Memaparkan catatan dengan label vs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vs. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2009

Hamba Allah vs Hamba Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Kuliah Subuh @ Masjid Jamek Gerik
By Ustaz Khairul Basri b. Osman


Alhamdulillah..Allah beri kita Deen, Islam yang benar..juga, Dialah yang buatkan kita mampu untuk melaksanakan ibadah dengan izin-Nya. Hari ini, hari ke-16 Ramadhan, separuh Ramadhan telah meninggalkan kita.

Ralat. Cukupkah kuantiti dan kualiti solat? Cukupkah ibadat sepanjang Ramadhan yang telah lalu? Apakah amal-amal kita sudah cukup mengikut kehendak Allah? Inilah antara soal-soal hati orang mukmin yang bagus taqwanya..bimbang dengan kadar ikhlas tiap amal soleh yang telah dilakukan. Adakah layak untuk mendapat redha-Nya atau sebaliknya?

Oh..tidak sangka ya..14 hari lagi kita nak raya.
Koleksi lagu2 raya mula kedengaran di corong2 radio.
Bila lagu raya sudah kedengaran...tandanya Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya.

Wah! Bagai tak sabar2 nak "SAY BUBBYE" kat Ramadhan..tersangat berbeza dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Agak-agak..cukupkah "bateri" (iman) yang kita cas pada Ramadhan ini? "Power supply"nya bagaimana? Adakah sekadar cukup hanya untuk bulan Ramadhan saja atau kuasanya mampu tampung diri kita pada 11 bulan yang selebihnya? Sebab itulah perlu dicas "bateri" ini sebanyak-banyaknya. Moga-moga dengan kekuatan iman yang terpelihara buatkan kita istiqamah dengan ibadah dalam penantian Ramadhan akan datang yang belum tentu lagi buat diri kita.

Pada malam terakhir Ramadhan, langit, bumi dan malaikat menangis kerana musibah yang menimpa umat Muhammad s.a.w.

Sahabat bertanya, "Musibah apa, ya Rasulullah?"

"KEPERGIAN RAMADHAN"
***********************************************************

Soal kembali...adakah kita ini HAMBA ALLAH atau HAMBA RAMADHAN?

Bagaimana yang dikata HAMBA RAMADHAN? Bila kita pelihara amal hanya pada Ramadhan tetapi tidak pada bulan2 yang lain.

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)


Bila ditanya..bagaimana Ramadhan kali ni? Jawapan..."bolehlah....". Maksudnya? adakah jawapan kita itu tertuju kepada untung berniaga di bazaar Ramadhan atau untung beribadat di sepanjang Ramadhan? Untung niaga...untung juga..tapi untung beribadat jangan sesekali dilupakan.

Fasa ke-2: Maghfirah Allah

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." (3.Ali Imran-133)

Istimewanya Ramadhan kerana diwajibkan berpuasa. Ketuklah pintu Syurga dengan berlapar. Berlapar itu mujahadah melawan nafsu. Sabda Nabi s.a.w...

”Perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada berlapar dan dahaga”

Bagaimana mahu diibaratkan Ramadhan ini?

Ibarat sabun yang mencuci kotoran baju. Jika kotorannya kecil...bersihkan begitu saja pun tidak mengapa. Tapi jika kotorannya bermacam-macam jenis...sangat perlu bantuan sabun. Sehinggakan...jika kotorannya lebih dahsyat...ditambah lagi dengan "clorox". Jika kotorannya masih ada bagaimana? alamatnya...belilah baju yang baru..

Kita hamba yang naif ini sangat banyak dosanya. Jadi, bagaimana mahu dibersihkannya? lipatgandakan ibadah! Lipatgandakan amal! Untuk neutralkan kordial air yang pekat, tuanglah sebanyak air yang boleh agar kembali nampak jernihnya.

Allah swt sentiasa terbuka dalam menerima taubat hamba-hambaNya. Oleh itu, jangan gusar kerana kesempatan masih ada. Capailah tahap iman setinggi-tingginya. Iman itu amat berharga.

**************************************************
Abah: Nak....abah dah nak meninggal dah ni...nah! amikla IMAN abah ni...tak de ape dah abah nak wasiatkan.
Anak: Mekacih bah..susah2 jer..tak payah la che' susah pegi masjid ke hape ke..

Si pembeli: Pak cik, IMAN ade? Nak beli bleh?
Si penjual: ????

Si A: Eh, iman dah kurang nie..mesti kena "top up" nih.

Amboi amboi....semudah itukah nak dapatkan iman? IMAN TAK BOLEH DIWARISI! IMAN TAK BOLEH DIBELI! dan IMAN TAK PATUT DITUNGGU KURANGNYA UNTUK DI "TOP UP"2!

IMAN ITU WAJARNYA...DIPELIHARA SEBAIK MUNGKIN!

Menyedihkan...di saat-saat umat Islam berbondong2 ke masjid dan surau untuk bertarawih..masih ada kebanyakan remaja yang melepak..bermaksiat di ambang merdeka..31 Ogos 2009. Apa dah jadi dengan generasi yang akan mewarisi bumi Allah ini???!! Sama2 fikir dan bertindak!
........................................................................

Malam ini: 17 Ramadhan 1430H....Selamat menghayati Nuzul Qur'an..

[Maka TIDAKKAH MEREKA MENGHAYATI AL-QUR'AN, ataukah HATI MEREKA SUDAH TERKUNCI?] 47. Muhammad:24

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Ahad, 5 Julai 2009

:KONGSI I :16:28 vs 16:32

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..ingin dikongsi bersama sahabat2 pengisian kuliah Maghrib-'Isyak @ Masjid Jamek Gerik oleh Ustaz Fadhil (maaf jika tersalah ejanya..^_^), pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik, Perak.

Jalan menuju syurga atau neraka adalah atas pilihan kita sendiri. Hidup ini perlu memilih. Sama ada kepada kebaikan atau sebaliknya.

Kita hidup di dunia ini punya hubungannya dengan manusia (HablumMinannas) juga dengan Yang Mencipta manusia..Allah s.w.t (HablumMinallah). Jika tidak terlaksana 2 hubungan ini, hinalah diri di mata Allah! Na'uzubillah...

HablumMinannas itu berkait dengan urusan dalam jamaah. Maksudnya dalam beberapa hal, syari'at Islam tidak dapat terlaksana sekiranya hanya sesetengah individu sahaja yang faham dan mahu tegakkan apa yang diperintah Allah. Contohnya, amalan riba dalam sistem kewangan yang amat berleluasa kini.

HablumMinallah pula adalah melibatkan urusan individu. "Direct link" kepada Allah s.w.t. Syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Itulah 5 rukun yang menghubungkan seorang manusia kepada Khaliqnya...dengan menjadi seorang muslim yang mengaku Allah itu Tuhan Yang Esa. Setiap yang mengaku diri muslim itu wajib bersyahadah. Hanya Allah yang selayaknya menentukan mana syahadah yang asli dan palsu.

Di dunia, manusia boleh jadi tergolong dalam hamba2 yang beriman dan tidak beriman. Beriman bagi sesiapa sahaja yang patuh dengan Quran dan Sunnah sementara golongan tidak beriman pula ialah sesiapa yang bertuhankan nafsu, munafiq, fasikh, zalim, kafir dan "yang kafir". Apa bezanya kafir dan "yg kafir"? Katanya ustaz..."yang kafir" itu ertinya individu yang bersyahadah tapi perangainya bak kafir laknatullah. Bagi golongan ini..Allah tawarkan taubat sebelum 16:28,

"(iaitu) ORANG YANG DICABUT NYAWANYA oleh PARA MALAIKAT dalam keadaan (berbuat) ZALIM kepada DIRI SENDIRI, lalu mereka MENYERAH DIRI (sambil berkata), "Kami tidak pernah mengerjakan sesuatu kejahatan pun." (Malaikat menjawab), "Pernah!Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN." [16.An-Nahl:28]


Golongan ini pemimpinnya syaitan.

"..Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan2 itu PEMIMPIN bagi ORANG2 YG TIDAK BERIMAN." [7. Al-'Araf:27]

Moga Allah jauhkan kita dari syaitan yang tak putus2 menggoda dan menyesatkan. Mudah-mudahan juga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang beriman..amin.

"(iaitu) orang yang ketika diwafatkan oleh para MALAIKAT dalam keadaan BAIK, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka), "Salamun'alaikum, masuklah ke dalam SYURGA kerana APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN."[16.An-Nahl:32]

[39.Az-Zumar]

:53:Katakanlah, "Wahai hamba2-Ku YANG MELAMPAUI BATAS terhadap diri mereka sendiri! JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah MENGAMPUNI DOSA2 semuanya. Sungguh, Dialah YANG MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG".

Hari-hari hidup kita ini penuh dengan karat maksiat sama ada sedar atau tidak. Semaklah kembali diri..jadilah orang yang hati-hati dengan keimanan diri, bukan hanya asyik menuding jari pada yang lain. Sibuk menegur yang lain hingga diri sendiri terpinggir. Na'uzubillah...Sungguh.Allah itu mengampunkan dan Maha Kasihankan hamba-hambaNya. Subhanallah..

:54: Dan KEMBALILAH kamu KEPADA TUHANMU, dan BERSERAH DIRIlah kepadaNYA sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Bertaubatlah!Serahkan diri ini "bulat2" hanya buat Allah yang berhak. Sesiapa dalam kekafiran...bertaubatlah dengan kembali kepada Islam. Bagi muslim pula..bertaubatlah dengan meninggalkan nafsu yang membelenggu diri.

:55:agar jangan ada orang yang mengatakan "ALANGKAH BESAR PENYESALANKU atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)"

INGAT!Jangan kelak menyesal...16:28 vs 16:32.."pilihlah sendiri"!

Peranan diri..pastikan setiap dari kita jaga iman. Jika ada tercacat terkurang..saling bertegur. Berbai'ah (janji setia) kerana Allah. Di sinilah letaknya kepentingan berbai'ah dalam jama'ah. Ustaz menjelaskan..sistem bai'ah ini penting kerana dalam sistem ni..kita dapat tegur "direct" hatta jika seseorang muslim itu tak hadir solat jemaah subuh sekalipun! Walaubagaimanapun, jika didapati jama'ahnya tidak betul..nasihat itu perlu...kalau tak makan saman, HIJRAHlah kepada yang benar hanya kerana Allah..bukan kerana "frust", dunia, wanita dan sebagainya.

"Dan barangsiapa berHIJRAH di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini TEMPAT HIJRAH YANG LUAS dan (rezeki) YANG BANYAK. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud BERHIJRAH kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian KEMATIAN menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".[4.An-Nisa':100]

Tentunya kita pernah diceritakan dengan kisah Ka'ab ibn Malik. Beliau juga berbai'ah namun disebabkan kekhilafannya kerana tidak keluar berjihad (perang), dipulaukan oleh Rasulullah s.a.w. Setelah itu..dia sedar dan bertaubat dengan sesungguhnya..akhirnya Allah terima taubatNya. Alangkah girangnya hati Ka'ab menerima berita penerimaan taubatnya oleh Allah s.w.t dari mulut Rasulullah s.a.w. Kegirangannya sehingga menyebabkan beliau menyedekahkan segala harta miliknya. Itulah tanda kepuasan Ka'ab tatkala taubatnya diterima. Kita bagaimana pula ya?hm...
Bagaimana mahu berhijrah? TAUBAT adalah satu dari syaratnya. Ditanya pula..bagaimana mahu bertaubat dengan ikhlas? Alhamdulillah..Allah sediakan jawapannya...

"Dan Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk DITAATI dengan izin Allah. Dan sungguh, sekiranya mereka setelah menzalimi dirinya datang kepadamu (Muhammad), lalu MEMOHON AMPUNAN KEPADA ALLAH, dan Rasul pun memohonkan ampunan untuk mereka, nescaya mereka mendapati ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT, MAHA PENYAYANG".[4.An-Nisa':64]

Terang2 Allah "declare", Muhammad s.a.w diutus agar dita'ati...jangan sesiapapun menyakitinya. "Sakiti" di sini bukan bermaksud sepak, tendang atau terajang. Maknanya bukan sekadar fiziknya tetapi bila mana kita belakangi apa yang Rasulullah s.a.w suruh kita buat. Ketika itulah kita telah menyakiti Baginda. Point yang ingin disampaikan di sini ialah..jika mahu bertaubat..ikut apa yang Rasulullah s.a.w perintahkan...berhakim dengan syari'at yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan selainnya. Jika salah kita kepada Allah..minta ampun dari-Nya. Jika salah pada manusia, segera mengaku salah diri dan minta maaf darinya.

Sebenarnya kita selalu saja tersalah pandangan mata hati bila meletakkan kehendak nafsu mengatasi yang lain. Gila perempuan..gila kuasa..gila sihir..yang pada akhirnya, kita sebenarnya menganiayai diri sendiri.

[63.Al-Munafiqun]

:5:Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah (beriman), agar Rasulullah memohonkan ampunan bagimu," mereka MEMBUANG MUKA dan engkau lihat mereka berpaling dengan MENYOMBONGKAN DIRI.

Sangat berat bagi manusia untuk mengakui dosanya lalu bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Dalam ayat ini, dijelaskan..golongan munafiq itu bila diajak taubat, mereka enggan, sombong dan angkuh. Mereka berpaling dari nasihat ke arah jalan yang lurus. Itulah realiti umat masa kini. Ramai yang ingin jadi generasi Abdullah b 'Ubai.."bapaknya MUNAFIQ", kemunafiqannya menyebabkan Rasulullah ditegah oleh Allah untuk menziarahinya dan solat ke atasnya ketika dia meninggal.

:6:Sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) memohonkan ampunan untuk mereka atau tidak engkau mohonkan ampunan bagi mereka, Allah tidak akan mengampuni mereka; sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada ORANG2 YG FASIKH.

Manusia yang tidak bertaubat, tidak berusaha untuk berhijrah, lalu mati..maka panggillah sesiapapun alim ulama' tersohor untuk berdoa ke atasnya, tiada bezanya. Walau Rasulullah s.a.w. berdoa sekalipun..Allah tetap tidak mengampunkan hambanya yang semasa hayatnya bertuhankan nafsu, fasikh atau munafiq.

..insyaAllah..akan bersambung..^_^..

5 Julai 2009 @ 20:02H
12 Rejab 1430H

p/s: Keranda pak cik Micheal bersalut emas 14 karat berharga RM 87, 000. Fuyoo! O_O...habis "grand"lah..tapi agak2..andai dia dapat berkata2..bangga ke dia??huhu..simpati..simpati ~_~

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan TIGA..
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

[Abu Hurairah r.a.]

~~erk...emas tak tersenarai la plak..fikir2..renung2..muhasabah diri..teruskan zikrullah..^_^Syurga itu EKSKLUSIF BUAT HAMBA ALLAH YANG BERIMAN...

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.