Ahad, 30 Ogos 2009

[Harapan Ramadhan] : Ku Harap Rahmat MU...


Bismillahirrahmanirrahim...

Kuliah Subuh: Ahlan Ya Ramadan Kareem

Alhamdulillahirabbil'alamiin...


Kita rafa'kan kesyukuran yang tidak berbelah bagi ke hadrat Ilahi atas izin Allah mengumpulkan kita bersama-sama pada majlis ilmu pada pagi ini. Hari ini, masuk hari ke-9 Ramadhan, berbaki sehari lagi untuk fasa pertama Ramadhan. Fasa untuk beroleh rahmat dari Allah s.w.t. Sepanjang 8 Ramadhan yang telah berlalu, kita dikhabarkan dengan berita-berita kematian saudara-saudara kita termasuklah seorang Pakar Ekonomi, Senator Prof Dato' Dr Ismail Md Salleh yang menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura baru-baru ini. Mungkin juga kita dikejutkan dengan khabar-khabar kematian ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat taulan di tengah-tengah kesibukan kita memeriahkan pesta ibadah pada bulan penuh kemuliaan ini. Inilah Ramadhan terakhir buat saudara2 kita yang telah meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya dan Alhamdulillah tidak terhingga kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki ibadah2 yang banyak cacat celanya ini.

Alhamdulillah...kita diberi kekuatan diri untuk melangkah ke majlis ini di saat mata2 meminta dipejamkan dek kerana "santapan sahur". Istimewanya umat Muhammad bukan cuma pada zahir tetapi dengan kelebihan-kelebihan yang Allah beri berbanding umat-umat terdahulu. Maha Pemurahnya Allah yang mengurniakan pahala pada tiap2 tidur orang berpuasa. Tapi seringkali hamba yang lupa diri ini berlebih-lebihan tidurnya konon mahu peroleh pahala sedangkan banyak tanggungjawab yang terabai.

Fasa 1: Rahmat Allah
Jom kita muhasabah dan koreksi nilai 8 hari puasa yang telah berlalu. Yakinkah kita segala amal2 soleh yang tidak tentu keikhlasan ini bisa buatkan kita peroleh rahmatNya?

Bulan puasa sememangnya terkenal dengan bubur lambuk yang menjadi juadah berbuka di kebanyakan masjid2. Lalu disebarkanlah kepada penduduk2 sekitar agar membawa bersama "tupperware"2 untuk diisi bubur lambuk terus dari kawah yang masih panas. Boleh jadi "tupperware"nya berbagai2 saiznya. Dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar baldi...almaklumlah...ahli keluarganya ramai...mana cukup bekas kecik2 nie..Maka pihak "pengurusan" bubur lambuk berpesan.."isi penuh2 ya dalam bekasnya..kasi mampat gitu..".^_^.

Mungkin inilah situasi 'standard' yang berlaku bila Ramadhan hadir. Kita jadikan ini sebagai analogi..

Bubur lambuk - RAHMAT ALLAH
Tupperware - TAKUNGAN AMAL

Telah dijanjikan..rahmat Allah akan membanjiri fasa pertama Ramadhan. Maka beruntunglah bagi hamba-hambaNya yang menyediakan "takungan amal" yang sebesar-besarnya untuk menadah sebanyak mungkin rahmat Allah.
1. SHAHRU 'AZIM
Terima kasih juga Allah kerana memberikan kita hadiah yang agung, Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan punya pelbagai keagungan dan berbahagialah orang mukmin yang berlumba-lumba meneroka bulan penuh barakah ini. Pada bulan ini, Allah menganugerahkan kita 2 nur (cahaya) sebagai penyelamat kita daripada 2 zulmat (kegelapan). Zulmat di kubur dan di neraka.

Ajaibnya Ramadhan yang buatkan pahala2 amal kita berganda-ganda. Hanya Allah selayaknya memberikan ganjaran sebanyak manapun yang Dia mahu.
2. SHAHRU NUZURILQUR'AN
Kawan-kawan..tempatkan Al-Quran di ruang hati kita dan amal dengan akhlak Al-Quran. Di kala Ramadhan ini, riuhkan rumah kita dengan alunan ayat-ayat cinta Agung ini. Jangan biarkan ia sunyi sebagaimana sunyinya kuburan. Jangan biarkan rumah kita terisi dengan meriahnya rancangan2 tv yang melalaikan.

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah" (Hasan al-Banna)
3. SHAHRU SHIYAM
Puasa! JANGAN TIDAK-TIDAK! Jadikan puasa kita yang sebenar-benar puasa.
4. SHARU QIYAM
Imam Hasan al-Banna berpesan kepada anak-anak usrahnya agar mengucapkan selamat tinggal buat teman-teman di saat Ramadhan hampir tiba. Pesanan ini tiada lain menggambarkan begitu istimewanya Ramadhan sebagai bulan untuk mempertingkatkan kuantiti juga kualiti tiap-tiap amal fardhu dan sunat. Kesibukan mendekatkan diri seintim-intimnya dengan Allah swt di bulan Ramadhan hingga ke tahap "tidak berkesempatan" bermesra-mesra dengan sahabat2. Begitulah yang dimaksudkan oleh Hasan al-Banna di sebalik ucapan "selamat tinggal".
5. BULAN DILUASKAN REZEKI

Rezeki itu sumbernya dari Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan insan-insan yang ghairah mencari rezeki sehingga amal-amal sunat khusus bulan Ramadhan diabaikan. Bersyukurlah kita kerana punya nikmat juadah iftar yang lebih dari cukup berbanding saudara2 kita yang bingung memikirkan "mahu berbuka dengan apa?" berbanding kita yang jenuh untuk memilih "mahu berbuka di mana?"

Jika mahu dihuraikan kelebihan-kelebihan Ramadhan..pastinya kita tidak mampu menghabiskannya kerana ia punya rahsia tersendiri dan hanya Allah Yang Maha Tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat-sahabatku...berusahalah kita untuk me'nyah'kan keculasan yang mungkin ada pada hari2 puasa Ramadhan yang berbaki. Kita tiada upaya mengulang kembali hari-hari Ramadhan yang telah berlalu. BERJUANGLAH! BERJIHADLAH menjinakkan nafsu kita selagi Ramadhan tidak meninggalkan kita. Moga-moga..nafsu yang terdidik pada bulan istimewa ini menjadikan kita graduan Ramadhan kelas pertama! InsyaAllah... ^_^..

p/s: Selamat Berjuang untuk FASA ke-2!!!Chiyooo'!! Sama2 harap KEAMPUNAN-NYA.

[Diolah dari Kuliah Subuh oleh Ustaz Muhammad Khairul Basri b Osman @ Masjid Jamek Gerik..]

30 Ogos 2009 _ 9 Ramadhan 1430H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Tiada ulasan: