Rabu, 17 Februari 2010

Yang Terbuang @ Dibuang?!! ~0~

Bismillahirrahmanirrahim....

Bila disebut saja "B.A.Y.I"...
..tentu saja yang tergambar di fikiran kita ialah wajah-wajah yang "cute", hati jadi tenteram bila melihat insan comel yang masih suci tanpa palitan dosa.

Namun bila melihatkan fenomena kini, hati yang mulanya tenteram menjadi bercelaru. Semuanya gara-gara isu pembuangan bayi yang tidak menampakkan sebarang kesudahan.

Manusia tanpa segan terus menjadi umat yang "produktif" dengan anak luar nikah. Tidak cukup dengan itu, dilanjutkan lagi dengan jenayah pembuangan bayi dan lebih menyedihkan lagi hingga ke tahap membunuh! Astaghfirullahal'azim...amat-amat tidak bertamadun umat kini!

***

"Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni siapa yang dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu" [Ali-'Imran:11]

Allah... Dialah pemilik segala nyawa yang ada di muka bumi ini.
Allah... Dialah jua penentu segala takdir setiap makhluknya.
Allah... Dialah yang Maha Halus pengetahuan-Nya.

Kita sebagai hamba-Nya langsung tidak berupaya menyembunyikan apa-apa pun dari-Nya. Setiap lintasan hati itu dalam pengetahuan-Nya.

Kejam!
Tak berhati perut!
Sangat zalim!
Gila!

Inilah antara kata-kata yang akan terbit sama ada pada lisan atau dalam hati kita apabila berita-berita pembuangan bayi dikhabarkan. Rasa marah bukan main. Boleh dikatakan seluruh masyarakat dunia memandang jijik perbuatan ini hatta seorang perompak atau yang berkecimpung dalam dunia rasuah sekalipun. Semua berkongsi rasa yang sama...MARAH!

Dalam hiruk-pikuk para wartawan membongkar kisah pembuangan bayi, persoalkan.... DI MANA KITA DALAM ISU INI?

Boleh jadi kini kita sedang terbeliak mata membaca kisah2 tragis pembuangan bayi di dada-dada akhbar atau pada paparan skrin televisyen. Mungkin juga kita menjadikan isu ini sebagai koleksi isu-isu semasa yang kita tahu...tidaklah nanti orang kata...kita ini "katak dalam tempurung". Tidak kurang...besar kemungkinan kita adalah insan-insan yang pakar "menggelengkan" kepala bila mendengar berita pembuangan bayi.

Kita yang tahu di mana kita berada. Sama ada kita seorang pelajar, anak, suami, isteri, ibu, bapa atau apa sahaja status kita, kita punya peranan tersendiri dalam isu ini. Tidak ber"baloi-baloi" marah kita jika rasa benci kita hanya sekadar pada emosi. Sewajarnya, rasa marah itu timbul kerana semangat hidup beragama yang wujud dalam diri.

Marah atas dasar emosi semata-mata bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan jenayah pembuangan bayi yang kian parah ini. Marah dengan emosi sifatnya sebentar. Kemarahan sebegini mudah lenyap jika kelak...muncul ISU BARU menggantikan isu pembuangan bayi. Natijahnya, jadilah "isu pembuangan bayi" ini seperti isu2 lain yang tenggelam timbul sifatnya.

Marahlah...geramlah. Itu tiada salahnya asal saja kemarahan kita kerana rasa berTuhan. Sehebat mana isu ini dijaja dan diperkatakan, sehebat itu jugalah harusnya seluruh umat ini bersatu menanganinya. Lakukanlah segala apa yang terdaya dengan nikmat kudrat yang Allah anugerahkan kepada kita. Fikir dan bertindaklah dengan segenap usaha. Semuanya bermula dengan diri. Hijrahkan diri kembali kepada Allah, nescaya, bantuan Allah akan tiba.


Sememangnya begitu banyak huraian peranan yang boleh dibincangkan di sini. Walaubagaimanapun, hati ini lebih cenderung memfokuskan hanya kepada "insan" yang terlanjur membuang bayi.

Coretan buat SI PEMBUANG "ANAK COMEL"..

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah...Tuhan Yang Maha Agung...
Dialah Allah...Yang Maha Menciptakan...
Menciptakan janin dalam rahimmu..

Dialah Yang Menciptakan manusia yang hina...
Kerana asal manusia dari setitis air mani...
Namun harus diingat...
Kita dicipta dalam hina...
Tapi bisa menjadi yang mulia...
Asalkan kita segera kembali pada-Nya.

Manusia itu hamba...
Manusia juga khalifah...

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia ini dalam SEBAIK-BAIK KEJADIAN" [at-Tin:4]

Carilah rasa kehambaan dalam diri...
Dan buktikan diri adalah sebaik-baik kejadian.
Carilah iman yang berselindung dalam diri..
Nescaya Allah akan membantumu menyangkal segala mazmumah diri..

Masyarakat kini marah kepadamu.
Namun itu bukan alasan untuk terus menyembunyikan dirimu.
Kerana Allah Maha Tahu di mana kamu.

Wahai yang bernama "insan"...
Duniamu hanya kamu yang tahu.
Kamu diuji dengan ujian yang semua insan tidak mahu.
Tidak akan diuji manusia itu melainkan hanya dengan izin Allah...


Ingatlah wahai hamba Allah...
Jangan anggap taubat itu mudah...
Taubatlah dengan sesungguh-sungguhnya...
Dengan takut dan harap...
Berjanji tidak mengulangi dosa lalu...
Cukuplah dengan terbiarnya anak kecil tak berdosa...
Jangan kau tambah lagi derita mereka...

Cukuplah!
Bertaubatlah...
Kembalilah...
Kesalilah...
Atas segala dosa...

Aku bukan insan sempurna...
Aku juga hamba sepertimu yang mencari YANG SEMPURNA..
Pada akhirnya...kita sama...
Hanya yang beza...
Apakah nafas kita diakhirnya taqwa...atau hina...

Moga Allah jauhkan kita dari putus asa dari ampunan-Nya..~_~

Wassalam....

17 Februari 2010 @ 1.13pm

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

2 ulasan:

Ariff berkata...

salam.
Jiwa saya tersentuh dengan penulisan saudari mengenai masalah sosial yang berlaku di Malaysia sekarang terutama kes pembuangan bayi.

saya mengutuk sekeras-kerasnya gejala ini berlaku dalam masyarakat kita ketika ini.

Syabas buat saudari dapat menghasilkan nukilan yang menyentuh jiwa. Semoga saudari terus istiqamah dalam perjuangan.

Selamat berjaya,
Salam.

zati_nadia berkata...

Jazakallaahu khair al-jazaa'..

Syukran atas commentnya..
Alhamdulillah..segalanya atas izin Allah..

Syabas juga buat saudara atas kesedaran yang ada..mudah2an dengan kesedaran itu bisa mencetuskan idea untuk saudara menyumbang sesuatu dalam isu ini.

Tulisan ini hanya sekadar asbab yang menyentuh jiwa saudara..

Dan hakikatnya...

Jiwa tersentuh..kerana Allah yang izin. Dialah yang membolak-balikkan hati.

Dialah sumber segala idea terbaik..
Sumber segala nukilan yang hebat..

My WORDS is NOTHING tanpa keberkatan dari-Nya..

Sekali lagi..terima kasih..sebagai tanda syukur pd Allah..

Mudah2an..Allah lindungi diri dari perasaan riya' atas pujian..

DIA YANG MAHA TERPUJI..
Segala pujian terserah HANYA PADANYA..

InsyaAllah..hati sentiasa tenang...tak tenggelam dengan pujian manusia..tak terasa "down" dengan kritikan manusia..kerana diri tidak mengharap redha manusia..hanya mendamba REDHANYA..THAT IS THE BEST! ^_^

Wassalam...