Khamis, 24 September 2009

Istimewanya Kerja Bila...

Bismillahirrahmanirrahim...

Berapa ramai yang gajinya beribu-ribu..tapi masih berasa tidak cukup. Berapa ramai yang sibuk menimbunkan harta...hingga terabai tanggungjawab selainnya. Berapa ramai yang kerjayanya gah di mata masyarakat...tapi kerjanya tangkap muat saja. Berapa ramai yang dipuji kerana kehebatan kerjanya...tapi tanpa sedar..diLAKNAT ALLAH SWT.

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk MENYEMBAH dan BERIBADAH kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya ." [Ad-Dzaariyat: 56-58].

Hidup bukan kerana kerja. Hampalah hidup jika diri menjadi hamba kerja hingga terlupa untuk menjadi hamba Allah. Kerjaya secara automatiknya menjadi IBADAH jika niatnya ikhlas kerana Allah s.w.t. Sentiasa muhasabah dan koreksi apa yang kurang dalam kerja kita. Jangan jadikan pekerjaan sebagai rutin yang terpaksa dilaksanakan sebaliknya jadikan ia sebagai sesuatu amal yg diambil kira oleh Allah swt. Semoga kerja mendekatkan kita dengan Yang Maha Memberi Pekerjaan.

Menurut apa yang digariskan oleh Imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin), pekerjaan yang dilakukan boleh jadi ibadah jika:

1. Pekerjaan yang harus, bukan yang ditegah Islam.

"Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa …"[al-A'raaf: 33].

2. Niat beserta matlamat yang baik.

"Hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu".

[Diriwayatkan oleh Abu 'Abdullah Muhammad Ibn Isma'il Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari & abu al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi]

Seawal pagi..apabila celiknya mata, sematkan niat yang baik, bersih dan tulus di hati..melangkah ke tempat kerja bermatlamatkan redha Allah s.w.t. InsyaAllah, segala kerja dipermudahkanNya. Walau di mata kasar kelihatannya amat berat sekali, tetapi jika pergantungannya hanya kepada Allah swt..yakinlah, Dia Maha Mengasihani tiap hamba-Nya yang ingat pada-Nya. Dialah yang Maha Penunjuk jalan yang haq.

Lari sejauhnya dari riya' dengan LEBIH bagusnya kerja kita, riya' dengan LEBIH mulianya kerja kita, riya' dengan LEBIH mahalnya gaji yang dibayar dan segala "riya'2" yang mengintai keikhlasan kita. Ingat! Kita tidak bisa hidup di dunia ini hanya dengan kepakaran yang ada pada diri. Jangan anggap kerja kita paling mulia kerana manusia tidak dinilai kemuliaannya dengan kerjayanya sebaliknya hanya dengan TAQWAnya.

Doktor? Engineer? Peguam? Jururawat? Arkitek? Pensyarah? Walau apapun status profesional yang mahu disenaraikan, ketika mahu dikuburkan kelak, pasti kita akan akui profesionalnya si penggali kubur.

Patuh, taat & rendah hati dengan BOS teragung. Setiap pancaindera juga perasaan dan hati yang digunakan untuk memenuhi tuntutan kerjaya wajarnya dimatlamatkan untuk menegakkan syiar Islam. Kerjaya menghubungkan diri manusia dengan alam dan Pencipta alam semata-mata untuk beroleh kebahagiaan Syurga yang hakiki. Pastikan Allah suka dan redha dengan tiap tugas kita dari seremeh-remeh kerja hingga sepenting-penting kerja.

3. Kerja sesungguhnya setimpal dengan ganjaran.

Walau apapun pekerjaan halal yang kita lakukan, buatlah sesungguh hati. Hindarkan rasa malas bekerja. Semarakkan mahmudah dan buang jauh-jauh sikap sambil lewa, ponteng, curi masa, menipu, menyeleweng dan segala mazmumah diri. Masih belum terlewat!

“Sesungguhnya Allah lebih suka apabila salah seorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan lalu dilakukannya dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH (sebaik mungkin).”[Sabda Nabi SAW].

4. Menjaga batas-batas yang ditetapkan Allah & dasar-dasar akhlak.

Serlahkan kehebatan Islam. Sebagai muslim, janganlah pula kita jadikan diri kita sebagai fitnah kepada agama sendiri. Tonjolkan akhlak muslim sejati. Jaga pergaulan sesama rakan sekerja. Bersederhana...jangan melampaui yang sepatutnya. Pelihara syari'at Islam. Utamakan apa yang digariskan dalam Islam. Terus-terusan tambahkan ilmu. Walau hakikatnya ilmu Allah swt itu melampaui segalanya, namun itu bukan penghalang buat diri untuk sentiasa berusaha menambahkan ilmu di dada. Graduasi bukan petanda berakhirnya zaman belajar. Tuntutlah ilmu semaksima mungkin hingga ke mati agar diri tidak diperbodohkan.

5. Tidak menghalang kewajipan kepada Allah dan sesama insan.

Kerja tidak berkat jika solat terabai. Fokus kepada kerja yang melampau hinggakan tiada masa untuk hidup bermasyarakat juga menjadikan sesebuah pekerjaan itu hilang status "ibadah". Rasulullah: Uswatun hasanah. Baginda saw juga bekerja tetapi tanggungjawab asas sedikitpun tidak diabaikannya. Baginda saw sukses dalam meningkatkan kedudukan ummah. Budaya kerja cemerlang baginda saw sememangnya tiada siapa dapat menafikannya.

*********************************************************

Hidup ini penuh dengan cabaran sama ada kecil atau besar. Walau sebesar manapun cabaran yang menimpa kita, kita sememangnya punya kemampuan kerana Allah sama sekali tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang di luar upaya hambaNya. Kehidupan di alam persekolahan..menara gading juga kerjaya masing-masing menuntut kesabaran dan kekuatan tersendiri. Lepas satu ujian...ujian yang lain pasti tiba..dan begitulah putaran hidup kita...

Teringat pesan ustaz ketika zaman sekolahku...
UPSR tentu...PMR belum tentu,
PMR tentu...SPM belum tentu,
SPM tentu...Universiti belum tentu,
Universiti tentu...Graduate belum tentu,
Graduate tentu...Kerjaya belum tentu,
Kerjaya tentu...Dunia belum tentu,
Dunia tentu...Akhirat belum tentu!
Kata-kata ini sering mengingatkanku agar jangan terlalu gembira dengan kejayaan semasa. Jangan terlalu yakin dengan apa yang ditentukan buat kita saat ini. Allah s.w.t Yang Maha Penentu berhak sepenuhnya atas apa yang ada pada kita. Kata-kata ini juga beri pengajaran bahawa segala ujian di dunia ini hanya proses menuju ke alam yang kekal abadi. Walau setinggi mana pun kejayaan kita di dunia..ingat, ia tiada guna jika gagal di akhirat. Seringkali kita berbangga dengan cemerlangnya diri kita..hebatnya profesyen kita tetapi ia hakikatnya cuma nikmat yang sementara. Pangkat, harta, keluarga...jangan sampai menjadi penghalang buat diri untuk menjejakkan kaki ke Syurga.

Bila difikir-fikir...alangkah bodohnya diri yang takjub dengan nikmat sementara yang PASTI DITINGGALKAN.

Ya Allah, jadikan kerjaya kami sebagai alat buat diri kami untuk makin dekat dengan-Mu.

p/s: Mohon doa semua agar diri ini istiqamah dan teguh dengan tiap cabaran di alam kerjaya..ya Allah..surutkan debaranku ini..beri aku ketenangan dan kukuhkan hatiku untuk bekerja hanya kerana-Mu..amin.^_^

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Sabtu, 19 September 2009

Syawal: Anugerah Terindah Dari-Nya ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan 1430H kian hampir ke akhirnya. Sedihnya Baginda s.a.w. dan para sahabat terlahir dengan tangisan. Tidak tega membiarkan Ramadhan yang penuh barakah berlalu pergi.

Allah s.w.t. Maha Pengasih dan Penyayang. Tidak dibiarkan saja kekasih-Nya juga pencinta-pencinta kekasih-Nya terus-terusan meratapi kesedihan berpisah dengan Ramadhan. Disebabkan itu, dihadiahkan 1 Syawal khas buat hamba-hambaNya yang bersyukur.
"Aku datang kepada kalian, dan kalian memiliki 2 hari raya untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya DENGAN YANG LEBIH BAIK; (iaitu) Eidul Adha & Eidul Fitri." [Hadis Sahih, Riwayat Ahmad, Abu Dawud & Nasa'i]
Syukur itu buktinya...

Hati sentiasa terikat dengan Allah.
Lidah tidak lepas dengan lafaz "Alhamdulillah", zikir, istighfar, ayat-ayat al-Qur'an dan seruan ke arah kebaikan.
Segala nikmat pancaindera dikawal dengan iman yang tebal didada bukan dikawal oleh nafsu dan syaitan.

Anugerah 1 Syawal ini bukan anugerah biasa. Anugerah Allah ini wajib dihargai sesungguh hati. Insan2 yang bersyukur dengan nikmat hari raya ini tidak akan mempersiakannya dengan segala noda maksiat sebaliknya mereka sedaya mungkin akan memastikan diri kembali kepada fitrah yang suci bersih. Gembira mereka bukan dengan hiburan yang melalaikan sebaliknya dengan hiburan zikrullah.

Teorinya..."Kita gembira menyambut Syawal". Praktikalnya..."Bagaimana kita gembira menyambut Syawal?"

Jom sama-sama bergembira di hari lebaran ini dengan berusaha segigih mungkin untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda Rasulullah s.a.w.:

1. Takbir, Tahmid, Tasbih dan Tahlil.

"...Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa sebulan Ramadhan) dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur." [2. Al-Baqarah:185].

Sebaik sahaja terlihatnya hilal (anak bulan) 1 Syawal, basahilah lisan dan larutkan hati kita dengan Allahuakbar ..Alhamdulillah ..Subhanallah ..Laa ilaahaillallah... 4 kalimat yang mengagungkan kebesaran Allah, memuji-Nya, mensucikan-Nya dan mentauhidkan-Nya. Sungguh! Tiada Tuhan Yang Disembah selain Allah s.w.t.

"Hiasilah hari raya kamu dengan TAKBIR" [Hadis Nabi s.a.w]

2. Mandi sunat Eidul Fitri.

Bersihkan fizikal diri sebaik terjaga dari tidur di pagi hari raya.

3. Penampilan terbaik.

Baik lelaki atau perempuan, hiasilah diri sekemas-kemasnya. Tampilkan diri dengan imej muslimin dan muslimah sejati baik dari segi pemakaian dan pekerti. Bergembiralah dengan pakaian terbaik sebagai manifestasi kegembiraan kerana lulus cemerlang dalam melaksanakan tuntutan Ramadhan.

4. Jamah makanan sebelum Solat Sunat Eidul Fitri

"Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Eidul Fitri sebelum memakan beberapa biji kurma"[Dari Anas b. Malik]

Jika tiada kurma..tidak perlu gusar. Makanlah apa yang tersedia asal saja makanan itu halal dan baik.

5. Menuju ke tempat didirikan Solat Hari Raya.

Lebih afdhal dengan berjalan kaki menuju ke tempat solat. Laluilah jalan yang berbeza apabila pulang.

Berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.a. :
"Baginda s.a.w. selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang2 yg melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula, untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid/ tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya."[Zaadul ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. ms 49]
6. Solat Sunat Eidul Fitri berjemaah.

"Pada hari raya Eidul Fitri dan Eidul Adha, Rasulullah s.a.w. akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yg dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing & menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat & perintah kepada mereka (khutbah)."[Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih, no. 956]

7. Lafaz ucapan terbaik.

"Taqabbalullah minna waminka" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu) [Berdasarkan Hadis Hasan]. Ucapan inilah yang diamalkan para salafussoleh dalam menurut sunnah Rasulullah s.a.w.

8. Gembiralah..meriahkan 1 Syawal.

Hari raya sememangnya dinobatkan sebagai hari untuk umat Islam bergembira. Gembiralah semahu-mahunya asal tidak melampaui batas. Jangan dek kerana gembira yang melampau, mengakibatkan kita alpa dari menunaikan ibadah yang wajib.

Berziarahlah...dengan niat mengeratkan ukhuwah fillah.
Sebarkan salam...sebagai tanda mendoakan kesejahteraan sesama muslim.
Bersalamlah..berpeluklah.. dengan insan yang dihalalkan..sebagai tanda kemaafan atas segala khilaf diri dan kerinduan setelah lama tidak bersua.

*** Seusai 1 Syawal, gerak gempurkan hati dan jasad kita untuk berpuasa 6 hari Syawal demi menyahut sarana Rasulullah s.a.w.

Moga-moga kehadiran 1 Syawal ini melahirkan muslim yang muttaqin. Gilaplah kebahagiaan Syawal ini dengan memastikan diri mendapat redha Allah SWT. Hargailah setiap pertemuan di Aidilfitri ini setulusnya agar ukhuwah ini sentiasa segar walau berjauhan.

Salam Lebaran buat semua.. ^_^ ..Maaf atas segala khilaf..;)

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Rabu, 16 September 2009

~_~.:Good Bye Ramadhan??:.~_~.:

Bismillahirrahmanirrahim..

Alangkah sedih dan sayunya hati bila melihatkan suasana rumah Allah di penghujung Ramadan. Isu "Masjid Semakin Lengang di Penghujung Ramadan" semacam suatu rutin tahunan. Walau berbuih-buih mulut para ustaz ustazah (sama ada yang bertauliah atau tidak..) mengingatkan agar makin berakhirnya Ramadan..makin dilipatgandakan amal soleh sedaya mungkin. Tapi..ingatan itu seolah-olahnya tenggelam dek kesibukan untuk meraikan Syawal.

Bagi kaum Hawa khususnya, simpuhan ketika menganyam ketupat menjadi sia-sia tanpa memanfaatkannya dengan zikrullah pada lisannya. Beruntungkan jika anyaman ketupat dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Sayangnya...masih ramai yang melepaskan peluang ini.

Manusia ini lemah dan sering lupa dengan nikmat Ramadan 1430H ini. Kononnya..Ramadan 1431H masih ada. Lupa ajal tiba tanpa dijangka.

Alangkah jeleknya...bila melihat Syawal diraikan oleh insan-insan yang "tidak layak" menyambutnya. Syawal itu hakikatnya memenangkan hamba-hamba Allah yang berjaya mendapat rahmat-Nya, yang beroleh maghfirah Allah dan merdeka dirinya dari azab Jahanam asbab amal pada Ramadhan yang membuahkan TAQWA. Tapi bulan kemenangan ini (Syawal) sering disalah ertikan oleh segolongan besar dari kita.

Makna gembira di hari raya salah diintepretasikan. Pastikah kita...selama Ramadhan ini.. kita telah memenuhi pra-syarat untuk bergembira di Aidilfitri? Atas dasar apa gembira kita itu? Gembira kerana dapat makan sepuasnyakah? Gembira kerana berpakaian serba barukah?.. Walau atas sebab apapun gembira kita itu.. wajarlah sebab gembira kita yang utama didasarkan pada yang sepatutnya. GEMBIRA KERANA TIDAK GAGAL DALAM MENDAPAT MAGHFIRAH DAN HIDAYAH ALLAH...itulah hakikat gembira yang sebenar..^_^

p/s: Selamat bermujahadah di kemuncak Ramadan... :)...apresiasi buat 2 "tok" imam Masjid Jamek Gerik bagi Solat Sunat Tarawih Ramadan 1430H, Imam Hassan & Al Hafiz. Moga Allah berkati keduanya..^_^

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Ahad, 13 September 2009

^_^ Redha vs Celaka ~_~


23 Ramadhan 1430H/13 September 09 @ 0632H
Kuliah Subuh oleh Ustaz Dahlan bin Ismail


Alhamdulillah. Syukur. Allah kurniakan nikmat pagi ini, menandakan Allah masih sayangkan kita. Tidak putus-putus Dia melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Moga istiqamah, setia dan komitednya kita dengan variasi amal ibadah yang ikhlas melayakkan kita bersama dengan golongan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Tazkirah 1/2 jam ini tidak lain berdasarkan ilmu-ilmu yang telah kita terima sebelum ini. Hadis Nabi s.a.w yang sering diulang-ulang:
"Sesiapa yang mendirikan (solat & ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan & mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" [Riwayat Al-Bukhari, Sahih]
Pada hari-hari terakhir Ramadhan khususnya 10 malam terakhir, Nabi s.a.w melebih-lebihkan amal ibadat berbanding 20 hari yang awal. Nabi s.a.w yang sememangnya maksum pun menggandakan amalan Baginda s.a.w, inikan pula kita yang banyak bergelumang dosa, EKSTRA EKSTRA PATUT!!

Ingatlah... kesetiaan kita untuk menyempurnakan tuntutan hadis ini bukan sekadar kita sudah beres solat Subuh berjemaah, atau wirid..atau zikir sampai naiknya matahari tepat 7.04 pagi nanti. ITU BELUM MENCUKUPI!!

6 Hak Sesama Muslim:
  1. Apabila kamu menjumpainya, hendaklah kamu memberi SALAM kepadanya.
  2. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memenuhi JEMPUTANnya.
  3. Apabila dia meminta diberikan nasihat, hendaklah kamu meNASIHATinya.
  4. Apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, hendaklah kamu berDOA kepadanya (Dengan ucapan Yarhamkallah/illah)
  5. Apabila dia sakit, hendaklah kamu LAWATInya.
  6. Apabila dia mati, hendaklah kamu IRINGI JENAZAHnya.
[Hadis Riwayat Muslim]
Apabila diminta menasihati, cubalah semampu diri dengan bersandarkan bantuan Allah. Bimbang..jika tidak ditunaikan, kelak di akhirat, perhitungan ke atas diri kita terganggu dek kerana tuntutan hak yang satu ini.

Redha dan celaka. Dua kata berbeza ini kedua-duanya milik Allah. Keredhaan = sesuatu yang sangat baik yang sangat-sangat kita inginkan. Kecelakaan = Sesuatu yang sangat-sangat kita benci. Hamba Allah yang disayang pastinya akan mendapat redha-Nya sebaliknya bagi makhluk yang dibenci, celakalah jawabnya.

"CELAKAlah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran)" [77. Al-Mursalat:15,19,24,28,34,37,40,45,47,49]
Celakalah bagi mereka yang berdusta, gemar menipu, suka berbohong. Amaran Allah ini diulang-ulang hingga 10 KALI , 1/5 daripada keseluruhan 50 ayat surah Al-Mursalat mengandungi amaran Allah ini.

Antara doa yang sangat ma'thur (baik) dan menjadi amalan Rasulullah s.a.w juga banyak dibaca ketika Ramadhan. Sedar atau tidak, doa inilah yang dibacakan imam seusai rakaat ke-4, 8, 12 dan 16 solat sunat tarawih:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu akan keREDHAan-Mu dan Syurga; Dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan Neraka"
Doa ini juga boleh diamalkan setiap kali selepas rukun ke-12 solat (memberi salam). Tidak kiralah solat sunat atau wajib.

Penghujung redha itu syurga dan hujung celaka, neraka! Sama ada kita sudah bersedia atau tidak, Qiamat itu pasti tiba. Akan ditimbang segala amal selama hidup di dunia. Jika berat pahalanya, alhamdulillah...syurgalah tempat kita sebaliknya jika dosanya lebih berat, tentunya nerakalah tempat dihumban! Na'uzubillah...

Kita cuma ada 2 pilihan. Syurga atau neraka. Tiada "negara" berkecuali sebagaimana di dunia. Terus nilai kembali diri kita. Apakah kita pasti diri kita layak menjadi warga syurga atau neraka? Di sanalah tempat kita yang KEKAL ABADI. Jika ini hakikatnya, sudah tentunya pilihan kita adalah syurga yang infiniti nikmatnya. Soalnya, bagaimana? Tiada lain..hanya dengan REDHA ALLAH.

REDHA

Antara wirid yang terkandung dalam bacaan al-Ma'thurat susunan al-Shahid Imam Hasan al-Banna:

"Kami REDHA Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad saw sebagai Nabi kami"
Setakat doa munajat, wirid atau zikir pada lisan belum menjamin kita untuk beroleh redha Allah sehingga kita punya usaha untuk fahami APA ITU REDHA dan kenal jalan-jalan yang boleh mendatangkan REDHA ALLAH. Perlu juga difahami jalan-jalan yang buatkan diri disumpah celaka oleh Allah s.w.t.

Al-Qur'an dan hadis telah menghuraikan segala-galanya. Dua titipan berharga dari Allah dan kekasih-Nya, Muhammad s.a.w adalah bukti cinta kasih kepada seluruh umat manusia.

Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman ada menghuraikan syarat-syarat utama untuk menggapai REDHA ALLAH.

Jika benar2 dan sungguh2 kita mahukannya, jagalah 3 KEREDHAAN...
  1. Redha, terima, senang hati..Allah sebagai TUHAN kita.
  2. Redha, terima, senang hati..Islam sebagai AGAMA kita,
  3. Redha, terima, senang hati..Muhammad s.a.w sebagai NABI kita.
Jika ditanya, semua akan mengaku tanpa segan silu..Allah Tuhanku, Islam agamaku, Muhammad s.a.w nabiku tetapi sekukuh mana kebenaran pengakuan kita?

1. Allah Tuhanku!

Ada ketika..di luar sedar atau tidak..banyak ketika, kita bertuhankan NAFSU!
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkan sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" [45. Al-Jathiyah:23].
Allah perintahkan agar menegakkan solat sedang nafsu menyuruh meruntuhkannya.
Allah menyuruh agar berpuasa di bulan Ramadhan sedang nafsu meminta agar mengabaikannya.
Allah mewajibkan memelihara aurat, WAJIB BERTUDUNG bagi wanita sedang nafsu memujuk-mujuk agar ditayangkan pada khalayak.
Allah melarang minum arak sedang nafsu terus menghalalkannya..almaklumla..bukan banyak pun minum..lagipun..bukan ada hukuman hudud pun kat negara ni..apa nak ditakutkan.~_~

Demikianlah bertentangannya kehendak nafsu dan tuntutan Allah swt. Adakala Allah disembah dan adakala nafsu yang diikut. Seringkali "Nafsu didahulukan, Mungkar diutamakan" dan "Allah dibelakangkan, Makruf dikesampingkan". Jika beginilah kondisinya..di mana kesempurnaan iman kita?


Hendaklah kita berTuhankan Allah Yang Esa pada tiap detik waktu, tiap saat, "every moment", di mana jua dan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2. Islam Agamaku!

Fahami agama ini, dalami tiap tuntutannya bukan pilih "ikut suka aku". Jangan sesekali mendatangkan agama yang selainnya selama hidup kita. Rajinkanlah diri untuk meluruskan tiap amal ibadah kita menurut yang digariskan Islam.

3. Muhammad saw Nabiku!

Telusuri dan jadilah "follower" Rasulullah s.a.w yang setia. Ingatlah WARNING Nabi s.a.w:
"..maka siapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku" (Riwayat Ibnu Majah)
"Barangsiapa yang enggan melaksanakan sunnahku, maka ia bukan dari golonganku." [Hadis Sahih, Riwayat Ibnu Majah (no. 1846) dari 'Aisyah r.a. Silsialh al-Ahaadits ash-Shahiihah (no. 2383)]
Kita katakan "Nabi idola kita", "Muhammad uswatun hasanah" dan kita sering mengekspresikan rasa bangga kita pada "banner"2 yang direntang dan dalam alunan zanji dan selawat ke atas Baginda. Namun, apakah tindak tanduk kita secocok dengan apa yang disunnahkan oleh Baginda? Walau segergasi manapun "banner"2 dan seindah manapun alunan zanji dan selawat ke atas baginda sedangkan attitude kita jauh berbeza dengan apa yang dibawa Nabi..tiada maknanya. Nabi tetap tidak mengaku umat!

Lengkapkanlah diri kita dengan 3 ciri-ciri keredhaan ini, insyaAllah..mudah-mudahan ia melayakkan diri kita untuk mendapat REDHA-Nya. Amin..

CELAKA

Kita minta dilindungi dari segala macam kecelakaan. Bagaimana keadaannya bila ada unsur "kemurkaan" antara suami-isteri, anak-ibubapa, kakitangan-majikan? Pasti hidup tak senang. Inikan pula hubungan si hamba dan Khaliqnya.


Antara tanda Allah murka bila Dia menurunkan bala ke atas kita. Selsema babi asbab tersebarnya virus influenza A H1N1 adalah antara masalah semasa umat ini yang merupakan ingatan Allah buat hambaNya. Kedegilan kita menerima nasihat Allah buatkan Allah murka. H1N1 tidak datang sendiri. Semuanya kerana taqdir-Nya. Itu yang harus diyakini selari dengan rukun iman ke-6, beriman dengan qada' & qadar. Hanya yang memenuhi tuntutan 6 Rukun Iman akan mempercayai hakikat ini. Kadangkala, Allah bukan sahaja menunjukkan kemurkaannya hanya di neraka tetapi juga ketika di dunia lagi.

Dikisahkan..berdasarkan kitab Minhajul 'Abidin (m/s 265)...

Syeikh Al-Fudail bin 'Iyadh rahimahullah yang merupakan ulama' tasawuf yang tersohor punya anak-anak murid yang ramai. Suatu masa, salah seorang muridnya tidak hadir ke kelas pengajiannya kerana sakit yang berat. Syeikh Al-Fudail lalu menziarahi anak muridnya itu. Beliau duduk lalu membacakan surah Yaasin sebagaimana yang dianjurkan Islam. [Berbeza dengan sebahagian kita yang langsung tak memenuhi adab2 menziarah orang yang sakit. Lebih mem"bazir"kan nikmat mulut ini untuk sembang yang tak patut sambil menghabiskan teh dan biskut je!].

Muridnya itu menjawab: "Wahai guruku, JANGAN TUAN MEMBACA INI."

Terkejut sang murabbi mendengarkan jawapan muridnya itu. Maka diamlah Al-Fudail dan diajarkan pula..Laa ilaahaillallah..

Jawab anak muridnya lagi: "Aku tidak akan mengucapkannya kerana aku sudah melepaskan diri dari kalimah "Laa ilaahaillallah.." itu."

Terkesima Al-Fudail. Matilah anak murid yang disayanginya itu dengan "su-ul khotimah".

Begitulah akhirnya hidup seorang insan yang sangat rapat dengan ulama mulia. Walau hidupnya lebih banyak dihabiskan dengan insan yang soleh namun tetap, akhirnya tak seindah hidupnya. Oleh itu sahabat-sahabat, jangan kita cepat megah dengan apa yang dikurniakan kepada kita ketika ini. Sentiasalah berusaha untuk pelihara aqidah ini. Ikatan ini wajib dikukuhkan. Jangan mudah berpuas hati dengan nikmat Islam dan Iman yang kita ada sekarang. Setinggi manapun iman yang kita rasakan, sentiasa persoalkan lagi, sejauh mana keislaman dan keimanan kita. Jujurlah..jangan berdusta kerana sesungguhnya Allah Maha Teliti Pengetahuan-Nya. Dia tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita. Malulah kita jika sandaran hati kita bukan pada-Nya.

[sambungan kisah seterusnya...]

Pulanglah Imam Al-Fudail ke rumahnya dia menguzlahkan dirinya di rumahnya. Air mata kesedihan terus mengalir selama 40 hari uzlahnya. Pada malam ke-40, Al-Fudail bermimpi melihat muridnya itu sedang ditarik untuk dihumban ke Neraka jahanam.

Maka bertanya Imam Al-Fudail: "Ya tilmiz..apa sebabnya imanmu itu dihilangkan oleh Allah daripadamu sedangkan engkau dahulu sewaktu di dunia adalah muridku yang PALING ALIM?"

Maka jawabnya: "Aku KEHILANGAN IMAN itu KERANA 3 SEBAB..":

1. Aku suka MENGADU DOMBA/ MEMFITNAH, aku suka mengatakan kepada teman-temanku bertentangan dengan apa yang aku katakan pada tuan.
"Tidak akan masuk syurga al-qattat (tukang adu domba/ penghasut)" [Hadis Riwayat Al-Bukhari].
2. Aku berIRI HATI terhadap teman-temanku. Ada dalam hatiku rasa benci dan tidak senang dengan sahabat-sahabatku yang seaqidah denganku.

3. Aku sakit teruk lalu berjumpa doktor untuk bertanyakan tentang penyakitku. Doktor me"nasihat"kan aku MINUM ARAK. Doktor meng"preskripsi"kan segelas arak TIAP TAHUN sebagai ubatnya. Jika tidak, katanya, maka penyakitku itu tidak akan sembuh. Oleh sebab itu lalu aku minum arak.

Arak itu haram walau setitik. Bayangkan! itu baru segelas setahun! akibatnya..mati pun tanpa kalimah syahadah. Harusnya timbul kegentaran dalam hati kita bila memikirkan masalah umat "jahiliyah moden" ini. Gejala dadah dan dedah..arak diminum "anywhere".."anytime", menularnya AIDS/HIV hingga mak ayah pun di"haram"kan menyentuh jenazah anak yang menghidapnya. Ya Allah..tanya pada diri..bagaimana akhirku nanti??
"Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar (segala minuman yang memabukkan) dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi DOSANYA LEBIH BESAR daripada manfaatnya."..........Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memikirkan," [2. Al-Baqarah:219]
"Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya yang tidak akan mampu kita menghadapinya." [Imam Ghazali]

Ya Allah..Ya Allah..terimalah taubat kami..
Kami menangis..merintih..hanya mengharap keredhaan-Mu.
Moga tangisan taubat kita di dunia ini menjanjikan senyuman yang tidak putus ketika mahu melangkah memasuki syurga-Nya kelak..amin..

__ END __ 0706H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Ahad, 6 September 2009

Hamba Allah vs Hamba Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Kuliah Subuh @ Masjid Jamek Gerik
By Ustaz Khairul Basri b. Osman


Alhamdulillah..Allah beri kita Deen, Islam yang benar..juga, Dialah yang buatkan kita mampu untuk melaksanakan ibadah dengan izin-Nya. Hari ini, hari ke-16 Ramadhan, separuh Ramadhan telah meninggalkan kita.

Ralat. Cukupkah kuantiti dan kualiti solat? Cukupkah ibadat sepanjang Ramadhan yang telah lalu? Apakah amal-amal kita sudah cukup mengikut kehendak Allah? Inilah antara soal-soal hati orang mukmin yang bagus taqwanya..bimbang dengan kadar ikhlas tiap amal soleh yang telah dilakukan. Adakah layak untuk mendapat redha-Nya atau sebaliknya?

Oh..tidak sangka ya..14 hari lagi kita nak raya.
Koleksi lagu2 raya mula kedengaran di corong2 radio.
Bila lagu raya sudah kedengaran...tandanya Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya.

Wah! Bagai tak sabar2 nak "SAY BUBBYE" kat Ramadhan..tersangat berbeza dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Agak-agak..cukupkah "bateri" (iman) yang kita cas pada Ramadhan ini? "Power supply"nya bagaimana? Adakah sekadar cukup hanya untuk bulan Ramadhan saja atau kuasanya mampu tampung diri kita pada 11 bulan yang selebihnya? Sebab itulah perlu dicas "bateri" ini sebanyak-banyaknya. Moga-moga dengan kekuatan iman yang terpelihara buatkan kita istiqamah dengan ibadah dalam penantian Ramadhan akan datang yang belum tentu lagi buat diri kita.

Pada malam terakhir Ramadhan, langit, bumi dan malaikat menangis kerana musibah yang menimpa umat Muhammad s.a.w.

Sahabat bertanya, "Musibah apa, ya Rasulullah?"

"KEPERGIAN RAMADHAN"
***********************************************************

Soal kembali...adakah kita ini HAMBA ALLAH atau HAMBA RAMADHAN?

Bagaimana yang dikata HAMBA RAMADHAN? Bila kita pelihara amal hanya pada Ramadhan tetapi tidak pada bulan2 yang lain.

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)


Bila ditanya..bagaimana Ramadhan kali ni? Jawapan..."bolehlah....". Maksudnya? adakah jawapan kita itu tertuju kepada untung berniaga di bazaar Ramadhan atau untung beribadat di sepanjang Ramadhan? Untung niaga...untung juga..tapi untung beribadat jangan sesekali dilupakan.

Fasa ke-2: Maghfirah Allah

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." (3.Ali Imran-133)

Istimewanya Ramadhan kerana diwajibkan berpuasa. Ketuklah pintu Syurga dengan berlapar. Berlapar itu mujahadah melawan nafsu. Sabda Nabi s.a.w...

”Perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada berlapar dan dahaga”

Bagaimana mahu diibaratkan Ramadhan ini?

Ibarat sabun yang mencuci kotoran baju. Jika kotorannya kecil...bersihkan begitu saja pun tidak mengapa. Tapi jika kotorannya bermacam-macam jenis...sangat perlu bantuan sabun. Sehinggakan...jika kotorannya lebih dahsyat...ditambah lagi dengan "clorox". Jika kotorannya masih ada bagaimana? alamatnya...belilah baju yang baru..

Kita hamba yang naif ini sangat banyak dosanya. Jadi, bagaimana mahu dibersihkannya? lipatgandakan ibadah! Lipatgandakan amal! Untuk neutralkan kordial air yang pekat, tuanglah sebanyak air yang boleh agar kembali nampak jernihnya.

Allah swt sentiasa terbuka dalam menerima taubat hamba-hambaNya. Oleh itu, jangan gusar kerana kesempatan masih ada. Capailah tahap iman setinggi-tingginya. Iman itu amat berharga.

**************************************************
Abah: Nak....abah dah nak meninggal dah ni...nah! amikla IMAN abah ni...tak de ape dah abah nak wasiatkan.
Anak: Mekacih bah..susah2 jer..tak payah la che' susah pegi masjid ke hape ke..

Si pembeli: Pak cik, IMAN ade? Nak beli bleh?
Si penjual: ????

Si A: Eh, iman dah kurang nie..mesti kena "top up" nih.

Amboi amboi....semudah itukah nak dapatkan iman? IMAN TAK BOLEH DIWARISI! IMAN TAK BOLEH DIBELI! dan IMAN TAK PATUT DITUNGGU KURANGNYA UNTUK DI "TOP UP"2!

IMAN ITU WAJARNYA...DIPELIHARA SEBAIK MUNGKIN!

Menyedihkan...di saat-saat umat Islam berbondong2 ke masjid dan surau untuk bertarawih..masih ada kebanyakan remaja yang melepak..bermaksiat di ambang merdeka..31 Ogos 2009. Apa dah jadi dengan generasi yang akan mewarisi bumi Allah ini???!! Sama2 fikir dan bertindak!
........................................................................

Malam ini: 17 Ramadhan 1430H....Selamat menghayati Nuzul Qur'an..

[Maka TIDAKKAH MEREKA MENGHAYATI AL-QUR'AN, ataukah HATI MEREKA SUDAH TERKUNCI?] 47. Muhammad:24

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Sabtu, 5 September 2009

Al-Qur'an: Rahsia Yang Tersia..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kuliah Subuh oleh Ustaz Muhammad Khairul Basri b. Osman
@ Masjid Jamek Gerik, Perak.
15 Ramadan 1430H _ 5 September 2009

Alhamdulillahirobbil'alamiin...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta...Yang Maha Indah. Dengan izinnya, kita masih diberi nafas sehingga ke hari ini, 15 Ramadan 1430H. Pertengahan Ramadan ini selayaknya menjadikan kita seorang muslim yang punya tingkat taqwa yang lebih membanggakan berbanding permulaan Ramadan. Jika dalam lingkungan alam persekolahan, ia seolah-olahnya satu peperiksaan besar makin menghampiri. Bagi pelajar2 yang 'concerned', semuanya bersiap siaga dengan segala macam strategi untuk pastikan 'result'nya bukan sekadar 'memuaskan' bahkan lebih dari itu. Begitu jugalah Ramadan ini...semakin mendekati penghujungnya, patutnya makin gementar rasa hati. Takut-takut kita ter"miss" daripada senarai "yang mendapat keampunan Allah" dan terselamat daripada azab neraka.

17 Ramadan - Nuzul Qur'an dan 10 malam terakhir Ramadan - calon2 malam LAILATUL QADAR. Kedua-duanya hadiah yang hebat untuk kita hargai.

Nuzul Qur'an

Peristiwa yang sangat signifikan dengan umat Islam..turunnya mukjizat agung yang insyaAllah juga TEMAN YANG PALING AKRAB selama hidup kita di dunia yang penuh tipu daya ini.

Teknologi kini yang kian maju membolehkan Al-Qur'an mudah untuk dibawa ke mana-manapun. Di rumah, dalam kereta...di mana-mana pun..Al-Qur'an bisa diperdengarkan. Cuma mahu atau tidak je. Lihat saja tilawah al-Qur'an yang bermacam-macam peringkatnya..tidak kira peringkat individu, keluarga, daerah..negeri..kebangsaan hatta antarabangsa. Peliknya..mengapa akhlak umat yang bergelar "muslim" kini "bagai langit dengan bumi" jika mahu dibuat perbandingan dengan akhlak Al-Qur'an sedangkan saban waktu, Al-Qur'an ada di mana-mana?

Terdapat 3 jenis golongan yang diberikan Al-Qur'an:

1. Golongan "TAK NAK" Al-Qur'an

Situasi 1: Suatu hari, si buta ingin melintas jalan. Alhamdulillah...muncul insan yang baik hatinya ingin bantu memimpinnya. Tidak semena-mena, si buta dengan penuh keangkuhan berkata, "Ah!!..tak payah tolong...aku dah lama buta..tau la aku nak lintas sendiri, kamu apa tahu!"


Situasi 2: Suatu malam, rumah tiba-tiba gelap (itu tandanya "blackout" ^_^ ). Si suami meraba-raba mencari sesuatu. Datanglah si isteri yang prihatin..."bang cari apa tu? nah'torchlight'nya...mudah sikit nak mencarinya..". Si suami dengan egonya menolak.."Ala..tak pe..tak pe..boleh jer cari..setakat cahaya torchlight tu..apalah sangat...".

Si buta, si suami..sama, cuma tak serupa. Begitulah diandaikan dengan insan yang diberi Al-Qur'an sebagai panduan hidup, tapi ditolak mentah2!

2. Golongan "NAK TAK NAK" Al-Qur'an

Yang termasuk dalam golongan ini ialah "tak berapa nak sungguh" menghayati isi Al-Qur'an. Dalam hati golongan ini, Al-Qur'an "gitu-gitu aja". Ada masa dengan Qur'an...ada masa jauh dari Qur'an.

3. Golongan "NAK" Al-Qur'an


Berlumba-lumba mengamalkan isi Al-Qur'an. Golongan ini 'dengki-mendengki' sesama sendiri. Pantang lihat orang lain mengamalkan isi Al-Qur'an..pasti dia mahu lebih dari itu. 'Jealous' tidak terkira jika orang lain lebih 'kamcing' dengan Qur'an.

.:. Golongan 1, 2 atau 3? Pilihlah mahu ke mana diri ini digolongkan. Mudah-mudahan terdidik diri untuk berusaha sesungguhnya agar termasuk dalam golongan ke-3.

"Tetapi, hati mereka (orang-orang kafir) itu dalam kesesatan dari (memahami Al-Qur'an) ini, dan mereka mempunyai (kebiasaan banyak mengerjakan) perbuatan2 lain (buruk) yang terus mereka kerjakan (63)...Sungguh, ayat-ayat-Ku (Al-Qur'an) selalu dibacakan kepada kamu, tetapi KAMU SELALU BERPALING KE BELAKANG (66), dengan menyombongkan diri dan mengucapkan perkataan-perkataan keji terhadapnya (Al-Qur'an) pd waktu kamu bercakap-cakap pd malam hari (67)" [23. Al-Mu'minun]

Bagaimana agaknya tahap erat kita dengan Al-Qur'an?

Ustaz Khairul Basri mengisahkan satu cerita sahabatnya yang mengigau. Igauannya cukup luar biasa...membaca al-Quran! Ini gara-gara sebelum tidurnya..dia menghafaz Al-Quran..Wah! amat mengagumkan walau ada unsur lucunya.

Marilah sama-sama kita lazimi diri kita dengan bacaan surah al-Mulk sebelum mata kita terlena. InsyaAllah, amal sunnah yang satu ini akan buatkan kubur, tempat semadinya kita sementara menunggu tibanya akhirat jadi suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

****************************************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Taha. Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, (iaitu) Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas 'Arsy." [20.Taha:1-5]

Ayat2 inilah yang menjadi asbab Saidina Umar beroleh hidayah Allah swt bilamana beliau terdengar bacaan adiknya.
****************************************
Diceritakan juga...

Seorang sarjana muslim, namanya, Dr Muhammad Iqbal. Setiap hari, seusai solat Subuh, terus dibacakannya Al-Qur'an. Ayahnya memerhatikannya lalu bertanya: "APA YANG ENGKAU BACA?". Muhammad Iqbal menjawab: "Aku sedang membaca Al-Qur'an". Dari hari ke hari, ayahnya tidak putus2 bertanya dan beliau tanpa rasa jemu, setia memberi jawapan (Walaupun sememangnya ayahnya sedia tahu...dia sedang membaca Al-Quran). Lalu, suatu hari, beliau bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayahku..apakah yang ada dalam hatimu? hari2 engkau bertanyakan soalan yang sama dan mahu atau tidak, jawapanku tetap sama". Ayahnya menjawab, "Anakku...sebenarnya, apa yang aku ingin katakan kepadamu, BACALAH AL-QUR'AN ITU SEOLAH-OLAH IA DITURUNKAN LANGSUNG KEPADAMU" (walaupun hakikatnya tidak begitu).
"Sejak itulah aku mula mencuba untuk memahami Al-Qur'an dan dari Al-Qur'an aku mendapat cahaya inspirasi untuk sajak-sajakku." [Abu Al-Hasan Al-Nadawi, Rawa'ie Iqbal (Keindahan Iqbal, 1978)]
Dedikasi Syair Cinta...
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:
Titik yang bercahaya yang namanya ialah DIRI
Adalah bunga api hidup di bawah debu kita
Dengan cinta, ia jadi abadi
Lebih pintar, lebih membakar, lebih bersinar
Dari cinta bermula kegemilangan wujudnya,
Dan pembangunan kemungkinannya yang tidak diketahui
Keadaannya mengumpul api dari cinta
Cinta mengarahnya menyinari dunia
Cinta tidak takut pedang atau keris
Cinta bukan dilahirkan dari air dan udara dan tanah
Cinta mengadakan damai dan perang dalam dunia
Cinta ialah pancaran hidup
Cinta ialah pedang mati yang berkilauan
Batu yang paling keras retak oleh pandangan cinta
Cinta Allah akhirnya menjadi seluruhnya Allah
Dalam hati manusia bertempatnya Muhamamad (s.a.w.)
Tanah Madinah lebih manis dari kedua-dua alam
Oh gembiralah kota di mana tinggalnya yang dicinta

[Muhammad Iqbal b. Nur Muhammad]
***************************************
Khabar sana sini.. (^_^)

"Memperdengarkan bacaan ayat al-Qur'an di REBAN AYAM, kita (HPA) tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi UNTUK PEKERJA-PEKERJA yang bekerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-pekerja reban membuka radio atau kaset2 lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa bekerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu2 yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Qur'an. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya. Wallahu'alam.." [Panel Syariah HPA @ HPAkini.com]

Buletin Utama TV3 : Penternakan Lembu Tenusu secara komersial di Pahang. Menurut penternak, bacaan Al-Qur'an dipasang 24 JAM!! Tujuannya bagi menggalakkan lembu menghasilkan susu dengan kuantiti yang lebih banyak. Makna lainnya...lembu sentiasa berada dalam keadaan aman sentosa...larut dengan ayat-ayat suci Al-Qur'an.

Al-Qur'an dari sudut pandang penyelidikan ahli sains...


Subhanallah...Maha Suci Allah...
Allahuakbar! Hanya Dia Yang Maha Besar!
Sangat-sangat untung kita yang bernama umat Islam.
Di mana kita letak rasa 'izzah dengan mukjizat agung ini?

Qur'an yang kita junjung pada roh dan jasad kita ini bukan sekadar kitab untuk dibaca atau diperdengarkan kepada haiwan ternak..bukan sekadar kitab untuk dikorek-korek rahsia alam sains dan manusia...ia lebih dari apa yang kita jangkakan. Al-QUR'AN MELANGKAUI JANGKAUAN AKAL MANUSIA.

[to be continued...insyaAllah]

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.