillah. Terdapat 3 nama Allah dalam kalimah ini. "ALLAH" ialah "personal name" bagi Tuhan. Dalam konteks melafazkannya sebelum melakukan sesuatu, ia bermaksud...segala apa yang dilakukan terjadi atas keizinan dan kehendak-Nya semata-mata. "RAHMAN"("kind") pula ialah gelaran yang menunjukkan hanya Allah yang mempermudahkan segala urusan kita. Gelaran seterusnya, "RAHIM" ("Most Merciful"), menunjukkan bahawa hanya dengan rasa kasih dan sayangNya, Dialah yang menentukan siapa yang akan beroleh kebaikan dari kerja yang kita lakukan. Bersandarkan 3 Nama Allah yang Agung ini, jelas membuktikan bahawa setiap gerak laku kita akan terjamin keberkatannya asal saja kita meyakininya.

2. BISMILLAH DALAM SETIAP TINDAKAN

Diceritakan satu kisah...

Ada sepasang suami isteri. Isterinya sangat taat beragama sedang suaminya seorang yg fasik. Si isteri sentiasa memulakan tiap apa yang yg ingin dilakukan dengan lafaz Bismillah. Sayangnya...si suami yang jahil tu sama sekali tidak senang dgn amalan mulia isterinya dan sering saja memperlekehkannya.

"Awatlah hang ni..bismillah!bismillah!bismillah!tokse aku dengornyer.."(versi kedah+penang+kelantan+perak ^_^)

Isterinya diam je..sikit pun x lawan. Malah, dalam hati, dia berdoa pulak kepada Allah s.w.t agar dikurniakan hidayah buat suami tercinta(fuh...isteri yg solehah nie..patut dicontohi)

Lain pulak dgn si suami yg x reti nak soleh ni..ada pulak niat nak buat si isteri kecewa dengan bacaan Bismillah tu..(ish3...buat kaum adam..jangan dicontohi fi'il yg x soleh nie ye..)

Ditakdirkan suatu hari..si suami kononnya nak buat "surprise" kat isterinya. Dia pun menyuruh isterinya menyimpan wang yg banyak. Si isteri yang sememangnya amatlah taat ni simpan je la kat tempat yang sememangnya selamat. Sedang isterinya melakukan proses penyimpanan tu, si suami ni "usha"2 je nengok isterinya simpan kat mane..Dengan x semena2..si suami yg banyak akal jahat ni dengan segala hati-hatinya ambil duit tu dan campakkannya ke perigi belakang rumahnya...

Selepas beberapa hari..si suami ni panggil la isterinya lalu berkata, "Wahai isteriku...sudilah kiranya engkau berikan padaku wang yang aku berikan kepadamu dahulu untuk disimpan"(ni la namanya skrip lakonan...sikit punya baik ayat)

Isterinya dengan penuh kesopanan (^_^) pergilah mengambil wang itu diikuti suaminya. As usual..."Bismillahirrahmanirrahim..." lalu dibukalah bekas simpanan dan dengan "cool"nya menyerahkan kembali wang suaminya itu.

Maka terkesimalah si suami dengan menunjukkan simptom2 orang terkejut (mata terbeliak, mulut ternganga ala-ala mawas..). Terbit rasa bersalah dalam diri suaminya dan akhirnya si suami memohon ampun daripada isterinya. Bermula saat itu...taubatlah seorang suami dan yang "best"nya...jadilah dia seorang suami yang sangat soleh yang turut mempraktiskan amalan bacaan Bismillah tiap kali memulakan sesuatu kerja.

Subhanallah...sungguh cantik aturan Allah. Dialah yang menghantar malaikat Jibril a.s. untuk mengembalikan wang ke tempat asalnya. Menarik bukan...hanya dengan lafaz yang sangat "simple" tapi penuh makna..seorang isteri dapat berdakwah kepada suaminya tersayang dan berkat keyakinannya terhadap amalannya..Allah mengurniakan kepadanya nikmat yg sangat besar..(suami soleh gitu..)Alhamdulillah..^_^..

Saudaraku..tatkala tingkah kita dimulakan dengan Bismillah..saat itu kita tanamkan tekad di hati bahawa segala apa yang kita lakukan hanya untuk Yang Maha Berkuasa. Kalimah ini menghubungkan "special link", terus kepada ALLAH. Segala apa yg dicitakan melalui tiap tindakan kita hanya Allah yang berhak menentukan. Tiada yang lain kecuali DIA. Bismillah hanyalah syarat untuk menagih keberkatan Allah. Hakikatnya...dengan rahmat Allah kita beroleh kebaikan. WE ARE NOTHING WITHOUT ALLAH!

3. BISMILLAH DI PERMULAAN DOA

Dengan izin Allah, setiap doa yang dimulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM tidak akan ditolak! Subhanallah...apa lagi yang kita ragukan? kalimah ini sememangnya satu nikmat Allah yang besar buat umat Nabi Muhammad yang tersayang. Allah sentiasa bagi "tips" untuk hamba-hambaNya dalam mendapat redhaNya..tapi sejauh mana diri ini syukur dengan bantuan Allah yang tidak pernah putus ini. Diri hanya "bijak" mengeluh dek doa yang tidak termakbul tanpa ada rasa keinginan utk muhasabah kembali apa yang kurang dalam berdoa.

4. BISMILLAH MENJAUHKAN DIRI DARI 19 MALAIKAT PENJAGA NERAKA

Jumlah huruf2 yg terkandung dalam kalimah Bismillahirrahmanirrahim sama dengan jumlah malaikat penjaga neraka.

"(27)Dan tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu? (28)Ia TIDAK MENINGGALKAN & TIDAK MEMBIARKAN.(29)Yang MENGHANGUSKAN KULIT MANUSIA. (30)Di atasnya ada 19 malaikat penjaga. (31)Dan yg Kami jadikan penjaga neraka itu hanya dari malaikat; dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cobaan bagi orang-orang kafir, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang-orang yg diberi kitab dan org mukmin itu tidak ragu-ragu; dan agar orang-orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), "Apakah yg dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada orang2 yg Dia kehendaki. Dan tidak ada yg mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri. Dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan bagi manusia." (74.Al-Muddassir: 27-31)

'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 MALAIKAT PENJAGA NERAKA maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari'. (Ibnu Mas'ud)

Nah! Apa yg dilengahkan lagi saudaraku..jom sama-sama kita amalkan. Setakat 19 kali apa la yang berat sangatkan. Lebih banyak manfaatnya daripada kita menggunakan nikmat lidah yang Allah kasi FREE OF CHARGE ke arah yang tak sepatutnya.

Jadi...mahu jadi hamba yang syukur nikmat...VERY EASY! v(^_^)v...LET US TOGETHER PRACTICE OURSELVES TO SAY! BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... IN EVERY SINGLE THING WE DO.
Yang juga perlu diingat...jangan sesekali kita mempermainkan kalimah suci ini dengan tindakan yang dimurkai Allah. Yang BATIL tidak akan secara automatiknya bertukar menjadi HAK hanya dengan lafaz BISMILLAH. BATIL tetap BATIL!. Tiada campur tolak. Kalimah Bismillah hanya ber"teman" dengan yang HAK...tidak yang selainnya.

Alhamdulillah....

(Pesan Bro2 RAIHAN..."Dimulakan dengan BISMILLAH..disudahi dengan ALHAMDULILAH. Begitulah sehari dalam hidup kita..Mudah-mudahan diberkati Allah")..INSYAALAH.v(^_^)v

9 Jamadilakhir 1430H

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.