Selasa, 14 Ogos 2012

Merindukan ‘sahabatku’ Ramadhan…


‘sahabat sejati’ ini akan meninggalkanku beberapa waktu lagi… sama ada ‘dia’ dahulu meninggalkanku… atau aku dahulu pergi meninggalkan ‘dia’.. [ajal itu rahsia bukan??]

Barangkali…Ramadhan tidak pernah gagal akan temujanjinya dengan si ‘hamba’ ini. Sentiasa setia pada masanya walau putaran tahun berubah. Sebaliknya.. diri inilah yang sering memungkiri janji itu. Bertemu dengannya mungkin (jika umur masih ada), tapi walau bertemu, mungkin banyak hal yang membuatkan ‘Ramadhan’ itu berasa sakit. ‘Sakit’ dengan pertemuan yang tak membahagiakan. Pertemuan tanpa ruh yang ikhlas kerana Allah. Allah…. T_T (refleksi diri).

Merindui’nya’ satu keperluan. Keperluan hati dan iman. Sebagaimana rindunya sahabat-sahabat Nabi sallahu’alaihiwasallam untuk menemuinya. Setiap detik berlalunya Ramadhan…mendekati Syawal, perasaan hiba berbalas syukur dengan nikmat Eidul Fitri pasti menerjah hati seorang insan bergelar mukmin.

Ramadhan..perginya ‘membawa diri’ hanya atas ketetapan Maha Penentu Takdir. ‘Dia’yang bernama Ramadhan akur dengan sunnatullah… di sebalik pemergian Ramadhan ini… pasti terselit hikmah. Perpisahan ini bawa makna yang dalam buat jiwa mukmin yang benar-benar yakin akan hikmahnya.

Mengakui merindukan Ramadhan… apa yang dibuktikan oleh diri ini pada 11 bulan berikutnya? Hai kawan…sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.. analoginya mudah. Kita punya sahabat yang paling kita kasih. Namanya ‘RAMADHAN’. Selain ‘dia’ kita punya 11 lagi sahabat yang lain… yang tidak pernah ‘bertemu’ dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiada di hadapan ‘mata’ kita mencanangkan pada ’11 sahabat’ yang lain… “AKU CINTA RAMADHAN, AKU RINDU RAMADHAN, DIA BANYAK MENTARBIYAH DIRIKU, MENGENALKAN AKU AKAN ERTINYA SABAR, AKAN ERTI MENAHAN NAFSUKU..AKU SANGAT SAYANG DIA. SUNGGUH!!”..’11 sahabat2’ itu saling berpandangan. Lalu mereka saling menyoal. “Kami –cemburu- dengan Ramadhan. Kamu sering memujinya. Tapi, apa buktinya kamu benar-benar rindukan’nya’? Please~please~please~prove it!”

.lafaz terhenti, iman diketuk.

Sungguh…‘Mencintai RAMADHAN…bukan sekadar RETORIK semata’. Ia suatu yang perlu dibuktikan pada peri’amal’ kita. Ayat 183…surah Al-Baqarah. Menggamit kembali hati seorang yang sedar akan ertinya bersahabat dengan RAMADHAN. Penghubungnya Cuma TAQWA.. andai TAQWA itu terbukti melalui tingkah yang terlihat secara zahirnya… Alhamdulillah… ‘cinta terhadap Ramadhan’ itu pasti terbukti. Jelas. Automatik. Biar Allah yang memperlihatkan cinta kita kepada ‘dia’… Ramadhan Mubarak. J..



.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.