Jumaat, 29 Mei 2009

SESI 1: “Melonjakkan Aktivisma Wanita Dalam Pembangunan Masyarakat”

18 April 2008/ 11 Rabiul Akhir 1429H @ 4.54pm

WACANA WANITA JIM KELANTAN

Alhamdulillah…walaupun semalam kepenatan mengendalikan NURSING GRAND DINNER 2008 selaku exco persembahan, ia tidak menghalang diri ini untuk menghadiri wacana yang TIDAK RUGI didengar dan dihayati pada hari ini (tanggal 18 April 2008/ 11 Rabiulakhir 1429H)…InsyaAllah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang juga sentiasa bersemangat walau dalam kepenatan.

Antara objektif wacana ini ialah:

Mewujudkan platform untuk percambahan minda wanita bagi membincangkan isu2 semasa dlm masyarakat.
Meningkatkan kesedaran tentang peranan yang dimainkan oleh wanita dalam mengisi gerak kerja wanita dalam pembangunan masyarakat.
Menyediakan ruang untuk pertubuhan wanita menjalin hubungan kerjasama dlm menangani isu-isu wanita dalam masyarakat.
Bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, KB, wacana ini dianjurkan oleh Wanita JIM dan sebagai pembukaan majlis, para hadirat diperdengar dengan bacaan kalam suci Al-Quran dari Surah Al-Mujadilah, ayat 1-6 bermaksud:

1. Sungguh, Allah telah mendengar ucapan perempuan yang mengajukan gugatan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah, dan Allah mendengar percakapan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar , Maha Melihat.

2. Orang2 di antara kamu yg menzihar isterinya, (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) isterinya itu bukanlah ibunya. Ibu2 mereka hanyalah perempuan yg melahirkannya. Dan sesungguhnya merekabenar2 telah mengucapkan suatu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun.

3. Dan mereka yg menzihar isterinya, kemudian menarik kembali apa yg telah mereka ucapkan, maka (mereka diwajibkan) memerdekakan seorang budak sblm kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yg diajarkan kpdmu, dan Allah Maha Teliti apa yg kamu kerjakan.

4. Maka barang siapa tidak dapat (memerdekakan hamba sahaya), maka (dia wajib) berpuasa berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Tetapi barangsiapa tidak mampu, maka (wajib) memberi makan 60 org miskin. Demikianlah agar kamu beriman kpd Allah & Rasul-Nya. Itulah hukum2 Allah , dan bagi org2 yg mengingkarinya akan mendapat azab yg sangat pedih.

5. Sesungguhnya orang2 yg menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana kehinaan yg telah didapat oleh orang2 sblm mereka. Dan sungguh, kami telah menurunkan bukti2 yg nyata. Dan bagi org2 yg mengingkarinya akan mendapat azab yg sangat menghinakan.

6. Pada hari itu mereka semuanya dibangkitkan Allah, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yg telah mereka kerjakan. Allah menghitungnya (semua amal perbuatan itu), meskipun mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

Sebab turunnya ayat ini alah berhubungan dgn persoalan seorang perempuan yg bernama KHAULAH BINTI SA’LABAH yg telah dizihar oleh suaminya Aus bin Samit, iaitu dgn mengatakan kpd isterinya, “Kamu bagiku sudah seperti punggung ibuku,” dgn maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya sebagaimana dia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliah kalimat zihar seperti itu sudah sama dengan mentalak isteri. Maka KHAULAH mengadukan halnya itu kpd Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab bahawa dlm hal ini belum ada keputusan Allah. Dan dlm riwayat yg lain Rasulullah mengatakan, “Engkau telah diharamkan menggauli dia.” Lalu KHAULAH berkata, “Suamiku belum menyebut kata2 talak,” kemudian KHAULAH berulang-ulang mendesak kpd Rasulullah agar menetapkan suatu keputusan dalam hal ini, sehingga kemudian turunlah ayat-ayat ini (Al-Quran dan Terjemahan, Pustaka Darul Iman).

Seusai bacaan ayat suci al-Quran, kami dipertontonkan dengan tayangan multimedia tentang latar belakang Wanita JIM dan aktiviti2 yang telah dianjurkan. Selesai sahaja tayangan tersebut, sesi pertama membawa kami semua ke satu isu, “Wanita Dalam Proses Membuat Keputusan” dan sesi ini telah disampaikan dengan penuh bertenaga oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Bt Hj Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat yg lebih dikenali sbg Dr Har. Berdasarkan apa yang disampaikan oleh Dr Har, alhamdulillah, saya dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana pembabitan wanita dalam PRU12 baru2 ini. Menurut beliau, dalam organisasi tertentu, kita memerlukan 30% (berdasarkan teori nuklear) penglibatan wanita agar dalam keputusan yg ingin dibuat, terdapat sentuhan citarasa wanita yang seterusnya mencetuskan keputusan yg lebih memberi impak yg maksima selaras dengan apa yg Islam mahukan. Namun, yg dimaksudkan dengan 30% bukanlah dari aspek bilangan wanita yg perlu ada dlm sesuatu organisasi, tetapi dalam skop yg lebih bermakna, 30% di sini bermaksud 30% pengaruh wanita dalam membuat keputusan. Tiada guna jika kita mencapai separuh atau mungkin lebih peratusan bilangan wanita dalam suatu organisasi jika kuantiti tak selaras dengan kualiti yang perlu ada. Lebih baik seorang wanita yang memiliki 30% pengaruh berbanding 30 wanita yang memiliki 1% pengaruh! Kebanyakan wanita moden kini berkobar-kobar menyuarakan hak-hak yg perlu dipenuhi namun sejauh mana peranan wanita ke arah melahirkan insan yg SOLEH WA MUSLEH? Mungkin dari kaca mata politik, wanita mempunyai peranan umum sebagai pengundi dlm menentukan siapa yg akan diangkat menjadi pemimpin mereka. Namun bagaimana pula dengan penglibatan wanita dalam kepimpinan iaitu dalam berperanan sebagai ketua masyarakat. Kita dapat melihat dari perspektif yg lebih bernas sebagaimana contoh UMMU SALAMAH dlm peristiwa PERJANJIAN HUDAIBIYAH di mana Rasulullah s.a.w. sendiri meminta pendapat UMMU SALAMAH untuk membuat keputusan. Di sini kita dapat lihat bagaimana Rasulullah sendiri tidak menolak pendapat wanita berdasarkan prinsip musyawarah yang dianjurkan dalam Islam. Begitu juga contoh PUTERI BALQIS sebagai ketua/ pemimpin. Berdasarkan Surah An-Naml, ayat 32 bermaksud:

“Dia (Balqis) berkata, “Wahai para pembesar! Berilah aku pertimbangan dalam perkaraku (ini). Aku tidak pernah memutuskan suatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis(ku).”

Ayat ini memberi mesej tentang perlunya SYURA dalam memutuskan sesuatu dan bagaimana Balqis itu sendiri mengamalkan prinsip SYURA. That is THE SPIRIT OF BALQIS that we need to have in ourselve. Menjadi pemimpin wanita yg bukan “syok sendiri” dengan “personal view” sebaliknya mengalu-alukan pendapat dari individu lain.

“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yg lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-permpuan yg saleh, adalh mereka yg taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka)…..” (Surah An-Naml:32)

Ayat ini mungkin dilihat seolah-olah memberi gambaran yg negatif terhadap wanita. Namun makna sebenarnya memberi kelebihan ke atas wanita dalam berperanan sebagai da’i. Bagus jika DILINDUNGI tetapi perlu ingat, TIDAK BAGUS jika “TOO PROTECTIVE”. Apa yg dimaksudkan dengan “lelaki sebagai pelindung bagi perempuan”? Situasi mudah, wanita rasa SELAMAT untuk MENYUARAKAN PENDAPAT, rasa SELAMAT untuk BERPOLITIK, rasa SELAMAT dalam apa keadaan sekalipun…kerana di situ, wanita sedar..ada “GENTLEMAN” yang melindungi mereka. Berbeza dengan situasi di mana…mahu beri pendapat sedikit ditolak bulat-bulat, mahu bertanya soalan, disuruh DIAM, mahu apa punlah…dianggap “BANYAK SONGEH”nya.

Berdasarkan ayat 71 surah A-Taubah bermaksud:

“Dan orang-orang yg beriman , laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yg lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kpd Allah dan Rasul-nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

Melalui ayat inilah kita dapat lihat bagaimana Islam sendiri mengiktiraf penglibatan wanita dalam usaha-usaha amal makruf nahi mungkar. Lelaki memerlukan pendapat wanita dan wanita memerlukan pendapat lelaki. Tidak timbul persoalan siapa yang lebih diperlukan dalam dakwah.

Spektrum dasar perjuangan organisasi wanita Islam sendiri menjelaskan bagaimana perjuangan wanita yang didasarkan mengikut KACA MATA BARAT di mana wanita muslim seolah-olah merupakan golongan tertindas dan ada juga didasari dengan KACA MATA TRADISIONAL yang melihat wanita hanya semata-mata berperanan di ceruk dapur semata. Kedua-dua dasar ini bukanlah spektrum yang patut dicontohi kerana ciri WANITA MUSLEH itu adalah yang di pertengahan. Sederhana dan mampu bekerja walau dengan sesiapa pun menurut landasan yang ditetapkan dalam Islam.

Banyak rasanya input yang memberi semangat pada diri untuk lebih membuka minda tentang sejauh mana peranan wanita dalam menyuarakan pendapat demi kepentingan Islam dan ke arah mendapat REDHA Allah. Dr. Har menutup sesi pertama ini dengan kata-kata yang amat bermakna bukan untuk direnung tanpa tindakan tetapi untuk difikir dengan tindakan…

“NO JUST TO BE SEEN, BUT RATHER TO BE HEARD”…Ta’awun (kerjasama) dalam membentuk GENERASI yang MANTAP, SOLEH WA MUSLEH!

InsyaAllah akan bersambung kepada sessi ke-2. Wassalam….v(^_^)v…

.:Open our HEART, REFRESH our NIYYAH:.

Tiada ulasan: