In The Name Of Allah...The Most Forgiving..The Most Loving...
Apa khabar iman kita? Apa khabar amal kita? Alhamdulillah, perkongsian sebelum ini yang berkait dengan ilmu "Bismillah" harap-harapnya dapat membuahkan amal yang seterusnya menjaga tingkat iman kita. InsyaAllah...
Jika dirujuk kembali kepada perkongsian sebelum ini (BEAUTIFUL OF BISMILLAH), ada diselitkan ayat-ayat dari surah Al-Muddassir (27-31)yang menyatakan terdapat 19 malaikat penjaga neraka. Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi pencerahan kepada ilmu yang sedia ada agar timbul rasa istiqamah untuk beramal. InsyaAllah (^_^)
(27)Dan tahukah kamu apa (neraka) SAQAR itu?
Dalam ayat ini Allah menduga kita tentang sejauh mana kita kenal akan SAQAR. Allah maha kuat seksanya. Inilah balasan terhadap sesiapa sahaja yang berpaling dari ayat-ayat Allah. Balasan yang bukan hanya membakar bahagian badan yang terpilih sahaja malah melibatkan seluruh jasad rohani kita. Balasan yang tidak terbayang dengan akal kita yg maha cetek ni.
Kita perlu ingat...kita bukanlah pakar untuk mengintepretasikan makna SAQAR dengan sewenang-wenangnya. Ada juga yang hanya bersandarkan nafsu mempertikaikan balasan Allah ini kerana hanya melihat Allah sebagai Yang Maha Penyayang tanpa melihat Allah di posisi "MAHA-MAHA" lain yang juga milik-Nya. Allah Maha Sempurna dalam mengadili dan membalas hamba-hambaNya yang engkar.
Allah menggunakan kata "SAQAR" dan tidak "AN-NAR". Persoalannya, mengapa?! Umat pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu mengenali SAQAR sebagai suatu tempat yg sangat dibenci dan sangat tidak menyenangkan. Di sinilah letaknya keindahan bahasa Al-Quran. SAQAR itu bukan sahaja tempat yang "membakar" malahan juga tempat yang amat dibenci dan tidak disukai. Tiada seorang pun yang ingin berada di dalamnya walau hanya sesaat!
Walaupun umat Arab dahulu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan SAQAR, namun pengetahuan mereka sangat terbatas dan tidak dapat mengatasi pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Allah bijak menarik perhatian mereka dan membuatkan mereka tertanya-tanya apa lagi yang di luar pengetahuan mereka. Itulah Al-Quran..kitab agung yang mengajak manusia membaca, mendengar, menghayati dan mentadabbur setiap apa yang terkandung di dalamnya agar kerananya, hati manusia terkesan dengannya..agar kerananya, manusia takutkan Allah Yang Esa. Malangnya..macam-macam dosa yang kita lakukan seolah-olah Al-Quran itu bukan teman hidup kita. Astaghfirullah...bila muhasabah kembali..bimbang..di mana sebenarnya posisi kita di mata Allah.
(28)Ia TIDAK MENINGGALKAN (BAQA')& TIDAK MEMBIARKAN (WADAR).
Allah menjelaskan hakikat SAQAR yang sebenar. BAQA' dan WADAR adalah dua terma yang asasnya membawa makna yang sama. Allah menggunakan 2 kata ini untuk menegaskan bahawa SAQAR itu suatu yang sangat dahsyat sehingga tidak meninggalkan dan membiarkan bahan bakarnya tersisa sedikitpun. SAQAR itu melampaui keupayaan api di dunia kerana ia membakar secara total!
(29)Yang MENGHANGUSKAN ('lawahatun') KULIT MANUSIA.
Allah menjelaskan lagi...SAQAR itu menghanguskan kulit manusia! Ini membuktikan SAQAR itu 'khas' disediakan buat manusia yang dimurkai Allah. JUST AND ONLY FOR HUMAN BEING! Sekiranya seseorang yang hidupnya di dunia sangat selesa dan sangat mewah merasakan sengsaranya SAQAR walau sebentar..pasti segala nikmat keselesaan dan kemewahan itu akan luput dari ingatan serta-merta. Dan jika ditanya kembali apa yang menyeronokkan di dunia ini...pasti jawapannya.."NOTHING". Andai kita tahu betapa azabnya SAQAR, nescaya kita akan kurang ketawa dan banyak menangis. Fitnah dunia banyak mengalpakan kita dari peringatan Allah ini. Allah Maha Penyayang sentiasa ingin menyelamatkan manusia dari kesudahan yang hina ini sebaliknya kita seringkali mencipta jalan menuju kehinaan.
(30)Di atasnya ada 19 malaikat penjaga.
(31)Dan yg Kami jadikan penjaga neraka itu hanya dari malaikat; dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cobaan bagi orang-orang kafir, agar orang-orang yg diberi kitab menjadi yakin, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang-orang yg diberi kitab dan org mukmin itu tidak ragu-ragu; dan agar orang-orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), "Apakah yg dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada orang2 yg Dia kehendaki. Dan tidak ada yg mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri. Dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan bagi manusia."
Dua ayat seterusnya menerangkan tentang 19 malaikat penjaga neraka. Jika dinilai secara logik, "19" hanya bilangan yang kecil untuk menjaga seluruh SAQAR. Hanya 19 malaikat inilah yang akan melaksanakan perintah Allah untuk menyeksa penghuni SAQAR kelak. Jelas...setiap "penjaga neraka" ini punya kualiti kuasa yang sangat dahsyat demi menjalankan tugas mereka di "penjara" SAQAR. Maka...berhentilah berharap malaikat itu umpama sesuatu yang "cantik" dan ber"sayap". Ini hanyalah persepsi yang batil. Malaikat ciptaan Allah langsung tidak menyerupai apa yang sering manusia bayangkan. Bukan suatu kepentingan untuk menggambarkan bagaimana rupa malaikat. Cukuplah kita semat di hati kita...malaikat penjaga SAQAR itu sangat keras penyeksaannya buat ahli neraka. Mereka sentiasa menantikan sesiapa sahaja yang mencetuskan KEMURKAAN ALLAH..TUAN kita..TUAN mereka! Wahai teman..bayangkanlah..jika kita yang jahil ini diberi walau barang seketika untuk mengucapkan taubat atas dosa-dosa yang telah kita lakukan..betapa beruntungnya kita. Sejauh mana kita berusaha menggapai redha-Nya dan sekuat mana kegigihan kita untuk dijauhkan dari 19 penjaga neraka ini?
Apa tujuan Allah menetapkan bilangan malaikat secara spesifik? Jom sama-sama kita bongkar kebijaksanaan Allah ini...^_^
1. "dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai COBAAN BAGI ORANG-ORANG KAFIR,"
Kekufuran bermaksud menidakkan Tuhan Yang Esa..menafikan diri sebagai hamba Allah..menolak segala tuntutan yang terkandung dalam wahyu Allah. 19 malaikat penjaga neraka sudah cukup untuk memberi azab yang maksima ke atas sesiapa sahaja yang kufur.
2. "..agar ORANG-ORANG YANG DIBERI KITAB menjadi yakin,"
Orang-orang yang diberi kitab merujuk kepada yahudi dan kristian. Ahli-ahli tafsir mengatakan bahawa di dalam kitab yahudi dan kristian, bilangan malaikat dinyatakan secara spesifik iaitu sebanyak 19 malaikat penjaga neraka. Walaubagaimanapun, semasa zaman Rasulullah s.a.w., tidak semua maklum tentangnya. Hanya ahli-ahli kitab mengetahui tentang 19 malaikat ini. Mana mungkin Muhammad s.a.w. yang dikenali sebagai ummi (buta huruf) dan langsung tak pernah berhubung dgn mana-mana ahli kitab yahudi atau kristian mengetahuinya sedangkan orang-orang yg berhubung dengan mereka tidak pula tahu akan hal ini? Pelik tapi itulah kebenaran dari Allah s.w.t. Jadi, bila saja ahli-ahli kitab mendengar ayat ini...timbul keyakinan di hati mereka bahawa Quran adalah kalam Allah s.w.t. dan bukan omongan kosong. Hanya dari Allah, Muhammad maklum akan hal ini. Ketika itu, penganut2 yahudi dan kristian amat patuh kepada ahli-ahli kitab dalam segala hal sehinggakan yang hak boleh dibatilkan dan yang batil boleh bertukar menjadi hak. Dengan kelebihan yang ada pada para ahli kitab ini...keyakinan yang mereka peroleh dari ayat ini dapat meyakinkan pengikut2 mereka bahawa Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang benar...tiada tipu daya. Itu tandanya Allah Maha Pengasih atas tiap umat manusia. Dia tak tegar membiarkan manusia tercalon sebagai ahli neraka sebelum mendapat bimbingan dari-Nya.
3. "..agar orang yang beriman bertambah imannya,"
Penetapan bilangan ini juga bagi meningkatkan iman insan-insan beriman. Insan beriman sudah pastinya akan meyakini apa sahaja sumber dari Allah s.w.t. Imam ash-Shawkani (1173H - 1250H) menjelaskan, sesiapa yang yakin akan meningkat keyakinannya. Iman itu ialah keyakinan. Seorang yang beriman sudah sedia yakin bahawa mesej Allah ini benar. Jadi penetapan bilangan 19 malaikat ini akan meyakinkan lagi diri-diri yang beriman. Sesetengah umat Islam terdahulu mempersoalkan sama ada iman itu boleh turun naik atau tidak. berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan iman itu punya tingkatnya tersendiri...ada naik turunnya.Namun di akhirnya, kita perlu sedar bahawa iman itu tidak dapat dinilai oleh mata kasar. Kita tiada hak untuk menilai iman sesiapa sahaja di sekeliling kita kerana keterbatasan ilmu yang kita miliki. Imam ash-Shawkani seterusnya menjelaskan bahawa iman yang ada dalam diri seorang mukmin bertambah dek kerana melihat timbulnya kepercayaan terhadap ayat ini dalam kalangan ahli2 kitab. Ini jelas terbukti jika dilihat pada zaman Rasulullah s.a.w di mana bangsa Arab memandang tinggi orang yahudi dan kristian sebagai lubuk ilmu pengetahuan. Jadi, bila saja penganut2 agama ini percaya akan ayat ini, sudah tentu meningkatlah iman orang-orang yang beriman ketika itu.
4. "agar orang-orang yg diberi kitab dan org mukmin itu tidak ragu-ragu;"
Allah s.w.t. juga menetapkan jumlah 19 malaikat ini bertujuan untuk menghilangkan segala keraguan yang ada bagi ahli-ahli kitab dan orang mukmin. Al-Quran cukup sebagai bukti bahawa apa yang mereka pegang itulah yang HAQ. Tiada kitab setanding dengan mukjizat terbesar yang Allah hadiahkan kepada kita ini walau banyak cubaan oleh pihak2 tertentu untuk merampas hak keangungan Al-Quran.
Iman kita seharusnya berasaskan rasional bukan sambarono. Dengan kata lain, kita percaya kerana kita yakin bukan hanya kerana kita disuruh untuk percaya. Sungguh! Allah s.w.t. tidak mahu kita terus berada dalam keraguan disebabkan ketidakyakinan dalam kepercayaan kita.
5. "..dan agar orang-orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), "Apakah yg dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini sebagai suatu perumpamaan?"
Allah s.w.t. sengaja mahu menimbulkan tanda tanya dalam diri orang2 yg hatinya ber"penyakit" dan juga dalam diri orang2 kafir. Apakah yang dikatakan "penyakit" hati ini? Ia bermaksud apa sahaja yang membawanya jauh dari Allah..apa sahaja yang menghalangnya daripada menerima mesej Allah. Ini terjadi atas banyak faktor contohnya kehendak nafsu, kepentingan diri, keegoan dan bangga diri. Allah melabelkannya sebagai penyakit kerana apa sahaja yang beraja di hati selain Allah s.w.t. adalah suatu penyakit dan itulah yang tidak normal bagi insan yang bergelar hamba Allah. Itulah hakikat penyakit hati yg sebenar. Mereka inilah yang akan mempersoalkan apa tujuan Allah s.w.t. menetapkan jumlah malaikat penjaga neraka secara khusus.
Persoalannya..mengapa mereka masih tertanya-tanya tentang hal ini? Apa sebenarnya yg mereka mahu dengan menimbulkan persoalan ini? Adakah mereka benar dengan mengutarakan persoalan ini? Mereka tahu Kitab suci ini adalah kalam Allah. Persoalan yg mereka timbulkan menunjukkan mereka tahu apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu benar. Jadi..pabila seorang hamba mendapat mesej dari Tuhannya...wajarkah dia mempertikaikan apa yang telah ditetapkan? Insan2 sebegini patut menilai kembali kedudukan mereka sebagai hamba.
Allah s.w.t. awal-awal lagi telah menjelaskan mengapa dikhususkan bilangan ini. (sebagaimana diterangkan di atas). Jadi..mengapa pula mereka masih lagi mahu mempertikaikan ayat Allah ini? Jelas menunjukkan tiada keikhlasan di hati mereka dalam menimbulkan persoalan. Mereka bertanya bukan kerana ingin tahu kebenaran. Apa yang tak kena dengan diri mereka...??Itulah penyakit hati yang ada pada diri mereka. Hati mereka telah terikat kukuh dengan yang lain selain Allah yang Esa. Seringkali mereka mencipta alasan untuk lari dari kebenaran kerana mereka takut jika mereka menerima mesej Allah ini..segala apa yang mereka miliki akan hilang, musnah, hancur, hampeh!..itulah ketakutan yang hakikatnya tak membawa apa-apa makna...jika mereka sedar..
Pengajaran yang kita peroleh dari ayat ini...kita sebagai hamba Allah secara dasarnya tidak langsung punya hak mempertikaikan apa yang telah Allah gariskan. Allah s.w.t. berhak atas tiap apa yang ingin Dia lakukan. Dia tidak perlu meminta pendapat atau izin kita untuk lakukan apa saja kerana DIA MAHA BEKUASA. Segala apa yang kita punya bukan milik kita...HANYA DIA YANG PUNYA SEGALA SESUATU! Seorang hamba Allah yang patuh akan redha atas tiap ketentuan Tuhannya. Walau senang atau susah...sentiasa tetap dalam REDHANYA kerana yakin hanya Allah berhak atas dirinya. Ya Allah...kau selamatkanlah kami dari tergolong dalam golongan orang2 yang berpenyakit hatinya dan berilah kekuatan kepada kami untuk menjadi hambaMu yang REDHA atas tiap rancanganMu. Amin...
"Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada orang2 yg Dia kehendaki."
Siapa yang menerima..siapa yang menolak..
Siapa yang patuh...siapa yang engkar...
Siapa yang sedar...siapa yang lalai...
Lumrahnya...Allah yang menetapkan adanya 2 golongan ini. Ada yang Allah kehendakinya berada di jalan yang lurus dan ada yang sebaliknya. Kita perlu sentiasa ingat..Allah penentu takdir kita dan Allah juga Maha Adil. Jika kita mahukan keburukan...itulah yang akan ditakdirkan untuk kita tetapi jika kita sentiasa mahukan kebaikan..Allah akan bimbing kita untuk dekat dengan-Nya..Hidup kita ni harus memilih. Pilihan kita itulah yang akan corakkan masa depan kita kelak.
"Dan tidak ada yg mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri."
Bala tentera Allah ialah sesiapa sahaja yang berjihad di jalan-Nya. Sesiapa yang menegakkan perintah-Nya di muka bumi ini. Apa-apa sahaja dan sesiapa sahaja boleh menjadi bala tentera Allah. Sudah tentunya Muhammad bin Abdullah, junjungan besar Rasulullah s.a.w adalah tentera Allah. Sahabat-sahabat baginda semuanya tentera Allah. Mereka semua memperjuangkan undang-undang Allah dan tiap kalam Allah. Haiwan2 juga boleh jadi tentera Allah. Labah-labah yang menyelamatkan Rasulullah s.a.w. semasa bersembunyi di Gua Thur itu tentera Allah. Singa yang membunuh anak Abu Lahab juga tentera Allah. Sungai Nil yang memusnahkan tentera Firaun juga tentera Allah.Api sejuk yg menyelamatkan Nabi Ibrahim juga tentera Allah. Malah...sesiapa yang menentang ayat-ayat Allah ketika ini juga mungkin saja menjadi tentera Allah. Pendeknya kat...segala apa yang ada di dunia milik Allah ini boleh jadi tenteraNya atas kehendakNya.
Tiada seorang insan pun yang bisa membimbing diri sendiri ke arah kebenaran tanpa bimbingan Allah s.w.t. Hidayah itu adalah hadiah dari Allah buat hambaNya yg terpilih. Apa ada atas nama keyakinan jika kita tak sebarkan apa yang Allah perintahkan? Apa yang ada dengan keyakinan kita jika kita tak bekerja menegakkan perintah Allah di dunia fana ini? Apa patut kita mengaku kita benar2 yakin dengan perintah Allah sedang dalam tiap tingkah laku kita..sikit pun tak menunjukkan keyakinan kita itu? Jadi...jika mahu diri ini diberi Allah hidayah, terimalah mesej Allah dengan penuh rasa keyakinan dan dalam masa yang sama..kita perlu buktikan kita juga tergolong dalam "THE SOLDIERS OF ALLAH". Tanamkan keyakinan kita..tiada siapa tahu siapa yang terpilih menjadi tentera Allah kecuali Dia. Mungkin anda salah seorang darinya...siapa tahu??..^_^..
TRY OUR BEST TO WORK FOR THIS 'DEEN'
TRY OUR BEST TO CARRY OTHERS TO THIS 'DEEN'
Jika kita cemerlang dalam tugas ini...insyaAllah..kita akan dapat apa yang diidamkan oleh setiap hamba Allah yang beriman...GUIDANCE TO THE REAL AND TRUE..TO HIS PLEASURE AND HIS GARDEN..Subhanallah...apa lagi yang dicitakan selain ini??
"Dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan bagi manusia."
Inilah yang ingin dinyatakan di akhir ayat Allah. Peringatan buat setiap umat manusia. Peringatan atas kewujudan manusia di dunia ini. Atas sebab apa mereka dicipta..Untuk ingatkan manusia ke mana mereka akan pergi. Sebagai peringatan mana yang HAQ..mana yang paling penting dalam hidup ini..Inilah yang disebut sebagai DEEN..Mana mungkin kita "double-standard"kan DEEN ini dengan mengutamakan yang lain? Mengapa kita masih "SYOK" bergoyang kaki sedang saudara-mara kita ramai yang hanyut jauh..! berpaling dari apa yang disuruh Allah. Hanya dengan amal KEBAIKAN dan cegah KEBATILAN..kita terselamat daripada 19 malaikat penjaga neraka yang setia ini.Hanya dengan izin-NYA..
(74.Al-Muddassir: 27 - 31)
Rujukan: Quran-Tafsir.org
13 Jamadilakhir 1430H
.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan