Jumaat, 29 Mei 2009

7 Formula Ibu Bapa Cemerlang

Isnin, 7 Julai 08/ 4 Rejab 1429H @ 11.15pm

Alhamdulillah, pada 5 Julai 2008 bersamaan 2 Rejab 1429H, beberapa orang wakil K-budu dan BAKAL ahli K-budu, insyaallah..(^^,) terpilih utk menghadirkan diri ke salah satu taman drpd taman-taman syurga. Alhamdulillah..Penceramah yang juga berperanan sebagai ahli motivator yang cukup dikenali, Dr Danial Zainal Abidin berjaya mengupas 7 Formula Ibu Bapa Cemerlang dengan cukup jelas. Walaupun pada mulanya ada yg berbisik..”Eh, tajuk ni cam x kena je ngan kita…”v(^_^)v…namun, sangkaan itu “kurenggg” tepat..^^..walau diri belum bergelar ibu bapa, insyaAllah…kelak akan menerima gelaran tu, jadi, inilah antara persediaannya, dan paling tidak pun…sekurang-kurangnya, dapatlah kita sebagai anak-anak membantu ibu bapa kita utk bergelar ibubapa yg cemerlang... lagi pula, matlamat kita bukan semata-mata nak jadi “ibubapa” hanya pada nama, tapi “IBU BAPA” yang SOLEH WA MUSLEH gitu..ye la..nak jadi ibu “or” bapa…ayam pun boleh jadi…ibu ayam…bapa ayam..ye tak?

Alhamdulillah…nama pun majlis ilmu, tak lengkap rasanya kalau kita x dengarkan “suwarulminalQuran” bermula ayat 12-19 drpd surah Luqman. Ayat2 ini ialah ayat2 yg membuktikan kecintaan Luqman terhadap anak-anak yg bakal ditinggalkannya. Ayat2 inilah yg menjadi tunjang kepada formula2 utk menjadi ibu bapa cemerlang.

Dr Danial memulakan ceramah beliau dengan menanyakan kami, bila berlakunya qiamat??”of course”, mestilah jawapan “standard”nya…”SAYA TIDAK TAHU”…(^^,)..tapi perlu diingat, Allah telah menyediakan tanda-tanda qiamat, kecil dan besar supaya kita sentiasa beringat akan tarikh yg cukup misteri..bukan setakat di nusantara…tapi misteri satu dunia…lihat saja tanda-tanda kecil qiamat, zina? – biasa…, gempa bumi? – biasa….siap sempat kasi nama lagi tu! Menurut Dr Danial, kini, sekarang, “NOW”!!, kita berada di ERA DAJJAL…dahulunya, dajjal pernah bertanya tentang tasik tibbiriyah…tasik yg terletak bersebelahan dengan pekan tibbiriyah…Soalnya..”bila tasik ni nak kering?”..kerana masa tu lah mala’un2 ni (dajjal) nak tunjuk belang. Dan drpd pembacaan Dr Danial dalam berita online, Israel telah menjawab soalan dajjal tu..”HUJUNG TAHUN 2008, TASIK TIBBIRIYAH AKAN KERING!!”..believe it or not…just prepare ourselves. Tidaklah kita ni Syok Sendiri dengan amalan yg x seberapa ni. API disangka AIR, AIR disangka API, simbolik kepada perubahan nilai yg berlaku di ERA DAJJAL. Yang disangka BAIK sebenarnya BURUK, yang disangka BURUK itulah yg hakikatnya BAIK. Dajjal ni akan bawa “roti dan air”..ha..jangan pula salah faham..nanti ada yg sesuka hati je tuduh org yg ada roti n air tu D****L...makna kata.. KAYA lah…

Semua sedia maklum..Allah kan SAYANG…BANGAT sama hamba-hambanya..so, melalui Rasulullah, ada penawarnya. Sabda Nabi drpd Riwayat Muslim, amalkan 10 ayat yang awal dan 10 ayat yang akhir drpd surah Al-Kahfi, insyaAllah…diri ini, walaupun yang buta mata or buta hururf, dapat menyelamatkan diri drpd Fitnah Dajjal..ini tak pula bermakna tinggalkan ayat-ayat antara 10 terawal dan terakhir ye…nak “tulus’ pun bertempat la..ayat2 di antaranya pun BACAlah..tapi lebih tekankan or fokuskan 10 terawal & terakhir. BACA bukan seperti yg dimaksudkan oleh orang melayu kita..tapi, “BACA” mengikut tafsiran sahabat2 terdahulu..BACA ayat2nya, KAJI maknanya, HAYATI hikmahnya dan lebih bagus, mengAMALkannya. InsyaAllah..we make effort to save our aqidah!
Hmmm…itu MUQADDIMAHnyer…hehe..kalau nak diikutkan, panjang lagi tu, bak kata Dr Danial, pembuka tu mesti la panjang utk memahamkan hadirin hadirat yg datang..so, isinya nanti lebih mudah difahami..v(^_^)v..insyaAllah..

Ada 7 Formula ibu bapa cemerlang. Pertama: MENGUASAI ILMU DAN HIKMAT. Hikmat di sini maknanya ilmu agama (ilmu AL-QURAN). Sekarang ni..belambak anak2 di sekolah berebut-rebut dapatkan A dlm ilmu akademiknya, tapi tak berapa nak ghairah merebut ilmu Al-Quran. Khatam Al-Quran berkali-kali tapi hanya khatam mengaji tapi bukan mengamalkannya.

KEDUA: MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA. ALLAH melihat dan menilai amal kita walau sekecil-kecil amal. So, pentingnya ada iman dan taqwa dlm diri anak-anak. Ibu bapa tidak perlu membayar gaji bodyguard utk guide tindak-tanduk anak2. Cukuplah memberi pendidikan Al-Quran buat mereka, insyaAllah, walau ceruk mana pun berada, mereka tetap tahu ada yang MEMERHATI. Biarpun tahu ibu bapa tidak melihat, tapi sedar PENCIPTA ibu bapa sentiasa MELIHAT!

KETIGA: MEMELIHARA IBADAH.”Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar”(Al-Ankabut:45). Ibubapa wajar mendidik anak agar menegakkan solat. Biar akademiknya A + SOLATnya 5A, A bagi kelima-lima waktu yang ada..

KEEMPAT: MEMELIHARA AKHLAK. Perasan atau tidak..Dr Danial kata, remaja Chinese and Indian lebih menghormati org tua berbanding remaja Melayu yg beragama Islam. Malunya…walau aqidah diorng x betul, tahu juga amalkan nilai Islam, umat Islam sendiri, sebaliknya. Lebih membanggakan tudung yg menutup aurat dan janggut yg kononnya sunnah, tapi akhlak “FAILED”!

KELIMA: BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN. Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dgn kesabaran, kelapangan bersama-sama dgn kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan..sabda nabi diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Ibu bapa perlu sabar dalam mendidik anak2. Mungkin sukar mendidik anak-anak dlm era dajjal ni, tapi, insyaAllah..berkat usaha dengan sabar, insyaAllah, akhir nanti ada hasil yg dpt dibanggakan.

KEENAM: MEMBINA KEMAHIRAN.What are the PRIOROTIES??Ibu bapa perlu bijak mendidik anak-anak untuk menguruskan apa yg lebih utama. Ramai ibu bapa era ini tersalah menentukan prioriti. Anak-anak lebih dihidangkan dengan nilai2 duniawi sehingga lupa dengan apa yg lebih penting. Nilai Al-Quran ditinggalkan, nilai barat diagung-agungkan.

LAST BUT NOT LEAST…PEKA DAN BERPERANAN. Ibu bapa perlu didik anak utk sentiasa mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar.Kalau nak ajak kawan2 keluar..ke mana tujunya? Nak pergi majlis? Majlis yang bagaimana?...majlis ilmukah or majlis yg melalaikan?..jawapannya..depends on sejauh mana anak2 peka dengan nilai Al-Quran.
Alhamdulillah..itulah dia 7 Formula yg insyaAllah dpt beri manfaat kepada kita semua. Sebelum Dr Danial menutup sesi ceramah, beliau meninggalkan kami, ibu bapa dan bakal ibu bapa beberapa tips mendidik anak2. Singkatan mudahnya, “K.H.A.T.T”. K=Kawan, siapa kawan anak2 kita?, H=Hero/Heroin, siapa idola anak2?, A=Agama, pupuk nilai agama dalam diri anak2, T=Tauladan, tunjukkan tauladan yg baik and for the last T=Teknologi, bagaimana teknologi perlu dimanfaatkan..

Seusai shj sesi ceramah, soalan dibuka utk semua, dan antara soalan yg dikemukakan…Apa persediaan utk menjadi ibu bapa yg cemerlang?..bagi yg belum berumah tangga..ini langkah2nya..1st, persiapkan diri sebelum menggalas tanggungjawab memimpin keluarga. Ilmu agama perlu sentiasa ditingkatkan, dimantapkan, dan menghayatinya. 2nd, pilih pasangan sebagaimana yg dianjurkan oleh Pencipta kita..lelaki pilih wanita kerana 4 faktor tp sebaiknya pilihlah yg faham agama, insyaAllah..bahagia dan berkat rumahtangga yg dibina. Wanita pula, janganlah pula ditolak jk ada lelaki yang molek agamanya dan akhlaknya dtg meminang..takut2 timbulnya fitnah..

Soalan seterusnya tentang bila masa yg sesuai utk beri pendidikan seks kpd anak2.?..menurut kamus dewan, pendidikan seks ialah ilmu nerkaitan jantina. Kita sering tersalah faham, kononnya, pendidikan seks ni sesuatu yang “lucah” tp hakikatnya, dr perspektif Islam sendiri, pendidikan seks ini memang patut diberi kpd anak-anak. Mereka perlu diajar menjadi lelaki dan wanita sebagaimana Islam tetapkan, bagaimana mandi wajib yg betul, apa beza air mani dan air mazi? Darah haid tu yg bagaimana? Nifas..istihadah..dan banyak lagi ilmu seks perlu dididik dalam diri anak2 agar mereka tidak tersilap langkah dan tidak melampau dlm pergaulan lelaki dan wanita. Anak lelaki perlu dididik utk menghormati wanita dan bukan memandang wanita sebagai objek seks. Anak perempuan pula perlu dididik menjadi wanita muslimah yg sebenar-benarnya..bersyukur dengan hak yang ada, bukan memberontak utk “sama” seperti lelaki.

Agak-agak dan rasanya, cukup setakat ini sahaja perkongsian ilmu buat kali ni. Harapnya, semua dapat manfaat. Bagi 9 wakil K-budu, semoga kita dijemput lagi oleh Allah ke majlis seumpama ini.. dan 6 orang adik2 yang baru seminggu di dunia kampus, selamat berdakwah, semoga kalian sedia mengerah tenaga dan berkorban masa demi dakwah Islam. Juga tidak lupa, buat sahabat2 lain yg disayangi, semoga kita dapat bersama-sam utk next program. InsyaAllah…Terima kasih juga buat Dr, Dasmawati, Dr. Mar dan Dr. Hafidzah kerana sudi mengangkut anak2 muda ni ke Pustaka Az-Zahrah. Setinggi mana harga minyak naik, tinggi lagi usaha kalian berdakwah…v(^_^)v..SEE YA! Wassalam..

Salam Ukhuwah
JK TPSM K-BUDU ^^,

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Tiada ulasan: