Jumaat, 29 Mei 2009

KePETAHan ADIK AHMAD RAFIQ

~August 18th, 2007~

Syukur dan puji hanya untuk Allah
s.w.t. Sesungguhnya tidak akan habis
nikmat Allah utk dihitung,

‘Dan jika kamu menghitung nikmat
Allah, nescaya kamu tidak akan mampu
menghitungnya. Sungguh, Allah benar-
benar Maha Pengampun, Maha Penyayang’
(An-Nahl:18)

‘Dan (ingatlah) ketika Musa berkata
kepada kaumnya, "Ingatlah nikmat Allah
atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu
dari pengikut-pengikut fir’aun; mereka
menyiksa kamu dgn seksa yg pedih, dan
menyembelih anak-anakmu yg laki-laki,
dan membiarkan hidup anak-anak
perempuanmu; pada yg demikian itu
suatu cubaan yg besar dr Tuhanmu’.
(Ibrahim:7)

‘Allah tidak akan menyiksamu, jika
kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah
Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui’.
(An-Nisa’:147)

Marilah kita sama-sama mencontohi
Muhammad s.a.w…hidup dengan cinta
akan sunnahnya..

Membaca, menghafaz, pelajari dan
fahami al-Quran,
BACA!BACA! dan BACA!
BAWA!BAWA! dan BAWA!
BACA dan BAWA,
bila-bila masa…
tika duduk BACA Quran, berdiri BAWA
Quran, berjalan BAWA Quran, di tangan
BAWA Quran, di bibir BACA Quran…
TIADA HARI TANPA AL-QURAN..
Surahnya diberi nama..
Dari nama menjadi Cerita..
Ajarannya sarat dan padat..jana masa
depan dunia akhirat..pahala pun dapat.

AL-QURAN kitab suci kita, suci dr
campur tangan manusia,TAK BERUBAH
WALAU MASA BERUBAH…

Nabi s.a.w. bersabda, dr Uthman bin
Affan; "Sebaik-baik kamu adalah yg
belajar AL-QURAN dan mengajarnya"
maksudnya…kalau sudah tahu, dia pula
mengajar supaya org lain tahu.

BACAlah AL-QURAN…ia datang pd hari
Qiamat…Bacalah..dapat pahala walau
tak faham..bertambah pahala bila
dibaca dlm solat..bertambah-tambah
lagi pahala jika dibaca pd akhir malam
dlm solat tahajjud…MasyaAllah…

Bertadabburlah dengan ayat-ayat Al-
Quran, Fahami ertinya, jiwa tenteram
dan pastinya bahagia…
Para malaikat terbangkan sayap-sayap
kasih sayang..

Di hari Qiamat…
Al-Quran datang menghibur,
Al-Quran datang memberi naungan,
Al-Quran datang bawa kemudahan..

Rugi!Rugi…sekali,
buku lain dibaca, tapi al-quran tak
dibaca.
Hari-hari dengar muzik tapi al-quran
tak dibaca..
Sibuk berceramah, tapi tak baca Al-
quran..
Sibuk berpolitik, al-quran tak dibaca..
Pandai ilmu akademik, AlQuran tak
baca..
Pandai menyanyi tapi tak baca Quran..

RUGI! Tak tahu baca Quran
Tak nak baca Quran..Na’uzubillah..
RUGI!SANGAT>>>>RUGI!

Biarlah kita..di rumah baca Quran,
Di masjid baca Quran
Di kedai baca Quran
Naik kereta baca Quran
Naik bas baca Quran
Naik kapal terbang baca Quran
Di mana-mana,bila-bila…dengan Al-
Quran…

Alhamdulillah…tercapai jugak hasrat
saya nak sampaikan semula apa yg telah
disampaikan oleh adik Ahmad Rafiq pada
hari Jumaat lepas (10 ogos
07)…Sungguh mengkagumkan saya..adik
sekecil ini berkobar-kobar mengajak
insan lain supaya cintakan al-
Quran…sedangkan ada di luar
sana…musuh-musuh Islam yg ingin
menghancurkan Islam…

Lihat saja berita yang ‘latest’
Ketua Parti Pembangkang aka ahli
parlimen di belanda dengan sewenang-
wenangnya melontarkan ideanya dalam
satu surat yg disiarkan di salah
sebuah akhbar di sana (De Volksrant)
bertarikh 10.08.07 mendesak Al-Quran
dilarang di belanda…Namanya Geert
Wilders yg beragama Roman Katolik..
Tanpa rasa bersalah dan takut dia
menghina al-Quran sehingga disamakan
dengan buku ‘Mein Kampf’ Adolph
Hitler,buku yg mengandungi ideologi
pemimpin Nazi tersebut…
Semua sedia maklum…Al-Quran tak
langsung mengajar umat Islam utk
bertindak ganas…dengan sesuka hati
dan jantungnya…Wilders menuduh Al-
Quran sbg kitab yg mengajar
keganasan…tak patut sungguh!
Tapi bila kita fikir kembali…
Apa punca dia berkata begitu…
Ya..sememangnya salah di juga tanpa
usul periksa pandai-pandai menghina al-
quran sebegitu…tapi bila kita
fikirkan apa yg salah pada kita???
saya dapat satu jawapan…
Adakah kita cukup mencerminkan THE
REAL ISLAM bagi nonmuslim??
Siapa mahu dipersalahkan bila kita
sendiri sebagai umat Islam tak amal
Islam secara total…
Ehm..so difficult.(^^,).

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Tiada ulasan: