Rabu, 26 Ogos 2009

.:. _ Spirit of TAQWA _ .:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Shahru RAMADHAN...bulan diturunkan AL-QURAN juga bulan memantapkan TAQWA insan. Ramadhan tidak sempurna tanpa puasa dan puasa tiada makna tanpa penghayatan Al-Qur'an. Ramadhan, puasa dan al-Qur'an punya hubungan yang tidak boleh dipisah-pisahkan demi menggapai TAQWA yang diidam-idamkan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA". [2.Al-Baqarah:183]

"(Yaitu) Al-Qur'an dalam bahasa Arab, tidak ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka berTAQWA". [39.Az-Zumar:28]

Ada individu yang istiqamah dalam menilai diri sebagai hamba Allah. Istiqamahnya terlihat secara zahiriah dengan terjaganya solat 5 waktu sehari semalam. Ada pula yang memperbaharui nilai hamba dalam diri pada setiap kali penghulu hari..Jumaat. Sesetengah yang lain menjadikan ma'al hijrah, maulidurrasul, isra' mikraj dan hari-hari yang sinonim dengan umat Islam sebagai hari untuk berubah.

Ramadhan yang tiba setahun sekali juga selayaknya jadi 'madrasah' untuk membentuk diri sebagai 'abdi Ilahi..muslim, mukmin dan muttaqin yang sebenar-benarnya. Allah s.w.t hadirkan Ramadhan sebagai hadiah yang sangat luar biasa.


Pasti semua mengakui akan kehebatan Ramadhan. Bulan yang menjadikan seorang yang suka berbohong menjadi jujur..buatkan seorang yang "mulutnya tak de insurans" hanya menuturkan kata2 yang baik..dan yang selama ini "tangkai jering" jadi sangat dermawan. Subhanallah...hebatnya hadiah agung ini.

Yang bernama muslim seolah-olahnya dibius cinta ibadah. Rasa suka untuk korbankan apa sahaja semata-mata untuk dapatkan PUASA YANG DITERIMA.

Sentuhan hati yang suci adalah kunci TAQWA. Puasa hanya sekadar fizikal dan ritual..bukan dari hati yang suci bersih tidak dapat melahirkan TAQWA. Seterusnya..ditanya lagi pada diri, bagaimana mahu mendapat hati yang suci? Salah satu cara dari 1001 cara yang ada ialah IQRA'!! Bacalah.. Bacalah Al-Qur'an dan mudah-mudahan, sucilah hati yang penuh kekotoran ini dengan suntikan Al-Qur'an.

TAQWA! TAQWA! TAQWA!

Apa yang penting sangat TAQWA ini sehinggakan terdapat tidak kurang 158 ayat2 Quran berkisar tentang taqwa? Tidak bolehkah kita beramal saja? Apa beza amal dengan taqwa dan amal tanpa taqwa?

Insan yang suka beramal tanpa mengira muslim atau tidak, pandangan manusia melabelkannya sebagai "orang baik-baik" tetapi nilaian Allah tidak begitu. Amal kita sia-sia jika tidak bersandarkan taqwa. Begitulah juga puasa. Puasa yang lahir kerana rasa takut murka Allah, harap redhaNya, sedar diri hamba kepada Raja segala raja, puasa sebeginilah yang melambangkan taqwa seorang hamba. Jika amal bersandarkan taqwa, biarlah apa pun pandangan manusia, pandangan Allah lah yang patut diambil peduli.

Bagaimana pula puasa melahirkan INSAN TAQWA?
  1. Berbeza dengan solat, zakat dan haji, puasa adalah amal yang hakikatnya "tidak kelihatan". Keaslian puasa hanya "yang berpuasa" dan Allah saja yang tahu. Mungkin saja di khalayak kelihatannya seseorang itu berpuasa tetapi jika sendiri, sebaliknya yang berlaku. Di sinilah letaknya prinsip puasa. Ia mendidik individu agar ikhlas dalam beribadah. Kata lainnya, kita berpuasa bukan mahu dilihat-lihat dan dipuji-puji manusia lain kononnya kita ini patuh suruhan Allah.
  2. Puasa juga mengawal nafsu yang liar. Menahan diri dari keinginan2 yang didorong hawa nafsu. Disiplin diri tidak sekadar pada mengawal kuantiti isi perut tetapi mengawal diri dari segala apa yang mungkar di mata Allah.
  3. Puasa mengajar kita untuk berkata "TIDAK!" pada segala godaan. Kita mampu berkata tidak pada sesuatu yang asalnya dibenarkan iaitu makan. Jadi, seharusnya kita lebih mampu untuk berkata tidak pada sesuatu yang sememangnya dilarang. Di situla letaknya TAQWA.
  4. Semangat taqwa juga hadir bila kita rasai kesusahan insan lain. Kita mungkin mewah seumur hidup yang kita ada. Tidak pernah rasa susahnya mencari sesuap rezeki. Berlapar dahaga buatkan kita punya sama rasa dengan insan yang dibelenggu kemiskinan tanpa makanan yang jadi asas hidup. Puasa memerdekakan diri dari PENTINGKAN DIRI dan RASA KE'AKU'AN.
  5. Kebahagiaan TAQWA itu juga letaknya pada hubungan yang baik dengan YANG MAHA PENCIPTA dan insan2 lainnya. Keakraban sesama muslim itu kembali segar bila Ramadhan membuka tirainya. Saling bertukar juadah berbuka sesama jiran dan solat terawih pada malam harinya bukan sahaja menjernihkan hubungan sesama manusia tetapi juga dengan Allah Yang Esa.
SALAM RAMADHAN! v(^_^)v


.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Tiada ulasan: