Jumaat, 29 Mei 2009

Sesi 2: Forum: Halatuju Aktivisma Wanita dlm Pembangunan Masyarakat

20 April 2008 / 13 Rabiul Akhir 1429H @ 2.07a.m.

Alhamdulillah…diberi kekuatan utk terus menulis. Selesai sahaja sesi 1 (Pembabitan Wanita dlm Proses Pembuatan Keputusan), kami berehat sebentar dan terus dgn sesi ke-2, sesi forum bersama 3 ahli panel yg hebat-hebat belaka, yg terdiri drpd:

1. YB Senator Pn Hjh Mumtaz Bt Hj Md Nawi (Ahli Dewan Negara)

2. Prof Madya Dr Harlina Halizah Bt Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat)

3. Prof Madya Siti Hawa Bt Ali (Penyelaras One Stop Crisis Centre (OSCC) Hospital USM

Forum ini dikendalikan oleh moderator yg kita kenali insyaAllah…Dr Hafidzah Mustakim (Ketua Wanita JIM Kelantan). Bagaimana ya nak mulakan? Erm..mungkin saya akan kongsi mendikut apa yang saya dapat dan faham. Mungkin kalau ada tambahan input dari sahabat2 lain yg turut bersama dlm wacana tu, dialu-alukan..

Mungkin kebiasaan kita ingin menjadi wanita soleh namun umumnya, jarang wanita yang mengatakan ingin menjadi wanita musleh. Hm, mungkin ramai wanita2 di luar sana tidak faham atau x pernah tahu agaknyer maksud “wanita musleh” itu sendiri. Jadi, tak wajar jika nak pertikaikan kenapa mereka x mengatakan ingin jadi wanita musleh berbanding soleh. Pokoknya, SOLEH WA MUSLEH itu yg kita impikan. InsyaAllah…sama2 kita ke arah mendidik diri menjadi insan Soleh Wa Musleh! Dr Har beri satu cth situasi di mana seorang ibu yg soleh melihat sekumpulan anak-anak muda melepak dan bila melihat anaknya tak termasuk dalam kumpulan tu, hatinya lega…Alhamdulillah…anak aku tak buang masa melepak. Berbeza dengan ibu yang musleh! Walau anaknya tiada di situ, kebimbangannya sama seperti jika anaknya turut terlibat sama melepak.Bimbang dengan masa depan anak itu walau bukan keluar dr rahimnya sendiri.

Persoalannya, bagaimana kita dapat melahirkan wanita sebegini? Ramai wanita yg menjadi ahli dalam pertubuhan tertentu tapi sejauh mana ahli2 ini menjdi agen penggerak atau agen pengubah yang bukan sahaja mengubah diri bahkan keluarga dan masyarakat? Siapa yg memimpin? Contoh, jawatan setiausaha sering diterajui oleh wanita. Itu bagus tapi setiausaha bukan hanya menulis minit mesyuarat semata tapi yg mampu berkongsi idea utk menggerakkan isi mesyuarat. Bukan sahaja di kertas tapi di lisan dan tindakan. Contoh lain yg diberi, di Pasar Ct Khadijah..sememangnya pasar yg cukup dikenali di seluruh pelusuk Malaysia. Adakah wanita-wanita yg berniaga di situ menjadi agen pengubah? Sejak dulu hingga kini, hampir semua masih setia dan selesa dengan apa yg ada. Sememangnya perlu bersyukur dengan apa yg ada tp tidak bermakna hanya perlu statik dan puas hati dengan status ekonomi yg ‘BOLEH MENAMPUNG’ hidup. Ramai yg takut berubah. Bukan hanya wanita yg berkampung di Pasar Ct Khadijah sahaja..di sebaliknya, ia beri gambaran kepada wanita di Malaysia seluruhnya. Masing2 cepat sangat puas hati dengan standard sendiri.

Islam sendiri menyatakan untuk menaikkan sesuatu empayar, wanita diperlukan. Tiada halangan sebenarnya dalam Islam bagi wanita utk sama2 memberi sumbangan dakwah kepada masyarakat. Banyak pertubuhan badan bukan kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO menjalankan usaha-usaha menjaga hak-hak wanita. Namun, tuntutan hak-hak tiada guna jika tidak mengikut landasan Islam. Apa guna menuntut hak jika sendiri masih belum menunaikan hak orang lain. Ramai wanita yg bijak berkata-kata tapi tak ramai yg bijak mempengaruhi org lain mendengar dan prihatin dengan suaranya. Pesan Dr Har, JANGAN HANYA JADI JUARA KAMPUNG!

Instead of questioning, “what we get fr others” it is better to ask..what we give to others?Indahnye bila masing-masing tak lokek memberi dan tak jemu berkongsi. Hanya perlu sedar…we get what we give. Yakininya, isyaAllah, jiwa tenang dengan memberi.

Mudah-mudahan, setiap halangan yg ada utk melonjakkan aktivisma dalam diri wanita muslim diatasi dengan penuh semangat. Syaratnya, masing-masing mengasaskan tiap apa tindakan dengan aqidah yang mantap. TANAMKAN UNSUR TAQWA UNTUK MENJADI ATOM TERBAIK yg dpt mencetuskan perubahan yg lebih baik, MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!Wallahu’alam…

Wassalam…

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Tiada ulasan: