Jumaat, 26 Jun 2009

3H::Hikmah.Hijrah.Habsyah

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 BULAN, sebagaimana dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya ada 4 BULAN HARAM. Itulah agama yang lurus, maka JANGANLAH KAMU MENZALIMI DIRIMU dalam (bulan yg 4) itu & perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa ALLAH BESERTA ORANG2 YANG TAQWA" [9.At-Taubah:36]

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak terlewat rasanya untuk mengucap salam buat bulan penuh ta'azim, Rejab. Satu dari 4 bulan2 haram berperang, selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Mudah-mudahan dengan rahmat-Nya, kita sentiasa berada atas jalan lurus menuju REDHA-NYA. Amin..^_^

Buat "buah ilmu" bulan yg punya posisinya tersendiri ini, jom sama-sama kita hayati kisah HIJRAH PERTAMA: HIJRAH ke HABSYAH para sahabat sebelum HIJRAH ke MADINAH.

Sebagai permulaannya, kita asah dulu "ilmu geografi" yang mungkin telah lama kita tinggalkan...^_^

Eritria dan Ethiopia(a.k.a Abbesinia) letaknya di Benua Afrika. Dahulu..kedua-duanya adalah satu dan dikenal sebagai Habsyah. Hubungan antara Ethiopia dan tanah Arab terjalin sejak zaman Nabi Sulaiman. Ketika itu, Ratu Balkis (Pemerintah kerajaan Saba') memerintah Ethiopia. Ketika zaman Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam, hubungan keduanya bertambah rapat apabila bermulanya detik hijrah para sahabat ke Habsyah secara sirr (rahsia) melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritria.

Seterusnya..mari kita kenali pula empunya diri yg memerintah Habsyah ketika itu, Najasyi yg bermaksud "raja". Najasyi seorang raja punya nilai diri yang sangat positif sebagai seorang pemerintah. Seorang yang amat toleransi, "open minded" dan penuh saksama dalam tiap tindakannya. Rasulullah maklum tentang Najasyi menerusi ahli-ahli bisnes Habsyah di tanah Arab.

Dek kerana ancaman hebat dari musyrikin Mekah ke atas umat Islam, Rasulullah yg lembut hati, tidak tega menyaksikan penyeksaan ke atas umat yang dicintainya dan bersandarkan perintah Allah s.w.t, baginda memutuskan agar berhijrah ke Habsyah. Atas dasar memelihara iman dan keselamatan diri juga bertujuan mencari lingkungan baru untuk Islam bertapak, terjadilah episod hijrah ke Habsyah.

Alhamdulillah...ketika musyrikin Mekah galak menindas umat Islam di Mekah, masih ada insan yang baik hatinya. Insan yang menyambut baik umat Islam yang berhijrah malah menganggap mereka sebagai tetamu istimewa. Itulah Najasyi.(^_^)Subhanallah..itulah rahmat Allah yang tak putus buat hambaNYA yang sabar. Di celah-celah kezaliman..masih ada hasanahnya.

Rahsia terbongkar akhirnya. Khabar yang bergerak pantas menyebabkan pihak Quraisy mengetahui hijrah ini. Lalu..dikirimlah 2 utusan ('Abdullah b. Abi Rabiah & Amru b. Al'Ash sebelum bergelar muslim)ke hadapan maharaja Habsyah, Najasyi. Dibawanya bersama hadiah2 yang mahal untuk menawan hati si pemerintah Habsyah. Inilah 'rasuah' yang secara halus dapat membutakan mata hati manusia kepada kebenaran.

Benarlah apa yang dikata Rasulullah s.a.w tentang Habsyah.."Habsyah adalah BUMI KEBENARAN". Ternyata, pihak Quraisy salah percaturan bila mana Najasyi tidak secara membuta tuli menerima pemberian itu. Mana mungkin seorang pemerintah yang adil berbuat demikian sebelum mengetahui kondisi sebenar. Atas nama keadilan, Najasyi memberi ruang buat kaum muslimin menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

Bangkitlah seorang insan yang punya ciri seperti Rasulullah..baik dari segi penampilan dan adab lakunya. Namanya..Ja'far bin Abi Talib..dialah sepupu Rasulullah s.a.w juga kakanda kpd Saidina Ali karamallahuwajhah. Beliau mulakan bicara...

"Ke hadapan maharaja, dahulu..ketika zaman jahiliyyah, kami menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, yg kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah s.w.t mengutuskan seorang Rasul dari kalangan kami sendiri. Beliau memang sinonim dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami agar BERCAKAP BENAR, BERSIFAT DENGAN SIFAT TERPUJI, JUJUR, IKHLAS dan BERAMANAH, menyeru kami MENYEMBAH TUHAN YG ESA dan MENINGGALKAN PENYEMBAHAN BERHALA, BERBAIK DENGAN JIRAN TETANGGA, MENINGGALKAN KEJAHATAN & PEPERANGAN YG BERLARUTAN serta SEGALA SESUATU YG TERKEJI. Seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang dibawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk 2 utusan ini menyeksa dan menekan kami agar kembali kepada agama yg lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar2 dalam penyeksaan yg di luar tanggungan kami, maka kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyeksaan & kezaliman".

Najasyi jadi tertarik untuk mengetahui dengan lanjut tentang agama yg "baru" ini lalu meminta Ja'far menyampaikan apa yang dibawa oleh utusan agung, Muhammad s.a.w.

Maka..kedengaranlah ayat-ayat awal dari surah Maryam yang berkisar tentang kelahiran 'Isa Putera Maryam dan status 'Isa dalam Islam. Jom rehatkan deria hati kita dengan alunan suci ayat2 cinta Allah...^_^..



Sesungguhnya..fitrah hati itu akan gementar bila mendengar ayat suci Allah ini. Begitu tersentuh hati raja Najasyi sehingga menitislah air matanya membasahi pipi dan janggutnya.

"Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dan apa yang dibawa 'Isa a.s. adalah dari SUMBER YANG SAMA".

Najasyi kemudiannya berpaling kepada 2 utusan Quraisy, 'Abdullah dan Amru:

"Beredarlah kamu dari sini dan sekali-kali aku tidak akan menyerahkan mereka ini"

Namun, kedua-duanya tak berputus asa dan terus cuba menghasut Najasyi. Mereka dengan yakinnya menuduh orang2 Islam yg berhijrah itu sebagai kecaman kepada 'Isa dan Maryam..2 insan yg mulia menurut kepercayaan Najasyi dan penganut Kristian.

Najasyi yang bijak tidak melenting tanpa usul periksa. Sekali lagi..beliau meminta penjelasan mengenai pandangan Islam terhadap 'Isa dan Maryam..

Ja'far lalu menerangkan..

"Tentang 'Isa dan Maryam, pada pandangan kami dan orang2 Islam seluruhnya sebagaimana yang dibawa oleh Nabi kami, Muhammad s.a.w., 'Isa adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh & kalimatnya ke dalam jiwa Maryam, dara yang suci".

Najasyi yang khusyuk mendengar hanya menunjukkan persetujuan dengan apa yg diperkatakan oleh Ja'far. Tanpa keraguan, baginda mengembalikan semua hadiah yg dibawa khas untuk baginda. Pulanglah utusan ke Mekah membawa berita buruk. Jelas! strategi pihak Quraisy menghantar 2 utusan dengan "pakej hadiah" sebagai umpan GAGAL sama sekali. Sebaliknya, strategi ini bawa hikmah tersendiri buat sahabat2 nabi yang berhijrah ke Habsyah. Hubungan Najasyi dan orang2 Islam semakin kukuh dan keazamannya utk melindungi mereka makin kuat.

**********************************************************
Banyak INPUT2 yang dapat kita ambil sebagai iktibar dari kisah HIJRAH PERTAMA para sahabat ini. Segalanya bergantung bagaimana minda dan hati kita bersatu dalam mencari makna dalam tiap lipatan sejarah yg ada. Sejarah memang hanya akan tinggal sejarah jika umat kini hanya leka dengan hedonisma yang dinikmati ketika ini. Secara peribadinya..ada beberapa "INPUT ILMU" yang dapat menjadi "OUTPUT 'AMAL" rentetan episod hijrah ini..

1. Islam itu paksi segala kekuatan. Hanya jika berpegang teguh dengannya, apa saja yang ada pada diri sanggup dikorbankan. Sama ada harta benda, negara, kebebasan, kemuliaan diri atau apa saja nikmat kelebihan yang Allah anugerahkan semuanya sanggup dilepaskan. Malu jika mahu dibandingkan umat Islam dahulu dengan umat Islam kini. Umat dahulu amat prihatin dengan ISLAM & IMAN pada jiwa tapi umat kini hanya megah dengan ISLAM & IMAN pada nama. Jika ditanya apa sumber kekuatan...pelbagai jawapan diberi. Yang kurang enaknya..sumber yang dianggap menguatkan jiwa itu sesuatu yang selain ISLAM. Generasi anak-anak kini lebih mengenali dunia hiburan berbanding dunia Islam. Mahu jadi apa bila besar nanti?..Dengan bangganya menjawab.."SAYA MAHU JADI ARTIS"..mak ayah disebelah pula tak henti2 "kembang kempis" hidungnya. Kononnya bangga dengan cita2 anak. Segala yang berkait Islam dianggap sampingan hinggakan tanpa sedar..menjadi MUSLIM pun tiada rasa 'IZZAH (bangga).

2. Da'wah mereka sangat relevan dengan apa yang Islam gariskan. Bagi mereka Islam itu PRAKTIS..bukan sekadar kata2 di lisan atau di hujung pena atau di hujung tarian jejari. Dalam keadaan diri yang serba berdosa ini, seringkali apa yang dikata tak terlahir dengan amal yang sepadan. Selalu saja..CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Di sinilah peranan sejarah itu perlu. Bukan hanya untuk dikenang atau direnung tapi untuk dijadikan panduan me"LURUS"kan diri yang adakala "BENGKOK". Ja'far sendiri menunjukkan contoh bagaimana mahu berdakwah..berbicara biarlah penuh hikmah. Tahu sasaran dakwahnya. Qur'an sebagai rujukan utama dan segala yang HAQ disampaikan tanpa rasa lokek.

3. Banyak yang dapat diteladani daripada Raja bergelar Najasyi sebagaimana yang dikisahkan:

a. Sikap toleransinya membuahkan kebaikan buat sesiapa saja yang berhubung dengannya. Kelebihan diri sebagai pemerintah yang punya kuasa langsung tak memudaratkan golongan yang tertindas.

b. Adil dalam menentukan kata putus. Makna kata..letakkan sesuatu kena pada tempatnya. Apa maknanya hadiah yang mewah jika dengan penerimaannya menyebabkan ada insan yang tertindas. Bila keadilan terlaksana..tiada siapa yang akan terluka.

c. Keterbukaan mindanya membuatkan dirinya tidak terkongkong dengan segala jumud yang ada. Sikap inilah yang membuatkan dirinya mengenal agama yang dianggap sebagai kecaman oleh pihak kaum Quraisy. Andai ada jumud di minda..sudah pasti apa saja yang Islam ajarkan pada kita dianggap menyekat kebebasan diri sedangkan ISLAM itu RAHMAT ALLAH buat hamba-hambaNya yang tersayang. Sering kita letakkan sempadan kasih dengan Khaliq kita..sedang Allah sikitpun tak meletak apa-apa halangan untuk hambaNya menuju kasihNya.

[Menurut beberapa sumber, Raja Najasyi dikatakan memeluk Islam.]

Semasa kemangkatan maharaja Najasyi, Rasulullah s.a.w telah menyampaikan berita sedih itu kepada sahabat Baginda dan menyembah yang ghaib ke atas rohnya.[Riwayat Muslim]

Nabi Muhammad s.a.w mengumumkan pemergian Maharaja Najasyi pada hari yang sama kemangkatannya, mendahului pengetahuan pemerintah2 di negeri2 yang lain [Abu Hurairah]

Dalam surat yang diutuskan Muhammad s.a.w kepada maharaja Najasyi, pemerintah Habsyah, Muhammad s.a.w menjemput Najasyi dan pengikutnya menerima seruannya dan beriman kepada Allah (Ibn al-Qayyim - Zad al-Ma'ad 3/60). Setelah maharaja Najasyi menerima surat ini, beliau terus sujud dan mengakui keislamannya lalu membalas surat tersebut kepada Muhammad s.a.w utk memberi kesaksian bahawa Muhammad utusan Allah dan penyerahan diri buat Tuan Empunya dunia & isinya (Ibn al-Qayyim - Zad al-Ma'ad 3/61)

Raja Najasyi (Ashama ibn Abjar) wafat pada Rejab, tahun ke-9 selepas hijrah, raja yang sarat jiwa kehambaan dan banyak memberi sumbangan kepada perkembangan Islam. Mudah-mudahan ciri2 pemimpin yang ada pada diri Najasyi dijadikan qudwah buat pemimpin masa kini.

[Keislaman raja Najasyi masih dipertikaikan..Sahih Muslim 2/99]..Wallahu'alam..

**********************************************************

Subhanallah..masih banyak lagi iktibar yg dapat diperoleh dan pastinya masing2 punya sudut pandang tersendiri. InsyaAllah..mudah-mudahan apa yang dikongsikan ini menjadikan kita umat yang sentiasa dahagakan penghijrahan diri. Hari esok pasti lebih memberi makna jika diri menjadi lebih baik. Hari ini pula pastinya akan jadi sejarah buat tatapan generasi akan datang.

Para sahabat dapat berBANGGA dengan SEJARAH HEBAT yang MENGAGUMKAN GENERASI KINI...

Persoalannya...

Adakah kita..UMAT KINI akan berBANGGA dengan "SEJARAH HEBAT" yang akan "MENGAGUMKAN GENERASI MENDATANG"?

Apa yang sering kita "HEBAT"kan sekarang?

Ambil masa untuk muhasabah kembali...

Adakah kita HEBAT dengan KEBENARAN & KEJUJURAN?? (Rasanya FITNAH bersepah2 di mana2)
Adakah kita HEBAT dengan SIFAT TERPUJI?? (Ragut! Belasah-membelasah!Zina!Terpujikah?)
Adakah kita HEBAT kerana MENYEMBAH TUHAN YANG ESA?? (Pandai2 la jawab sendiri)
Adakah kita HEBAT kerana MENINGGALKAN PENYEMBAHAN BERHALA?? (Memang berhala tidak disembah..tapi lain pula yang di"SEMBAH")
Adakah kita HEBAT kerana BERBAIK DENGAN JIRAN TETANGGA?? (Hmm..ramai yang "sendawa" sendirian..jiran sebelah meninggal pun tak sedar)
Adakah kita HEBAT kerana meninggalkan PEPERANGAN YG BERLARUTAN?? (Secara kasar memang tak kelihatan tapi secara halusnya...banyak jenis "PERANG" yang berlaku sekarang)
Adakah kita HEBAT kerana meninggalkan SEGALA SESUATU YG TERKEJI?? (Rasuah?Riba?Hmm..macam tak ditinggalkan je...)

Jadi...apa yang HEBAT sangat kita ni..APA YANG SERING DIBANGGAKAN?
Sama-sama koreksi diri utk jadi UMAT YG HEBAT DLM MAKNA SEBENAR..dengan itu..insyaAllah..kita tak akan malu untuk mengaku UMAT MUHAMMAD di akhirat kelak sebagaimana sahabat2 Rasulullah s.a.w.

p/s: ^_^ Mahu jadi IKHWAN yang dirindu YA HABIB..RASULULLAH S.A.W..:)


.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Tiada ulasan: