Jumaat, 29 Mei 2009

SIJIL: “Takder Maknenyer…”


~August 2nd, 2007~

Awal kalam...bismillah...^_^

Pelajar sering kali “obsess” terhadap sijil..tidak kira sama ada sijil hasil penglibatan berpersatuan atau peperiksaan. Jarang sekali kita buat sesuatu dengan sukarela tanpa harap sebarang pengiktirafan.(Ikhlaskah kita?)



“SIJIL DIBELI WARGA SAUDI MENERUSI INTERNET”(Berita Harian,03,08.07)

Menurut laporan media Arab Saudi, Muhammad Al-Duaijan, yang baru-baru ini mendapat ijazah dari Universiti Imam Muhammad ibn Saud di Riyadh menghubungi seorang penduduk negara itu menerusi internet, yang menawarkan membantunya mendapat sarjana dalam masa 10 hari.Kos membelinya tidak lebih 10,000 riyal (RM9,248).

Jadi, apa maknanya sijil yg kita peroleh sedangkan ada yang boleh mendapatkannya hanya dengan wang. Seolah-olah macam kita beli barang di kedai.

Ramai orang kata sijil penting untuk masa depan. Nak dapat kerja mesti tunjukkan sijil.Kononnya sijil penentu kebolehan dan kewibawaan kita.

Ramai “student” kata, sijil penting untuk dapatkan bilik ’single’(hehe…cam tau jerk saper).Dapat bilik single la best.bebas nak buat apa pun..

Namun….berapa ramai yang perasan…

Ramai yang manganggur walaupun ada sijil
Ramai yang leka dengan nikmat duniawi kerana sijil
Ramai yang lalai dalam ibadah dalam usaha mendapatkan sijil dunia
Ramai yang tak tenang walau ada sijil setinggi bukit atau mungkin gunung.

Yakinkah kita, dengan menunjukkan sijil yg bertimbun, dah tentu masa depan kita??

Hakikatnya…

Tiada guna usaha mendapatkan sijil kalau tiada usaha yg IKHLAS.
Tiada guna dapat sijil dunia kalau gagal dapat SIJIL AKHIRAT.
Tiada guna dapat sijil kalau usaha tidak BERKAT.

Sesungguhnya…hanya Allah yg dapat tahu keIKHLASan kita untuk dapatkan SIJIL AKHIRAT yang BERKAT.

Wallahu’alam…(^^,)

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Tiada ulasan: