Jumaat, 29 Mei 2009

Radha’ a.k.a Penyusuan

~August 8th, 2007~

MAKIN RAMAI WANITA AMERIKA MENYUSU BAYI
(BERITA HARIAN, RABU, 08.08.07)

((((Peratusan wanita AS yg menyusukan
bayi mereka mencecah rekod paling
tinggi (74%) di tengah-tengah
pertambahan bukti ia memberi banyak
faedah kesihatan kepada anak.Pakar
Epidemiologi Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit (CDC),Dr Celeste
Philip berkata, Kami agak
berjaya,(mengenai penyusuan
bayi).Akademi Pediatrik Amerika
mencadangkan wanita yang tidak
mempunyai masalah kesihatan menyusukan
bayi mereka secara eksklusif selama
sekurang-kurangnya enam bulan pertama,
dengan penyusuan berterusan sekurang-
kurangnya sepanjang tahun pertama
hayat bayi mereka ketika
memperkenalkan makanan lain.CDC
mengenal pasti penyusuan bayi
dikaitkan dengan pengurangan risiko
banyak penyakit, termasuk jangkitan
telinga, jangkitan laluan pernafasan,
sindrom kematian bayi tiba-tiba,
obesiti, ekzema dan cirit-birit. Ia
juga memberi faedah kepada wanita,
termasuk risiko rendah bentuk diabetes
paling biasa, barah ovari dan barah
payu dara.))))

Ini adalah berita terkini yg
menunjukkan wanita Amerika berlumba-
lumba mengamalkan penyusuan bayi
apabila mengetahui khasiat susu ibu
itu sendiri.

Jom kita hayati maksud ayat berikut:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-
anaknya selama 2 TAHUN PENUH, yaitu
bagi yg ingin menyempurnakan
penyusuan…..”(Al-Baqarah; 233)

dan..

“Dan Kami perintahkan kepada manusia
(berbuat baik) kepada dua orang ibu
bapanya; ibunya telah megandungnya
dalam keadaan lemah yang bertambah-
tambah, dan MENCERAIKAN (DARI SUSUAN)
DALAM DUA TAHUN. Bersyukurlah kepada
Ku dan kepada dua orang ibu bapamu,
hanya kepadaKu lah tempat kembalimu.”
(Surah Luqman; 14)

Ehm…apa lagi nak disangkal kebenaran
Al-Quran..sudah terang lagi
bersuluh..dengan penemuan para
pengkaji tentang khasiat susu ibu yg
sememangnya anugerah Allah
s.w.t.,bayangkanlah…
Allah telah memberikan kita satu
maklumat penting yg baru ditemui oleh
sains pada masa kini yg sebenarnya
telah pun diungkapkan di dalam Al-
Qur’an 14 abad dahulu.Subhanallah…

Hanya Allah yg tahu apa yg baik utk
hambanya..kita selalu pertikaikan apa
yg tertulis dlm Quran yg bertentangan
dengan kaca mata “nafsu” kita hingga
kita lupa Allah sayangkan kita.Sebab
itu dia wahyukan Al-Quran melalui nabi
Muhammad untuk disampaikan kepada
umatnya.

Mungkin kita sedar atau buat-buat tak
sedar akan hakikat kebenaran Al-Quran.
Kita sering menjadikan bahan bacaan
lain sebagai “the most favourite book”
hingga kita terlepas pandang “hadiah
agung” yg dianugerahkan Allah kpd kita.

So….jom ramai-ramai kita damping
diri kita dengan Al-Quran “coz”…

Kerana Al-Quran memandu hidup kita
agar tak “accident” dan…

Kerana Al-Quran, ada insan yg yg
dianugerahkan “nobel” dan lagi…

Kerana Al-Quran, jiwa-jiwa akan rasa
tenang-setenang tenangnya…ada lagi..

Dengan asbab Al-Quran..manusia akan
selamat dunia akhirat..

And the most important thing we should
remember…

Kerana Al-Quran lah…kita tahu yang…

ALLAH CINTA dan SAYANG…AKU, KAMU dan
DIA(^^,)……..Syoknya bila diri
dicinta PENCIPTA…kan???

(Berhati-hati dengan kebatilan,
Berpesan-pesan pada kebenaran)

Wallahu’alam….(^^,)….

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Tiada ulasan: