Selasa, 28 Julai 2009

.:Amanah itu "Responsibility":.


Bismillahirrahmanirrahim...

[33.Al-Ahzab:72]
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan AMANAT kepada LANGIT, BUMI dan GUNUNG2; tetapi semuanya enggan untuk memikul AMANAT itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh,"

Sebagai pembuka..diceritakan kisah perbualan antara Rasulullah s.a.w dan seorang Arab Badwi tentang akhir zaman. Ditanyakan kepada Rasulullah al-Amin...Bila berlaku hari QIAMAT?. Berulang-ulang kali soalan ini diutarakan tapi tidak segera dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Setelah berkali2 disoal, akhirnya Rasulullah berpaling ke arah Arab badwi lalu bertanya kembali soalan tersebut. Jawapan diberi...

"TANDA2 QIAMAT itu adalah bila AMANAH itu disia-siakan".

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Rasulullah..lalu arab badwi itu bertanya lagi, "Bagaimana ia DISIA-SIAKAN?

Jawab Baginda s.a.w, "Apabila AMANAH atau SESUATU URUSAN dipertanggungjawabkan kepada ORANG YANG BUKAN AHLInya..tunggulah HARI QIAMAT ITU AKAN BERLAKU."

Wahai insan, AMANAH yang kita pikul bukan MAINAN. Kita mungkin saja tergolong antara 2 golongan. Yang amanah atau khianat. Bagaimana mahu digambarkan sifat AMANAH itu?


Sifat ini mampu melahirkan generasi yang berINTEGRITI. Lihat saja kisah hebat KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ. Cicit Saidina Umar Al-Khattab Amirulmukminin ini begelar pemerintah selama 2 tahun 5 bulan 5 hari dan selama itu..beliau melaksanakan tugasnya dengan PENUH AMANAH! Buktinya..ketika mana beliau memadamkan lilin apabila ingin membicarakan hal peribadi. Baginya, lilin itu merupakan HAK ALLAH DAN KAUM MUSLIMIN. Jadinya..ia wajar digunakan untuk hal-hal muslimin seluruhnya. Tidak pada hal2 selainnya. Subhanallah...sangat hebat pemimpin yang seorang ini..^_^..

Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan diri kita pada tika ini. Mahu atau tidak...setiap dari kita punya amanah yang wajib dipikul. Kertas2..pen2 yang kita guna...tanya kembali..dari mana sumbernya? Jangan menganggap ia remeh kerana kita akan ditanya tentang apa yg kita punyai selama di dunia ini.

Hak-hak Allah adalah amanah yang cukup berat. Ini termasuklah tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Solat juga adalah hak Allah yang wajib ditunaikan. Tiada ertinya pengisytiharan cuti umum ketika mana isra' mikraj seandainya masih ada segolongan umat yang mengaku diri Islam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat. Begitu juga.."tak de maknenyer" cuti Nuzul Qur'an andai manusia makin jauh dari penghayatan Al-Qur'an itu sendiri.

Bagi yang prihatin, sedar atau tidak..situasi SOLAT umat Islam kini amat menggerunkan! Menurut apa yang dikisahkan oleh ustaz, sepasang remaja ditahan berkhalwat. Yang perempuannya baru berumur 17 tahun dan masih bergelar pelajar. Bila ditanya tentang solatnya...jawapannya.."Tak solat! Sejak setahun yang lalu..SAYA TAK SOLAT!". Jawapan si lelaki pula.."SAYA TAK SOLAT..tapi SAYA NGAJI USTAZ."..Ya Allah..mudah-mudahan adik2 ini segera bertaubat. Solat TIANG AGAMA. Makna kata..siapa yang tinggalkan solat..dia meruntuhkan agama. "NGAJI" is NOTHING WITHOUT SOLAT!

Dalam kes lain, dengan masalah yang sama..remaja perempuan berumur 23 tahun mengaku tidak solat sejak menamatkan zaman persekolahannya (17 tahun). Ertinya..5 TAHUN TIDAK SOLAT. Yang lelaki pula hanya solat Maghrib..semata-mata untuk mengaburi mata ibubapanya. Katanya, selagi tak solat Maghrib..tak boleeh keluar. Sekurang-kurangnya, bila mak ayah tanya "nak keluar memalam ni dah solat ke?". So, mudahla nak menjawabnya.."SUDAH". Lazimnya juga..ramai lelaki tergolong dalam geng2 solat jumaat yang "setia" tapi malangnya "curang" pada SOLAT 5 WAKTU YANG WAJIB!

Melihat kondisi ini..soal yang patut ditanya pada diri kita, "MANA PERGINYA PENGHAYATAN SOLAT UMAT KINI??!!" Fokus yang serius memang selayaknya diberi kepada SOLAT kita. SOLAT yang PERFECT mampu pelihara diri dari kemungkaran yang menakutkan.


Nikmat pancaindera, harta yang banyak atau sikit, anak-anak dan segala perhiasan dunia yang kita ada tiada nilainya jika amanah tidak diurus berlandaskan apa yang ALLAH mahu. Patutnya segala NIKMAT yang Allah beri ini membaguskan amal kita. Moga akhirnya nanti kita bertemuNya dalam keadaan penuh amal yang IKHLAS.

Semua tahu arak bukan? MEMABUKKAN dan tentunya mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada peminumnya bahkan juga individu lain. Ada seorang perempuan...dikenakan hukuman maksima..didenda RM 5 ribu dan 6 kali sebatan kerana minum arak. Itu pun masih dipertikaikan oleh segolongan individu lain sedangkan yang dijatuhkan hukuman itu sedia menerimanya dan mengaku kesalahannya seterusnya bertaubat dari dosanya itu.

Si remaja perempuan berpakaian sekolah tapi tak pegi sekolah..sebaliknya, melencong..buat maksiat..pasangannya juga seangkatan jugak..pun tak pegi sekolah. Akhirnya berlaku "keterlanjuran". Yang meralatkan..keterlanjurannya dengan pasangannya buat masa itu buat pertama kalinya..tapi dengan yang lain2..berkali2!Ditanya tentang kawan2 sekolahnya yang lain..katanya.."ramai je yang macam saya..". Ustaz kata...dalam 3 HARI saja..berlaku 4 KES berkaitan ZINA! Astaghfirullahal'azim...pesta ZINA berleluasa! Mana letaknya rasa gerun kita? Sering kita tertipu dengan nikmat keamanan yang kita ada. Mana mungkin kita rasa AMAN sedang di luar sana masih berlambak mungkar yang belum di"nahi"kan. ITU AMANAH TIAP KITA. Kita akan ditanya..apa yang kita buat utk menentangnya? Jawapannya..sendiri mau ingat la..Konklusinya..KEHORMATAN itu juga AMANAH yang wajib dipelihara dari digoda HAWA NAFSU dan SYAITAN LAKNATULLAH.

Bila diri AMANAH dengan tanggungjawab yang diberi, nescaya diri menjadi tempat kepercayaan insan lain. Diri akan mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah juga manusia..insyaAllah..^_^..Mari sama2 kita pupuk diri masing2 dengan IMAN kerana hanya yang beriman ringan tulang untuk laksanakan AMANAH Allah s.w.t. Ingat! Natijah amanah itu pastinya KEMENANGAN dan khianat itu akhirnya KEGAGALAN. KEMENANGAN di sisi manusia itu berbeza-beza dan hakikat KEMENANGAN YANG AGUNG dan SEBENAR-BENARNYA hanya bila mana kelak kita tergolong dalam golongan ahli2 syurga. Beruntunglah bagi sesiapa sahaja yang usaha sedaya mungkin walau dengan apa cara semata2 mahu menggapai REDHA ALLAH S.W.T.


JEMARI patut dituding buat diri masing2. Sama ada kita ini
pemimpin buat masyarakat, jiran tetangga, keluarga, bahkan walau kita hanya memimpin diri sendiri sekalipun..kita punya kesalahan atas tiap maksiat yang berlaku di dunia ini. Tanggungjawab ini letaknya pada tiap umat yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ini. itu yang tercatat dalam KITAB AGUNG AL-QURAN. Bila terasa diri ini berimankan AL-QURAN, pasti amanah yang dipikul di sebalik gelaran KHALIFAH ini akan dilaksanakan sedaya mungkin.

p/s: Sebut2 selalu nama Allah..mudah2an tiap apa yang kita lakukan akhirnya bermatlamatkan DIA YANG ESA..^_^..amin.

[Kuliah MAGHRIB-ISYAK @ Masjid Jamek Gerik_Ustaz Muhammad Khairul Basri b Osman]
27 Julai 2009 @ 5 Syaaban 1430H ^ 8.13PM

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Sabtu, 25 Julai 2009

Jaulah Sekampung :)

Alhamdulillah.. BEST bila dapat bersama keluarga..Moga2 rombongan ke Negeri Cik CT Wan Kembang nie dpt mengeratkan lagi ukhuwah kami.. Ya Allah..Yang Maha Melindungi..selamatkanlah perjalanan kami, pergi & kembali.. Jauhi diri kami dr boros n tamak. Hanya Engkau tempat kami memohon perlindungan n hanya kpd Engkau kami b'tawakal:-).. 25 Julai 09/ 3 Sya'ban 1430H@00:38..dalam bas sekolah ku berada..;-)

Khamis, 16 Julai 2009

:: JANGAN DIBIAR SEJADAH ITU KOSONG! ::

Bismillahirrahmanirrahim...


S.O.L.A.T = SOLAT

Inilah saat "dating" kita dengan CINTA AGUNG...Allah Yang Esa. Apa rasa bila ber"dating"?[Hmm...sukar nak menjawabnya..al-maklumla...di luar ke"pernah"an..(~_~)]
Tatkala ber"dating"..tentunya ketika itu fokus kita hanya kepada "DIA" yang AGUNG. Sama ada jasad dan jiwa kita, segalanya terserah hanya buatNya. Berdasarkan penyerahan total kepada Allah..mudah-mudahan hubungan kita dengan-NYA akan sentiasa intim. "Spirit of Solat" bukan semata-mata berlegar pada ketika kita solat, bahkan ia akan pimpin kita pada saat manapun kita berada. That is the REAL SOLAT..^_^..solat yang bisa buat kita sentiasa ada hubungan dengan-NYA. Walau ketika jasadnya tidak solat..secara ghaibnya..hati ni sentiasa solat.

SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Rukun Islam kedua ini semacam suatu yang rutin bagi kita. Bila sudah rutin, menunaikannya pun sudah hilang rasa "SYOK"nya. Lebih membimbangkan...ada juga sebahagian dari kita buat tak endah. Bila ada "mood"...subhanallah...solatnya begitu "perfect" sebaliknya jika penyakit malas menguasai diri..solatnya mengalahkan patukan ayam. Astaghfirullah...bagaimana ya mahu konsisten dalam memelihara solat yang standardnya d'BOMB di mata Allah??

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Tika itu...
Rasulullah melalui suatu kelompok manusia. Masing2 menghempap2 kepala dengan batu yang besar. Dihempap! Pecah...lalu kepalanya tumbuh semula..Dihempap lagi!DEBUSHHH!!pecah lagi..tengok2..tumbuh semula kepalanya...begitulah proses "KITAR SEMULA" kepala2 yang MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU YANG WAJIB! FARDHU 'AIN!


Nah!..Inilah yang ditayangkan kepada kekasih hati kita, Muhammad s.a.w. Risaunya Rasulullah akan umatnya hanya Allah yang tahu. Apa yang dikisahkan Allah melalui Nabi Muhammad dalam peristiwa isra' mikraj ini wajib diambil iktibar. Ingat! Allah bukan suka2 rancang berlakunya peristiwa ini. Setiap rencana Allah itu bukan sesuatu yang sia2..Ada hikmah yang patut dikorek oleh kita2 yang selalu lupa diri ni.

Mudakah kita..
Tuakah kita..
Kayakah kita..
Miskinkah kita..
Sibukkah kita..
Lapangkah kita..
Sihatkah kita..
Sakitkah kita..



Adik2..akak2..abang2..mak cik pak cik..nenek2..datok datin..sahabat2 seluruhnya..
Persoalan itu tiada hasilnya jika kita tak persoalkan..

SOLATkah kita ketika muda?
SOLATkah kita ketika tua?
SOLATkah kita saat kaya?
SOLATkah kita saat miskin?
SOLATkah kita jika sibuk?
SOLATkah kita jika lapang?
SOLATkah kita semasa sihat?
SOLATkah kita semasa sakit?

[..Sesungguhnya SOLATku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.]-6.Al-An'am:162-


Biarlah...di saat kita nak tinggalkan dunia fatamorgana nie.."SOLAT" jadi RINDU....sangat untuk bertemu kita.."SOLAT" MENANGIS sebab tak bertemu kita..."SOLAT" tak segan-silu nak jadi KABEL untuk kita ke SYURGA.."SOLAT" dengan BANGGANYA memperkenalkan kita kepada ALLAH YANG MENGHITUNG AMAL...Maha Puji2 bagi Allah..Tuhan yang menerima amal SOLAT YANG SEMPURNA..^_^

#############################################

[[[:[SUJUD]:]]]

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku muzikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya MAMPU SUJUD.....

[SUJUD @ Mawi Ft KRU]

p/s: Mudah2an...keMAMPUan SUJUD kita itu buatkan kita dekat sedekat-dekatnya..rindu serindu-rindunya dengan ALLAH YA 'AZIM..^_^..seperti suami isteri yang hangat bercinta...OPS!! SALAH2X!!! Melebihi dari cinta antara suami-isteri..CINTA ALLAH tu kan YANG TERATAS..TERAGUNG..itu selayaknya..^_^

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Selasa, 7 Julai 2009

:KONGSI III: ['ABDULLAH IBN SALAM]

Bismillahirrahmanirrahim...


"Katakanlah, "Terangkanlah kepadaku, bagaimana pendapatmu jika sebenarnya (AL-QUR'AN) ini datang dari Allah, dan kamu mengingkarinya, padahal ada SEORANG SAKSI DARI BANI ISRAEL yang mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang disebut dalam) Al-Qur'an lalu dia beriman; kamu menyombongkan diri. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 YANG ZALIM". [46.Al-Ahqaf:10]

SEORANG SAKSI DARI BANI ISRAEL ialah 'Abdullah ibn Salam, seorang pendeta Yahudi di Yathrib a.k.a Madinah. Beliau terkenal dalam kalangan masyarakat kota Yathrib kerana datang dari keluarga ahli kitab. Ini menyebabkan 'Abdullah dihormati oleh seluruh penduduk kota.

'Abdullah ibn Salam banyak memanfaatkan masanya dengan mendalami kitab Taurat. Beliau amat terkesan dengan kandungan Taurat yang menceritakan tentang kedatangan utusan terakhir yang akan melengkapkan ajaran2 nabi-nabi terdahulu. Sebaik sahaja mendengar berita tentang kemunculan Rasulullah s.a.w, semangatnya yang berkobar-kobar terpancar melalui kata-katanya:

"Bila aku mendengar tentang kewujudan rasul Allah, aku tertanya-tanya tentang namanya, keturunannya, perwatakannya, masanya, tempatnya dan aku mula membandingkan maklumat2 ini dengan apa yang terkandung dalam kitab kami (Taurat). Bermula dengan pertanyaan2ku ini, aku akui kebenaran tentang kerasulannya dan misi yang dibawa. Walaubagaimanapun, aku merahsiakan keyakinanku dari kaumku (yahudi)".


'Abdullah menyatakan keimanannya kepada Nabi Muhammad saw setelah pasti bahawa antara isi Al-Qur'an ada yang sesuai dengan Taurat , merangkumi ajaran TAUHID, JANJI dan ANCAMAN, KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW, adanya KEHIDUPAN AKHIRAT dan sebagainya.

Setelah 'Abdullah ibn Salam mengisytiharkan keislamannya pada kaumnya..beliau terus dituduh sebagai seorang PENDUSTA sedangkan sebelumnya beliau cukup dihormati dengan kafaqihannya tentang isi Taurat. Itulah dia kaum Yahudi, cukup terkenal dengan bangsa yang zalim. Isi Quran yang Allah turunkan..semua diingkari. Walau diberi keterangan dan ditunjukkan seorang SAKSI dalam kalangan mereka..namun, masih enggan percaya kerana kesombongan, rasa angkuh dengan bangsa sendiri yang dianggap lebih mulia. Degil mereka dalam kekufuran..yang akhirnya menjahanamkan diri sendiri.

Hidayah Allah tidak akan masuk dalam diri yang zalim..yang bertuhankan hawa nafsu. Bila tiada hidayah..diri lalai, lalai, terus lalai..hingga saat ajalnya..mati pun tiada indahnya.

Jika mahu mengikut jejak langkah ahli Syurga..'Abdullah ibn Salam antara contoh ikutan. Beliaulah muslim pertama yang dijanjikan Syurga ketika masih bernyawa.

Ketika sedang duduk2 bersama para sahabat, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):

"Adakah kamu ingin melihat insan yang berjalan atas muka bumi dan aku juga melihat dia berjalan di syurga?"

Sahabat2 hanya berdiam..ternanti2 jawapan Rasulullah s.a.w juga dengan harapan nama mereka disebut oleh baginda.

"Itulah dia orangnya", kata baginda sambil menunjuk ke satu arah. Dari kejauhan...sahabat2 melihat..itulah dia, 'ABDULLAH IBN SALAM.


"Scan" kembali diri kita. "Concentrate" dengan iman yang masih ada. "Say sorry" atas tiap khilaf yang telah, sedang atau akan kita lakukan sama ada sedar atau tidak.

"Sungguh, (AL-QUR'AN) itu benar2 FIRMAN PEMISAH (antara yang HAQ dan BATIL)"[86.At-Tariq:13]

"Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. (Allah berfirman), "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada pertama kali; bahkan kamu menganggap bahawa Kami tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (berbangkit untuk memenuhi) perjanjian."[18.Al-Kahf:48]

Inilah gambaran yang Allah berikan buat peringatan untuk hamba2Nya tentang bagaimana berlakunya perbicaraan di akhirat kelak. Pada ketika itu..terpacaklah kita sendirian ..tiada yang dapat tolong melainkan amal kita selama hidup di dunia ini. Allah s.w.t akan "londeh"kan setiap apa yang ada pada diri kita [hm...dahsyat gak terma ustaz Fadhil nie..], sejurus itu..tiap2 satunya akan ditanya. Duit yang kita dapat...dari mana sumbernya? Walau "seposen yang karat" pun akan ditanya sumbernya. Jangan diharap bicaranya sebentar! Selama mana bicara mahkamah di dunia ini..takkan terbanding dengan tempoh bicara di "SANA" nanti.

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEPADAMU JANJI YG BENAR, dan "aku" pun telah menjanjikan kepadamu tetapi "aku" menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagi"ku" terhadapmu, melainkan (sekadar) "aku" menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruan"ku", oleh sebab itu janganlah kamu mencerca "aku", tetapi cercalah dirimu sendiri. "Aku" tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolong"ku". Sesungguhnya "aku" tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan "aku" (dengan Allah) sejak dahulu".Sungguh, orang yang zalim akan mendapat SEKSAAN YANG PEDIH.[14.Ibrahim:22]

Kata pak ustaz...syaitan disini termasuk juga manusia yang bercirikan syaitan..sama ada pemimpin
atau sesiapa sahaja yang membelakangi keterangan ayat2 Allah. Tampilnya syaitan setelah kita dihisab bukan untuk memberi pertolongan sebaliknya hanya ingin berlepas diri dari tiap godaannya. Janji Allah itu BENAR! Tapi kita sering memungkirinya...Janji "syaitan" itu BATIL! Tapi kita sering menunaikannya.

Ingatlah..setelah amal kita dihitung, tiada kuasa si "aku" untuk selamatkan kita, bukan si "aku" yang dipersalahkan atau dicerca..[walau sememangnya "aku" turut bersalah].

Tanya diri kita yang kerdil ini...di akhirat nanti, adakah kita akan berduyun-duyun ke SYURGA! atau NERAKA! REFLEKSI diri..KOREKSI diri ikut acuan Al-QURAn..kalau kita berada pada jalanNya yang benar, konsisten dengan amal yang baik..Alhamdulillah..mudah2an..ALLAH REDHA..^_^..

Wassalam..

p/s: Alhamdulillah...selesai sudah perkongsian kuliah maghrib-'isyak ustaz Fadhil buat kali ini..^_^..moga sama2 beroleh manfaat amal..

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Isnin, 6 Julai 2009

:KONGSI II: [HABIB AN-NAJJAR]

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiap saat perlu diperbaharui taubat kita kerana setiap indera kita sentiasa dihidangkan dengan bermacam-macam maksiat. InsyaAllah..dengan sebenar-benar taubat, jalan menuju HIJRAH itu akan dipermudahkan Allah s.w.t. Syaratnya, HIJRAH KERANA ALLAH DAN RASULULLAH.."SAY NO" pada yg selainnya.

PERISTIWA ORANG MUDA YANG BERHIJRAH ATAS DASAR IMAN

[36.Yaasin]

20~Dan datanglah dari hujung kota, seorang LELAKI dengan bergegas dia berkata, "Wahai kaumku! Ikutilah UTUSAN2 itu.

"UTUSAN2" merujuk kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. Watak utama dalam kisah ini ialah seorang LELAKI bernama Habib an-Najjar (menurut mufasir: Ibn Ishaq dari Saidina Ibn ‘Abbas, Ka’b al-Ahbar & Wahb Ibn Munabbih) dan kisah ini berlaku semasa zaman Fir'aun bermaharajalela. Siapakah insan ini sehingga Allah s.w.t melayakkan kisahnya menjadi sebahagian dari kandungan kitab agung Al-QURAN yang kita imani ini?

Menurut Wahb Ibn Munabbih, insan ini menderita penyakit kusta (leprosy) dan tinggal di hujung bandar. Selama 70 tahun dia memperhambakan kepada sesuatu yang dianggap tuhannya demi menjauhkan penyakit kusta yang dialaminya itu. Ditakdirkan Allah...Musa dan Harun tiba di Antakya (selatan Turki)di mana lelaki itu tinggal dan bertemu dengan Habib. Musa & Harun menyerunya agar meninggalkan pemujaan dewa2 dan kembali kepada Allah Yang Esa dan Maha Mengurniakan. Habib mahukan bukti atas apa yang disampaikan Musa dan Harun. Penyampaian Musa dan Harun yang penuh hikmah dan ketegasan menyebabkan Habib berterus terang tentang penyakit "leprosy" a.k.a "Hansen's Disease" yang dialaminya dan menanyakan sama ada mereka boleh ubatinya atau tidak.

Berkatalah Musa dan Harun, "Kita perlu berdoa pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dialah yang beri kesihatan kepada kita". Habib membalas, "Sungguh pelik kamu berkata demikian. Aku sudah 70 tahun berdoa kepada tuhan-tuhanku tapi tiada perubahan pun yang berlaku. Bagaimana mungkin Tuhanmu boleh melakukan perubahan dalam masa sehari?". Musa dan Harun menegaskan,"Tuhan kami Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu sedangkan tuhan2 yang kamu sembah selama ini bukannya realiti. Tuhan2 yang kamu sembah langsung tidak beri apa2 manfaat atau kerugian ke atas hidupmu". Selepas Habib mendengar apa yang diperkatakan, dia meyakininya dan dengan jiwa yang baru beriman, dia berdoa pada Allah s.w.t. Allah Ta'ala merahmatinya dengan kesihatan yang sempurna tanpa meninggalkan sebarang parut dari penyakit yang dialaminya sebelum ini. Kini, keyakinannya bertambah mantap dan dia berjanji pada diri untuk menginfaqkan separuh dari rezeki yang diperoleh setiap hari tanda syukur pada Yang Esa.

Satu ketika, sampailah ke pengetahuan Habib tentang berita dari kota..Musa dan Harun dimusuhi, penduduk di kota enggan beriman dengan apa yang disampaikan sehingga mengancam untuk membunuh 2 bersaudara ini. Dengan itu, bergegaslah Habib ke kota membisikkan kalimah2 tauhid, mengajak mereka agar beriman hanya kepada Allah. Habib punya agenda dakwahnya. Dia prihatin untuk ajak manusia seluruhnya kepada kebaikan..iaitu jalan menuju Allah. Dia juga mahu menyelamatkan 2 utusan Allah yang menyebarkan kebenaran Islam. Dia malah mengakui ketauhidannya..hanya buat Allah yang Esa. Akibatnya..penduduk bandar menyerang dengan kemarahan yang membuak-buak. Saidina 'Abdullah Ibn Mas'ud r.a menyatakan mereka menendang, memukul Habib dan menurut sumber yang lain, mereka membaling batu sehingga SYAHIDnya HABIB. Kemuliaannya terserlah! Buktinya..walaupun diseksa dengan begitu kejam, dia terus-terusan berdoa kepada Allah.."Ya Allah..tunjuki mereka jalan yang benar.."

Sesetengah meriwayatkan 3 insan terkorban dalam tindakan kejam penduduk2 di kota itu tetapi tiada riwayat sahih yang mengesahkan secara spesifik apa yang terjadi kepada mereka. Mungkin saja mereka tidak terbunuh [Qurtubi].
[Tafsir of Hadhrat Mufti Muhammad Shafi’ ]

21~IKUTilah ORANG YANG TIDAK MEMINTA IMBALAN kepadamu; dan mereka adalah orang2 yang mendapat petunjuk.

Turutlah orang yang tidak meminta balasan.

22~Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang telah menciptakanku dan HANYA KEPADANYALAH KAMU AKAN DIKEMBALIKAN.

Habib menegaskan..tiada dolak-dalih untuk tidak terima agama yang dibawa Musa dan Harun. Hanya kepada Allah dirinya dan seluruh umat manusia akan dikembalikan. Justeru..berimanlah kepada Allah!

23~Mengapa aku akan menyembah tuhan2 selain-Nya? Jika (Allah) Yang Maha Pengasih menghendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka (juga) tidak dapat menyelamatkanku.

24~Sesungguhnya jika aku (berbuat) begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata.

25~Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan-mu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku."

26~Dikatakan (kepadanya oleh malaikat), "MASUKLAH KE SYURGA." Dia (lelaki itu) berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,

27~Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang2 yang telah dimuliakan!"

Subhanallah..^_^..syoknya..inilah ganjaran yang Allah limpahkan buat hambanya yang BERANI menyerahkan seluruh jiwa raganya demi menyampaikan yang HAQ! "MASUKLAH KE SYURGA"..SYURGA SUDAH TERSEDIA BUAT HABIB..PENANTIAN HABIB KINI DI BARZAKH...yang bestnya..DIA MENANTI dengan KEPASTIAN KE SYURGA. SYURGA telah dijanjikan Allah..dan kini HABIB sedang bersenang lenang di alam "Pos-kematian" dan "Pra-Hari Kebangkitan..dan kita kawan2..ke mana?~_~..Janji Allah buat Habib ini juga sebagai tanda keSYAHIDannya.

Begitu tinggi harapan Habib untuk berkongsi kegembiraan yang dirasakan saat dianugerahkan HADIAH AGUNG..SYURGA YG UNGGUL! Alangkah besarnya rahmat Allah buat hamba2Nya yang meneguhkan IMAN HANYA PADA YANG ESA. Namun..."infiniti" kali sayang...gembiranya Habib tidak bisa dikongsikan. Rugilah penduduk kota itu.


Kawan2..kini kita dikisahkan dengan sebuah kisah masa lampau dari Al-QURAN yang "available" sepanjang zaman. Alangkah beruntungnya kita...dilahirkan pada zaman ini dan diberi contoh teladan yang baik untuk dijadikan ikutan. Kita kata mahu masuk SYURGA..nah!..Allah tunjukkan contoh melalui insan bernama Habib ini.

Sirah ada menceritakan, Saidina Ibn 'Abbas r.a dan ahli tafsir Muqatil dan Mujahid mengkhabarkan insan bernama HABIB IBN 'ISMAIL AN-NAJJAR juga merupakan insan yang mengimani Muhammad s.a.w 600 tahun sebelum kewujudan baginda. Berita ini bersumberkan barisan pemerintah Yaman. Habib dikatakan mengimani Rasulullah..utusan terakhir walaupun baginda belum dilahirkan lagi. Hal ini bersandarkan ramalan kenabian Muhammad s.a.w dalam kitab suci ketika zaman Habib.

Lihatlah kawan2..betapa keimanan Habib begitu teguh hinggakan dia percaya kepada Muhammad s.a.w. walau saat hidupnya..baginda masih belum wujud!

Inilah kisah individu yang mendapat kemuliaan dari Allah dan dijanjikan Jannah yang mampat nikmatnya. Walaupun ada mufasir yang menyatakan lelaki ini bernama Habib an-Najjar juga seorang tukang kayu [Ibn Kathir]..Allah kisahkan peristiwa ini dengan tidak menyatakan secara "details" nama atau latar insan ini. Tentunya kisah yang terkandung dalam surah yang insyaAllah...semua yang bergelar muslim kenali..Yaasin banyak isinya. Jika tidak mana mungkin surah ini laksana jantung Al-Quran. Majlis Yaasin sudah sangat terbiasa dilakukan...ingatan ustaz..kita sering hadir membaca yaasin..tapi niatnya apa? Kerana majlisnya kah? Isinya kah? Tiada salahnya berjema'ah dalam membaca Yaasin..tapi yang tidak enaknya bila baca itu semata-mata di lisan..tapi tidak larut di hatinya.


Bagaimana pula dengan doa yang sering kita ungkapkan seusai solat? Dimulakan dengan bismillah..puji-pujian khas buat Yang Esa, selawat salam buat Nabi Muhammad s.a.w. dan apa seterusnya? Sedar-sedar..kita banyak melebihkan dalam permohonan kita kepada nikmat dunia. Kecenderungan kita..dimurahkan rezeki, itu dunia..diberikan "result exam" yg cemerlang, itu dunia..dianugerahkan kesenangan hidup..minta diberi senang ini dan itu. Memangnya tiada salahnya untuk memohon yang baik-baik..OF COURSE! Allah suka bila hambaNya meminta padaNya, bukan pada yang lain.

Saudaraku..sama-sama kita ketagihkan diri kita dengan AL-QURAN. Bukan sekadar dibaca bahkan hayati ia dan terus2 gali hikmah yang terkandung dalamnya. AL-QURAN itu tanda kasih Allah buat kita. Biar ketagihan kita terhadap Al-QURAN buatkan kita tak senang duduk walau berpisah dengannya barang seketika. Percayalah! Bukan sesuatu yang mustahil untuk sentiasa dampingi AL-QURAN. Caranya..bawa ruh Al-Quran dalam setiap denyut jantung yang kita ada. Sentiasa jaga lingkungan kita. Dampingi insan yang bila kita ingat dia..kita ingat Quran. Seolah-olahnya...dia al-Quran bergerak. Dan yang sesungguhnya...Rasulullah s.a.w berakhlaq dengan AKHLAQ AL-QURAN.

::InsyaAllah...bersambung lagi..^_^::

p/s: Panjang pulak kupasannya..^_^..DAN SEBENARNYA...ILMU ALLAH MAHA LUAS!

5 Julai 2009 @ 8.03pm_Sessi Kuliah Maghrib-'Isyak Masjid Jamek Gerik

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

Ahad, 5 Julai 2009

:KONGSI I :16:28 vs 16:32

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..ingin dikongsi bersama sahabat2 pengisian kuliah Maghrib-'Isyak @ Masjid Jamek Gerik oleh Ustaz Fadhil (maaf jika tersalah ejanya..^_^), pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik, Perak.

Jalan menuju syurga atau neraka adalah atas pilihan kita sendiri. Hidup ini perlu memilih. Sama ada kepada kebaikan atau sebaliknya.

Kita hidup di dunia ini punya hubungannya dengan manusia (HablumMinannas) juga dengan Yang Mencipta manusia..Allah s.w.t (HablumMinallah). Jika tidak terlaksana 2 hubungan ini, hinalah diri di mata Allah! Na'uzubillah...

HablumMinannas itu berkait dengan urusan dalam jamaah. Maksudnya dalam beberapa hal, syari'at Islam tidak dapat terlaksana sekiranya hanya sesetengah individu sahaja yang faham dan mahu tegakkan apa yang diperintah Allah. Contohnya, amalan riba dalam sistem kewangan yang amat berleluasa kini.

HablumMinallah pula adalah melibatkan urusan individu. "Direct link" kepada Allah s.w.t. Syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Itulah 5 rukun yang menghubungkan seorang manusia kepada Khaliqnya...dengan menjadi seorang muslim yang mengaku Allah itu Tuhan Yang Esa. Setiap yang mengaku diri muslim itu wajib bersyahadah. Hanya Allah yang selayaknya menentukan mana syahadah yang asli dan palsu.

Di dunia, manusia boleh jadi tergolong dalam hamba2 yang beriman dan tidak beriman. Beriman bagi sesiapa sahaja yang patuh dengan Quran dan Sunnah sementara golongan tidak beriman pula ialah sesiapa yang bertuhankan nafsu, munafiq, fasikh, zalim, kafir dan "yang kafir". Apa bezanya kafir dan "yg kafir"? Katanya ustaz..."yang kafir" itu ertinya individu yang bersyahadah tapi perangainya bak kafir laknatullah. Bagi golongan ini..Allah tawarkan taubat sebelum 16:28,

"(iaitu) ORANG YANG DICABUT NYAWANYA oleh PARA MALAIKAT dalam keadaan (berbuat) ZALIM kepada DIRI SENDIRI, lalu mereka MENYERAH DIRI (sambil berkata), "Kami tidak pernah mengerjakan sesuatu kejahatan pun." (Malaikat menjawab), "Pernah!Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN." [16.An-Nahl:28]


Golongan ini pemimpinnya syaitan.

"..Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan2 itu PEMIMPIN bagi ORANG2 YG TIDAK BERIMAN." [7. Al-'Araf:27]

Moga Allah jauhkan kita dari syaitan yang tak putus2 menggoda dan menyesatkan. Mudah-mudahan juga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang beriman..amin.

"(iaitu) orang yang ketika diwafatkan oleh para MALAIKAT dalam keadaan BAIK, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka), "Salamun'alaikum, masuklah ke dalam SYURGA kerana APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN."[16.An-Nahl:32]

[39.Az-Zumar]

:53:Katakanlah, "Wahai hamba2-Ku YANG MELAMPAUI BATAS terhadap diri mereka sendiri! JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah MENGAMPUNI DOSA2 semuanya. Sungguh, Dialah YANG MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG".

Hari-hari hidup kita ini penuh dengan karat maksiat sama ada sedar atau tidak. Semaklah kembali diri..jadilah orang yang hati-hati dengan keimanan diri, bukan hanya asyik menuding jari pada yang lain. Sibuk menegur yang lain hingga diri sendiri terpinggir. Na'uzubillah...Sungguh.Allah itu mengampunkan dan Maha Kasihankan hamba-hambaNya. Subhanallah..

:54: Dan KEMBALILAH kamu KEPADA TUHANMU, dan BERSERAH DIRIlah kepadaNYA sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Bertaubatlah!Serahkan diri ini "bulat2" hanya buat Allah yang berhak. Sesiapa dalam kekafiran...bertaubatlah dengan kembali kepada Islam. Bagi muslim pula..bertaubatlah dengan meninggalkan nafsu yang membelenggu diri.

:55:agar jangan ada orang yang mengatakan "ALANGKAH BESAR PENYESALANKU atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)"

INGAT!Jangan kelak menyesal...16:28 vs 16:32.."pilihlah sendiri"!

Peranan diri..pastikan setiap dari kita jaga iman. Jika ada tercacat terkurang..saling bertegur. Berbai'ah (janji setia) kerana Allah. Di sinilah letaknya kepentingan berbai'ah dalam jama'ah. Ustaz menjelaskan..sistem bai'ah ini penting kerana dalam sistem ni..kita dapat tegur "direct" hatta jika seseorang muslim itu tak hadir solat jemaah subuh sekalipun! Walaubagaimanapun, jika didapati jama'ahnya tidak betul..nasihat itu perlu...kalau tak makan saman, HIJRAHlah kepada yang benar hanya kerana Allah..bukan kerana "frust", dunia, wanita dan sebagainya.

"Dan barangsiapa berHIJRAH di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini TEMPAT HIJRAH YANG LUAS dan (rezeki) YANG BANYAK. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud BERHIJRAH kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian KEMATIAN menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".[4.An-Nisa':100]

Tentunya kita pernah diceritakan dengan kisah Ka'ab ibn Malik. Beliau juga berbai'ah namun disebabkan kekhilafannya kerana tidak keluar berjihad (perang), dipulaukan oleh Rasulullah s.a.w. Setelah itu..dia sedar dan bertaubat dengan sesungguhnya..akhirnya Allah terima taubatNya. Alangkah girangnya hati Ka'ab menerima berita penerimaan taubatnya oleh Allah s.w.t dari mulut Rasulullah s.a.w. Kegirangannya sehingga menyebabkan beliau menyedekahkan segala harta miliknya. Itulah tanda kepuasan Ka'ab tatkala taubatnya diterima. Kita bagaimana pula ya?hm...
Bagaimana mahu berhijrah? TAUBAT adalah satu dari syaratnya. Ditanya pula..bagaimana mahu bertaubat dengan ikhlas? Alhamdulillah..Allah sediakan jawapannya...

"Dan Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk DITAATI dengan izin Allah. Dan sungguh, sekiranya mereka setelah menzalimi dirinya datang kepadamu (Muhammad), lalu MEMOHON AMPUNAN KEPADA ALLAH, dan Rasul pun memohonkan ampunan untuk mereka, nescaya mereka mendapati ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT, MAHA PENYAYANG".[4.An-Nisa':64]

Terang2 Allah "declare", Muhammad s.a.w diutus agar dita'ati...jangan sesiapapun menyakitinya. "Sakiti" di sini bukan bermaksud sepak, tendang atau terajang. Maknanya bukan sekadar fiziknya tetapi bila mana kita belakangi apa yang Rasulullah s.a.w suruh kita buat. Ketika itulah kita telah menyakiti Baginda. Point yang ingin disampaikan di sini ialah..jika mahu bertaubat..ikut apa yang Rasulullah s.a.w perintahkan...berhakim dengan syari'at yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan selainnya. Jika salah kita kepada Allah..minta ampun dari-Nya. Jika salah pada manusia, segera mengaku salah diri dan minta maaf darinya.

Sebenarnya kita selalu saja tersalah pandangan mata hati bila meletakkan kehendak nafsu mengatasi yang lain. Gila perempuan..gila kuasa..gila sihir..yang pada akhirnya, kita sebenarnya menganiayai diri sendiri.

[63.Al-Munafiqun]

:5:Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah (beriman), agar Rasulullah memohonkan ampunan bagimu," mereka MEMBUANG MUKA dan engkau lihat mereka berpaling dengan MENYOMBONGKAN DIRI.

Sangat berat bagi manusia untuk mengakui dosanya lalu bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Dalam ayat ini, dijelaskan..golongan munafiq itu bila diajak taubat, mereka enggan, sombong dan angkuh. Mereka berpaling dari nasihat ke arah jalan yang lurus. Itulah realiti umat masa kini. Ramai yang ingin jadi generasi Abdullah b 'Ubai.."bapaknya MUNAFIQ", kemunafiqannya menyebabkan Rasulullah ditegah oleh Allah untuk menziarahinya dan solat ke atasnya ketika dia meninggal.

:6:Sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) memohonkan ampunan untuk mereka atau tidak engkau mohonkan ampunan bagi mereka, Allah tidak akan mengampuni mereka; sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada ORANG2 YG FASIKH.

Manusia yang tidak bertaubat, tidak berusaha untuk berhijrah, lalu mati..maka panggillah sesiapapun alim ulama' tersohor untuk berdoa ke atasnya, tiada bezanya. Walau Rasulullah s.a.w. berdoa sekalipun..Allah tetap tidak mengampunkan hambanya yang semasa hayatnya bertuhankan nafsu, fasikh atau munafiq.

..insyaAllah..akan bersambung..^_^..

5 Julai 2009 @ 20:02H
12 Rejab 1430H

p/s: Keranda pak cik Micheal bersalut emas 14 karat berharga RM 87, 000. Fuyoo! O_O...habis "grand"lah..tapi agak2..andai dia dapat berkata2..bangga ke dia??huhu..simpati..simpati ~_~

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan TIGA..
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

[Abu Hurairah r.a.]

~~erk...emas tak tersenarai la plak..fikir2..renung2..muhasabah diri..teruskan zikrullah..^_^Syurga itu EKSKLUSIF BUAT HAMBA ALLAH YANG BERIMAN...

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.