Jumaat, 29 Mei 2009

:::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM:::


Dengan Nama Allah Yang Maha GENIUS..

Alhamdulillah..hanyasanya dengan keizinan dari Nya, "THE SPIRIT OF BALQIS" tercipta. Semangat ber'BLOGGING' dalam kalangan remaja khususnya semakin terserlah. Budaya ber"kongsi" sudah jadi satu kemestian. Secara peribadi, bagi saya...budaya sebegini wajar diteruskan asal memenuhi pra-syarat tertentu. Hm..apa pra-syaratnya dan harusnya..ia bersandarkan apa? Saya tidak mahulah memandai-mandai menentukan prasyarat ber'blogging' ni untuk orang lain..hanya untuk berkongsi..mudah-mudahan...tiap apa niat & tindakan kita akhirnya bermatlamatkan REDHA ALLAH..Amin^_^

Prasyaratnya...
1. Niat yg teguh untuk kongsi ilmu hanya kerana-NYA
2. IQRA'!, IQRA'!, IQRA'!
3. Jangan sesekali menyebarkan FITNAH!!!(sumber yang tepat!)
4. Hikmah itu caranya::(ingat ya..tak semestinya mesti berlemah-lembut ^_^ )
5. Tiap individu berbeza pandangan. Di situlah letaknya keunikan tiap insan ciptaan Allah. Berdebat biarlah bersandarkan kemahuan Allah..bukan kemahuan manusia yang banyak dosanya.

"Keredhaan MANUSIA sukar untuk engkau capai dan BUKANlah bermakna SELAMAT DARIPADA LIDAH MANUSIA SUDAH BOLEH DIANGGAP MENCAPAI JALAN KEPADA MENDAPAT KEREDHAAN MEREKA. Oleh itu, engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian"_Wasiat Imam Syafie_

Hmm...itu saja prasyarat yg terlintas hingga saat ini..sudah semestinya banyak lagi prasyarat yg perlu diikut. Apa yang pasti..sentiasa betulkan niat menulis dr awal penulisan hingga akhirnya. InsyaAllah..semuanya beres di "mata" Allah.

Apa yg diharap...semoga blog ini dpt menyumbang ke arah kebaikan buat semua yang berkunjung. Yang penting..tiap ilmu yg kita dapat sama-sama kita amal. Ingatkan saya jika saya lalai...betulkan saya jika saya tersasul menulis..(^_^)Benar...saya bukan insan terbaik untuk menasihati yang lain...tapi atas kesedaran...saya tetap berpegang kepada:::Try The Very Best to GUIDE others to JANNAH...insyaAllah...others and YOU...will be guided by ALLAH to JANNAH:::

Wassalam...

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

p/s: entry2 yg sebelumnya adalah cetusan pena sebelum blog ini tercipta..

:::AKU, GHULAM & ........:::::

22/02/09 ~ 26 Safar 1430H @ 0335H

Astaghfirullahal’azim...
Terasa diri ini teramat lalai dengan nikmat masa yang dikurniakan Allah. Usia muda hanya sekali..tapi apa yang ada dengan usia mudaku..hari-hari bermuhasabah..namun..”pi mai pi mai, tang tu..juga”

Ya Allah..berilah aku rasa syukur dengan segala nikmatmu...Alhamdulillah..ya Allah..hanya engkau yang mencelikkan hati-hati yang lalai..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..dengan izinmu..dapatku mengutip sedikit dari ilmu Mu yang maha luas..

”Kebetulan”? Satu terma yang sering diguna pakai masyarakat kita. Adakah hidup ini penuh dengan ”kebetulan”? Wahai kawan-kawan..adakah ”kebetulan” kita bertemu? Adakah ”kebetulan” kita berukhuwah? Adakah ”kebetulan” kita berhalaqah? Adakah semua itu hanya ”kebetulan”?Tidak sama sekali wahai kawan..semuanya sunnah Allah yang penuh hikmah..kita berukhuwah penuh makna...kerana ukhuwah ini ”because of Allah”..insyaAllah..

Walau nafas ini sesak dek cabaran sebagai pelajar...namun..kisah Ghulam, Sihir dan Rahib memberi cabaran yang lebih hebat dari itu...Ingin sekali ku berkongsi ilmu ini denganmu..sahabat-sahabatku..

Hadis Ghulam merupakan sebuah cerita yang disampaikan oleh junjungan mulia..Rasulullah s.a.w...Al-kisahnya...

”Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yg mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik*) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya...”

Persoalan yang mula-mula ditimbulkan di sini ialah, mengapa Rasulullah s.a.w. memulakan penceritaan dengan ”Di zaman sebelum kamu..”? Ada sesetengah pendapat menyatakan kisah Ghulam ini berlaku pada zaman Nabi ’Isa. Andaikata benar, apa beza ”Di zaman sebelum kamu...” dengan ”Di zaman nabi ’Isa a.s..”? Sudah tentunya kita merasa kisah ini lebih dekat dengan diri kita bila mana Rasulullah s.a.w. tidak mengkhususkan pada zaman sekian-sekian. Ghulam a.k.a ”budak” yg dikisahkan di sini ialah seorang yang cerdik. Ibarat logam yang banyak potensinya.

”Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku”.

Bagaimana mungkin seorang rahib yang ahli dalam ilmu agama mengajar anak muridnya menipu?! Apa sebab sebenar yang mendorong rahib mengajar Ghulam untuk menipu? Kenapa pula rahib ingin sangat menyembunyikan dirinya dari pengetahuan masyarakat pada zaman itu? Tahukah kawan-kawan...pada zaman itu, rahib adalah satu-satunya insan bergelar muslim di negeri tersebut yang benar-benar faham tentang hakikat keimanan kepada Allah s.w.t. semata-mata..yakni hanya Allah yang berhak disembah dan bukan selainnya. Apa akan jadi sekiranya identiti keislamannya diketahui umum? Sudah pasti akan ada usaha-usaha untuk membunuhnya..jadi bagaimana mungkin rahib dapat mengajar tentang Islam kepada Ghulam? Jadi, kesimpulannya di sini, rahib bukanlah berniat untuk menipu tanpa sebab yang kukuh tetapi ada matlamat besar yang ingin dicapainya. Hidup ni sahabat-sahabat..perlu berstrategi..perlu diingat! KEBATILAN BERSTRATEGI BISA MENGALAHKAN KEBENARAN (HAK) TANPA STRATEGI!!

Jika kita kembali kepada zaman Rasulullah s.a.w., kaedah sulbah telah diguna pakai oleh Rasulullah s.a.w pada awal penyebaran Islam. Sebaik sahaja Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan Islam, Rasulullah terus berdakwah kepada isteri baginda, Siti Khadijah bt Khuwailid seterusnya kepada insan-insan hebat yang bisa melaksanakan dakwah Islam secara meluas dan komitmen yang tinggi. Di sinilah letaknya strategi dakwah nabi s.a.w. di mana baginda memilih mutiara-mutiara bernilai yang dapat membantu dalam menyebarkan Islam dengan lebih meluas. Lihat saja bagaimana kehebatan Saidina Abu Bakar r.a. menarik begitu ramai sahabat-sahabat hanya dengan kalimah syahadah! Seperti langit dengan bumi bahkan mungkin perumpamaan itu tidak cukup untuk membandingkan usaha dakwah umat zaman ini dan zaman sahabat-sahabat nabi yang begitu berkobar-kobar menyebarkan Islam. Rasa ’izzah (bangga) dengan Islam terbukti dengan karakter Islam yang ditunjukkan dalam setiap tingkah mereka.
**********************************************************************

”Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa*) yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya RAHIB LEBIH ENGKAU CINTAI DARI TUKANG SIHIR, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai”.

Kawan-kawan...apa bezanya jika si Ghulam berdoa sebaliknya? Cuba kita tukarkan menjadi..”Tukang sihir lebih Engkau cintai dari rahib..”. Jelas di sini menunjukkan keyakinan Ghulam lebih cenderung kepada ajaran yang dibawa rahib berbanding tukang sihir.

”Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang aku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.

Budak itu berkata kepadanya: ”Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yg dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku.

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: ”aku telah mengetahuii kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.

Lalu budak itu menjawab: aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: ”balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: ”Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki”.

Doa Ghulam yang memohon pertolongan atas kehendak Allah semata-mata menunjukkan kekuatan tawakkal yang ada padanya. Tiada sedikitpun keraguan dan rasa takut tatkala nyawanya diancam. Segalanya terserah Allah.

”Seksalah..jasadku..takkan kutunduk pada kejahilanmu..kerna mengalir di seluruh tubuhku..kalimah Tuhan dari lidah rasulku..dan itu yang ku percaya..Bersaksilah Tuhanku Satu!”

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya; mana dia kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: bawa budak ini ke tengah laut. Jika enggan, campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: apa dia? Kata budak: engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: ”Dengan nama Allah, tuhan budak ini” dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* ”Kami percaya kepada tuhan budak ini”.

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan; telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran!

Jadi, kawan-kawanku sekalian...apa kaitannya kita dengan Ghulam? Walau kita berbeza zaman dengannya..namun kehidupan kita cukup sinonim dengannya. Mari kita bandingkan apa yang ada pada si Ghulam dan apa yang ada pada kita kini..

Diibaratkan…
Ghulam..............................................Kita
-Sihir -Sains (Kesihatan, Perubatan, Pergigian dll)
-Rahib -Murabbi/ Naqib/ah
-Asbab kematian: Syahadatul Haq -Asbab kematian:”Sendiri Mau Ingat!”

Subhanallah..begitulah sahabat-sahabatku..Ghulam berjaya menegakkan SYAHADATUL HAQ hingga ke akhir nafasnya...mari kita muhasabah diri sebentar..adakah pada tika ini, SYAHADATUL HAQ yg sering kita laungkan sudah tertegak? Mampukah kita berhadapan dengan Yang Maha Esa dengan usaha kita yang ada kala seolah main-main dengan tanggungjawab besar ini!? Sudah cukupkah hidup kita dengan hanya bergelumang dengan keduniaan semata..bilakah saat yang kita tunggu untuk menyesal?! Nanti kita semua akan ditanya tentang apa yg kita sibuk kumpulkan dan tentang apa yang kita sering bangga-banggakan..saat itu..kita pasti akan melihat betapa jahilnya diri ini..

Ayuh sahabat-sahabat yang dikasihi hanya kerana Allah..bangunlah dari bermalas-malasan..mari kita saling nasihat-menasihati ke arah REDHA-NYA semata..Iman ini sememangnya akan naik dan turun. Oleh itu wahai sahabat-sahabatku...ingatkanlah aku jika aku lalai...

(Hadis riwayat Muslim (No. 5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus-Solihin di bawah bab Sabar)

* di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada di dalam riwayat Tarmizi.

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a. telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHUAKBAR..!

Wallahu’alam...

zati_nadia@yahoo.com
spirit.balqis@gmail.com

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Wahai DIRI !!!

0335 @ 26 Oktober 2008 _ 26 Syawal 1429H

Wahai diri..
Hidup ini hanya sekali..
mati pun sekali..
bilanyawamu dicabut dr jasadmu..
tiada lagi peluang ke-2 untukmu hidup kembali..

Wahai diri yang kusayang..
Ilmu Allah itu luas..
Sangat luas..!
Terokailah ia…
Cintailah ia..
Walau manapun kau berada..
Tuntutlah ilmu hingga akhir nafasmu!

Wahai diri yang kucinta...
Mungkin seringkali kau lemah dalam melawan nafsumu..
Tapi ingatlah wahai diri..
Demi Masa!
Sungguh ! Manusia dalam kerugian..
Kecuali bagi orang2 yg berIMAN..
Yang berpesan-pesan demgan KEBENARAN..
Dan KESABARAN.

Wahai diri yang kukasih..
Mujahadah itu perlu dalam kerendahan hatimu..
Perbetulkan tingkahmu..
Don’t forget to renew ur niyah..(intention)
Either everything u do just because of Allah!
Or because of anything else?

Wahai diri yang sementara..
Motivasikan dirimu dengan misteri ajalmu..
Mungkin 5 saat lagi..atau 1 minit lagi..atau 1 jam lagi...atau bila sahaja yg kamu jangkakan..
Saat ajal pasti kan tiba!
Penuhi tiap saatmu dengan zikrullah yang tidak putus..
Hingga hujung nyawamu..
Jangan biar walau sekali hidupmu leka dengan nikmat dunia yg hanya sementara..

Wahai diri yang lemah..
Syukurilah anugerah penciptamu..
Allah tidak memandang rupa paras yang molek..benar!
Allah tidak memandang kau kaya atau miskin..benar!
Yang hanya dipandang..yang hanya dinilai hanya taqwa yang ada dalam tiap hela nafasmu..dalam tiap saat yang kau korbankan untuk Khaliqmu..

Wahai diri ini..wahai diri ini..wahai diri ini..
Tiada yang kau tahu melebihi pengetahuan Ya ‘Alim..
Ya ! Engkau berilmu..
Tapi apa yang kau buat dengan ilmumu itu ??
Engkau berilmu..tapi adakah engkau hayati ilmu itu ??
Adakah engkau amalkan ilmu itu.. ??
Adakah engkau sebar luaskan ilmu itu??
Ada apa dengan ilmu yang kau ada??!!

1158 @ 25 Oktober 2008 _ 25 Syawal 1429H..Murni Hall...
*********************************************************************
Wahai diri..
SEBELUM MATA TERLENA...
Di buaian malam gelita..
Tafakur ku di pembaringan..
Mengenangkan nasib diri..
Yang kerdil, lemah dan bersalut dosa.
Membawa dosa yg menggunung tinggi
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Dengarlah rintihan hati ini Tuhan..
Hanya RAHMAT KASIH SAYANGMU yang dapat meringankan..
Hulurkan maghfirahMu
Andai esok..bukan milikku lagi..
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi...
Sebelum berangkat ke daerah sana..lepaskan beban ini..
Yang mencengkam jiwa dan ragaku..
selimuti diriku dengan sutera kasihMu
Agar lena nanti..mimpiku ke Syuga Mu yang Indah..Betapa harumnya Syurga Firdausi..
ADAKAH KAN KU TERJAGA ESOK????

Salam Ukhuwwah fillah..

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

MUHASABAH INSAN....


1400@ 24 Oktober 2008_24 Syawal 1429H

Dengan Nama Allah Yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim…
Syukur…Syukurlah atas izin Allah memberi kita ruang waktu untk kembali mengingatinya. Seringkali kita lupa untuk “renew” balik iman kita. Mudah-mudahan kita segera sedar dan tingkatkan kembali iman yang kian goyah dek kesibukan yg tak putus2 menguji kesabaran kita di medan jihad ini..

Alhamdulillah tidak terhingga buat Rabbul Izzati atas jemputanNya ke Kelas Peradaban Nabawi yang kini sedang dijayakan di Murni Hall, USMKK. Mungkin kita diuji dengan pelbagai aral yang menghalang kita mengunjungi taman syurga Nya. 24 jam sehari yang kita miliki..RM30 yang kita miliki..Jasad yang kita miliki…dan segala yang kita ada..jika direnung dan difikir dalam2 bukanlah hak mutlak kita sebagai hamba Allah..Mudah-mudahan dengan sekelumit pengorbanan masa, harta dan tenaga yang kita salurkan semata-mata ikhlas untuk memperkasakan diri menjadi muslim yang lebih baik diredhai Allah. Sungguh!..tiada yang lebih kita citakan selain mendapat redha Allah semata. Siapalah kita untuk tawar-menawar dengan Pencipta Agung dalam mengutip ilmuNya yang maha luas..tidak cukup dengan baki umur yang kita ada.

Cetusan di atas hanya muhasabah diri seorang insan yang seringkali lalai dalam mengingatiNya. Dan kadangkala..rasa malu yang ada pada diri tidak memenuhi “standard” malu sebagaimana diseru rasul mulia..Muhammad s.a.w.

Ya Allah..Kau tetapkanlah dan Kau teguhkanlah diri ini dalam jalanMu..
Jangan kau biar aku sendiri dengan limpah nikmat yang menjauhkanKu dari mendapat rahmatMu..Jangan Kau biar ujianMu yang sedikit melemahkanku..Ya Fattah..kau bukalah jalan untukku dalam dakwah dan islah semata-mata untuk agamaMu..Ya Basith..Kau berilah kelapangan dalam hidupku untuk beribadah kepadamu..untuk sentiasa mengingatiMu..

Wahai sahabat-sahabatku..walau kita diuji dengan apa juga kesulitan..remember always..di hujungnya nanti..ada kemanisan menanti..mungkin jalan hidup dalam mujahadah ini berliku-liku..but just remember..Allah bersama-sama dengan orang yang sabar..HAKIKATNYA..SABAR ITU INDAH…v(^_^)v…

..Maklumat lanjut untuk Kelas Peradaban Nabawi..sila layari..
www.kelasperadabannabawi.blogspot.com

Salam Ukhuwwah fillah..

Manusia Semakin Kejam

25.08.08 @ 2210

Alhamdulillah..dengan keizinan Allah, pd 22.08.08 (Jumaat) bertempat di perkarangan Dewan Utama USM KK, Forum Wacana Ilmu barjaya dianjurkan atas usaha mujahid mujahidah muda USM KK bersempena Hari Terbuka Desa 2008. “MANUSIA SEMAKIN KEJAM???”…wah.. tajuknya kedengaran seperti menghukum manusia..tapi itulah hakikat yg wajar diterima bagi insan yg hilang rasa kasih kepada saudaranya..Kali ini, dengan ber”moderator”kan Dr Irfan Mohamad (Pensyarah Jab ORL USM KK) dan dibarisi ahli2 panel yg selayaknya..Superitendan.*(unknown)-maaf…(^^_), Dr Hafidzah Hj Mustakim (Pengurus dan Pemilik Klinik Perdana Islah) dan tidak ketinggalan, Tn Hj Mohd Rahim Hj Jusoh (Timbalan Mufti Kelantan), forum in berjaya mengumpulkan insan2 yg insyaAllah…sentiasa dahagakan ilmu.

Sedar atau tidak..banyak terpapar di dada2 akhbar, berita2 mengaibkan manusia..yg dicipta sebagai “khalifah”. Walau Allah mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini…namun..insan memang mudah lupa peranan diri..lihat saja hilangnya sharlinie tanpa jejak..pembunuhan Altantuya, walaupun non muslim…tp masih seorang insan..juga Nurin Jazlin..dirogol dan lebih teruk lagi dibunuh dgn amat kejamnya..so, layakkah kita yg turut sama berada di bumi Malaysia ini mengiktiraf diri kita sebagai “masyarakat yg penyayang” di saat kadar jenayah makin meningkat?!..

Apa itu jenayah? Suatu perbuatan yg buruk..yg boleh dihukum..tapi hakikatnya, sebarang perbuatan yg menyebabkan dosa itulah jenayah yg sebenar-benarnya..Jenayah kecil2an ke..jenayah index ke…jenayah harta benda ke..pokoknya..DOSA = JENAYAH..dalam arabnya..jenayah itu..JARIMAH..maksudnya segala perbuatan yg bertentangan dengan syarak merangkumi semua aspek hidup. Mencuri itu jenayah..menipu itu jenayah..merogol itu jenayah..riba juga jenayah..dan tidak ketinggalan buka aurat juga “berjaya” tergolong dlm senarai JENAYAH…so, be aware wahai muslimin n muslimat…dalam tak sedar..kita yg rasa diri cukup baik pun boleh diiktiraf sebagai “PENJENAYAH” di mata Pencipta kita..Di sinilah kita dapat lihat syumulnya Islam. Sekecil-kecil kebaikan ada ganjarannya dan kejahatan juga ada balasan yg menanti.

Jadi..apa faktor meningkatnya kadar jenayah? Golongan mana pula yg jadi juara dr aspek penglibatan dalam “bidang jenayah” ni? Remaja mungkin dilihat sebagai golongan yg paling “aktif” dlm “bidang” ni tapi sejujrunya..golongan dewasa atau mungkin warga emas tidak lepas dr terlibat melakukan jenayah. Sampai ke sudah masalah tidak selesai jika antara generasi saling mencipta jurang..kalau tak silap..pepatah Arab ada mengatakan..jika digabung kebijaksanaan orang lama dan semangat org baru..insyaAllah..akan terbina umat yg lebih gemilang.

Jati diri masyarakat lemah..faktor itulah penyebab kpd lahirnya insan2 yg semakin kejam. Mudah sangat terpengaruh dengan budaya kuning dan macam2 warna lagilah…semua budaya buruk yg ditunjukkan masyarakat luar, senang benar dicontohi. Tiada lagi kesetiaan pada budaya ketimuran dan yg lebih menyedihkan..budaya hedonisme yg dibawa barat pula diagung2kan..masyaAllah…Begitu juga jika dilihat peranan yg dimainkan institusi kekeluargaan. Hanya “arif” melahirkan anak...tp lemah dlm mendidik “hadiah ALLAH” ni menjadi insan yg tidak kejam. Kalau nak disenaraikan faktor penyebab ni memang banyak..termasuklah..pengaruh media yg memaparkan aksi2 lucah hingga merosakkan pemikiran, lelaki melihat wanita sebagai objek seks semata, dan juga faktor sosioekonomi.. tapi bila diselidik punca utamanya….tentunya berbalik kepada manusia itu sendiri. MANUSIA HILANG ARAH..itulah…menjadikan manusia..TIDAK TENTU ARAH..dan KEJAHILAN yg sebenarnya ialah bila mana manusia hilang ‘izzah diri, rasa lemah, berpecah-pecah dan sesat dalam menentukan panduan hidup. Lebih bangga mengaku diri..”I’M MATERIALISTIC and I LOVE HEDONISME”. Diri rasa gelisah bila dicabar dengan sedikit ujian. Pendek kata..nak ENJOY SOKMO..alasannya..HIDUP HANYA SEKALI..hingga lupa hakikat..MATI HANYA SEKALI!

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang2 yg mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk”. (Al-An’am:82).

Syirik kepada Allah adalah jenayah yg paling besar. Luqman Hakim juga menasihati anak-anaknya supaya jangan sesekali menyekutukan Allah..Nasihat Luqman ini terang-terang tercatat dlm Al-Quran. Ini buktinya..Islam tidak melahirkan PENJENAYAH kerana Al-Quran hanya mendidik manusia menjadi sebaik-baik kejadian. Al-Quran menentang KEZALIMAN dan menyelamatkan manusia dari seksa API NERAKA.

Ikhwan2ku…KUASA, EGO, JAHIL, ILMU TANPA AMAL dan MISKIN IMAN…semuanya menjerumuskan diri kita ke kancah jenayah..

KEKUASAAN – rasa diri berkuasa sudah cukup menjadi syarat kepada berlakunya kezaliman. Cukuplah firaun terkenal sebagai pemerintah yg zalim..dan janganlah pula kita mewarisi kezaliman firaun itu untuk menjadi khalifah yg zalim.

EGO – amat teruk jika jadi manusia yg malas belajar..dan lebih teruk jika jadi manusia yg tidak mahu belajar..juga “teramat”lah teruk jika jadi manusia yang tidak mahu dinasihati. Ingat pesan Nabi s.a.w., jadilah kamu orang yang mengajar…tak mau?..jadilah orang yang belajar..tak mahu juga??jadilah orang yg mahu mendengar…juga tak mahu??cukuplah kamu jadi orang yg kasihkan ilmu..tapi jangan jadi selain daripada yg 4 ini..Ala..kata sayangkan nabi..mana mungkin nabi nasihat pun tak mahu ikut..kan???

JAHIL – Islam hadir semasa manusia dalam kegelapan. Tidak tahu beza baik dan buruk..Kerlipan gemilau Islamlah yg menghapuskan sifat ZALIM yg ada dalam diri Saidina Umar yg tika zaman jahilnya..sanggup menanam hidup2 anak perempuannya. Hanya selepas Islamnya Umar..sahabat Rasulullah ini menjadi insan yg baik akhlaknya hingga dinobatka sebagai AHLI SYURGA. Jadi..andaikata ketika ini kita masih jahil..kembalilah kepada Islam yg sebenarnya..insyaAllah…kezaliman yg ada pd diri dpt dihapuskan dan mudah-mudahan SYURGAlah tempat kita bertemu.

ILMU TANPA AMAL – Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..Bersusah payah tanam benih tapi hasilnya tak dapat dirasa. Ilmu bukan koleksi untuk diri semata tapi untuk disebarkan. Bayangkan..waktu hari pembalasan kelak…masing2 salah menyalahkan…si “KIKI” baru nak melangkah masuk syurga tp dihalang si “LALA” ..puncanya…

KIKI: “Apsal kau tak kasi aku masuk syurga??”Why???
LALA: “Waktu aku buat jahat dulu..mana ada kau halang aku...tak aci lah kalau kau boleh masuk syurga..”
KIKI: “Aik??Aku ada halang la suatu masa dulu…kau yg lupa..”
LALA: “Ala..sekali tu je kau halang..lepas tu mana ada kau halang dah..senyap sunyi je..”
KIKI: “Kau yang salah..aku nasihat sekali kau tak mahu dengar..siap kau kutuk aku lagi..kononnya berlagak alim..”
LALA: “Mana boleh kau salahkan aku..kau pun salah jugak..kau kenalah halang aku lagi..mungkin aku dengar cakap kau lepas2 tu..”
KIKI: Kau yg salah!
LALA: Kau yg salah!

Hmm…Macam dialog biasa..tapi hakikatnya…lebih jauh dari yang biasa..masing2 salah-menyalahkan…semata-mata untuk SYURGA yg penuh kenikmatan…so..bagi tidak menzalimi diri sendiri…tuntutlah ilmu..amalkan..dan jangan lupa..sebarkan…(^^,)

MISKIN IMAN – “Miskin” dalam kaca mata Islam bukan terletak pd ukuran materialistik tp setinggi mana iman seorang HAMBA ALLAH. Kerana miskin imanlah..manusia sanggup buat apa saja walau maruah diri tergadai..maruah saudara tergadai yg akhirnya..membawa kepada kezaliman ke atas diri dan masyarakat.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..sebanyak2nya..kita dilahirkan sebagai Islam..suatu nikmat yg tak semua insan dapat. Betapa susahnya untuk kita dapatkan hidayah..jadi..since we born as muslim..sentiasalah hargainya selagi nyawa di kandung badan..jadilah kita orang muslim ..wa mukmin..wa muttaqin..insyaAllah akhirnya..sudah tentulah JANNAH. Barulah kita ini orang yg benar2 berjaya. 2 rukun yg kita pegang sebagai prinsip hidup sebagai seorang muslim..rukun Islam dan iman..inilah rukun utk melahirkan generasi yg cemerlang dunia akhirat. Islam itu mudah..Islam itu selamat..Solat lah…insyaAllah solat yg diterima Allah melindungi diri dr dosa seumur hidup kita.

Peristiwa Isra’ Mikraj cukup mengajar kita bagaimana solat yg sebenar-benar solat menjamin masyarakat yg harmoni. Disiplin dalam solat penentu hubungan yg baik dengan Khaliq dan seterusnya mewujudkan hubungan sesama manusia.

Bagaimana lagi mahu hapuskan sifat zalim dalam diri manusia? Di sini letaknya peranan masjid. Patutnya..masjid bukan sahaja dipenuhi warga emas dan golongan yg sudah pencen..tapi sepatutnya turut dibanjiri golongan pemuda. Nabi s.a.w. berpesan agar ibubapa mengajar anak2 solat seawal 7 thn dan pukul bila berumur 10thn bg tujuan mendidik. Jadi antara umur 7 hingga 10 sememangnya..ibu bapa perlu mendidik anak-anak lelaki khususnya untuk solat jemaah di masjid..Antara 7 golongan yg mendapat perlindungan di Akhirat kelak ialah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid..so..pastikan diri dicalonkan dlm golongan ini. Begitu juga dengan berpuasa…

Bagaimana pula pegangan kita kepada rukun iman? Berkualiti atau tidak? Percaya pd Allah..ingat..Allah always know what you do…Beriman pd malaikat..apa yg Raqib&’Atid sedang catat..amal baikkah..burukkah..??Beriman kepada Kitab – bukan fikir ikut logik akal semata tapi just follow Al-Quran with UNDERSTANDING..insyaAllah..selamat.Percaya kpd nabi dan rasul..Percaya pd hari akhirat..Percaya kepada Qada’ dan Qadar..insyaAllah…semuanya..OKEYv(^_^)v

Dalam sehari…kita dilaungkan dengan kalimat motivasi ..iaitu..AZAN..MARI KITA SOLAT! MARI KITA MENUJU KEJAYAAN!...Jadilah kita Umat Islam yg gemilang..bebas dari kekejaman!!..Remember always…Syurga sentiasa menanti insan yang baik-baik je..mahu dapatkan syurga???just prepare ourselves..insyaAllah…MERDEKAlah kita…THE MOST IMPORTANT!!BACK TO ISLAM…THE REAL WAY OF LIFE….Akhir kalam…Semoga keMERDEKAan sebenar hadir dengan bermulanya RAMADHAN AL-MUBARAK…Selamat bersedia untuk berPUASA…(^_^).

Wassalam alaik…

JK TPSM K-BUDU 08

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Remaja dan Dakwah

20 Julai 2008/ 17 Rejab 1429H @ 11.07a.m.

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah. .pagi 19 Julai 2008 bersamaan 16 Rejab 1429H, beberapa orang perwakilan dr k-budu, jaiputra dan maktab perguruan sultan mizan berpeluang utk mengadakan syura bersama. 7 akhawat K-budu, 3 akhawat jaiputra, 2 dr MPSM n 10+ ikhwah. Majlis dimulakan dengan `umul Quran, Al-Fatihah dan disusuli dengan muzik Al-Quran yg didendangkan dgn penuh penghayatan v(^^)v oleh slh seorang wakil
ikhwah.

"Wahai orang2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berperang di jalan-Nya dlm barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh."(terjemahan Surah As-Saff: 2-4)

Selesai sahaja bacaan Surah As-Saff, satu topik yg bisa menaikkan semangat dakwah disampaikan oleh seorang ustaz yg di"import" khas dr Institut Perguruan Kota Bharu. Ustaz Sha'rani namanya…v(^_^ )v…dan tajuknya..REMAJA & DAKWAH!

FIRST of ALL…setting niat ya anak2..kalau yg dh terpesong niat tu..sila2lah "restore" balik n "install" la niat yg baik punye…(^^,).So, bila niat dah "ok", ustaz mention satu golongan dr 7 golongan yg dapat duduk di bawah bayangan /lindungan Allah, our SWEETHEART^^ ,…yakni 2 orang yg bertemu dan berpisah JUST BECAUSE OF ALLAH. Jadi, macam mana kita register diri kita dlm golongan ni?? Of
course! The answer is DAKWAH in JAMA'AH!

Satu analogi menarik, dalam perlawanan bola sepak..tak "cool"lah kalau kita ni hanya jadi tukang sorak or penonton di luar gelanggang je. BUT, we want to be one of the players yg boleh TERJAH GOL yg ada. Hassan Al-Banna, seorang tokoh Islam yg amat kita kagumi pernah mengatakan, pendakwah luar padang memang ramai, tapi pendakwah yg
turun padang sikit je. So, dalam erti kata lainnya…kita ni janganlah membataskan diri kita sebagai insan yg hanya jdkan ilmu2 sbg koleksi hidup tp kita nak ilmu2 yg ada "stimulate" diri kita utk turut sama berdakwah. Bukankah itu lebih bagus..^^,

Lihat saja sejarah dakwah nabi2 yg membawa risalah samawiyah,,, our religion, ISLAM!

NABI NUH dan dakwahnya. Siang malam berdakwah tapi hanya seciput je yg terima dakwahnya. Kalau kita sekarang, cukuplah dakwah kita direject oleh "se"orang! Then, GIVE UP.Alamak..malu la kat Nabi Nuh kalau macam ni. Satu lagi iktibar, Nabi Nuh sebut one by one nama2 mad'u dalam doanya, tapi kita, sudahkan solat akhir2 waktu, doa pun tidak..bila pula kita doa untuk mad'u kita??Masyaallah… memang tak
malu kan kita ni..

Jom kita lewati sejarah NABI MUHAMMAD, kekasih Allah yg amat amat sangat kita cintai..mudah2an. .Begitu bersusah payah baginda salurkan dakwah kepada sahabat2 dan berkat dakwah mereka,..kita yg hidup dlm zaman yg "konon"nya bertamadun ni, dapat juga rasa keindahan dakwah walaupun tak boleh nak challenge semangat jihad yg ada dlm diri sahabat2 terdahulu. Alhamdulillah. Jadi, bagi menghargai jasa tak
terhingga ni, moleklah sangat kalau kita ni sama-sama sambung perjuangan rasullullah dan sahabat dalam usaha melahirkan para da'i yang mantap and "D'BOMB" ..v(^_^)v..Rasulull ah juga tinggalkan kita method utk berdakwah, dakwah scr sembunyi n terbuka. Inilah sunnah nabi kita dalam berdakwah..bukan dakwah main redah jer..Jika dilihat dari strategi nabi, mula-mula baginda ingin menyebarkan dakwah Islam, baginda bentuk usrah di rumah Al-Arqam. Dalam zaman kita skrg, janganla tunggu jumpa rumah al-arqam baru nak buat usrah, buat lah di mana-mana tempat asal sesuai..Ala. .kalau HATI dah nak berdakwah dan beramal soleh…senang je.^^, Rugilah kalau kita dipilih untuk join dalam sistem pentarbiyahan, alih2, kita pula cabut lari.
Lihatlah..berapa ramai remaja yg sekarang sedang melepak tak tentu arah, "dating" mengalahkan pasangan dah berkahwin, merempit sana sini, shopping satu kompleks..tak pun berkompleks- kompleks. .pendek kata segala yg tak bermanfaatla. .so, kita yang insyaAllah mutiara-mutiara putih (^^, yg terpilih dalam sistem pentarbiyahan ni harusnya syukur sangat-sangat.

"Sesungguhnya Allah memasukkan orang beriman dan beramal soleh ke dalam di bawahnya sungai, sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (Surah al-Haj, ayat 14)

Kata ustaz, remaja ni..means…kita kita ni..(walaupun ada yang dh tergolong dalam LEWAT REMAJA…insyaAllah… semangat masih REMAJA)..v(^ ^)v..adalah golongan yg THE MOST IMPORTANT dalam dakwah. Jadi, masa remaja ni lah kita nak gerak sama-sama dalam berdakwah..bukan sendiri2. Barulah senang nak dapat pertolongan Allah. Bukankah
pertolongan Allah tu datang dalam kelompok yg besar..

Saidina Ali r.a. sendiri pernah berkata, "Kebenaran tanpa sistem dapat dikalahkan dengan KEBATILAN BERSISTEM". Bagi mengelakkan tragedi tak diundang ni terjadi, always be aware n take our responsibility to work together in team and in systematic way. Dalam proses nak ajak orang yang kurang mengerti ke medan dakwah, da'i juga
mesti ada sifat tawadu'..barulah senang mad'u nak dekati.

Sebagai akhirnya…ustaz mengingatkan anak-anak remaja ni, jangan mudah patah semangat utk join dalam dakwah dengan alasan sibuk study, exam, coursework bertimbun. Always bare in mind, pertolongan Allah akan datang utk siapa aje yang menolong agamaNya dan ilmu adalah Nur Allah dan ia hanya akan sampai kepada insan yang bersih hatinya dan
sentiasa dekat dengan Allah.

Ali bin Abi Thalib berkata, "Sesungguhnya Allah mempunyai tempat air di bumiNya, iaitu HATI. Maka hati yg paling dikasihi Allah ialah yg paling halus, bersih dan keras. Yang paling keras hati itu mengenai agama, paling bersih mengenai keyakinan dan paling halus adalah kepada saudaranya." So, HOW TO GET A NICE HEART?? Jom lah berdakwah!v(^_^)v

Selesai sesi penyampaian oleh ustaz Sha'rani, sesi soalan dibuka. 1st QUESTION – Bagaimana kita nak berdakwah sedangkan kita ni tidaklah dikategorikan sebagai baik…sangat n ilmu pun tak cukup..dan jawapannya.. nak berdakwah ni bukan nak tunggu kita dah cukup ilmu.
Ilmu Allah bukankah luas bangat…tak tercapai level "cukup" yang kita nak tu hingga kita mati. So, kalau nak tunggu cukup ilmu, tak berdakwah la kita jawabnya. Dan lagi, iman kita ni memang akan turun dan naik, tapi bila turun tu kena la cepat2 naikkan, jangan sampai penurunan iman melampaui yg sepatutnya. Macam mana nak "top up" balik iman kita, salah satunya…dengan berdakwah!

2nd QUESTION – Bagaimana tips utk menyentuh hati2 mad'u kita dengan dakwah yg ingin kita sampaikan?.. n d answer…bersihkan hati kita ni dulu atau dalam kata lainnya, ubah diri kita ni untuk jadi insan yg semakin hari, semakin baik. Juga tidak ketinggalan! Sentiasa guna senjata kita sebagai orang mukmin, "DOA". Doakan mad'u kita sebagai mana Nabi Nuh lakukan. InsyaAllah…if we always make sure OUR ATTITUDE
is better than OUR WORDS, others will follow us to JANNAH..Amin…

And the LAST but NOT LEAST..Ustaz, ustaz…bila kita sebut je usrah n dakwah, ia seolah-olah sudah jadi satu rutin dan ada sesetengahnya yang menyempitkan maksud usrah itu sendiri. Terkadang, susah kita nak hadapi golongan yg sukar terima dakwah. So, untuk golongan sasaran kita, siapa yg patut kita utamakan? Yang mudah2 or susah2?..Usrah or Halaqah adalah perkara pokok yg mesti kita buat. Kalau yang basic pun kita tak laksanakan, bagaimana kita nak berdakwah? Golongan susah2 or mudah2 keduanya perlu didakwah tapi apa yang penting, kita yang sedar kepentingan usrah ni mesti sentiasa maintain involvement kita (istiqamah) dalam usrah. Then, don't worry, selagi kita ikut usrah, kekuatan utk berdakwah tu akan hadir dengan sendiri. Berdasarkan universal values…golongan yg ingin kita pengaruhi haruslah bermula
dari yang dekat2 dgn kita dan yang dekat-dekat itulah akan bawa dakwah kita tu ke lingkungan yg lebih luas. InsyaALLAH…mutiara-mutiara yang kita kutip (means, mad'u kita) akan membentuk "jaringan" dakwah Islam yang tak berkesudahan walaupun nafas kita sudah terhenti..mudah2an…

Sahabat-sahabat. .janganlah kita ni hanya jadi semut-semut kecil di celahan yg sungguh2 nak ke puncak tapi akhirnya jatuh merudum, hilang jejak..walaupun rasa diri ni lemah nak berdakwah..paling tidak..jadikan diri kita ibarat lantai, walau hanya jadi asas kepada puncak yg tinggi, tapi tak hilang jejaknya. Biar apa pun halangan yg
menanti, kita tetap teguh dalam satu perjuangan yg tak berkesudahan, bukan hanya berdiri semata-mata tapi bergerak sama-sama menyampaikan dakwah. ALLAHUAKBAR! !

Hmm…mula2..sangkanya cam sikit je input yg nak disampaikan, tp dh jadi banyak pulak..hehe. .Alhamdulillah. .Habis sesi ceramah, perwakilan yg ada pun mula berta'aruf n disusuli dengan syura melantik tanzim baru utk K-Kelantan.. InsyaAllah, dengan pelantikan yg dibuat, bertambah lancar program dakwah yg ingin disusun dan
dilaksanakan. .Amin..

Thanks to pak cik2 n mak cik ^^, juga buat semua perwakilan yg hadir dan harapan agar syura ni jadi turning point utk kita bergerak dalam dakwah. Oh ye..memandangkan ana n beberapa sahabat yg lain tak berpeluang nak hadiri kursus pengurusan jenazah…kepada yg berkenaan, sudi-sudilah kiranya kongsi ilmu yg dapat tu ya..v(^_^)v…Wassalam ..

Salam Ukhuwah,
JK TPSM K-BUDU 08

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

7 Formula Ibu Bapa Cemerlang

Isnin, 7 Julai 08/ 4 Rejab 1429H @ 11.15pm

Alhamdulillah, pada 5 Julai 2008 bersamaan 2 Rejab 1429H, beberapa orang wakil K-budu dan BAKAL ahli K-budu, insyaallah..(^^,) terpilih utk menghadirkan diri ke salah satu taman drpd taman-taman syurga. Alhamdulillah..Penceramah yang juga berperanan sebagai ahli motivator yang cukup dikenali, Dr Danial Zainal Abidin berjaya mengupas 7 Formula Ibu Bapa Cemerlang dengan cukup jelas. Walaupun pada mulanya ada yg berbisik..”Eh, tajuk ni cam x kena je ngan kita…”v(^_^)v…namun, sangkaan itu “kurenggg” tepat..^^..walau diri belum bergelar ibu bapa, insyaAllah…kelak akan menerima gelaran tu, jadi, inilah antara persediaannya, dan paling tidak pun…sekurang-kurangnya, dapatlah kita sebagai anak-anak membantu ibu bapa kita utk bergelar ibubapa yg cemerlang... lagi pula, matlamat kita bukan semata-mata nak jadi “ibubapa” hanya pada nama, tapi “IBU BAPA” yang SOLEH WA MUSLEH gitu..ye la..nak jadi ibu “or” bapa…ayam pun boleh jadi…ibu ayam…bapa ayam..ye tak?

Alhamdulillah…nama pun majlis ilmu, tak lengkap rasanya kalau kita x dengarkan “suwarulminalQuran” bermula ayat 12-19 drpd surah Luqman. Ayat2 ini ialah ayat2 yg membuktikan kecintaan Luqman terhadap anak-anak yg bakal ditinggalkannya. Ayat2 inilah yg menjadi tunjang kepada formula2 utk menjadi ibu bapa cemerlang.

Dr Danial memulakan ceramah beliau dengan menanyakan kami, bila berlakunya qiamat??”of course”, mestilah jawapan “standard”nya…”SAYA TIDAK TAHU”…(^^,)..tapi perlu diingat, Allah telah menyediakan tanda-tanda qiamat, kecil dan besar supaya kita sentiasa beringat akan tarikh yg cukup misteri..bukan setakat di nusantara…tapi misteri satu dunia…lihat saja tanda-tanda kecil qiamat, zina? – biasa…, gempa bumi? – biasa….siap sempat kasi nama lagi tu! Menurut Dr Danial, kini, sekarang, “NOW”!!, kita berada di ERA DAJJAL…dahulunya, dajjal pernah bertanya tentang tasik tibbiriyah…tasik yg terletak bersebelahan dengan pekan tibbiriyah…Soalnya..”bila tasik ni nak kering?”..kerana masa tu lah mala’un2 ni (dajjal) nak tunjuk belang. Dan drpd pembacaan Dr Danial dalam berita online, Israel telah menjawab soalan dajjal tu..”HUJUNG TAHUN 2008, TASIK TIBBIRIYAH AKAN KERING!!”..believe it or not…just prepare ourselves. Tidaklah kita ni Syok Sendiri dengan amalan yg x seberapa ni. API disangka AIR, AIR disangka API, simbolik kepada perubahan nilai yg berlaku di ERA DAJJAL. Yang disangka BAIK sebenarnya BURUK, yang disangka BURUK itulah yg hakikatnya BAIK. Dajjal ni akan bawa “roti dan air”..ha..jangan pula salah faham..nanti ada yg sesuka hati je tuduh org yg ada roti n air tu D****L...makna kata.. KAYA lah…

Semua sedia maklum..Allah kan SAYANG…BANGAT sama hamba-hambanya..so, melalui Rasulullah, ada penawarnya. Sabda Nabi drpd Riwayat Muslim, amalkan 10 ayat yang awal dan 10 ayat yang akhir drpd surah Al-Kahfi, insyaAllah…diri ini, walaupun yang buta mata or buta hururf, dapat menyelamatkan diri drpd Fitnah Dajjal..ini tak pula bermakna tinggalkan ayat-ayat antara 10 terawal dan terakhir ye…nak “tulus’ pun bertempat la..ayat2 di antaranya pun BACAlah..tapi lebih tekankan or fokuskan 10 terawal & terakhir. BACA bukan seperti yg dimaksudkan oleh orang melayu kita..tapi, “BACA” mengikut tafsiran sahabat2 terdahulu..BACA ayat2nya, KAJI maknanya, HAYATI hikmahnya dan lebih bagus, mengAMALkannya. InsyaAllah..we make effort to save our aqidah!
Hmmm…itu MUQADDIMAHnyer…hehe..kalau nak diikutkan, panjang lagi tu, bak kata Dr Danial, pembuka tu mesti la panjang utk memahamkan hadirin hadirat yg datang..so, isinya nanti lebih mudah difahami..v(^_^)v..insyaAllah..

Ada 7 Formula ibu bapa cemerlang. Pertama: MENGUASAI ILMU DAN HIKMAT. Hikmat di sini maknanya ilmu agama (ilmu AL-QURAN). Sekarang ni..belambak anak2 di sekolah berebut-rebut dapatkan A dlm ilmu akademiknya, tapi tak berapa nak ghairah merebut ilmu Al-Quran. Khatam Al-Quran berkali-kali tapi hanya khatam mengaji tapi bukan mengamalkannya.

KEDUA: MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA. ALLAH melihat dan menilai amal kita walau sekecil-kecil amal. So, pentingnya ada iman dan taqwa dlm diri anak-anak. Ibu bapa tidak perlu membayar gaji bodyguard utk guide tindak-tanduk anak2. Cukuplah memberi pendidikan Al-Quran buat mereka, insyaAllah, walau ceruk mana pun berada, mereka tetap tahu ada yang MEMERHATI. Biarpun tahu ibu bapa tidak melihat, tapi sedar PENCIPTA ibu bapa sentiasa MELIHAT!

KETIGA: MEMELIHARA IBADAH.”Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar”(Al-Ankabut:45). Ibubapa wajar mendidik anak agar menegakkan solat. Biar akademiknya A + SOLATnya 5A, A bagi kelima-lima waktu yang ada..

KEEMPAT: MEMELIHARA AKHLAK. Perasan atau tidak..Dr Danial kata, remaja Chinese and Indian lebih menghormati org tua berbanding remaja Melayu yg beragama Islam. Malunya…walau aqidah diorng x betul, tahu juga amalkan nilai Islam, umat Islam sendiri, sebaliknya. Lebih membanggakan tudung yg menutup aurat dan janggut yg kononnya sunnah, tapi akhlak “FAILED”!

KELIMA: BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN. Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dgn kesabaran, kelapangan bersama-sama dgn kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan..sabda nabi diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Ibu bapa perlu sabar dalam mendidik anak2. Mungkin sukar mendidik anak-anak dlm era dajjal ni, tapi, insyaAllah..berkat usaha dengan sabar, insyaAllah, akhir nanti ada hasil yg dpt dibanggakan.

KEENAM: MEMBINA KEMAHIRAN.What are the PRIOROTIES??Ibu bapa perlu bijak mendidik anak-anak untuk menguruskan apa yg lebih utama. Ramai ibu bapa era ini tersalah menentukan prioriti. Anak-anak lebih dihidangkan dengan nilai2 duniawi sehingga lupa dengan apa yg lebih penting. Nilai Al-Quran ditinggalkan, nilai barat diagung-agungkan.

LAST BUT NOT LEAST…PEKA DAN BERPERANAN. Ibu bapa perlu didik anak utk sentiasa mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar.Kalau nak ajak kawan2 keluar..ke mana tujunya? Nak pergi majlis? Majlis yang bagaimana?...majlis ilmukah or majlis yg melalaikan?..jawapannya..depends on sejauh mana anak2 peka dengan nilai Al-Quran.
Alhamdulillah..itulah dia 7 Formula yg insyaAllah dpt beri manfaat kepada kita semua. Sebelum Dr Danial menutup sesi ceramah, beliau meninggalkan kami, ibu bapa dan bakal ibu bapa beberapa tips mendidik anak2. Singkatan mudahnya, “K.H.A.T.T”. K=Kawan, siapa kawan anak2 kita?, H=Hero/Heroin, siapa idola anak2?, A=Agama, pupuk nilai agama dalam diri anak2, T=Tauladan, tunjukkan tauladan yg baik and for the last T=Teknologi, bagaimana teknologi perlu dimanfaatkan..

Seusai shj sesi ceramah, soalan dibuka utk semua, dan antara soalan yg dikemukakan…Apa persediaan utk menjadi ibu bapa yg cemerlang?..bagi yg belum berumah tangga..ini langkah2nya..1st, persiapkan diri sebelum menggalas tanggungjawab memimpin keluarga. Ilmu agama perlu sentiasa ditingkatkan, dimantapkan, dan menghayatinya. 2nd, pilih pasangan sebagaimana yg dianjurkan oleh Pencipta kita..lelaki pilih wanita kerana 4 faktor tp sebaiknya pilihlah yg faham agama, insyaAllah..bahagia dan berkat rumahtangga yg dibina. Wanita pula, janganlah pula ditolak jk ada lelaki yang molek agamanya dan akhlaknya dtg meminang..takut2 timbulnya fitnah..

Soalan seterusnya tentang bila masa yg sesuai utk beri pendidikan seks kpd anak2.?..menurut kamus dewan, pendidikan seks ialah ilmu nerkaitan jantina. Kita sering tersalah faham, kononnya, pendidikan seks ni sesuatu yang “lucah” tp hakikatnya, dr perspektif Islam sendiri, pendidikan seks ini memang patut diberi kpd anak-anak. Mereka perlu diajar menjadi lelaki dan wanita sebagaimana Islam tetapkan, bagaimana mandi wajib yg betul, apa beza air mani dan air mazi? Darah haid tu yg bagaimana? Nifas..istihadah..dan banyak lagi ilmu seks perlu dididik dalam diri anak2 agar mereka tidak tersilap langkah dan tidak melampau dlm pergaulan lelaki dan wanita. Anak lelaki perlu dididik utk menghormati wanita dan bukan memandang wanita sebagai objek seks. Anak perempuan pula perlu dididik menjadi wanita muslimah yg sebenar-benarnya..bersyukur dengan hak yang ada, bukan memberontak utk “sama” seperti lelaki.

Agak-agak dan rasanya, cukup setakat ini sahaja perkongsian ilmu buat kali ni. Harapnya, semua dapat manfaat. Bagi 9 wakil K-budu, semoga kita dijemput lagi oleh Allah ke majlis seumpama ini.. dan 6 orang adik2 yang baru seminggu di dunia kampus, selamat berdakwah, semoga kalian sedia mengerah tenaga dan berkorban masa demi dakwah Islam. Juga tidak lupa, buat sahabat2 lain yg disayangi, semoga kita dapat bersama-sam utk next program. InsyaAllah…Terima kasih juga buat Dr, Dasmawati, Dr. Mar dan Dr. Hafidzah kerana sudi mengangkut anak2 muda ni ke Pustaka Az-Zahrah. Setinggi mana harga minyak naik, tinggi lagi usaha kalian berdakwah…v(^_^)v..SEE YA! Wassalam..

Salam Ukhuwah
JK TPSM K-BUDU ^^,

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Sesi 2: Forum: Halatuju Aktivisma Wanita dlm Pembangunan Masyarakat

20 April 2008 / 13 Rabiul Akhir 1429H @ 2.07a.m.

Alhamdulillah…diberi kekuatan utk terus menulis. Selesai sahaja sesi 1 (Pembabitan Wanita dlm Proses Pembuatan Keputusan), kami berehat sebentar dan terus dgn sesi ke-2, sesi forum bersama 3 ahli panel yg hebat-hebat belaka, yg terdiri drpd:

1. YB Senator Pn Hjh Mumtaz Bt Hj Md Nawi (Ahli Dewan Negara)

2. Prof Madya Dr Harlina Halizah Bt Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat)

3. Prof Madya Siti Hawa Bt Ali (Penyelaras One Stop Crisis Centre (OSCC) Hospital USM

Forum ini dikendalikan oleh moderator yg kita kenali insyaAllah…Dr Hafidzah Mustakim (Ketua Wanita JIM Kelantan). Bagaimana ya nak mulakan? Erm..mungkin saya akan kongsi mendikut apa yang saya dapat dan faham. Mungkin kalau ada tambahan input dari sahabat2 lain yg turut bersama dlm wacana tu, dialu-alukan..

Mungkin kebiasaan kita ingin menjadi wanita soleh namun umumnya, jarang wanita yang mengatakan ingin menjadi wanita musleh. Hm, mungkin ramai wanita2 di luar sana tidak faham atau x pernah tahu agaknyer maksud “wanita musleh” itu sendiri. Jadi, tak wajar jika nak pertikaikan kenapa mereka x mengatakan ingin jadi wanita musleh berbanding soleh. Pokoknya, SOLEH WA MUSLEH itu yg kita impikan. InsyaAllah…sama2 kita ke arah mendidik diri menjadi insan Soleh Wa Musleh! Dr Har beri satu cth situasi di mana seorang ibu yg soleh melihat sekumpulan anak-anak muda melepak dan bila melihat anaknya tak termasuk dalam kumpulan tu, hatinya lega…Alhamdulillah…anak aku tak buang masa melepak. Berbeza dengan ibu yang musleh! Walau anaknya tiada di situ, kebimbangannya sama seperti jika anaknya turut terlibat sama melepak.Bimbang dengan masa depan anak itu walau bukan keluar dr rahimnya sendiri.

Persoalannya, bagaimana kita dapat melahirkan wanita sebegini? Ramai wanita yg menjadi ahli dalam pertubuhan tertentu tapi sejauh mana ahli2 ini menjdi agen penggerak atau agen pengubah yang bukan sahaja mengubah diri bahkan keluarga dan masyarakat? Siapa yg memimpin? Contoh, jawatan setiausaha sering diterajui oleh wanita. Itu bagus tapi setiausaha bukan hanya menulis minit mesyuarat semata tapi yg mampu berkongsi idea utk menggerakkan isi mesyuarat. Bukan sahaja di kertas tapi di lisan dan tindakan. Contoh lain yg diberi, di Pasar Ct Khadijah..sememangnya pasar yg cukup dikenali di seluruh pelusuk Malaysia. Adakah wanita-wanita yg berniaga di situ menjadi agen pengubah? Sejak dulu hingga kini, hampir semua masih setia dan selesa dengan apa yg ada. Sememangnya perlu bersyukur dengan apa yg ada tp tidak bermakna hanya perlu statik dan puas hati dengan status ekonomi yg ‘BOLEH MENAMPUNG’ hidup. Ramai yg takut berubah. Bukan hanya wanita yg berkampung di Pasar Ct Khadijah sahaja..di sebaliknya, ia beri gambaran kepada wanita di Malaysia seluruhnya. Masing2 cepat sangat puas hati dengan standard sendiri.

Islam sendiri menyatakan untuk menaikkan sesuatu empayar, wanita diperlukan. Tiada halangan sebenarnya dalam Islam bagi wanita utk sama2 memberi sumbangan dakwah kepada masyarakat. Banyak pertubuhan badan bukan kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO menjalankan usaha-usaha menjaga hak-hak wanita. Namun, tuntutan hak-hak tiada guna jika tidak mengikut landasan Islam. Apa guna menuntut hak jika sendiri masih belum menunaikan hak orang lain. Ramai wanita yg bijak berkata-kata tapi tak ramai yg bijak mempengaruhi org lain mendengar dan prihatin dengan suaranya. Pesan Dr Har, JANGAN HANYA JADI JUARA KAMPUNG!

Instead of questioning, “what we get fr others” it is better to ask..what we give to others?Indahnye bila masing-masing tak lokek memberi dan tak jemu berkongsi. Hanya perlu sedar…we get what we give. Yakininya, isyaAllah, jiwa tenang dengan memberi.

Mudah-mudahan, setiap halangan yg ada utk melonjakkan aktivisma dalam diri wanita muslim diatasi dengan penuh semangat. Syaratnya, masing-masing mengasaskan tiap apa tindakan dengan aqidah yang mantap. TANAMKAN UNSUR TAQWA UNTUK MENJADI ATOM TERBAIK yg dpt mencetuskan perubahan yg lebih baik, MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!Wallahu’alam…

Wassalam…

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

SESI 1: “Melonjakkan Aktivisma Wanita Dalam Pembangunan Masyarakat”

18 April 2008/ 11 Rabiul Akhir 1429H @ 4.54pm

WACANA WANITA JIM KELANTAN

Alhamdulillah…walaupun semalam kepenatan mengendalikan NURSING GRAND DINNER 2008 selaku exco persembahan, ia tidak menghalang diri ini untuk menghadiri wacana yang TIDAK RUGI didengar dan dihayati pada hari ini (tanggal 18 April 2008/ 11 Rabiulakhir 1429H)…InsyaAllah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang juga sentiasa bersemangat walau dalam kepenatan.

Antara objektif wacana ini ialah:

Mewujudkan platform untuk percambahan minda wanita bagi membincangkan isu2 semasa dlm masyarakat.
Meningkatkan kesedaran tentang peranan yang dimainkan oleh wanita dalam mengisi gerak kerja wanita dalam pembangunan masyarakat.
Menyediakan ruang untuk pertubuhan wanita menjalin hubungan kerjasama dlm menangani isu-isu wanita dalam masyarakat.
Bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, KB, wacana ini dianjurkan oleh Wanita JIM dan sebagai pembukaan majlis, para hadirat diperdengar dengan bacaan kalam suci Al-Quran dari Surah Al-Mujadilah, ayat 1-6 bermaksud:

1. Sungguh, Allah telah mendengar ucapan perempuan yang mengajukan gugatan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah, dan Allah mendengar percakapan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar , Maha Melihat.

2. Orang2 di antara kamu yg menzihar isterinya, (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) isterinya itu bukanlah ibunya. Ibu2 mereka hanyalah perempuan yg melahirkannya. Dan sesungguhnya merekabenar2 telah mengucapkan suatu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun.

3. Dan mereka yg menzihar isterinya, kemudian menarik kembali apa yg telah mereka ucapkan, maka (mereka diwajibkan) memerdekakan seorang budak sblm kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yg diajarkan kpdmu, dan Allah Maha Teliti apa yg kamu kerjakan.

4. Maka barang siapa tidak dapat (memerdekakan hamba sahaya), maka (dia wajib) berpuasa berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Tetapi barangsiapa tidak mampu, maka (wajib) memberi makan 60 org miskin. Demikianlah agar kamu beriman kpd Allah & Rasul-Nya. Itulah hukum2 Allah , dan bagi org2 yg mengingkarinya akan mendapat azab yg sangat pedih.

5. Sesungguhnya orang2 yg menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana kehinaan yg telah didapat oleh orang2 sblm mereka. Dan sungguh, kami telah menurunkan bukti2 yg nyata. Dan bagi org2 yg mengingkarinya akan mendapat azab yg sangat menghinakan.

6. Pada hari itu mereka semuanya dibangkitkan Allah, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yg telah mereka kerjakan. Allah menghitungnya (semua amal perbuatan itu), meskipun mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

Sebab turunnya ayat ini alah berhubungan dgn persoalan seorang perempuan yg bernama KHAULAH BINTI SA’LABAH yg telah dizihar oleh suaminya Aus bin Samit, iaitu dgn mengatakan kpd isterinya, “Kamu bagiku sudah seperti punggung ibuku,” dgn maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya sebagaimana dia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliah kalimat zihar seperti itu sudah sama dengan mentalak isteri. Maka KHAULAH mengadukan halnya itu kpd Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab bahawa dlm hal ini belum ada keputusan Allah. Dan dlm riwayat yg lain Rasulullah mengatakan, “Engkau telah diharamkan menggauli dia.” Lalu KHAULAH berkata, “Suamiku belum menyebut kata2 talak,” kemudian KHAULAH berulang-ulang mendesak kpd Rasulullah agar menetapkan suatu keputusan dalam hal ini, sehingga kemudian turunlah ayat-ayat ini (Al-Quran dan Terjemahan, Pustaka Darul Iman).

Seusai bacaan ayat suci al-Quran, kami dipertontonkan dengan tayangan multimedia tentang latar belakang Wanita JIM dan aktiviti2 yang telah dianjurkan. Selesai sahaja tayangan tersebut, sesi pertama membawa kami semua ke satu isu, “Wanita Dalam Proses Membuat Keputusan” dan sesi ini telah disampaikan dengan penuh bertenaga oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Bt Hj Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat yg lebih dikenali sbg Dr Har. Berdasarkan apa yang disampaikan oleh Dr Har, alhamdulillah, saya dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana pembabitan wanita dalam PRU12 baru2 ini. Menurut beliau, dalam organisasi tertentu, kita memerlukan 30% (berdasarkan teori nuklear) penglibatan wanita agar dalam keputusan yg ingin dibuat, terdapat sentuhan citarasa wanita yang seterusnya mencetuskan keputusan yg lebih memberi impak yg maksima selaras dengan apa yg Islam mahukan. Namun, yg dimaksudkan dengan 30% bukanlah dari aspek bilangan wanita yg perlu ada dlm sesuatu organisasi, tetapi dalam skop yg lebih bermakna, 30% di sini bermaksud 30% pengaruh wanita dalam membuat keputusan. Tiada guna jika kita mencapai separuh atau mungkin lebih peratusan bilangan wanita dalam suatu organisasi jika kuantiti tak selaras dengan kualiti yang perlu ada. Lebih baik seorang wanita yang memiliki 30% pengaruh berbanding 30 wanita yang memiliki 1% pengaruh! Kebanyakan wanita moden kini berkobar-kobar menyuarakan hak-hak yg perlu dipenuhi namun sejauh mana peranan wanita ke arah melahirkan insan yg SOLEH WA MUSLEH? Mungkin dari kaca mata politik, wanita mempunyai peranan umum sebagai pengundi dlm menentukan siapa yg akan diangkat menjadi pemimpin mereka. Namun bagaimana pula dengan penglibatan wanita dalam kepimpinan iaitu dalam berperanan sebagai ketua masyarakat. Kita dapat melihat dari perspektif yg lebih bernas sebagaimana contoh UMMU SALAMAH dlm peristiwa PERJANJIAN HUDAIBIYAH di mana Rasulullah s.a.w. sendiri meminta pendapat UMMU SALAMAH untuk membuat keputusan. Di sini kita dapat lihat bagaimana Rasulullah sendiri tidak menolak pendapat wanita berdasarkan prinsip musyawarah yang dianjurkan dalam Islam. Begitu juga contoh PUTERI BALQIS sebagai ketua/ pemimpin. Berdasarkan Surah An-Naml, ayat 32 bermaksud:

“Dia (Balqis) berkata, “Wahai para pembesar! Berilah aku pertimbangan dalam perkaraku (ini). Aku tidak pernah memutuskan suatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis(ku).”

Ayat ini memberi mesej tentang perlunya SYURA dalam memutuskan sesuatu dan bagaimana Balqis itu sendiri mengamalkan prinsip SYURA. That is THE SPIRIT OF BALQIS that we need to have in ourselve. Menjadi pemimpin wanita yg bukan “syok sendiri” dengan “personal view” sebaliknya mengalu-alukan pendapat dari individu lain.

“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yg lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-permpuan yg saleh, adalh mereka yg taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka)…..” (Surah An-Naml:32)

Ayat ini mungkin dilihat seolah-olah memberi gambaran yg negatif terhadap wanita. Namun makna sebenarnya memberi kelebihan ke atas wanita dalam berperanan sebagai da’i. Bagus jika DILINDUNGI tetapi perlu ingat, TIDAK BAGUS jika “TOO PROTECTIVE”. Apa yg dimaksudkan dengan “lelaki sebagai pelindung bagi perempuan”? Situasi mudah, wanita rasa SELAMAT untuk MENYUARAKAN PENDAPAT, rasa SELAMAT untuk BERPOLITIK, rasa SELAMAT dalam apa keadaan sekalipun…kerana di situ, wanita sedar..ada “GENTLEMAN” yang melindungi mereka. Berbeza dengan situasi di mana…mahu beri pendapat sedikit ditolak bulat-bulat, mahu bertanya soalan, disuruh DIAM, mahu apa punlah…dianggap “BANYAK SONGEH”nya.

Berdasarkan ayat 71 surah A-Taubah bermaksud:

“Dan orang-orang yg beriman , laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yg lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kpd Allah dan Rasul-nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

Melalui ayat inilah kita dapat lihat bagaimana Islam sendiri mengiktiraf penglibatan wanita dalam usaha-usaha amal makruf nahi mungkar. Lelaki memerlukan pendapat wanita dan wanita memerlukan pendapat lelaki. Tidak timbul persoalan siapa yang lebih diperlukan dalam dakwah.

Spektrum dasar perjuangan organisasi wanita Islam sendiri menjelaskan bagaimana perjuangan wanita yang didasarkan mengikut KACA MATA BARAT di mana wanita muslim seolah-olah merupakan golongan tertindas dan ada juga didasari dengan KACA MATA TRADISIONAL yang melihat wanita hanya semata-mata berperanan di ceruk dapur semata. Kedua-dua dasar ini bukanlah spektrum yang patut dicontohi kerana ciri WANITA MUSLEH itu adalah yang di pertengahan. Sederhana dan mampu bekerja walau dengan sesiapa pun menurut landasan yang ditetapkan dalam Islam.

Banyak rasanya input yang memberi semangat pada diri untuk lebih membuka minda tentang sejauh mana peranan wanita dalam menyuarakan pendapat demi kepentingan Islam dan ke arah mendapat REDHA Allah. Dr. Har menutup sesi pertama ini dengan kata-kata yang amat bermakna bukan untuk direnung tanpa tindakan tetapi untuk difikir dengan tindakan…

“NO JUST TO BE SEEN, BUT RATHER TO BE HEARD”…Ta’awun (kerjasama) dalam membentuk GENERASI yang MANTAP, SOLEH WA MUSLEH!

InsyaAllah akan bersambung kepada sessi ke-2. Wassalam….v(^_^)v…

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Aku dan kau…KEJARLAH MUHSININ..(^_^)..

~August 29th, 2007~

"Dan orang-orang yang berjihad untuk
mendapat keredhaan Kami(ALLAH), Kami
tetap menunjukkan kepada mereka jalan-
jalan Kami, dan sesungguhnya Allah
tetap bersama para MUHSININ."

(Al-’Ankabut:69)

Muhsinin : Golongan yang berJIHAD di
JALAN ALLAH untuk sampai dan berhubung
dengan ALLAH.

Allah akan memberi SEPENUH
PERHATIANNYA kepada mereka dari maqam-
Nya yg maha agung dan kerana itu DIA
melmpahkan keREDHAanNYA kepada
mereka…

Allah memandang tinggi kepada JIHAD
mereka dan kerana itu DIA memBERI
HIDAYAH kepada mereka…

Allah mengHARGAI USAHA-USAHA mereka
untuk sampai kepadaNYA dan kerana itu
Allah memBERI BIMBINGAN kepada
mereka…

Allah memandang tinggi kepada
keSABARan dan IHSAN mereka dab kerana
itu Allah membalas mereka dengan
SEBAIK-BAIK BALASAN…(^^,)…

(Tafsir Fi Zilalil Quran, Asy-Syahid
Sayyid Qutb Rahimahullah)

Best kan bila kita termasuk dalam
golongan ni…
So, tunggu ape lagi!

JOM RAMAI-RAMAI JADI INSAN ‘MUHSININ’

(^_^)…Wassalam…

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

KePETAHan ADIK AHMAD RAFIQ

~August 18th, 2007~

Syukur dan puji hanya untuk Allah
s.w.t. Sesungguhnya tidak akan habis
nikmat Allah utk dihitung,

‘Dan jika kamu menghitung nikmat
Allah, nescaya kamu tidak akan mampu
menghitungnya. Sungguh, Allah benar-
benar Maha Pengampun, Maha Penyayang’
(An-Nahl:18)

‘Dan (ingatlah) ketika Musa berkata
kepada kaumnya, "Ingatlah nikmat Allah
atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu
dari pengikut-pengikut fir’aun; mereka
menyiksa kamu dgn seksa yg pedih, dan
menyembelih anak-anakmu yg laki-laki,
dan membiarkan hidup anak-anak
perempuanmu; pada yg demikian itu
suatu cubaan yg besar dr Tuhanmu’.
(Ibrahim:7)

‘Allah tidak akan menyiksamu, jika
kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah
Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui’.
(An-Nisa’:147)

Marilah kita sama-sama mencontohi
Muhammad s.a.w…hidup dengan cinta
akan sunnahnya..

Membaca, menghafaz, pelajari dan
fahami al-Quran,
BACA!BACA! dan BACA!
BAWA!BAWA! dan BAWA!
BACA dan BAWA,
bila-bila masa…
tika duduk BACA Quran, berdiri BAWA
Quran, berjalan BAWA Quran, di tangan
BAWA Quran, di bibir BACA Quran…
TIADA HARI TANPA AL-QURAN..
Surahnya diberi nama..
Dari nama menjadi Cerita..
Ajarannya sarat dan padat..jana masa
depan dunia akhirat..pahala pun dapat.

AL-QURAN kitab suci kita, suci dr
campur tangan manusia,TAK BERUBAH
WALAU MASA BERUBAH…

Nabi s.a.w. bersabda, dr Uthman bin
Affan; "Sebaik-baik kamu adalah yg
belajar AL-QURAN dan mengajarnya"
maksudnya…kalau sudah tahu, dia pula
mengajar supaya org lain tahu.

BACAlah AL-QURAN…ia datang pd hari
Qiamat…Bacalah..dapat pahala walau
tak faham..bertambah pahala bila
dibaca dlm solat..bertambah-tambah
lagi pahala jika dibaca pd akhir malam
dlm solat tahajjud…MasyaAllah…

Bertadabburlah dengan ayat-ayat Al-
Quran, Fahami ertinya, jiwa tenteram
dan pastinya bahagia…
Para malaikat terbangkan sayap-sayap
kasih sayang..

Di hari Qiamat…
Al-Quran datang menghibur,
Al-Quran datang memberi naungan,
Al-Quran datang bawa kemudahan..

Rugi!Rugi…sekali,
buku lain dibaca, tapi al-quran tak
dibaca.
Hari-hari dengar muzik tapi al-quran
tak dibaca..
Sibuk berceramah, tapi tak baca Al-
quran..
Sibuk berpolitik, al-quran tak dibaca..
Pandai ilmu akademik, AlQuran tak
baca..
Pandai menyanyi tapi tak baca Quran..

RUGI! Tak tahu baca Quran
Tak nak baca Quran..Na’uzubillah..
RUGI!SANGAT>>>>RUGI!

Biarlah kita..di rumah baca Quran,
Di masjid baca Quran
Di kedai baca Quran
Naik kereta baca Quran
Naik bas baca Quran
Naik kapal terbang baca Quran
Di mana-mana,bila-bila…dengan Al-
Quran…

Alhamdulillah…tercapai jugak hasrat
saya nak sampaikan semula apa yg telah
disampaikan oleh adik Ahmad Rafiq pada
hari Jumaat lepas (10 ogos
07)…Sungguh mengkagumkan saya..adik
sekecil ini berkobar-kobar mengajak
insan lain supaya cintakan al-
Quran…sedangkan ada di luar
sana…musuh-musuh Islam yg ingin
menghancurkan Islam…

Lihat saja berita yang ‘latest’
Ketua Parti Pembangkang aka ahli
parlimen di belanda dengan sewenang-
wenangnya melontarkan ideanya dalam
satu surat yg disiarkan di salah
sebuah akhbar di sana (De Volksrant)
bertarikh 10.08.07 mendesak Al-Quran
dilarang di belanda…Namanya Geert
Wilders yg beragama Roman Katolik..
Tanpa rasa bersalah dan takut dia
menghina al-Quran sehingga disamakan
dengan buku ‘Mein Kampf’ Adolph
Hitler,buku yg mengandungi ideologi
pemimpin Nazi tersebut…
Semua sedia maklum…Al-Quran tak
langsung mengajar umat Islam utk
bertindak ganas…dengan sesuka hati
dan jantungnya…Wilders menuduh Al-
Quran sbg kitab yg mengajar
keganasan…tak patut sungguh!
Tapi bila kita fikir kembali…
Apa punca dia berkata begitu…
Ya..sememangnya salah di juga tanpa
usul periksa pandai-pandai menghina al-
quran sebegitu…tapi bila kita
fikirkan apa yg salah pada kita???
saya dapat satu jawapan…
Adakah kita cukup mencerminkan THE
REAL ISLAM bagi nonmuslim??
Siapa mahu dipersalahkan bila kita
sendiri sebagai umat Islam tak amal
Islam secara total…
Ehm..so difficult.(^^,).

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Takziah buat...

~August 10th, 2007~

"5 BERANAK TERPERANGKAP DITEMUI
RENTUNG" Oleh Mohd Roji Abdullah
(JUMAAT,10.08.07) Satu pagi…kira-
kira 3.30pg..bertempat di rumah papan
di Lorong Othman Mohd Salleh, Kg.
Tengah, Kluang, Johor…dan
semestinya di Bumi Allah
s.w.t..sebuah keluarga bertarung
nyawa menyelamatkan diri dr api yg
semakin lama semakin membara…
Mungkin…tika itu… kita lena
diulit mimpi… lena beralaskan tilam
empuk… diselubungi selimut lembut..
mungkin setebal 1 inci @ 2 @ 3 @
lebih dr itu… Mungkin juga tika
itu…. Ada hamba yg tidak sedar
dirinya hamba… Merempit sana-
sini… Gah dengan motor yg kononnya
menjadi maruah diri… Hinggakan
tergadai maruah yang lain…
atau…. Terkinja-kinja di disko…
Bertemankan….(faham-faham je la…)
Lalai dgn budaya hedonisme… Lelaki
dan perempuan… Sama jer… Dan
mungkin juga… Ada insan yg
sendirian bersama Khaliqnya…
Bertaubat dek dosa-dosa seharian…
Bertahajjud di 1/3 malam….
Menyucikan diri… Walau di mana
kita berada… Walau apa yg kita
lakukan… Tika itu…ajal 5 insan
sudah tiba Malaikat izrail sedia
mencabut nyawa 5 hamba Allah…
Kasmuri Jasman, 49, Supiah Abdul
Karim, 41, Hishamuddin, 13,
Izwanuddin, 9, Nurul Macella, 8,
Innalillahiwainnailahiroji’un…
(DaripadaNya kita datang…KepadaNya
kita kembali…) Maka, tinggallah…
Norfarhana, 15, dan 3 lagi beradik
yg berjihad menuntut ilmu… Faizah,
20 (UPM) Salahuddin, 19 (UiTHO)
Juliana, 18, (KMPP) Mari kita renung
dan fikirkan hikmah di sebalik berita
yg menyedihkan ini… Bila ajal kita??
dah tentu kita tak tahu… Bila tak
tahu…bersediakah kita untuk
mati????…(hati terhenti cari
jawapan pasti…bersediakah aku?)
Bila sudah bersedia…yakin ke dapat
masuk syurga???… dan terus-teruskan
berfikir… di mana posisi kita…
Buat yg pergi…mari kita sama-sama
berdoa agar roh arwah-arwah dirahmati
Allah…terus…ditempatkan dalam
golongan org beriman…InsyaAllah…
Buat yg ditinggalkan… Redha dengan
pemergian yg tersayang… Iringi
dengan doa yg tak putus-putus..
Sesungguhnya, doa anak-anak memberi
saham kepada orang tua yg telah
pergi…Pergi Tak Kembali… Pelihara
akhlak…Hiasi peribadi dengan
hasanah…insyaAllah ibubapa disana
bangga dengan kita…. "Mungkin
kelak, ada insan yg tinggalkan
kita…mungkin… ibubapa, adik-
beradik… suami isteri anak saudara
mara atuk nenek kawan atau sesiapa
saja… dan,,,mungkin ada yg sedih
ditinggalkan kucing yang comel…
(siapa itu????) But…just
remember… ALLAH will always be with
u if YOU always try to get close to
HIM… ALLAH LOVES YOU….(^^,)…
Wassalam…

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Radha’ a.k.a Penyusuan

~August 8th, 2007~

MAKIN RAMAI WANITA AMERIKA MENYUSU BAYI
(BERITA HARIAN, RABU, 08.08.07)

((((Peratusan wanita AS yg menyusukan
bayi mereka mencecah rekod paling
tinggi (74%) di tengah-tengah
pertambahan bukti ia memberi banyak
faedah kesihatan kepada anak.Pakar
Epidemiologi Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit (CDC),Dr Celeste
Philip berkata, Kami agak
berjaya,(mengenai penyusuan
bayi).Akademi Pediatrik Amerika
mencadangkan wanita yang tidak
mempunyai masalah kesihatan menyusukan
bayi mereka secara eksklusif selama
sekurang-kurangnya enam bulan pertama,
dengan penyusuan berterusan sekurang-
kurangnya sepanjang tahun pertama
hayat bayi mereka ketika
memperkenalkan makanan lain.CDC
mengenal pasti penyusuan bayi
dikaitkan dengan pengurangan risiko
banyak penyakit, termasuk jangkitan
telinga, jangkitan laluan pernafasan,
sindrom kematian bayi tiba-tiba,
obesiti, ekzema dan cirit-birit. Ia
juga memberi faedah kepada wanita,
termasuk risiko rendah bentuk diabetes
paling biasa, barah ovari dan barah
payu dara.))))

Ini adalah berita terkini yg
menunjukkan wanita Amerika berlumba-
lumba mengamalkan penyusuan bayi
apabila mengetahui khasiat susu ibu
itu sendiri.

Jom kita hayati maksud ayat berikut:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-
anaknya selama 2 TAHUN PENUH, yaitu
bagi yg ingin menyempurnakan
penyusuan…..”(Al-Baqarah; 233)

dan..

“Dan Kami perintahkan kepada manusia
(berbuat baik) kepada dua orang ibu
bapanya; ibunya telah megandungnya
dalam keadaan lemah yang bertambah-
tambah, dan MENCERAIKAN (DARI SUSUAN)
DALAM DUA TAHUN. Bersyukurlah kepada
Ku dan kepada dua orang ibu bapamu,
hanya kepadaKu lah tempat kembalimu.”
(Surah Luqman; 14)

Ehm…apa lagi nak disangkal kebenaran
Al-Quran..sudah terang lagi
bersuluh..dengan penemuan para
pengkaji tentang khasiat susu ibu yg
sememangnya anugerah Allah
s.w.t.,bayangkanlah…
Allah telah memberikan kita satu
maklumat penting yg baru ditemui oleh
sains pada masa kini yg sebenarnya
telah pun diungkapkan di dalam Al-
Qur’an 14 abad dahulu.Subhanallah…

Hanya Allah yg tahu apa yg baik utk
hambanya..kita selalu pertikaikan apa
yg tertulis dlm Quran yg bertentangan
dengan kaca mata “nafsu” kita hingga
kita lupa Allah sayangkan kita.Sebab
itu dia wahyukan Al-Quran melalui nabi
Muhammad untuk disampaikan kepada
umatnya.

Mungkin kita sedar atau buat-buat tak
sedar akan hakikat kebenaran Al-Quran.
Kita sering menjadikan bahan bacaan
lain sebagai “the most favourite book”
hingga kita terlepas pandang “hadiah
agung” yg dianugerahkan Allah kpd kita.

So….jom ramai-ramai kita damping
diri kita dengan Al-Quran “coz”…

Kerana Al-Quran memandu hidup kita
agar tak “accident” dan…

Kerana Al-Quran, ada insan yg yg
dianugerahkan “nobel” dan lagi…

Kerana Al-Quran, jiwa-jiwa akan rasa
tenang-setenang tenangnya…ada lagi..

Dengan asbab Al-Quran..manusia akan
selamat dunia akhirat..

And the most important thing we should
remember…

Kerana Al-Quran lah…kita tahu yang…

ALLAH CINTA dan SAYANG…AKU, KAMU dan
DIA(^^,)……..Syoknya bila diri
dicinta PENCIPTA…kan???

(Berhati-hati dengan kebatilan,
Berpesan-pesan pada kebenaran)

Wallahu’alam….(^^,)….

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

SIJIL: “Takder Maknenyer…”


~August 2nd, 2007~

Awal kalam...bismillah...^_^

Pelajar sering kali “obsess” terhadap sijil..tidak kira sama ada sijil hasil penglibatan berpersatuan atau peperiksaan. Jarang sekali kita buat sesuatu dengan sukarela tanpa harap sebarang pengiktirafan.(Ikhlaskah kita?)



“SIJIL DIBELI WARGA SAUDI MENERUSI INTERNET”(Berita Harian,03,08.07)

Menurut laporan media Arab Saudi, Muhammad Al-Duaijan, yang baru-baru ini mendapat ijazah dari Universiti Imam Muhammad ibn Saud di Riyadh menghubungi seorang penduduk negara itu menerusi internet, yang menawarkan membantunya mendapat sarjana dalam masa 10 hari.Kos membelinya tidak lebih 10,000 riyal (RM9,248).

Jadi, apa maknanya sijil yg kita peroleh sedangkan ada yang boleh mendapatkannya hanya dengan wang. Seolah-olah macam kita beli barang di kedai.

Ramai orang kata sijil penting untuk masa depan. Nak dapat kerja mesti tunjukkan sijil.Kononnya sijil penentu kebolehan dan kewibawaan kita.

Ramai “student” kata, sijil penting untuk dapatkan bilik ’single’(hehe…cam tau jerk saper).Dapat bilik single la best.bebas nak buat apa pun..

Namun….berapa ramai yang perasan…

Ramai yang manganggur walaupun ada sijil
Ramai yang leka dengan nikmat duniawi kerana sijil
Ramai yang lalai dalam ibadah dalam usaha mendapatkan sijil dunia
Ramai yang tak tenang walau ada sijil setinggi bukit atau mungkin gunung.

Yakinkah kita, dengan menunjukkan sijil yg bertimbun, dah tentu masa depan kita??

Hakikatnya…

Tiada guna usaha mendapatkan sijil kalau tiada usaha yg IKHLAS.
Tiada guna dapat sijil dunia kalau gagal dapat SIJIL AKHIRAT.
Tiada guna dapat sijil kalau usaha tidak BERKAT.

Sesungguhnya…hanya Allah yg dapat tahu keIKHLASan kita untuk dapatkan SIJIL AKHIRAT yang BERKAT.

Wallahu’alam…(^^,)

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Satu Pagi Di Medan Ilmu…

~April 20th, 2007~

AsSalamualaikum semua…

Ehm…tanggal 20 april 2007 (jumaat), buat julung-julung kalinya aku tlah di’jemput’ ke ‘medan ilmu’…nape agaknyer aku ke sana ya??gini kisah bermula..sebelum ni…aku ada jugak la lalu kat situ tp tak la duduk tengah2 jalan…wo…bkn senang tau nak duk tgh jalan tue…silap ari bulan bleh arwah lak…hehe…sebenornye..aku telah diajak oleh sorang shbtku yg prihatin untuk mendengar amanat dr tuan guru nik aziz..ini bukan sebarangan amanat tau…ia mengajak kita TAKUTKAN ALLAH..RAJA segala raja tak kesahla raja kapoor ke raja ema ke or rajawali..

Tepat kul 8.15am dgn shbt yg ajak aku tu terpacak kat tepi jln menunggu bas "skmk" utk ke sana..setelah pusing kiri,pusing kanan tapi tak pusing roundabout tau(cos tak der roundabout)..kitorang g bersama sorang akak senior and d geng.sampai jer kat medan ilmu tu maka berjalan la kitorang utk cari tempat duduk…dengan segala hormatnyer…polis yg jaga lalu lintas kat situ alihkan sign board "No Entry"..Wah…aku pun tertanyer-tanye dlm ati yg kecik ni..nape polis tu alih sign board tu ke tepi siap lambai2 ke arah aku lagi tu…rupa2nyer….jeng(infiniti x)TUAN GURU nak lalu la….alamak terperasan jap aku ni.dia lambai suruh ke tepi la..aku dgn segala malunyer berundur la ke tepi nak kasi keta tu lalu…ye la…tak kan nak tahan bagi keta tu tak leh lalu lak kan…first time nengok MB klate face-to-face.depan mata wooo…

So,after tuan guru dok kat tempatnyer…aku n d geng pun duduk la atas jalan tu beralaskan surat khabar n betul2 blkang keta MB.

Bismillah….majlis ilmu pun bermula…tanpa sbrg protokol yg ntah aper2…Tuan Guru pun mulakan majlis dgn introductionnyer…nak tau beliau bahasakan diri sendiri aper?biasanyer oghe klate ni bhasakan diri dengan ambo a.k.a "hamba"…gitulah jugak tuan guru…bila pikir2 balik, baguih gak oghe klate ni..sentiasa mengaku diri hamba.Ye la kan, dlm dunia skang yg dah tak ada hamba sahaya lagi ni…sometime tue kita ni bleh lupa or yg teruk lagi buat2 lupa yg kita ni sebenarnya just hamba ALLAH even kita digelar dgn macam2 glrn duniawi(dato’,datin,tan sri,datin seri etc)..tapi yg mendukacitakan ialah ramai yang jadi hamba dunia…

Point seterusnya yg aku dpt ialah Allah tue panggil kita dgn pelbagai cara.Kalau DIA nak panggil semua manusia,dia akan kata "ya aiyuhannas.."(wahai manusia!).Meaningnya kat sini tak kirala orang tu mukmin ke atau nonmuslim…semuanya dia panggil.so, peringatan tu utk semua manusia yang hidup di muka bumi ni.Kalau bhs simplenya skang "korang, kau orang ,kamu orang etc)kalau Dia nak panggil orang mukmin dia akan kata,"Ya Aiyuhalmukminin.."(hai orang mukmin)..maksudnya fokus untuk org yg beriman kepadaNya.

Apa korang akan rasa kalau diberitakan esok adalah hari kiamat.Gerun tak?(Kalau yg tak de perasaan gerun tu better muhasabah balik diri tu…takut hati kita terlampau gelap dan tercemar)..Gitulah Allah ingatkan kita tentang hari akhirat.Ingatlah kita akan hari esok aka hari akhirat.Tujuannya supaya kita be aware dan siap siagakan diri kita nak hadapinya.Sama ada amal soleh yg akan selamatkan kita or dosa menggunung..Oraang yg beriman adalah yang beriman dgn hari kiamat.Percayalah dengan salah satu janji ALLAH ini…

Antara isi nasihat tuan guru yg lain ialah…tentang ROH…ada apa dgn roh???tuan guru bagi analogi beras…semmangnya…sumer tau yg beras tue akan jadi nasi utk dimakan..n nasi lak kalau kita tau ada macam2 jenis…klu klate ni ada nasi dagang..nasi kerabu..nasi impit n jgn tak tau…dari beras tue pun bleh tukar jadi kuih ‘akok’…

Berbalik dgn citer roh tadi…roh tue mengandungi nafsu n nafsu tue ada macam2 jenis…yg sempat aku tangkap tadi ada nafsu yang baik n ada nafsu jahat..rupa-rupanya time kita tido’ tu roh kita ‘dipegang’ ALLAH n kita berjaya sedarkan diri balik pun atas kehendak Allah…Itu pasal ada some people ni kalau tido tue tak ingat dunia..kena gigit nyamuk pun boleh sedap berdengkur…bile dikejutkan plak..bleh buat dono lak…rerupanya..dia tgh mati rupanya….may be sebab ni la terbitnya kata "tidur mati".

Kita semua sedia maklum bhw Nabi yang patut kita patuhi ialah Nabi Muhammad SAW..dialah yg wajib kita taati sampailah hari akhirat nanti.Ada some people tu beriman hanya kpd nabi isa..Islam sendiri menyeru kita percaya akan 25 rasul yg diutuskan tapi kita kena la jugak tau yg setiap rasul selain Rasulullah SAW ada had waktunya.Even kalau mereka masih wujud ketika nabi Muhammad pun still kena ikut risalah yg dibawa Nabi Muhammad SAW.Just remind ourselves that the last prophet is Muhammad bin Abdullah,nobody else…So bohong yg teramat sgt la kalau ada insan jahil yg mengaku diri tu nabi..na’uzubillah.mintak dijauhkan.

Allah tu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Kalau kita nak mula baca Al-Fatihah contohnya kita akan mulakan dgn "BismillahirRahmanirRahim"(Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Dan Maha Penyayang".Pengasih tu adalah bermaksud Allah tu pengasih terhadap setiap makhluknya tanpa ambil kira agama apa yg dianuti…muslim or not…semuanya Allah kasih.Buktinya…semua dapat sedut udara ni free of charge(kalau kena bayar seposen or satu rupiah sekalipun tak taula nak bayangkan camner),lagi,semua dapat rezeki ikut usaha masing2..jadi jgnlah kita pertikaikan nape nonmuslim pun diberi kesenangan n kemewahan.Then, Allah Maha Penyayang..haaa,,,ini tak semua yg akan dapat.Pada hari akhirat nanti aka "Yaumiddin", hanya yang terpilih jer akan disayangi Allah tidak bagi yg kafir,yang munafik or seangkatan dgnnyer…di mana la agaknya kita berada ye?adakah dalam golongan org beriman or yg dilaknati Allah(Na’uzubillah).

Amat mengejutkan…nak tau tak ada sorang pendidik di salah sbuah sekolah di kelantan ni mengadu pd Tuan Guru Nik Aziz yg dalam satu kelas tu…just sorang pelajar je yg pandai melafazkan dua kalimah syahadah…yg lain tu out…bila disuruh mengucap boleh pulak dia bertakbir "ALLAHUAKBAR!".Di sini peranan ibubapa,guru-guru dan menteri besar sekalipun amat penting!Oklah mari kita same2 check diri memasing adakah selama ni kita mengucap dgn betul or bila org suruh mengucap pegi habiskan pulak bacaan Al-Fatihah..itupun kalau gheti baca Fatihah.Kalau yang tak tau mende satu lagi masalah besar timbul…itu baru kat klate yg boleh la nak kata baguih kalau bab agama ni..

Camner la kalau kita tengok dlm ruang lingkup yg lebih luas lagi..mahu dpt hypertension kita.tu pun kalau kita ni jenis yg sensitif la.

Next..,tujuan kita akhirnya akan kembali kpd MAHARAJA yakni Allah SWT.Sama ada kita berpangkat tinggi di dunia belum tentu diakhirat kelak taraf kita juga akan diangkat..kita plak akan dimasukkan sama ada di Neraka yg merupakan ibu segala seksaan dan derita or Syurga yg penuh dengan kenikmatan.Semoga kita semua akan jadi ahli syurga kelak..InsyAllah…The Most Important Thing Now Is ITTAKULLAH (TAKUTKAN ALLAH YG MENJADIKAN APA SHJ DGN KEHENDAKNYA)…Wokeh!Adios,Wassalam…See YA;)

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Cabaran Dalam Membentuk Peribadi Muslim

~April 14th, 2007~

AsSalamualaikum…

Khamis lalu ada skit pengisian ngan kak lin.tajuknya..’cabaran dlm membentuk peribadi muslim’.wah…kalu dengar tajuknyer pun dah bleh agak banyaknye tanggungjawab kita atas dunia fana ni..yela..kekadang tu org hanya sibuk nak membentuk org lain hingga lupa pd diri sendiri.kain org lain koyak nampak tapi sendiri yg x pakai kain tak nampak lak…lebih teruk lagi klu sengaja buat-buat x nampak..ishishish..ape nak jadi kan??

Antara cabaran untk bentuk peribadi muslin yg dh diberi oleh kak lin adalah spt berikut…(wah..cam nak jawab soklan exam lak)

1. Cabaran drpd mukmin yg dengki padanya.

2. Cabaran dr munafik yg benci pdnya.

3. Cabaran drpd kafir yg memeranginya.

4. Cabaran drpd syaitan yg menyesatkannya.

5. Cabaran nafsu yg ingin mengalakanny..

Sama-samala kita muhasabah diri n hadapi cabaran2 ni dengan mengikut panduan al-quran n sunnah..insyaALLAH kita akan terselamat..amin.

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan org2 yg beriman, yg mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kpd Allah, RasulNya dan org2 yg beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yg pasti menang"-Al-Maidah:55-56-

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.