Rabu, 16 September 2009

~_~.:Good Bye Ramadhan??:.~_~.:

Bismillahirrahmanirrahim..

Alangkah sedih dan sayunya hati bila melihatkan suasana rumah Allah di penghujung Ramadan. Isu "Masjid Semakin Lengang di Penghujung Ramadan" semacam suatu rutin tahunan. Walau berbuih-buih mulut para ustaz ustazah (sama ada yang bertauliah atau tidak..) mengingatkan agar makin berakhirnya Ramadan..makin dilipatgandakan amal soleh sedaya mungkin. Tapi..ingatan itu seolah-olahnya tenggelam dek kesibukan untuk meraikan Syawal.

Bagi kaum Hawa khususnya, simpuhan ketika menganyam ketupat menjadi sia-sia tanpa memanfaatkannya dengan zikrullah pada lisannya. Beruntungkan jika anyaman ketupat dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Sayangnya...masih ramai yang melepaskan peluang ini.

Manusia ini lemah dan sering lupa dengan nikmat Ramadan 1430H ini. Kononnya..Ramadan 1431H masih ada. Lupa ajal tiba tanpa dijangka.

Alangkah jeleknya...bila melihat Syawal diraikan oleh insan-insan yang "tidak layak" menyambutnya. Syawal itu hakikatnya memenangkan hamba-hamba Allah yang berjaya mendapat rahmat-Nya, yang beroleh maghfirah Allah dan merdeka dirinya dari azab Jahanam asbab amal pada Ramadhan yang membuahkan TAQWA. Tapi bulan kemenangan ini (Syawal) sering disalah ertikan oleh segolongan besar dari kita.

Makna gembira di hari raya salah diintepretasikan. Pastikah kita...selama Ramadhan ini.. kita telah memenuhi pra-syarat untuk bergembira di Aidilfitri? Atas dasar apa gembira kita itu? Gembira kerana dapat makan sepuasnyakah? Gembira kerana berpakaian serba barukah?.. Walau atas sebab apapun gembira kita itu.. wajarlah sebab gembira kita yang utama didasarkan pada yang sepatutnya. GEMBIRA KERANA TIDAK GAGAL DALAM MENDAPAT MAGHFIRAH DAN HIDAYAH ALLAH...itulah hakikat gembira yang sebenar..^_^

p/s: Selamat bermujahadah di kemuncak Ramadan... :)...apresiasi buat 2 "tok" imam Masjid Jamek Gerik bagi Solat Sunat Tarawih Ramadan 1430H, Imam Hassan & Al Hafiz. Moga Allah berkati keduanya..^_^

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Tiada ulasan: