Sabtu, 8 Ogos 2009

(:Penawar Bagi Hati:)

Bismillahirrahmanirrahim...

8 Ogos 2009_17 Syaaban 1430H @8.04PM


Alhamdulillah..dapat sama2 kita berkumpul pada malam ini dalam halaqah ilmu. Mudah-mudahan yang menyampaikan ilmu, yang menadah ilmu, yang mendengar ilmu dan yang minatkan ilmu..semuanya dianugerahkan hidayah dari Allah Yang Maha Agung..InsyaAllah.

Pertengahan Syaaban ini tandanya Ramadhan bakal tiba. Beruntunglah bagi sesiapa yang merebut tawaran, bonus, dividen, durian runtuh atau apa sahaja umpama buat pahala2 berlipat ganda yang Allah khaskan buat bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak. Juga..teramatlah ruginya bagi sesiapa yang langsung tiada rasa minat untuk merebut ganjaran Allah ini..SANGAT SANGAT RUGI!

Selawat dan salam kasih sayang buat junjungan besar, Muhammad Rasulullah SAW. Gandakan penghayatan selawat kita, mudah-mudahan, dengannya, kita beroleh syafaat Baginda SAW..yakni pada hari di mana tiada lagi pertolongan.

[TELINGA]

Peliharalah telinga kita dari mendengar yang haram. Manfaatkan nikmat yang satu ini. Gunakan ia untuk keuntungan kita. Jangan sama sekali salah guna anggota ini. Kelak kita dikata...KUFUR NIKMAT YANG DIBERI PERCUMA!



Telinga buat kita punya nikmat pendengaran. Jadi, bagaimana mahu bersyukur? Apa bukti dan tanda syukur kita?

Pelihara dari mendengar yang haram..dengarlah perkara2 yang disukai oleh Cinta Agung kita..Allah swt. Jika yang dilarang pun didengar...alangkah tidak bersyukurnya kita yang perasan diri beriman!

[GHIBAH aka MENGUMPAT]

<..bukan bulan puasa jer..bulan2 tak puasa pun tak boleh mengumpat tau..>>

Contoh yang biasa tapi LUAR BIASA buat INSAN YANG MENJAGA LIDAH...MENGUMPAT!
Tak lama lagi Ramadhan bakal tiba..dan semestinya Syawal menanti di hujungnya. Lazimnya..bila nak raya..ketupat jadi juadah tradisi. Tapi, yang tak bestnya...ketupat berdaun kelapa tidaklah banyak sangat hasilnya..sebaliknya, "ketupat" yang bersumberkan "air liur" pula bertambah2. Itulah antara yang dikategorikan sebagai dosa besar..MENGUMPAT.



"Wahai ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JAUHILAH DARI PRASANGKA, sesungguhnya SEBAHAGIAN PRASANGKA ITU DOSA, dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN dan JANGANLAH ada di antara kamu yang MENGUMPAT SEBAHAGIAN YANG LAIN. Apakah ada di antara kamu yang suka MEMAKAN DAGING SAUDARANYA YANG SUDAH MATI? Tentu kamu merasa jijik. Dan BERTAQWALAH kepada Allah, sungguh Allah MAHA PENERIMA TAUBAT, MAHA PENYAYANG." [49.Al-Hujuraat:12]

Ayat simbolik yang menegaskan, PENGUMPAT sangat dikecam dan dimurkai Allah dan rasulNya. Menurut sesetengah riwayat juga..pada bulan Syaaban, "buku" amal kita akan diangkat kepada Allah SWT. Namun, amat malang jika...

"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga GHIBAH (MENGUMPAT). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Inilah amaran keras malaikat penjaga langit pertama. Pada langit pertama inilah "OPSS! MENGUMPAT" terlaksana. Mahukah kita dipukul dengan amalan yang kita rasa cukup sempurna gara2 umpatan kita buat saudara2 kita yang lain? "TAK MAHU!!!". Sudah tentu itulah jawapan "standard" tidak kiralah kita nie rajin beramal atau sebaliknya. Sayangnya...dalam sedar atau tidak..SYAITAN "BENGONG" dan agennya..NAFSU kita tidak putus berusaha menukar jawapan itu kepada "MAHU!". Amat kasihan sekali diri ini jika mengikut jejak langkah "bengong" syaitan. Na'uzubillahiminzalik! Jadi..jangan sesekali timbul rasa bangga dengan solat2 sunat...amal 'iktikaf dan segala kebajikan yang kita lakukan sedang dalam masa yang sama kita tak kecualikan diri kita dari SIDANG MENGUMPAT.

Harap kita dijauhkan dari menjadi "bengong" dengan umpat keji dan mudah2an kita tergolong dalam golongan DIRI2 YANG BERAJAKAN MALIKUL MALIK YANG ESA. Dengan KEBERKATAN RAMADHAN juga..doakan agar kita terhindar dari PUASA SIA-SIA.

Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” [Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5376]

"Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga" [Sabda Nabi s.a.w]

Pantangkan mazmumah pada lisan kita. Bulan puasa adalah bulan yang Allah taburkan rahmatNya.

(Buah Tangan Ramadhan..^_^..^_^..)

+ "Butakan" mata dari melihat yang haram.
+ "Bisukan" lidah dari menyebut yang dilarang.
+ "Pekakkan" telinga dari mendengar yang tak patut.
+ "Cacatkan" kaki tangan dari melakukan yang mungkar.
+ MERIAHKAN HATI dengan TAKUT dan HARAP...TAKUT dengan "keyakinan melampau" terhadap ibadat yang kita lakukan..dan HARAP moga2 dengan ibadat kita yang pasti banyak kurangnya diterima Allah.

[NAMIMAH aka MENGADU DOMBA]

MENGADU DOMBA ini adik-beradiknya MENGUMPAT. Melibatkan sebarang perkataan yang tak baik.

"CELAKALAH bagi setiap PENGUMPAT dan PENCELA" (104.Al-Humazah:1)

Menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: PENGUMPAT dan PENCELA ini termasuklah orang yang HOBINYA MENGADU DOMBA, ANTI-KASIH SAYANG (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

[Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas dan banyak dosa, yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal dengan kejahatannya] -68.Al-Qalam:10-13-

_______________________________________________

Lain-lain yang seangkatan dengan umpatan dan adu domba yakni termasuk dalam perkataan yang sia-sia ialah:

..Bid'ah..tahyul..nombor ekor..berbantah-bantah..suara wanita..

Banyak yang perlu diperincikan untuk pencerahan terhadap kefahaman kita tentang soal menjaga pancaindera kita ni..


HIBURAN. Zaman ini, muzik seolahnya suatu kemestian. Buka TV..muzik! Radio..muzik! Dalam kereta..muzik! Dalam bas..muzik! Telefon..muzik! Kenduri..muzik! Tempat kerja..muzik! Di pasar raya, pasar malam..jual jagung..jual kain..muzik juga! Dalam kereta..."volume"nya buatkan tahi telinga pun boleh terkejut..meronta2 mahu keluar..tak sanggup nak menanggung azab muzik yang melampau. Dahulunya..telefonnya berdering.."KRINGGG!!!" tapi kini macam-macam bunyi ada..binatang pun tak ketinggalan menyumbangkan suaranya. Yang memotong..ber"OH FATIMAH". Yang dikesalkan...kekusyukan solat para jemaah sering tergugat dengan deringan "handset" yang memanggil2 tuannya, pinta diangkat. Tidak hairanlah kalau ada yang SOLAT sambil berdangdut!

Muhasabah secara "matematik"nya..1 jam sehari dihabiskan dengan muzik.
  • 1 minggu = 7 jam.
  • 1 bulan = 30 jam.
  • 1 tahun = 356 jam.
  • 10 tahun = 3560 jam.
..dan begitulah seterusnya. Itu baru diandaikan 1 jam..kalau lebih dari itu..lain pula hasilnya.

Nasihat ustaz...JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM BERHIBUR..kerana ia bawa kesan dalam qalbu kita. Bila qalbu sering diisi dengan hiburan melampau..segala yang berkualiti dan baik susah diterima. Nur, ilmu, hidayah sukar nak menjengah hati kita yang "gelap gelita". Yang baik musuhnya yang tak baik. Dua yang bermusuh ini tidak akan aman dalam rumah "hati" yang sama. Itu sebabnya hati tak tenang bila yang mahmudah dikotori dengan yang mazmumah.
KISAH IMAM SYAFI'E
Imam Syafi'e mengadu kepada gurunya tentang masalahnya. Pada satu ketika..Imam Syafi'e sukar mengingat apa yang telah dihafalnya. Gurunya menasihatkannya..TINGGALKAN MAKSIAT..sesungguhnya ilmu itu nur dan cahaya tak dapat terangi hati yang gelap dengan kekotoran maksiat.

Apa yang menyumbang kepada HATI KOTOR? Tentunya..segala apa yang dilakukan pancaindera termasuk penglihatan..pendengaran..fikiran kita. Minta-minta kita dijauhkan dari HATI YANG MATI. Orang yang mati boleh diusung ke kubur..tapi hati yang mati bagaimana pula..kubur pun malu nak terima!

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, BAHKAN LEBIH KERAS. Padahal batu-batu itu pasti ada sungai2 yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan ALLAH TIDAKLAH LENGAH TERHADAP APA YANG KAMU KERJAKAN."[2.Al-Baqarah:74]

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab HATI MATI salah satunya..menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

Sheikh Ibni Athoillah Iskandari pula dalam kalam hikmahnya mengatakan:

[Sebahagian daripada tanda MATI HATI itu ialah jika TIDAK MERASA DUKACITA (kecewa) kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa]

Tinggal solat..mengumpat dianggap biasa..relaks dan slumber je bila mengumpat. "ZERO KETAKUTAN" sedangkan ia DOSA BESAR!!

Sememangnya..hiburan itu fitrah buat manusia. Islam tidak melarang untuk berhibur tapi ada "guideline"nya. Kita tiada upaya untuk bina benteng kalis bunyi semata-mata nak lindungi diri dari terdedah dengan hiburan muzik. Baiknya..hiburan muzik itu biarlah yang beri kita keinsafan atas segala khilaf kita. Guna ia untuk kita dekat dengan ALLAH.

Ada antara kita yang mendengar lagu "PERGI TAK KEMBALI" tapi tak persiapkan diri kita untuk "pergi". Ada yang khusyuk mengalunkan lagu2 rohaniah tapi solat pun tidak. Hiburannya tiada rasa...hanya sampai ke gegendang telinganya..tidak di hati.

Para ahli masjid sekalian...kita beramal nie bukan sekadar mengikut. Ikutan kita biarlah dengan ILMU. Allah perintahkan kita menuntut ilmu. Tiada istilah "aku makan garam dulu" dalam menuntut ilmu. Kita wajar tuntut ilmu hatta dari anak kecil sekalipun! Jangan kita tertipu. Agama ni bukan main ikut suka hati, bukan ikut logik akal. Jika mahu diikutkan logik akal, kucing peliharaan di rumah selayaknya jadi santapan kita kerana bersihnya ia berbanding ayam. Tapi yang nyata, ayam itu halal dan kucing itu haram.

Dalam aspek memelihara pendengaran, Imam Al-Ghazali dalam kitabnya (Ihya Ulumuddin) menyatakan, yang diharamkan dari bercakap tentangnya..begitulah juga dilarang untuk mendengarnya. Maknanya, mengumpat atau mendengar umpatan, kedua-duanya sama sekali tidak diizinkan Allah. Apa yang kita dengar akan jadi santapan rohani kita. Yang sia-sia atau manfaat, kata2 puji atau keji..semuanya akan corakkan peribadi kita.

Makanan itu kesannya di perut. Ada yang berzat dan ada yang tidak. Yang didengar pula kesannya di hati. Amat bahaya jika yang dihadam oleh hati kita adalah sesuatu yang memudharatkan hati kita.

Lidah yang tak de "skeletal"(tulang) ini bisa lahirkan insan pendendam..bertambah musuhnya, hati terguris dan macam-macam lagi. Sebab itu Allah suruh kita jaga lidah..dalam proses untuk JAGA HATI. Akhirulkalam...wassalam.

8.59PM--End--[[Idea oleh: Ustaz Sulaiman Bin Bakar]]
_Kuliah Maghrib-Isyak @ Masjid Jamek Gerik_

Lagu ni best...^_^...penuh makna..M.A.N.I.Skan telinga..dan hati..:)

M.A.N.I.S - Nahwan Nur

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

2 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah...terima kasih atas peringatan dan perkongsian.

zati_nadia berkata...

walhamdulillahirabbil'alamin..

same2..jazakillah juga atas kunjungan..