Ahad, 30 Ogos 2009

[Harapan Ramadhan] : Ku Harap Rahmat MU...


Bismillahirrahmanirrahim...

Kuliah Subuh: Ahlan Ya Ramadan Kareem

Alhamdulillahirabbil'alamiin...


Kita rafa'kan kesyukuran yang tidak berbelah bagi ke hadrat Ilahi atas izin Allah mengumpulkan kita bersama-sama pada majlis ilmu pada pagi ini. Hari ini, masuk hari ke-9 Ramadhan, berbaki sehari lagi untuk fasa pertama Ramadhan. Fasa untuk beroleh rahmat dari Allah s.w.t. Sepanjang 8 Ramadhan yang telah berlalu, kita dikhabarkan dengan berita-berita kematian saudara-saudara kita termasuklah seorang Pakar Ekonomi, Senator Prof Dato' Dr Ismail Md Salleh yang menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura baru-baru ini. Mungkin juga kita dikejutkan dengan khabar-khabar kematian ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat taulan di tengah-tengah kesibukan kita memeriahkan pesta ibadah pada bulan penuh kemuliaan ini. Inilah Ramadhan terakhir buat saudara2 kita yang telah meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya dan Alhamdulillah tidak terhingga kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki ibadah2 yang banyak cacat celanya ini.

Alhamdulillah...kita diberi kekuatan diri untuk melangkah ke majlis ini di saat mata2 meminta dipejamkan dek kerana "santapan sahur". Istimewanya umat Muhammad bukan cuma pada zahir tetapi dengan kelebihan-kelebihan yang Allah beri berbanding umat-umat terdahulu. Maha Pemurahnya Allah yang mengurniakan pahala pada tiap2 tidur orang berpuasa. Tapi seringkali hamba yang lupa diri ini berlebih-lebihan tidurnya konon mahu peroleh pahala sedangkan banyak tanggungjawab yang terabai.

Fasa 1: Rahmat Allah
Jom kita muhasabah dan koreksi nilai 8 hari puasa yang telah berlalu. Yakinkah kita segala amal2 soleh yang tidak tentu keikhlasan ini bisa buatkan kita peroleh rahmatNya?

Bulan puasa sememangnya terkenal dengan bubur lambuk yang menjadi juadah berbuka di kebanyakan masjid2. Lalu disebarkanlah kepada penduduk2 sekitar agar membawa bersama "tupperware"2 untuk diisi bubur lambuk terus dari kawah yang masih panas. Boleh jadi "tupperware"nya berbagai2 saiznya. Dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar baldi...almaklumlah...ahli keluarganya ramai...mana cukup bekas kecik2 nie..Maka pihak "pengurusan" bubur lambuk berpesan.."isi penuh2 ya dalam bekasnya..kasi mampat gitu..".^_^.

Mungkin inilah situasi 'standard' yang berlaku bila Ramadhan hadir. Kita jadikan ini sebagai analogi..

Bubur lambuk - RAHMAT ALLAH
Tupperware - TAKUNGAN AMAL

Telah dijanjikan..rahmat Allah akan membanjiri fasa pertama Ramadhan. Maka beruntunglah bagi hamba-hambaNya yang menyediakan "takungan amal" yang sebesar-besarnya untuk menadah sebanyak mungkin rahmat Allah.
1. SHAHRU 'AZIM
Terima kasih juga Allah kerana memberikan kita hadiah yang agung, Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan punya pelbagai keagungan dan berbahagialah orang mukmin yang berlumba-lumba meneroka bulan penuh barakah ini. Pada bulan ini, Allah menganugerahkan kita 2 nur (cahaya) sebagai penyelamat kita daripada 2 zulmat (kegelapan). Zulmat di kubur dan di neraka.

Ajaibnya Ramadhan yang buatkan pahala2 amal kita berganda-ganda. Hanya Allah selayaknya memberikan ganjaran sebanyak manapun yang Dia mahu.
2. SHAHRU NUZURILQUR'AN
Kawan-kawan..tempatkan Al-Quran di ruang hati kita dan amal dengan akhlak Al-Quran. Di kala Ramadhan ini, riuhkan rumah kita dengan alunan ayat-ayat cinta Agung ini. Jangan biarkan ia sunyi sebagaimana sunyinya kuburan. Jangan biarkan rumah kita terisi dengan meriahnya rancangan2 tv yang melalaikan.

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah" (Hasan al-Banna)
3. SHAHRU SHIYAM
Puasa! JANGAN TIDAK-TIDAK! Jadikan puasa kita yang sebenar-benar puasa.
4. SHARU QIYAM
Imam Hasan al-Banna berpesan kepada anak-anak usrahnya agar mengucapkan selamat tinggal buat teman-teman di saat Ramadhan hampir tiba. Pesanan ini tiada lain menggambarkan begitu istimewanya Ramadhan sebagai bulan untuk mempertingkatkan kuantiti juga kualiti tiap-tiap amal fardhu dan sunat. Kesibukan mendekatkan diri seintim-intimnya dengan Allah swt di bulan Ramadhan hingga ke tahap "tidak berkesempatan" bermesra-mesra dengan sahabat2. Begitulah yang dimaksudkan oleh Hasan al-Banna di sebalik ucapan "selamat tinggal".
5. BULAN DILUASKAN REZEKI

Rezeki itu sumbernya dari Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan insan-insan yang ghairah mencari rezeki sehingga amal-amal sunat khusus bulan Ramadhan diabaikan. Bersyukurlah kita kerana punya nikmat juadah iftar yang lebih dari cukup berbanding saudara2 kita yang bingung memikirkan "mahu berbuka dengan apa?" berbanding kita yang jenuh untuk memilih "mahu berbuka di mana?"

Jika mahu dihuraikan kelebihan-kelebihan Ramadhan..pastinya kita tidak mampu menghabiskannya kerana ia punya rahsia tersendiri dan hanya Allah Yang Maha Tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat-sahabatku...berusahalah kita untuk me'nyah'kan keculasan yang mungkin ada pada hari2 puasa Ramadhan yang berbaki. Kita tiada upaya mengulang kembali hari-hari Ramadhan yang telah berlalu. BERJUANGLAH! BERJIHADLAH menjinakkan nafsu kita selagi Ramadhan tidak meninggalkan kita. Moga-moga..nafsu yang terdidik pada bulan istimewa ini menjadikan kita graduan Ramadhan kelas pertama! InsyaAllah... ^_^..

p/s: Selamat Berjuang untuk FASA ke-2!!!Chiyooo'!! Sama2 harap KEAMPUNAN-NYA.

[Diolah dari Kuliah Subuh oleh Ustaz Muhammad Khairul Basri b Osman @ Masjid Jamek Gerik..]

30 Ogos 2009 _ 9 Ramadhan 1430H

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Rabu, 26 Ogos 2009

.:. _ Spirit of TAQWA _ .:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Shahru RAMADHAN...bulan diturunkan AL-QURAN juga bulan memantapkan TAQWA insan. Ramadhan tidak sempurna tanpa puasa dan puasa tiada makna tanpa penghayatan Al-Qur'an. Ramadhan, puasa dan al-Qur'an punya hubungan yang tidak boleh dipisah-pisahkan demi menggapai TAQWA yang diidam-idamkan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA". [2.Al-Baqarah:183]

"(Yaitu) Al-Qur'an dalam bahasa Arab, tidak ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka berTAQWA". [39.Az-Zumar:28]

Ada individu yang istiqamah dalam menilai diri sebagai hamba Allah. Istiqamahnya terlihat secara zahiriah dengan terjaganya solat 5 waktu sehari semalam. Ada pula yang memperbaharui nilai hamba dalam diri pada setiap kali penghulu hari..Jumaat. Sesetengah yang lain menjadikan ma'al hijrah, maulidurrasul, isra' mikraj dan hari-hari yang sinonim dengan umat Islam sebagai hari untuk berubah.

Ramadhan yang tiba setahun sekali juga selayaknya jadi 'madrasah' untuk membentuk diri sebagai 'abdi Ilahi..muslim, mukmin dan muttaqin yang sebenar-benarnya. Allah s.w.t hadirkan Ramadhan sebagai hadiah yang sangat luar biasa.


Pasti semua mengakui akan kehebatan Ramadhan. Bulan yang menjadikan seorang yang suka berbohong menjadi jujur..buatkan seorang yang "mulutnya tak de insurans" hanya menuturkan kata2 yang baik..dan yang selama ini "tangkai jering" jadi sangat dermawan. Subhanallah...hebatnya hadiah agung ini.

Yang bernama muslim seolah-olahnya dibius cinta ibadah. Rasa suka untuk korbankan apa sahaja semata-mata untuk dapatkan PUASA YANG DITERIMA.

Sentuhan hati yang suci adalah kunci TAQWA. Puasa hanya sekadar fizikal dan ritual..bukan dari hati yang suci bersih tidak dapat melahirkan TAQWA. Seterusnya..ditanya lagi pada diri, bagaimana mahu mendapat hati yang suci? Salah satu cara dari 1001 cara yang ada ialah IQRA'!! Bacalah.. Bacalah Al-Qur'an dan mudah-mudahan, sucilah hati yang penuh kekotoran ini dengan suntikan Al-Qur'an.

TAQWA! TAQWA! TAQWA!

Apa yang penting sangat TAQWA ini sehinggakan terdapat tidak kurang 158 ayat2 Quran berkisar tentang taqwa? Tidak bolehkah kita beramal saja? Apa beza amal dengan taqwa dan amal tanpa taqwa?

Insan yang suka beramal tanpa mengira muslim atau tidak, pandangan manusia melabelkannya sebagai "orang baik-baik" tetapi nilaian Allah tidak begitu. Amal kita sia-sia jika tidak bersandarkan taqwa. Begitulah juga puasa. Puasa yang lahir kerana rasa takut murka Allah, harap redhaNya, sedar diri hamba kepada Raja segala raja, puasa sebeginilah yang melambangkan taqwa seorang hamba. Jika amal bersandarkan taqwa, biarlah apa pun pandangan manusia, pandangan Allah lah yang patut diambil peduli.

Bagaimana pula puasa melahirkan INSAN TAQWA?
  1. Berbeza dengan solat, zakat dan haji, puasa adalah amal yang hakikatnya "tidak kelihatan". Keaslian puasa hanya "yang berpuasa" dan Allah saja yang tahu. Mungkin saja di khalayak kelihatannya seseorang itu berpuasa tetapi jika sendiri, sebaliknya yang berlaku. Di sinilah letaknya prinsip puasa. Ia mendidik individu agar ikhlas dalam beribadah. Kata lainnya, kita berpuasa bukan mahu dilihat-lihat dan dipuji-puji manusia lain kononnya kita ini patuh suruhan Allah.
  2. Puasa juga mengawal nafsu yang liar. Menahan diri dari keinginan2 yang didorong hawa nafsu. Disiplin diri tidak sekadar pada mengawal kuantiti isi perut tetapi mengawal diri dari segala apa yang mungkar di mata Allah.
  3. Puasa mengajar kita untuk berkata "TIDAK!" pada segala godaan. Kita mampu berkata tidak pada sesuatu yang asalnya dibenarkan iaitu makan. Jadi, seharusnya kita lebih mampu untuk berkata tidak pada sesuatu yang sememangnya dilarang. Di situla letaknya TAQWA.
  4. Semangat taqwa juga hadir bila kita rasai kesusahan insan lain. Kita mungkin mewah seumur hidup yang kita ada. Tidak pernah rasa susahnya mencari sesuap rezeki. Berlapar dahaga buatkan kita punya sama rasa dengan insan yang dibelenggu kemiskinan tanpa makanan yang jadi asas hidup. Puasa memerdekakan diri dari PENTINGKAN DIRI dan RASA KE'AKU'AN.
  5. Kebahagiaan TAQWA itu juga letaknya pada hubungan yang baik dengan YANG MAHA PENCIPTA dan insan2 lainnya. Keakraban sesama muslim itu kembali segar bila Ramadhan membuka tirainya. Saling bertukar juadah berbuka sesama jiran dan solat terawih pada malam harinya bukan sahaja menjernihkan hubungan sesama manusia tetapi juga dengan Allah Yang Esa.
SALAM RAMADHAN! v(^_^)v


.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Khamis, 20 Ogos 2009

SYOKNYA RAMADHAN!! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

Kuliah Maghrib-Isyak @ Masjid Jamek Gerik _ 11 Ogos 2009_21 Syaaban 1430H, 8.01PM

Al-Fatihah...

Alhamdulillah..kita diberi nikmat SIHAT yang buat kita mampu berada di sini. Manusia cari rezeki di dunia jangan sampai ke tahap pekerjaannya jadi haram! Buat bapa-bapa..mencari nafkah itu amanah yang wajib ditunaikan. Tapi, kelalaian dalam meneguhkan solat buatkan nafkah yang diperoleh itu hilang barakah. Kerja jadi sia2 jika solatpun terabai. Sikitpun tiada keberkatannya walau secara zahirnya kita lihat kerjaya itu HALAL secara terang-terangan! Usah kita jadi hamba kepada rezeki yang Allah beri hingga abaikan amal ibadat yang patutnya kita berkobar-kobar mahu laksanakan. Dunia yang dipinjam Allah ini hakikatnya tidak boleh diseimbangkan dengan akhirat. Dunia akhirat bukan 50-50..tapi selayaknya..akhirat dilebihkan berbanding dunia. Barulah semuanya mengikut apa yang Islam gariskan.


Gembira menjelang Ramadhan. Berbagai-bagai niat yang baik dipasang sebelum Ramadhan tiba. Niatnya mahu khatam al-Quran, mahu tahajud, mahu konsisten tarawihnya tiap2 malam etc. Tahniah buat insan yang rasa GEMBIRA untuk menerima kehadiran "THE MOST SPECIAL MONTH", Ramadhan al-Mubarak. Benar.. NIAT ORANG MUKMIN ITU LEBIH BAIK DARI APA YANG DIPERBUATNYA..dan ingat selalu...niat tak menghalalkan metodnya..caranya.

Kita datang ke majlis ilmu ini juga bergantung atas niatnya. Saat melangkah ke ruang masjid..niat kita boleh jadi macam2..sekadar mengutip ilmu Allah yang pastinya tidak akan habis..mahu sebarkannya kah? Jika mahu disebar...hati2 dengan niatnya! Bimbang jika rasa ingin berkongsi itu hanya bertujuan untuk buat orang lain takjub atas diri yang menyebar atau si penyebar benar2 ikhlas mahu berkongsi ilmu Allah. Soal keikhlasan hati ini amat sulit tapi sudah semestinya..selepas kesulitan itu PASTI ada kemudahan..Jangan asbab sukarnya mahu dicapai tahap ikhlas ini..sewenang-wenangnya kita jadikan ia alasan untuk tidak beramal.

Ibu2..bapa2 sekalian, anak2 remaja kini perlu disuruh. Mereka jadi statik bila tiada aturan jadual. Aktiviti anak2 yg tinggal di asrama dikawal oleh jadual, jadi begitu jugalah di rumah. Jadual ni bukan bermakna kita mahu bentuk ikut skema kita sebaliknya ia sebagai alat utk bentuk diri anak2 jadi insan yang manfaatkan masa yang ada sepenuhnya. Paksaan untuk bertarawih mudah2an kelak membuahkan kerelaan.
Fadhilat Ramadhan
"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu & pembeza (antara yang benar dan yang batil)..."[2.Al-Baqarah:185].

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu2 syurga & ditutup segala pintu neraka & diikat segala syaitan."(Dari Abu Hurairah, H.R Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad & Baihaqi)

8 pintu2 Syurga dibuka. Inilah tanda Maha Kasih Allah akan hamba-hambaNya yang taat melaksanakan perintahNya.

7 pintu2 Neraka ditutup. Yazid Arraqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Kata Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW, "Api neraka itu ada 7 PINTU, tiap2 pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki & perempuan". Baginda lalu bertanya, "Apakah pintu2nya bagaikan pintu2 rumah kami?" Jibril menjawab, "TIDAK, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu lebih bawah, lebih panas). Wallahu'alam..

"Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah (penyeksa orang2 yang berdosa)"[96.Al-'Alaq:18]

Zabaniyah ialah Malaikat yang SANGAT SANGAT MENGGERUNKAN! Mungkin Malaikat ini tidak sepopular Malaikat Jibril dan Izrail. Ingat! Popular atau tidak, yang penting, ketaatan malaikat2 yang tidak berbelah bagi kepada Allah azzawajalla buatkan segala apa yang ditugaskan dilaksanakan dengan sangat sempurna. PERFECT! Malaikat Mikail pemimpin bagi Malaikat Zabaniyah.

Ketika peristiwa Isra' Mi'raj, Rasulullah saw dengan ditemani Malaikat Jibril a.s. melewati Sidratul Muntaha dan dipamerkan Syurga. Ini buatkan Rasulullah melangkah masuk ke Syurga. Allah juga mempamerkan Neraka dan sudah tentunya Nabi SAW tidak memasukinya sama sekali. Tibanya Rasulullah saw dan Jibril a.s. disambut dengan hormat oleh Malaikat Zabaniyah. Ia berdiri dan mengucap salam..dan senyumnya hanya "sedikittttt" je. Sebabnya, Malaikat Zabaniyah sangat garang. "Wajah"nya sikit pun tak "friendly". Ustaz menegaskan di sini..Malaikat Zabaniyah yang sudah tentunya taat kepada Allah pun memuliakan Nabi Muhammad SAW. Jadi, iktibarnya di sini...kita..sebagai "follower" Baginda..wajib memuliakannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Setiap amalan anak Adam baginya, melainkan PUASA, maka ia untukKu & Aku akan membalasnya. ... maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pd hari Qiamat daripada bau kasturi" (Dari Abi Soleh Az-zayyat, dari Abu Hurairah, H.R Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban & Baihaqi)

Sisi hati yang gelap sering membisikkan sesuatu yang menjauhkan diri kita dari Allah. Selain nafsu...Syaitan lah yang memberi sokongan padu ke arah kemungkaran. Musuh abadi kita ini akan ikut kita pada tiap tarikan dan hembusan nafas kita dan syaitan itu mampu memasuki aliran darah jasad kita.

Soalnya, mengapa masih ramai yang masih mengamalkan mungkar walau Syaitan di"ikat" pada bulan Ramadhan??

Huraiannya...

1. Yang diikat hanya SYAITAN2 YANG "BESAR2". Syaitan yang kecil2/ halus2 tak diikat.

2. Syaitan tidak diikat dalam makna kata sebenar tetapi Syaitan jadi lemah untuk merasuk orang2 yang berpuasa.

3. Syaitan tidak mampu menghasut orang mukmin yang sahih puasanya. PUASA SAHIH = Berpuasa bermula subuh hingga maghrib..tidak minum, tidak makan, tidak mengumpat, tidak mengadu domba. Selainnya..Syaitan masih mampu menghasut.

4. Syaitan diikat tetapi dalam diri masih ada nafsu amarah. Dalam jangka masa 11 bulan antara 2 Ramadhan, tabiat2 buruk buatkan diri sudah terbiasa melakukan mazmumah..mengumpat, tidak solat, pakaian ketat..etc. Bila yang buruk2 dah sebati dalam diri..hati kotor..jadi..susah nak sucikan kembali.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayuh sahabat2..jom kita pupuk rasa "excited"..berkobar-kobar menyambut RAMADHAN.
  • Konsisten solat sunat Tarawih
  • Rapatkan jiwa dengan Al-Quran, khatam sedaya yang boleh.
  • Do'a dalam tiap ketika
  • Ikhlas hati berbakti kepada mak ayah
  • Mantapkan yang fardhu
  • Tingkatkan solat2 sunat (Taubat, Hajat, Tahajjud, Dhuha).
  • ..ringkasnya..perhebatkan amal yang makruf..abaikan segala yang mungkar!
((End---8.48PM))

Nasihat RAMADHAN [,, ^_^ ,,]..

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Selasa, 18 Ogos 2009

..Erti Syukur..

Bismillahirrahmanirrahim..

Infiniti terima kasih buat Yg Maha Pemberi Rezeki. Hati tersentuh bila dengar imbauan kisah seorang insan..

'Bangun pagi2..tolong ayah menoreh getah..balik rumah..siap2 ke sekolah..ayah bagi duit buat belanja...10 sen..ke sekolah jalan kaki..begitulah rutinnya'
[Kisah yg berlaku sebelum diri ini wujud]

Allah beri kita kelebihan agar kita bersyukur,
Allah beri kita kekurangan agar kita bersyukur.
Allah beri apa yang kita perlu..bukan apa yg kita mahu..kerana Allah Maha Tahu!

Hari ini kita sedih..mungkin esok kita gembira.
Yg harus disemat, bahagia yg hakiki letaknya pd diri yg sarat taqwanya. Bahagialah bagi jiwa2 yg tenang..sabar walau apapun ujian Ilahi& Syukur dengan kurangnya diri..
Syukur bukan bererti LEMAH lantas BERSERAH pd diri..tapi, erti syukur..
KUAT lantas BERSERAH HANYA PD NYA!

Nikmat Tuhan yg mana hendak aku dustakan?!!

P/s bila ku diuji, seolah2 inilah dugaan terhebat tp bila kuperhati pd insan lain, baru kusedar.. masih ada ujian yg lebih hebat lantas ku kenal ERTI SYUKUR..:-)

Sabtu, 8 Ogos 2009

(:Penawar Bagi Hati:)

Bismillahirrahmanirrahim...

8 Ogos 2009_17 Syaaban 1430H @8.04PM


Alhamdulillah..dapat sama2 kita berkumpul pada malam ini dalam halaqah ilmu. Mudah-mudahan yang menyampaikan ilmu, yang menadah ilmu, yang mendengar ilmu dan yang minatkan ilmu..semuanya dianugerahkan hidayah dari Allah Yang Maha Agung..InsyaAllah.

Pertengahan Syaaban ini tandanya Ramadhan bakal tiba. Beruntunglah bagi sesiapa yang merebut tawaran, bonus, dividen, durian runtuh atau apa sahaja umpama buat pahala2 berlipat ganda yang Allah khaskan buat bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak. Juga..teramatlah ruginya bagi sesiapa yang langsung tiada rasa minat untuk merebut ganjaran Allah ini..SANGAT SANGAT RUGI!

Selawat dan salam kasih sayang buat junjungan besar, Muhammad Rasulullah SAW. Gandakan penghayatan selawat kita, mudah-mudahan, dengannya, kita beroleh syafaat Baginda SAW..yakni pada hari di mana tiada lagi pertolongan.

[TELINGA]

Peliharalah telinga kita dari mendengar yang haram. Manfaatkan nikmat yang satu ini. Gunakan ia untuk keuntungan kita. Jangan sama sekali salah guna anggota ini. Kelak kita dikata...KUFUR NIKMAT YANG DIBERI PERCUMA!



Telinga buat kita punya nikmat pendengaran. Jadi, bagaimana mahu bersyukur? Apa bukti dan tanda syukur kita?

Pelihara dari mendengar yang haram..dengarlah perkara2 yang disukai oleh Cinta Agung kita..Allah swt. Jika yang dilarang pun didengar...alangkah tidak bersyukurnya kita yang perasan diri beriman!

[GHIBAH aka MENGUMPAT]

<..bukan bulan puasa jer..bulan2 tak puasa pun tak boleh mengumpat tau..>>

Contoh yang biasa tapi LUAR BIASA buat INSAN YANG MENJAGA LIDAH...MENGUMPAT!
Tak lama lagi Ramadhan bakal tiba..dan semestinya Syawal menanti di hujungnya. Lazimnya..bila nak raya..ketupat jadi juadah tradisi. Tapi, yang tak bestnya...ketupat berdaun kelapa tidaklah banyak sangat hasilnya..sebaliknya, "ketupat" yang bersumberkan "air liur" pula bertambah2. Itulah antara yang dikategorikan sebagai dosa besar..MENGUMPAT.



"Wahai ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JAUHILAH DARI PRASANGKA, sesungguhnya SEBAHAGIAN PRASANGKA ITU DOSA, dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN dan JANGANLAH ada di antara kamu yang MENGUMPAT SEBAHAGIAN YANG LAIN. Apakah ada di antara kamu yang suka MEMAKAN DAGING SAUDARANYA YANG SUDAH MATI? Tentu kamu merasa jijik. Dan BERTAQWALAH kepada Allah, sungguh Allah MAHA PENERIMA TAUBAT, MAHA PENYAYANG." [49.Al-Hujuraat:12]

Ayat simbolik yang menegaskan, PENGUMPAT sangat dikecam dan dimurkai Allah dan rasulNya. Menurut sesetengah riwayat juga..pada bulan Syaaban, "buku" amal kita akan diangkat kepada Allah SWT. Namun, amat malang jika...

"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga GHIBAH (MENGUMPAT). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Inilah amaran keras malaikat penjaga langit pertama. Pada langit pertama inilah "OPSS! MENGUMPAT" terlaksana. Mahukah kita dipukul dengan amalan yang kita rasa cukup sempurna gara2 umpatan kita buat saudara2 kita yang lain? "TAK MAHU!!!". Sudah tentu itulah jawapan "standard" tidak kiralah kita nie rajin beramal atau sebaliknya. Sayangnya...dalam sedar atau tidak..SYAITAN "BENGONG" dan agennya..NAFSU kita tidak putus berusaha menukar jawapan itu kepada "MAHU!". Amat kasihan sekali diri ini jika mengikut jejak langkah "bengong" syaitan. Na'uzubillahiminzalik! Jadi..jangan sesekali timbul rasa bangga dengan solat2 sunat...amal 'iktikaf dan segala kebajikan yang kita lakukan sedang dalam masa yang sama kita tak kecualikan diri kita dari SIDANG MENGUMPAT.

Harap kita dijauhkan dari menjadi "bengong" dengan umpat keji dan mudah2an kita tergolong dalam golongan DIRI2 YANG BERAJAKAN MALIKUL MALIK YANG ESA. Dengan KEBERKATAN RAMADHAN juga..doakan agar kita terhindar dari PUASA SIA-SIA.

Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” [Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5376]

"Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga" [Sabda Nabi s.a.w]

Pantangkan mazmumah pada lisan kita. Bulan puasa adalah bulan yang Allah taburkan rahmatNya.

(Buah Tangan Ramadhan..^_^..^_^..)

+ "Butakan" mata dari melihat yang haram.
+ "Bisukan" lidah dari menyebut yang dilarang.
+ "Pekakkan" telinga dari mendengar yang tak patut.
+ "Cacatkan" kaki tangan dari melakukan yang mungkar.
+ MERIAHKAN HATI dengan TAKUT dan HARAP...TAKUT dengan "keyakinan melampau" terhadap ibadat yang kita lakukan..dan HARAP moga2 dengan ibadat kita yang pasti banyak kurangnya diterima Allah.

[NAMIMAH aka MENGADU DOMBA]

MENGADU DOMBA ini adik-beradiknya MENGUMPAT. Melibatkan sebarang perkataan yang tak baik.

"CELAKALAH bagi setiap PENGUMPAT dan PENCELA" (104.Al-Humazah:1)

Menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: PENGUMPAT dan PENCELA ini termasuklah orang yang HOBINYA MENGADU DOMBA, ANTI-KASIH SAYANG (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

[Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas dan banyak dosa, yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal dengan kejahatannya] -68.Al-Qalam:10-13-

_______________________________________________

Lain-lain yang seangkatan dengan umpatan dan adu domba yakni termasuk dalam perkataan yang sia-sia ialah:

..Bid'ah..tahyul..nombor ekor..berbantah-bantah..suara wanita..

Banyak yang perlu diperincikan untuk pencerahan terhadap kefahaman kita tentang soal menjaga pancaindera kita ni..


HIBURAN. Zaman ini, muzik seolahnya suatu kemestian. Buka TV..muzik! Radio..muzik! Dalam kereta..muzik! Dalam bas..muzik! Telefon..muzik! Kenduri..muzik! Tempat kerja..muzik! Di pasar raya, pasar malam..jual jagung..jual kain..muzik juga! Dalam kereta..."volume"nya buatkan tahi telinga pun boleh terkejut..meronta2 mahu keluar..tak sanggup nak menanggung azab muzik yang melampau. Dahulunya..telefonnya berdering.."KRINGGG!!!" tapi kini macam-macam bunyi ada..binatang pun tak ketinggalan menyumbangkan suaranya. Yang memotong..ber"OH FATIMAH". Yang dikesalkan...kekusyukan solat para jemaah sering tergugat dengan deringan "handset" yang memanggil2 tuannya, pinta diangkat. Tidak hairanlah kalau ada yang SOLAT sambil berdangdut!

Muhasabah secara "matematik"nya..1 jam sehari dihabiskan dengan muzik.
  • 1 minggu = 7 jam.
  • 1 bulan = 30 jam.
  • 1 tahun = 356 jam.
  • 10 tahun = 3560 jam.
..dan begitulah seterusnya. Itu baru diandaikan 1 jam..kalau lebih dari itu..lain pula hasilnya.

Nasihat ustaz...JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM BERHIBUR..kerana ia bawa kesan dalam qalbu kita. Bila qalbu sering diisi dengan hiburan melampau..segala yang berkualiti dan baik susah diterima. Nur, ilmu, hidayah sukar nak menjengah hati kita yang "gelap gelita". Yang baik musuhnya yang tak baik. Dua yang bermusuh ini tidak akan aman dalam rumah "hati" yang sama. Itu sebabnya hati tak tenang bila yang mahmudah dikotori dengan yang mazmumah.
KISAH IMAM SYAFI'E
Imam Syafi'e mengadu kepada gurunya tentang masalahnya. Pada satu ketika..Imam Syafi'e sukar mengingat apa yang telah dihafalnya. Gurunya menasihatkannya..TINGGALKAN MAKSIAT..sesungguhnya ilmu itu nur dan cahaya tak dapat terangi hati yang gelap dengan kekotoran maksiat.

Apa yang menyumbang kepada HATI KOTOR? Tentunya..segala apa yang dilakukan pancaindera termasuk penglihatan..pendengaran..fikiran kita. Minta-minta kita dijauhkan dari HATI YANG MATI. Orang yang mati boleh diusung ke kubur..tapi hati yang mati bagaimana pula..kubur pun malu nak terima!

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, BAHKAN LEBIH KERAS. Padahal batu-batu itu pasti ada sungai2 yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan ALLAH TIDAKLAH LENGAH TERHADAP APA YANG KAMU KERJAKAN."[2.Al-Baqarah:74]

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab HATI MATI salah satunya..menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

Sheikh Ibni Athoillah Iskandari pula dalam kalam hikmahnya mengatakan:

[Sebahagian daripada tanda MATI HATI itu ialah jika TIDAK MERASA DUKACITA (kecewa) kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa]

Tinggal solat..mengumpat dianggap biasa..relaks dan slumber je bila mengumpat. "ZERO KETAKUTAN" sedangkan ia DOSA BESAR!!

Sememangnya..hiburan itu fitrah buat manusia. Islam tidak melarang untuk berhibur tapi ada "guideline"nya. Kita tiada upaya untuk bina benteng kalis bunyi semata-mata nak lindungi diri dari terdedah dengan hiburan muzik. Baiknya..hiburan muzik itu biarlah yang beri kita keinsafan atas segala khilaf kita. Guna ia untuk kita dekat dengan ALLAH.

Ada antara kita yang mendengar lagu "PERGI TAK KEMBALI" tapi tak persiapkan diri kita untuk "pergi". Ada yang khusyuk mengalunkan lagu2 rohaniah tapi solat pun tidak. Hiburannya tiada rasa...hanya sampai ke gegendang telinganya..tidak di hati.

Para ahli masjid sekalian...kita beramal nie bukan sekadar mengikut. Ikutan kita biarlah dengan ILMU. Allah perintahkan kita menuntut ilmu. Tiada istilah "aku makan garam dulu" dalam menuntut ilmu. Kita wajar tuntut ilmu hatta dari anak kecil sekalipun! Jangan kita tertipu. Agama ni bukan main ikut suka hati, bukan ikut logik akal. Jika mahu diikutkan logik akal, kucing peliharaan di rumah selayaknya jadi santapan kita kerana bersihnya ia berbanding ayam. Tapi yang nyata, ayam itu halal dan kucing itu haram.

Dalam aspek memelihara pendengaran, Imam Al-Ghazali dalam kitabnya (Ihya Ulumuddin) menyatakan, yang diharamkan dari bercakap tentangnya..begitulah juga dilarang untuk mendengarnya. Maknanya, mengumpat atau mendengar umpatan, kedua-duanya sama sekali tidak diizinkan Allah. Apa yang kita dengar akan jadi santapan rohani kita. Yang sia-sia atau manfaat, kata2 puji atau keji..semuanya akan corakkan peribadi kita.

Makanan itu kesannya di perut. Ada yang berzat dan ada yang tidak. Yang didengar pula kesannya di hati. Amat bahaya jika yang dihadam oleh hati kita adalah sesuatu yang memudharatkan hati kita.

Lidah yang tak de "skeletal"(tulang) ini bisa lahirkan insan pendendam..bertambah musuhnya, hati terguris dan macam-macam lagi. Sebab itu Allah suruh kita jaga lidah..dalam proses untuk JAGA HATI. Akhirulkalam...wassalam.

8.59PM--End--[[Idea oleh: Ustaz Sulaiman Bin Bakar]]
_Kuliah Maghrib-Isyak @ Masjid Jamek Gerik_

Lagu ni best...^_^...penuh makna..M.A.N.I.Skan telinga..dan hati..:)

M.A.N.I.S - Nahwan Nur

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Rabu, 5 Ogos 2009

[[PADA SUATU MALAM...]]

5 Ogos 2009 ~ 15 Syaaban 1430H @8.07PM...

Bismillahirrahmanirrahim...

[Tazkirah oleh Ustaz Fahmi @ Masjid Jamek Gerik]

Alhamdulillah..syukur atas kesempatan dan kelapangan yang Allah s.w.t beri kepada kita pada malam penuh barakah ini.


Hadis Nabi s.a.w berkenaan malam Nisfu Syaaban:

"Allah melihat kepada makhluk-Nya pada MALAM NISFU (pertengahan) Sya’ban lalu mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bertikai."

[Dikeluarkan oleh sejumlah Imam Ahli Hadis dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albany dari seluruh jalannya (Silsilah Ahâdîts As-Shohîhah, no. 1144 dan risalah "Husnul Bayân fimâ Warada fi Lailah An-Nishf min Sya’bân" karya Masyhûr Hasan Salmân).]

Sebahagian muhadisun mengatakan hadis ini sahih dan sebahagian yang lain mengatakannya bertaraf hasan. Wallahu'alam...

Ustaz menghuraikan..pada malam NISFU SYAABAN ini, Allah 'muncul' dalam erti kata, Allah menurunkan malaikat untuk membawa rahmatNYA untuk sesiapa sahaja hambaNya yang menghidupkan malam ini. Jadi, setiap insan yang berDOA pasti dimakbulkan dan yang mengikrarkan taubat..pasti diAMPUNkan olehNya..insyaAllah..sememangnya Allah Maha Pengampun tidak mengira masa..^_^..Namun! Pasti syaratnya..JANGAN SYIRIK dan JANGAN BERBALAH SESAMA INSAN.

Wahai saudaraku yang masih punya oksigen! Walau berbagai percanggahan pendapat dalam menentukan taraf kesahihan hadis2 berkaitan Nisfu Syaaban..ingat selalu..hidayah Allah itu tiba tak mengira waktu. Mungkin saja malam ini bisa menjadikan prestasi iman kita jatuh menjunam dan berkemungkinan juga..malam ini punya berkatnya buat hamba-hamba Allah yang terpilih. Teruskan berdoa..dan kukuhkan diri dengan IQRA' dan tadabbur jantung hati Al-Quran..Yaasin. Mudah2an dengan muhasabah dan mujahadah yang ikhlas pada malam ini..akan lahir seorang insan yang semakin mantap taqwanya.


AYUH muslimin muslimat yang dikasih Allah..mari kita berdoa moga2 kita disimpangkan daripada segala musibah...dihindarkan dari makhluk bernama H1N1. Sebesar2 ombak tsunami..sekecil2 Virus Influenza A H1N1 yang hanya terlihat menerusi teleskop elektron..masing2 makhluk ciptaan Allah. Hanya kepadaNya tempat kita panjatkan doa, merayu rahmatNya, agar SUBUH ESOK, terbangunnya insan yang segar bugar dengan JIHAD melawan segala hembus goda hawa nafsu. Dipohon juga agar amal2 selama kita duduk, baring dan berdiri di muka bumi ini diterima oleh Allah s.w.t. JUGA!..alangkah indahnya bila segala amal yang diangkat kepada Allah saat jasad rohani kita berpuasa, berzikir dan asyik dengan alunan Al-Quran.:) Subhanallah..Alhamdulillah..Laailahaillallah...Tiada daya melainkan daya dan kekuatan Ilahi..Mudah2an kita semuanya tak sepi dari KASIH ALLAH..CINTA HAKIKI..dan SULUHAN REDHANYA..amin.


p/s: Malam Nisfu Syaaban ke..malam minggu ke...ape yang penting! Sentiasa perhebatkan malam2 yang Allah kurniakan buat kita..mana lah tau..mungkin MALAM INI MALAM TERAKHIR BUAT KITA..~_~..Dari DIA KITA DATANG..Hanya kepadaNYA kita AKAN KEMBALI..either we are WELL PREPARED OR NOT..detik mati PASTI TIBA!

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.